Laman Webantu KM2A1: 3938 File Size: 22.8 Kb * |
TAG MT 55: Kenapa Kerajaan BN Tidak Boleh Ditumbangkan (Mesti Baca) By Kim Quek 10/3/2001 3:59 am Sat |
TAG055 [Tidak salah untuk menggulingkan kerajaan kerana ia satu
proses yang diizinkan oleh perlembagaan. Hasrat Ezam tidak
menggugat pun keamanan negara - yang terketar-ketar cuma
pemimpin yang bersalah sahaja. Dengan bertindak kepada Ezam
jelaslah kerajaan takut dengan terdedahnya kebenaran yang
tersimpan dalam suara-suara yang terpendam apatah lagi jika
ia tercurah di jalanraya. Apa yang ingin dilakukan Ezam cuma mendedahkan mereka yang
mempurak-purandakan ekonomi dan sistem negara. Itu bukan satu
ancaman kepada keselamatan negara - sebaliknya ia satu tuntutan
dan kewajipan sebagai rakyat yang sayangkan negara untuk
menyelamatkan kekayaan dan keadilan yang telah ternoda.
Mahathir mengangggap mengkritik dirinya sebagai menderhaka kepada
negara sedangkan itu dua konteks yang berbeda. Kita boleh makmur
walaupun Mahathhir tiada, malah akan lebih berjaya jika Mahathir
berada di dalam penjara.... bukan kita sahaja, malah akar-umbni
umno juga akan turut berbahagia. (Why Shouldn't The BN Government Be Toppled?)
By: Kim Quek Penangkapan Ketua Pemimpin Pemuda Keadilan, Ezam mencetuskan
satu sinario yang tidak masuk akal. Satu regim yang korup
telah lama mengelak daripada ditumbangkan dengan menggunakan
pelbagai taktik menekan demokrasi dibiarkan terus mencemar
demokrasi itu sebagai satu tipu muslihat untuk menangkap
seorang pemimpin pembangkang yang telah berikrar untuk
menumbangkan pemimpin negara melalui kaedah domokrasi. Apakah
ini memeningkan? Tidak, sebenarnya. Ezam baru sahaja melancarkan satu kempen berbentuk nasional
untuk mengerakkan 'Kebangkitan Menyelamatkan Wang Rakyat',
setelah negara ini dipukau dan menjadi jijik apabila kerajaan
memperuntukkan berbilion ringgit untuk pelbagai usaha
menyelamatkan syarikat para kroni pada harga tinggi yang tidak
munasabah tanpa sebarang asas yang kukuh (yang terbaru ialah
kes MAS dan Tajuddin Ramli, Halim Saad dan Transit Aliran
Ringan). Oleh kerana media massa tempatan begitu kecut
sehingga membisu ataupun begitu mudah untuk diputar-jerut oleh
parti kerajaan yang memerintah untuk mendedahkan kebenaran,
Pergerakan Pemuda Front Barisan Alternatif telah membuat
pendirian untuk melaksanakan kempen mingguan dari satu negeri
ke negeri lainnya untuk menyedarkan negara ini kepada kesan
dan bahana kerja-kerja jijik terhadap perbendaharaan negara
milik rakyat itu. Untuk memerangi kempen ini, Mingguan Malaysia, sebuah akhbar
yang berlagak dengan megah sebagai alat propaganda parti
memerintah dan tukang-kacau, dengan pantasnya mencetuskan satu
suasana untuk mewawancara Ezam dan kemudiannya menuduh beliau
(Ahad 4 Mach) sebagai telah 'mengaku merancang pelancaran
demonstrasi secara menyeluruh untuk menumbangkan kerajaan yang
dipilih oleh rakyat.' Sebagai tindakan bersepadu dengan Mingguan Malaysia itu, pihak
polis telah menangkap Ezan pada malam berikutnya (isnin 5
Mach) walaupun Ezam telah membuat tindakan pantas menafikan
pernah membuat kenyataan yang ditohmahkan itu pada akhbar yang
sama di hari yang berikutnya, Isnin 5hb.
Tindakan menangkap Ezam itu, menunjukkan betapa polis telah
melakukan satu kesilapan yang besar dari pelbagai aspek.
