Laman Webantu KM2A1: 3937 File Size: 14.1 Kb * |
TJ MT MGG: Hanya Bowwow Di Boao Powwow By M.G.G. Pillai 10/3/2001 4:31 am Sat |
MGG5601 [Mahathir mahu menonjolkan dirinya sebagai guru dunia
niaga dan mahu diiktiraf serta diterima segala idea dan
ajarannya, Dia lupa banyak yang ditajanya sudah tidak laku
dan bermaya. Tiada apa-apa yang bertambah melainkan rugi
semata-mata. Seperti biasa wang juga yang terlebur menajanya
sedangkan pulangan memalukan sahaja. Jelaslah pengunjung tiba
bukan untuk menentukan masa depan mereka, tetapi sekadar
menikmati pengalaman atau menjaga air-muka tuan rumahnya
sahaja. Kini ramai yang langsung tidak datang pula. Tapi
sayang Mahathir masih tidak faham=faham juga....
- Editor] (Only Bowwow at Boao Powwow) Ketika peniaga Cina membina satu kompleks persidangan di Pulau
Hainan di bandar Boao Haikou, mereka juga telah merancang satu
persidangan tahunan yang diberi nama Boao Forum for Asia (BFA).
Ia merupakan satu pelancaran khas untuk kumpulan kapitalis
berhimpun secara selesa dan memperagakan kejayaan mereka serta
merancang agenda terbaru pula. Sebuah syarikat bernama Boao Investments Holdings Co. Ltd.
menyelia kerja-kerja membangunkan Pulau Hainan ini dengan segala
gahnya untuk menjadikan tempat itu satu nirwana pelancongan.
Pelbagai kegiatan dilaksanakan seperti pembikinan padang golf,
hotel dan sebagainya untuk bersaing dengan Miami ataupun Gold
Coast. Untuk memberikan tempat kepada satu aura keintelektualan,
tercetuslah ilham mewujudkan BFA, walaupun itu adalah satu
cetusan minda dan rasa yang tertunda.
Para penganjur mengharapkan BFA akan berjaya membikin dunia
tunduk kepada nirwana pembikinannya dan berjaya pula
menjadikannya satu pusat penyelidikan tersohor di Asia. Memangnya
ini satu impian yang sungguh tinggi angan-angannya. Pusat-pusat
penyelidikan yang tersohor memang tidak wujud di bangunan mega
seperti kompleks Boao, tetapi lahir daripada sumber manusia yang
ada dan kemudahan yang disediakan kepada mereka.
Ini sebabnya kedutaan-kedutaan di Asia tidak berapa berminat
dengan projek ini. Bagaimana pun anda melihatnya, ia harus diamati
sebagai satu usaha China untuk mewujudkan satu pengaruh ikutan di
kalangan negara Asian dalam usahanya untuk merenggangkan kuasa
dan pengaruh Amerika Syarikat. Apakah ia akan berjaya ataupun
tidak bukan menjadi isunya. Mungkin jua ia berjaya, tetapi
kesangsian mengenainya masih ketara.
Jepun tidak berminat. Australia masih marah kerana kewujudannya
tidak diberikan satu keutamaan dalam perancangan Boao.
Kementerian Luar India memang telah lama tidak ambil peduli,
walaupun seorang bekas perdana menteri India, I.K. Gujral adalah
salah seeorang penajanya. Tiga orang ahli politik yang sudah pun bersara - dua daripada
mereka pernah menjadi perdana menteri dan seorang lagi bekas
presiden negaranya telah terlibat. Mereka telah dipujuk untuk
menganjurkan Boao Forum sebagai sesuatu yang bersesuaian untuk
Asia. Ada juga beberapa ahli politik lain yang turut serta. Dua
ratus ahli pengasas forum itu telah berkempen untuk menyediakan
wang modal sebanyak $500,000 setiap seorang.
Semua ini ada masalahnya. Setidak-tidaknya, beberapa rakyat
Malaysia yang menjadi ahli penaja membuat kesanggupan itu bukan
kerana mereka merestui BFA itu, tetapi sebagai satu bentuk
sumbangan politik untuk mengampu pihak berkuasa di Kuala Lumpur.
Tentu sekali penubuhan kumpulan begini tidak memberi kredibiliti
kepada penubuhan satu kumpulan pemikir.
