Laman Webantu KM2A1: 3952 File Size: 12.9 Kb * |
TAG MT 56: Penswastaan Yang Menyimpang By Radzuan Halim 12/3/2001 10:33 pm Mon |
TAG056 [Memang pelik setengah projek yang diswastakan adalah projek
yang selama ini menguntungkan kerajaan, khususnya yang melibatkan
sektor utiliti dan perkhidmatan. Apabila diswastakan, para kroni
lebih condong untuk mengaut keuntungan lebih dari menyediakan
kemudahan. Akibatnya masalah seperti kesesakkan dan kecekapan
masih berulang. Malah mereka semakin menimbulkan masalah yang
bertambahan kepada pengguna yang berkaitan. Akhirnya mereka
lingkup dan terpaksa diselamatkan dengan dana awam atau kenaikkan
harga perkhidmatan. Malangnya kroni tersebut tidak pula dipersalahkan.
Bencana ini berlaku kerana tiada pengawasan pihak berkuasa sedangkan
apa yang dilakukan melibatkan kepentingan orang awam. Tanpa pengawasan dan penilaian (kesan/teknikal) penswastaan tidak akan menjamin kesenangan.
Kalau senangpun hanyalah kroni yang tersayang...
- Editor ] [Artikel asal pernah terbit di 'The Sun On Sunday', Februari 11, 2001.]
(Short-changed by privatisation) Oleh: Radzuan Halim Penswastaan menjanjikan penjimatan yang besar, kecekapan dan
'dinamisma'. Lagipun ia merupakan satu fesyen yang telah
diperkenalkan oleh Wanita Besi Magaret Thatcher dan ketika itu
dianggap amat seiras dengan kecenderungan dunia yang
mengamalkan konsep membebaskan diri daripada banyak peraturan
lama dan liberalisasi (kerana globalisasi hanya muncul
kemudiannya). Proses penswastaan selama satu dekad (1900-2000) kini sudah
menunjukkan satu kad laporan yang memang tidak menyenangkan.
Lapuran keseluruhannya memang amat menghampakan, walaupun
ada juga markah yang baik di sana-sini.
Dalam banyak hal memang telah berlaku kemusnahan sehinggakan
difikirkan betapa perlunya diperbetulkan ataupun dilakukan
kembalikan proses penswastaan itu yang sudah semestinya
membebankan para pembayar cukai. Mungkin ada yang berkata
bahawa program penswastaan itu telah menjadi mangsa kepada
krisis ekonomi Asia Timur yang turut melanda negara pada Julai
1987 hingga Disember 1998 (dan berterusan lagi, kini). Tetapi, kita
juga boleh berkata bahawa penswastaan itu telah menyulitkan lagi
kepedihan sistem ekonomi kita disebabkan hutang yang bertapuk
tingginya dan pulangan modal yang amat rendah.
Di waktu yang sama, pelbagai usaha dilaksanakan untuk menjulang
kejayaan rencana penswastaan itu, terutama sekali terhadap
Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional. Pada hal inilah institusi
yang pada satu ketika dulu memang mempunyai rekod kejayaan
yang sungguh lama sebelum diswastakan. Malahan, kedua-dua
institusi ini terus dikuasai oleh sektor awam dalam hal perlantikan
pegawai-pegawai tinggi dan dalam kegiatan membuat perolehan
yang besar-besar (kontrak). Kejayaan penswastaan diwar-warkan jua dari aspek penjimatan
belanja kerajaan, penurunan angka kakitangan kerajaan dan
sebagainya. Namun, tidak ada siasatan perakaunan yang
menyeluruh yang telah dilaksanakan. Kita perlu mengetahui apa
yang telah dilaksanakan dengan pembayaran cukai kita berkaitan
dengan aset dan sumber pendapatan di masa hadapan. Apa
jadinya dengan pemberian gran, pinjaman dan jaminan ke atas
pinjaman yang telah dilambakkan kepada institusi yang dibiarkan
untuk proses penswastaan itu. Lagipun, unsur-unsur jaminan-yang-dimungkinkan masih wujud
lagi. Dalam hal ini para peminjam (bank) mempunyai anggapan
bahawa mereka boleh merujukkan kepada kerajaan seandainya
berlaku masalah melunaskan hutang yang mereka berikan. Dalam
kes projek pengangkutan aliran ringan di Lembah Kelang, pihak
bank telah diberikan bantuan penyelamatan yang walaupun tidak
wujud sebarang surat jaminan yang pernah dikeluarkan oleh