Pertama, adalah tidak menyalahi undang-undang untuk
menumbangkan sesuatu kerajaan, kalau cara melakukannya itu
menepati hukum perlembagaan. Dalam hal ini, semua parti
komponen Barisan Alternatif telah berikrar untuk hanya
menggunakan saluran perlembagaan dalam melaksanakan perjuangan
politik mereka. Memang setakat ini belum pernah mereka
bertindak sesuatu yang mencemar perlembagaan. Tidak juga
pernah ditunjukkan sebarang kemungkinann melakukan tindakan
yang bertentangan dengan amalan perlembagaan itu.
Kedua, berucap secara terbuka kepada orang ramai dan berhimpun
untuk mendengar ucapan itu adalah hak setiap rakyat, samada
perhimpunan itu berbentuk politik ataupun sebaliknya. Malahan,
pihak polis yang melanggar peraturan perlembagaan dalam sikap
mereka yang berat sebelah dan sentiasa menghalang himpunan
rakyat tajaan parti pembangkang tanpa sebab yang boleh
diterima akal. Di waktu yang sama polis sengaja membiarkan
perhimpunan yang ditaja oleh parti pemerintah, termasuk
perhimpunan yang sengaja berniat untuk menghasut pertelagahan
kaum. Ketiga, adalah satu prosedur yang salah apabila polis menahan
sesaorang tanpa penyiasatan yang menyeluruh, sedangkan
kesalahan yng ditohmah itu adalah berdasarkan satu kenyataan,
yang kesahihannya memang boleh dipertikaikan. Prosedur yang
betul ialah tidak menangkap orang yang ditohmah itu tetapi
menjalankan siasatan dengan menyoal kedua-dua pihak yang
terbabit. Keempat, menyatakan hasrat untuk melanggar undang-undang
bukannya bererti sudah melanggar undang-undang itu. Hanya
dengan melakukan kerja yang bersalahan dengan undang-undang
itu barulah undang-undang itu dicemari. Dengan demikian, kalau
pun apa yang Ezam bercadang itu sesuatu yang bersalahan
(walaupun ia tidak salah), pihak polis tidak ada asas yang
munasabah untuk menangkap beliau hanya kerana menyatakan
niatnya. Di sebalik segala penyalahgunaan kuasa yang disengajakan oleh
polis, apa pula pendapat Badawi, menteri hal ehwal dalam
negeri (juga timbalan perdana menteri) ?
Badawi telah mempertahankan tindakan polis itu dengan menuduh
Ezam sebagai satu 'ancaman kepada keselamatan negara' kerana
membuat kenyataan akhbar untuk 'menjatuhkan kerajaan melalui
demonstrasi'. Pertama, adalah sesuatu yang mengejutkan, tidak
bertanggungjawab dan tidak adil apabila Badawi sanggup
mengutuk Ezam semata-mata kerana satu kenyataan yang telah pun
dinafikan oleh Ezam sendiri. Badawi terpaksa meminta maaf
kepada Ezam dan juga kepada rakyat melainkan beliau mempunyai
bukti bahawa Ezam telah berbohong.
Kedua, siapakah sebenarnya yang merupakan satu ancaman kepada
keselamatan negara? Adakah Ezam yang berusaha mendedahkan
melalui berkempen kepada rakyat marhaen segala korupsi yang
terlalu banyak dan juga salahguana kuasa di peringkat
tertinggi seperti yang dilakukan dalam hal pembayaran 1.8
bilion ringgit kepadaTajuddin untuk membeli saham MAS ;
sedangkan itu merupakan dua kali ganda daripada harga pasaran
dan tanpa sebarang penilaian yang sah. ATAU pihak polis yang
sebaik sahaja menerima laporan Ezam mengenai penyalahgunaan
kuasa peringkat tertinggi, tidak bertindak terhadap para
penjenayah itu, tetapi (sebaliknya) menangkap Ezam atas
kesalahan bayangan, dengan mengggunakan prosedur yang
songsang? Apakah polis kini sudah diturunkan-taraf mereka menjadi kaki
pukul kepada parti pemerintah untuk mengugut dan menghukum
para reformis yang berazam menyelamatkan negara daripada
pemimpin korup dan bajingan dengan cara menggunakan kemudahan
perlembagaan? Mahathir dan Badawi kerap mengutuk para penunjuk perasaan
jalanan sebagai penyebab yang membuatkan pelabur lari daripada
Malaysia. Inilah satu kelentongan mega. Keadaan negara yang
ketandusan pelaburan pada masakini adalah disebabkan oleh
pemerintahan Barisan Nasional yang pincang.> Perdana Menteri
terlalu kerap menonjolkan keangkuhannya kepada seluruh dunia
betapa Malaysia tidak pernah menyesal daripada serangan Krisis
kewangan yang melandanya. Sebaliknya, keangkohan beliau
memperakui kelemahan struktur yang telah wujud itu, Mahathir
telah berseronok melaksanakan pelbagai siri memperlekehkan
dunia Barat, laksana satu gerakan vendatta peribadinya pula.