Seorang pesara diplomat Malaysia yang pernah menjadi bekas
setiausaha agong ASEAN, Ajit Singh telah dilantik menjadi
setiausaha pertama persidangan itu. Mahathir Mohamaed pula telah
diberi kehormatan untuk memberikan ucaptamanya di hari perasmian
pada Febuari 26. Tetapi Boao bukanlah serupa Davos. BFA menghidupkan kembali ilham
Mahathir Mohamad ketika mengimpikan penubuhan Asian Forum.
Kumpulan East Asian Economic Group yang diingininya dulu telah
menjadi satu East Asian Economc Caucus, yang sudah tidak bergigi
lagi. Kerana itu dicarilah satu wadah untuk mewujudkan Asian
Forum untuk orang-orang Asia. Tetapi kewujudan BFA di Pulau
Hainan itu adalah satu usaha untuk mengurangkan belanja dalam
usaha pembangunan berbentuk raksasa.
Setakat ini memang terdapat dewan persidangan yang melambak
banyaknya. Kebanyakannya menjadi kelam setelah beberapa tahun
sahaja kerana kewujudan asalnya adalah untuk berseronok sahaja.
Untuk BFA menjadi satu persidangan yang berjaya ia terpaksa
berusaha lebih gigih lagi untuk menarik para peniaga dan ahli
politik Asian untuk membincangkan segala kelemahan yang ada dan
mencari jawapan kepada cara membaikinya. Mesti ada sesuatu yang
istimewa dalam setiap persidangan tahunan itu yang membuatkan
ada sahaja pesertanya seperti persidangan di Davos.
Persidangan puncak Selatan-Selatan (South-South) sudah pun
bersifat indah khabar daripada rupa. Dr. Mahathir yang memulakan
puncak itu tetapi tidak ada siapa lagi yang menunjukkan minat
menirunya sehinggakan ia bertukar laksana warong kopi sahaja.
Langkawi International Dialogue, satu lagi ciptaan Mahathir,
mencungap-cungap untuk dijadikan persidangan yang berjadual di
pulau itu terpaksa dipanjangkan selama tiga hari lagi kerana para
peserta tidak mahu menjatuhkan airmuka tuan rumah dan penganjur
utamanya. Ketara sangat betapa kewujudan BFA itu adalah disebabkan
keinginan bersama China dan Malaysia. Setiausaha Agung daripada
Malaysia itu sepatutnya telah mempersilakan seorang pemimpin
Asia untuk memberikan ucapan utamanya selain daripada perdana
menteri Malaysia. Memang, seorang lain diberikan penghormatan
itu. Malahan, Dr. Mahathir yang pada mulanya setuju dengan
peranan itu telahpun menarik dirinya. Cuma di saat akhir dia
bersetuju semula. Kerana itu hanya rakyat Malaysia yang mengetahui bahawa
Dr. Mahathir dan Presiden Jiang Zemin akan hadir di persidangan
itu. Orang lain termasuk para peserta sengaja tidak diberitahu.
Bekas timbalan perdana menteri Musa Hitam, telah melaungkan
harapan Dr.Mahathir terhadap kewujudan FBA itu. Ramai ketua
kerajaan yang menghadirinya berada di situ dengan tujuan yang
amat jauh berbeza daripada kegunaan forum itu.
Ajit Singh mengharapkan BFA menjadi satu persidangan yang memberi
'orientasi kepada hasilnya', tidak kiralah apa sebenar maknanya.
Sebabnya memang jelas kerana dia berpendapat bahawa persidangan
itu adalah hasil biayaan sektor awam. Mungkin juga. Tetapi,
sektor awam lebih mementingkan keuntungan dan tidak kepada
cakap-cakap mengenai apakah sebabnya mereka bermasalah. Di Asia
setidak-tidaknya, keuntungan bererti dollar di dalam poket, dan
bukannya idea mengarut yang tercetus daripada dailog yang
membincangakan masalah dagang mereka.
Tetapi, apa hebatnya Boao? Forum itu adalah hasil ilham China,
kata Ajit, dan 'Boao terletak jauh di bahagian selatan Beijing
dan berhampiran dengan Hong Kong.' Bandar baru itu mempunyai
kemudahan yang hebat-hebat dan persekitaran yang sunyi berpadan
dengan persidangan yang besar. Lagipun sebarang kemungkinann
tercetusnya demonstrasi rakyat marhaen sudah tentu mudah
dipatahkan. Dengan lain perkataan Boao diwujudkan di lokasi yang jauh daripda
hingar bangar, seperti Davos tetapi tanpa sebarang hubungan
seperti pengangkutan darat dan sebagainya. Bukankah Pulau Hainan
itu amat hampir dengan Laut Cina Selatan di mana China telah
membuat tuntutan kepada beberapa kepulauan di mana negara lain
pun menuntut hak mereka mengikut undang-undang ruang persisiran
benua. Rencana Asal: 07 March 01 malaysiakini MGG Pillai A company called Boao Investments Holdings Co. Ltd.
oversees this development of Hainan Island, with grand
design of turning the island into a tourist paradise.