kerajaan. Izinkan saya mencatatkan pengamatan saya mengenai beberapa
program penswastaan, dengan diikuti oleh beberapa iktibar dan apa
yang boleh kita pelajarai darinya. Program penswastaan telah memberikan ruang yang luas kepada
peniaga baru mengambil peranan penting, malahan memikul tugas
berat dalam projek mega infrastruktur dan juga projek awam yang
besar-besar. Peniaga-peniaga ini tidak pernah diawasi ketokohan
mereka melalui pengalaman dengan sektor awam sedangkan
prestasi dan keputusan ekskutif mereka akan mencorakkan cara
hidup rakyat negara ini. Banyak projek penswastaan yang terbengkalai di tahap awalannya
lagi kerana konsep kewujudannya tidak didahului kejiwaan yang
menyeluruh. Satu contoh ialah penswastaan air-najis. Kerja-kerja
mengutip dan memproses najis manusia tidak dibuat secara
menyeluruh sebagi satu projek nasional. Kerja-kerja itu dibiarkan
menjadi urusan majlis tempatan dan bandaraya, tanpa koordinasi
pusat dan penyeliaan oleh JKR atau pun badan khas
terhadapnya. Cukai urusan najis tidak dimasukkan dalam perkiraan
cukai pintu. Oleh itu kuasa untuk menguatkuasakan pembayaran
(dengan cara mensita harta yang engkar) tidak dapat
dikuatkuasakan. Penswastaan sesungguhnya telah menyebabkan ramai peniaga
yang mempunyai hutang yang bertapuk tingginya. Hutang yang
banyak seudah tentu mencetuskan risiko yang besar dan ini sudah
tentu dialihkan kepda pembayar cukai untuk mengelakkan bank
peminjam menjadi muflis disebabkan pinajaman yang tidak berbayar
(Non Performing Loans- NPLs). Banyak juga yang meminjam
daripada peminjam asing dalam bentuk matawang asing. Semua
pinjaman ini ada hubungkait yang negatif dengan matawang
negara. Setiap kali pinjaman luar ini tidak terlunas ia menjejaskan
martabat negara dalam bidang kewangan antarabangsa.
Penswastaan mengendurkan kuasa dan hak Perbendaharaan
Persekutuan dan jabatan teknikal seperti JKR tidak lagi memeriksa
dan memberikan pengesahan kepada pemberian kontrak dan
tender. Perkara ini menyentuh suasana awalan lagi yang
membabitkan projek infrastruktur di mana gran dan pinjaman
kerajaan diberikan kepada badan yang diswastakan itu. Dengan hal
demikian, wang rakyat dibelanjakan tanpa penelitian pembayar
cukai dan kerajaan. Inilah yang selalu menyebabkan perbelanjaan yang berlebihan
kerana sistem tender yang sudah pun dihapuskan. Perbelanjaan
yang berlebihan ini akhirnya menjadi bebanan para pembayar
cukai yang terpaksa membebaninya lagi apabila projek tersebut
kantul dan gagal. Penswastaan membabitkan kerja-kerja pemusatan dan longgokan
semua projek-projek kecil, kerja-kerja kontrak dan perolehan.
Kalau dulu, lubang penyelian jalan, pembaikan jalan, dan
pencucian cada dan kain-kain hospital dilaksanakan oleh ratusan
peniaga kecilan di seluruh negara, penswastaan semua kerja-kerja
ini telah menjadikan kerja-kerja ini diberikan hanya kepada
segelintir kontraktor besar sahaja. Sudah tentau kaedah ini
menghenyak masyarakat hingga mencetuskan implikasi sosial dan
politik. Salah satu punca kegusaran rakyat ialah cara tol jalanraya
dilaksanakan. Inilah yang telah mencetuskan sindrom 'Tembok
Berlin' dan dalam banyak hal telah menjadikan aliran lalulintas
semakin buruk lagi. Cara cukai tol dilaksanakan secara rambang
memang boleh mencetuskan implikasi yang pelik-pelik.
Penduduk Shah Alam dikenakan tol, tetapi penduduk Subang Jaya
dikecualikan. Orang di Ceras dikenakan membayarnya tetapi tidak
pula penghuni di Damansara Heights. Saya pernah memberikan
beberapa cadangan mengenai hal ini di tulisan yang lain.
Apakah iktibar dan rumusan yang dapat kita jadikan pelajaran
dalam hal penswastaan ini? Pertama, Kita tidak boleh bergantung harap kepada orang bisnes
untuk menyelesaikan masalah infrastruktur dan perkhidmatan awam.