Yang paling menghenyak negara akhirnya muncul juga apabila
dengan kejam dan secara tidak berperikemanusian beliau
menghukum Anwar Ibarahim. Lantas, segala topeng yang mengabui
dunia betapa Malaysia mengamalkan demokrasi itu telah
termusnah sama. Tidak ada satu pun institusi negara yang
bersifat demokratik yang tidak dijamah oleh Mahathir. Seluruh
dunia kini mengakui bahawa Malaysia sudah menjadi sebuah
negara tanpa peraturan undang-undangnya, di mana polis dan
sistem perundangan dijadikan jentera untuk menghukum reformis
politik, dan di mana korupsi dan salahguna kuasa semakin
berleluasa dan dilakukan secara terbuka tanpa ada
segan-silunya. Di sebalik segala suasana itu, beberapa himpunan rakyat
marhaen jalanan secara aman hanya mampu memberikan kilauan,
bukannya kegelapan kepada sinario negara sambil menyerlahkan
harapan kepada dunia luar betapa hembusan reformasi yang
demokratik di negara ini masih bernafas lagi. Para pemimpin
reformasi yang berdedikasi dan tidak mementingkan diri seperti
Ezam harus diberikan penghormatan kerana keberanian dan
pengorbanan, bukannya dipenjarakan dan didera sebagai 'ancaman
kepada keselamatan negara' seperti yang ditohmah oleh Badawi.
Rakyat yang cintakan negara ini memang berhak bertanya:
'Kenapakah kita tidak berhak menyingkirkan pemimpin yang
korup, secepat mungkin'? Kenapakah kita tidak boleh berkempen
secara aman mengikut cara yang ada yakni melalui himpunan awam
kerana media massa dinafikan, parlimen disekat, polis dan
kehakiman wujud memerangi kita? Apakah Barisan Nasional mahu
menutup mulut kita dan mahu kita berdiam diri sambil ia terus
merompak negara dan memufliskan negara dalam satu suasana
dunia yang menuju konsep globalisasi dan kemajuan IT? Terlalu
banyak kehancuran telah dilakukan dan terlalu banyak masa
telah digunakan untuk membetulkan keadaan agar negara dapat
mengharungi cabaran sejagat, kita tidak harus membazirkan
waktu untuk menukar kepimpinann yang ada.
Ada beberapa reformis yang meletakkan matlamat untuk
menghumbankan Mahathir pada tahun ini. Mahathir pun memanggil
para pengkritik beliau itu sebagai 'penderhaka yang mahu
menggoncang negara dan menumbangkan sebuah kerajaan yang
dipilih secara demokrasi sebelum berakhir tempohnya'. Kerana
menggugat demokrasi ini mereka layak dihukum. Dengan
kata-katanya itu Mahathir menganggap bahawa dirinya itu adalah
Malaysia. Di manakah letaknya kesalahan meminta seorang perdana menteri
undur kalau dia sudah menjadi bebanan kepada negaranya? Di
manakah yang menyalahi perlembagaan dalam mendapatkan
pembabitan rakyat marhaen secara aman yang membolehkan seorang
perdana menteri bertindak melepaskan jawatannya? Kalau kempen
untuk mendesak seorang pemimpin melepaskan jawatannya itu
dianggap satu jenayah, bererti semua ahli politik di Jepun
sekarang ini harus dihukum kerana telah berganding bahu
mahukan Perdana Menteri Mori melepaskan jawatannya. Begitu
juga dengan Presiden Filipina Arroyo Macapagal dan beberapa
rakan seperjuangan yang sepatutnya dihukum kerana menderhaka
semata-mata kerana meminta bekas Presiden Estrada melepaskan
jawatannya. Bukankah itu juga yang dilakukan oleh pemimpin
politik Indonesia yang mahukan Presiden Abdulwahid 'mundur'?
Ataupun rakyat Peru yang baru sahaja menggulingkan seorang
presiden 'yang telah dipilih secara demokrasi'.