There is a flurry of construction of hotels and golf
courses, to make it rival Miami Beach or the Gold Coast.
To give it intellectual respectability, it thought of the
BFA, though almost as an afterthought.
The organisers hope the BFA will bring the world to its
door, and make it the best known research centre in Asia. It
is a tall order. Best known research centres cannot be
founded on grand buildings, as the Boao complex is, but in
the people and the facilities available. This one starts
from scratch, and by inference would be staffed by Chinese
scholars and researchers. Which is why chancelleries in Asia are not keen about
it. However you look at it, it would be seen as China's
attempt to build a loyal following amongst Asian states as
it girds its loins to keep the United States at bay.
Whether it can or not is not the issue. It could. And the
reservations come to the fore. Japan is disinterested. Australia angry that Australia
does not figure in the map of Asia in the Boao worldview.
The Indian foreign ministry all but ignored it, although a
former Indian prime minister, I.K. Gujral, is one of the
sponsors. Three retired politicians -- two prime ministers and a
president -- were persuaded to suggest the Boao Forum for
Asia. Several more jumped on the bandwagon. Two hundred
founding members canvassed at US$500,000 each provide the
seed money. But this has its own setbacks. At least, the half a
dozen Malaysians who became founding members are there not
for what the BFA is for, but as political donations to keep
on the side of the establishment in Kuala Lumpur. That
should be an important reason many elsewhere did. But is
this a sound way of establishing a think tank?
Boao Is Not Davos The retired Malaysian diplomat and former ASEAN
secretary-general, Ajit Singh, is its first
secretary-general. The Malaysian prime minister, Dr
Mahathir Mohamed, gave the keynote speech at its inaugural
on Feb 26. But Boao is not Davos. The BFA comes back to the Asian
Forum that Malaysian prime minister Mahathir Mohamed has
wanted. The East Asian Economic Group he wanted became a
semi-toothless East Asian Economic Caucus. It is a search
for an Asian Forum for Asians. But the BFA is flawed in
that it is there to cut costs for the huge development now
in Hainan Island. There are already too many self-serving "talkshops" in
Asia. Most lost steam after a few years, and survive
because it exists though irrelevant, and it is a good excuse
for a junket. For this to succeed, the BFA must be more
than what it is, to attract Asian business and politicians
to discuss what ails and strengthens them. There must be
something in the gatherings to make people want to come, as
for the Davos conferences. The South-South summit is all but a dead letter. Dr
Mahathir took the lead but no one else it seems wants it
other than as a listless talk shop. The Langkawi
International Dialogue, another Mahathir innovation,
struggles to meet regularly in the Malaysian island and held
these days more because the participants do not want to
insult the host. Far From The Madding Crowd However you look at it, China and Malaysia wants the
BFA. The Malaysian secretary-general should have invited as
main speaker an Asian leader other than the Malaysian prime
minister to give the keynote address; it should have been
someone else. Indeed, Dr Mahathir after agreeing to be the
keynote speaker, backed off but decided to in the end.
As it turned out, Malaysians only knew of Dr Mahathir
and President Jiang Zemin attending the meeting. All
others, including who attended it, were scrubbed out. The
former Malaysian deputy prime minister, Musa Hitam, was on
hand to affirm Dr Mahathir's hopes for the BFA. Many heads
of government who attended went there for reasons other than
the useful of the forum. Ajit Singh expects the BFA to be "result-oriented",
whatever that means; inevitable, he infers because it is
the private sector which backs it. Perhaps. But the
private sector looks for profit, not informed erudition on
what ails them. And profit, at least in Asia, is dollars in
your pocket, not some fanciful idea of a dialogue on what
ails them. Why Boao? The forum is China's idea, says Ajit, and
"Boao is as far south from Beijing as it can get, and close
to Hong Kong," with its town's "superb" facilities and quiet
surroundings was "perfect" for large congregations. And, no
doubt, attract inconvenient demonstrations against it
severely controlled. In other words, far from the madding crowd, as Davos
is; but without the connexions, transport and otherwise. Is
it with Hainan Island right smack in the South China Sea,
over which China has territorial claims as has the littoral
states around it. M.G.G. Pillai |