Orang bisnes mempunyai prioriti mereka tersendiri.Selalunya,
pengalaman dan latihan (kelulusan akademik?) mereka jauh lebih
rendah daripada yang disediakan dalam perkhidmatan awam. Kita
tidak boleh berpeluk tubuh menunggukan orang bisnes memberikan
idea bagaimana menyelesaikan masalah awam. Pegawai kerajaan
mesti membuat kajian dan mengemukakan jawapannya. Projek
pengangkutan aliran ringan Lembah Kelang memang satu contoh
yang jelas dalam perkara ini (yang difaradikan kepada penjual
insuran dan pengekspot batang penyapu oleh wira dunia ketiga
jolokan pemimpin haprak juga - penterjemah). Para peniaga telah
mengemukakan cadangan mengenainya, melaksanakannya dan
setelah gagal dengan projek itu ia terpaksa diselamatkan dengan
wang rakyat marhaen juga. Kedua, setiap projek yang membabitkan wang rakyat ataupun
membabitkan rakyat akhirnya, mestilah direka dan uruskan
secara tender dan tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada orang
bisnes. Pengawalan kerajaan yang terperinci dan penguasaannya
memang diperlukan untuk menentukan wang rakyat dibelanjakan
dengan betul dan segala lakaran dan konsep dilaksanakan
menepati kehendak rakyat. Kalau perbelanjaan itu tidak dikawal
dengan betul, ia membawa erti wujudnya "pencukaian tanpa
penelitian' satu amalan songsang di dalam sebuah negara yang
mengamalkan sistem demokrasi. Ketiga, Penswastaan tidak bererti kita tidak perlu membuat
keputusan yang besar-besar. Contohnya ialah keperluan
menyelesaikan masalah pengangkutan Lembah Kelang yang
berserabut dengan pencemaran udaranya. Masalah ini bukan
memadai diselesaikan dengan pembikinan jalan yang lebih baik
tetapi dengan pengangkutan awam yang lebih lagi dan
pengurangan kereta persendirian di jalnraya.
Malahan, ada pihak yang beranggapan kita tidak seharusnya
memperbanyakkan jalanraya kerana ini akan membuat lebih banyak
kereta sewa. Namun, keghairahan kita terhadap penswastaan,
menyebabkan kita tertumpu kepada pembinaan jalan bertol, dan
mengenepikan cukai masuk kepada kenderaan yang mahu ke
gerbang kota, kenaikan cukai minyak dan penguatkuasaan yang
lebih berkesan terhadap pencemaran eksos kenderaan.
Keempat, sesuatu pengurusan yang baik tetap berupa itu juga tidak
kira sama ada di sektor kerajaan ataupun swasta. Sektor persendirian
bukannya bererti pengurusan yang baik-baik belaka dan tidak juga
setiap sektor awam itu dimendungi oleh perkhidmatan yang leceh
dan culas. Ramai pengurus kita yang baik-baik terdapat di dalam
perkhidmatan kerajaan (tadbiran awam negara).
Beberapa institusi Singapura - Singapore Airlines, Development
Bank of Singapore, Jurong Town Board, pelabuhannya -
semuanya diterajui oleh pegawai perkhidmatan awam. Kita mesti
memancing calon yang baik-baik untuk pekhidmatan awam yang
unggul dan melatih mereka dengan jujur. Kalau kita mahu
dapatkan khidmat orang bisnes, adalah sukar untuk menyelidik
kepintaran mereka dalam mengurus dan menerajui prasarana awam
dan perkhidmatannya. Sebagai rumusan, kita perlu merencana dengan bijak apabila mahu
membuat keputusan terhadap setiap projek penswastaan. Niat yang
baik sahaja memang belum mencukupi. Khidmat dan projek itu mesti
bersesuaian untuk penswastaan. Semua implikasi penting seperti
jumlah hutang yang mungkin berbangkit dan keupayaan
pengurusan pengusaha projek itu perlu dipertimbangkan dengan
teliti. Apabila wang rakyat dibabitkan, mesti ada peraturan
penguasannya yang mantap. Kerajaan sendiri mesti bertindak
terhadap keperluan rakyat dan menentukan apakah jenis projek
yang perlu dilaksanakan. Tugas terpenting ini tidak seharusnya
dibiarkan kepada orang bisnes sahaja.
-Radzuan Halim- Catatan Penterjemah: Sdr. Radzuan Halim merupakan seorang insan yang banyak
jasanya kepada negara ini baik dalam bidang pemikiran,
pembangunan dan juga pendidikan. Dalam menterjemah
tulisannya ini saya terimbau zaman silam dan merasa
sedih kerana tidak mendapatkan keizinan rasmi darinya
sebelum menterjemahkan tulisan yang sungguh baik ini.
-MT- |