Pemerintahan autokratik selama dua dekad telah membuatkan mata
Mahathir buta kepada perbezaan antara dirinya dan Negara,
sehinggakan segala kritikan salah-lakunya boleh
diterjemahkannya sebagai satu penderhakaan terhadap negara.
Apabila seorang pemimpin telah mempunyai pemikiran bertahap
begitu, ia adalah satu signal dan isyarat bahawa insan itu
sudah tidak lagi layak memerintah dan mesti melepaskan
jawatannya secepat mungkin sebelum banyak lagi kemusnahan yang
akan dilakukannya. Di sebuah negara autokrasi yang korup seperti Malaysia,
himpunan rakyat marhaen hanya merupakan harapan terakhir untuk
melakukan perubahan. Selagi rakyat tidak memberikan sokongan
yang kuat kepada cara berhimpun secara aman yang mengikuti
saluran perlembagaan itu, masa depan Malaysia yang lebih cerah
akan terus menjadi khayalan semata-mata. Kita mengharapkan
agar rakyat marhaen sedar akan propaganda palsu kerajaan yang
menuduh himpunan reformasi sebagai perosak keamanan dan
pembangunan ekonomi dan mengutuk dengan keras cara para
reformis ditangkap dan didera seperti yang baru berlaku kepada
Ezam dan beberapa ramai pejuang yang lain.
Biarlah penangkapan terbaru itu menjadi satu rangsangan untuk
memperhebatkan gerakan reformasi ke satu tahap yang lebih
tinggi lagi. -KimQuek- Rencana Asal: 08.03.2001 The arrest of Keadilan Youth Leader Ezam brings forth a rather ridiculous
and ironic scenario. A corrupt regime that has long avoided being toppled
by resorting to suppression of democracy should now be using a breach of
democracy as pretext to arrest an opposition leader whose avowed platform is
to topple the country's leader through democratic means. Sounds
complicated? Not so. Ezam has just launched a nationwide campaign of 'Movement to Save the
People's Money", after the Nation was stunned and flabbergasted by a
series of multi-billion ringgit government bail out of political cronies at
exorbitant prices without proper basis (latest cases being Tajuddin Ramli of
MAS and Halim Saad for the Light Rail Transit). As the local mass media is
either too muzzled or manipulated by the ruling party to bare the truth, the
Youth Movements of the Alternative Front have decided to do a weekly road
show from one State to another to alert the Nation to the full impact of
these continued atrocious raids on the people's coffers.
To counter this campaign, Mingguan Malaysia, a newspaper acting undisguised
as the ruling party's propaganda machine and agitator, promptly pounced
upon an occasion to interview Ezam to allege him (on Sunday 4th) of having
'admitted to planning to launch wide-scale demonstration to topple the
Government chosen by the people'. Acting in cohort with Mingguan Malaysia, the police quickly arrested Ezam in
the next evening (Monday 5th), in spite of Ezam's instant denial of having
made the alleged statement in the same newspaper the following day, Monday
5th. In arresting Ezam, the police have erred gravely on multiple score.
First, it is not an offence of the law for wanting to topple a government,
if the means of doing so are constitutional. In this respect, all the
component parties of the Alternative Front have vowed to use only
constitutional means to carry out their political struggles. They have
never done anything unconstitutional. Nor is there any indication that they
will resort to any unconstitutional manouvre.
Second, giving public speeches and attending public meetings is a
constitutional right of every citizen, be these political in nature or
otherwise. In fact, it is the police that have breached the Constitution in
their present partisan role in repeatedly disallowing Opposition rallies
without proper reasons, while unreservedly allowing all ruling party
rallies, including those with obvious intention to incite racial
animosities. Third, it is wrong police procedure to arrest some one without proper
investigations, when the alleged offence is over a statement, the
authenticity of which is under dispute. The correct procedure is not to
arrest the alleged offender, but to interrogate both parties concerned.
Fourth, mere utterances of intention to breach a law do not constitute a
breach of the law. It is through actually carrying out the offensive act
that the law is breached. Hence, even if what Ezam intends to do is illegal
(though it is not), the police have no justification to arrest him for
merely expressing a wish. Police can only warn him from carrying out the
act. Against this blatant abuse of power by the police, what does the Minister in
charge of police, the Home Affairs Minister Badawi (also Deputy Prime
Minister) has to say? Badawi defended the police action by claiming Ezam to be a 'threat to
national security' for having made a newspaper statement of 'toppling the
Government through demonstrations'. Firstly, it is shockingly irresponsible and unfair of Badawi to condemn Ezam
over a statement that the latter has publicly denied. Badawi owes Izam and
the Nation an apology unless he can prove Ezam has lied.
Secondly, who is a real threat to national security - Ezam who proposes to
expose, through a series of public rallies, massive corruption and high
level abuse of power exemplified in the latest Government payout of 1,800
million Ringgit to Tajuddin to buy his MAS shares at more than double the
market price without any proper valuation, OR the police who, upon receiving
such police report of high level abuse of power from Ezam, instead of acting
against the culprits, have arrested Ezam on an untenable offence, using an
indefensible procedure? Have the police been reduced to mere henchmen of the ruling party to torment
and persecute the reformers who are committed to save this Country from the
corrupt rulers through constitutional means?
Mahathir and Badawi often condemn street demonstrations as the cause for
driving investors from Malaysia's shore. Nothing is further from the
truth. The barren state of new investment that Malaysia has found itself in
today is caused entirely by Barisan Nasional's misrule. The Prime Minister
himself has powerfully projected to the world that Malaysia is totally
unrepentant from the ravages of the recent Financial Crisis. Instead of
recognizing our own structural weaknesses and instituting remedial political
and economic reforms, Mahathir has indulged in an orgy of anti-West
vendetta. The worst was yet to come in the merciless and unjust persecution
of Anwar Ibrahim, when Malaysia's last pretenses as a democracy were
destroyed. None of our democratic institutions is spared of subversion by
the Executive, and the world now recognizes Malaysia as a land without the
rule of law of law, where police and the judiciary are instruments to
persecute political reformers, and where increasing corruption and abuse of
power are blatantly and unashamedly committed with impunity. Against this
backdrop, occasional street demonstrations by peaceful reformers only
illuminate, not darken, the Malaysian scene, signaling to the world that
hopes of democratic reforms in this Country are still alive. And dedicated
and selfless reform leaders exemplified by Ezam should be honoured for their
courage and sacrifice, not imprisoned and punished as 'threat to national
security' as alleged by Badawi.
People who love this Country are entitled to ask: why shouldn't we have the
right to get rid of this corrupt leadership, and as soon as possible? Why
can't we campaign peacefully in the only means available to us which is
public rallies, since the mass media is blocked, parliament is blocked,
police and the judiciary are against us? Does Barisan Nasional expect us to
keep silent and do nothing while it plunders the Nation's wealth and leads
the Nation down the drain, helpless and hopeless in a world fast
transforming by globalisation and IT breakthroughs? With so much damage
done, and with so much time lost in steering this Country to the right
course to meet the current challenges, not a day is to be lost in changing
our leadership. Some reformers have set a target to oust Mahathir this year. And Mahthir
calls his critics traitors who are out to destabalise the Country and to
topple the 'democratically elected' Government before its term ends and
for this 'breach of democracy' they deserve to be punished. In doing so,
Mahathire has equated himself with Malaysia.
What's wrong with asking a prime minister to quit if he happens to be a
liability to the country? What is so unconstitutional about building up
enough public opinion through peaceful means to the point that the prime
minister feels obliged to step down? If campaigning for a discredited
leader to step down is a crime, then the politicians in Japan presently
asking the unpopular Japanese Prime Minister Mori to step down should all be
prosecuted. Similarly, current Philippine President Aroyo and her
colleagues should also have been charged for treason for asking former
President Estrada to resign. Ditto present Indonesian political leaders
asking for President Wahid's resignation. And ditto the people of Peru who
have just ousted their 'democratically elected' President.
Two decades of autocratic rule has blinded Mahthir to the distinction
between himself and the Country, and criticism of his misdeeds is construed
as act of treason against the Country. When a leader has reached this state
of the mind, it is the clearest signal that the man is unfit to rule and
must leave at once before further damage is done.
In a corrupt autocracy like Malaysia, public rallies offer the last hope of
change. Unless the people give their strong backing to these peaceful and
constitutional means of political support to reforms, the days of a brighter
Malaysia will continue to elude us. It is hoped that the people will see
through the Government's false propaganda which paint the reformasi
gatherings as disruptors to peace and economic development, and roundly
condemn the unjust and illegal persecution of reformers such as the recent
arrest of Ezam and others. Let these new arrests be an impetus to lift the
reformasi movement to a new level.
|