Laman Webantu KM2A1: 3953 File Size: 18.1 Kb * |
TAG MT 57: Taliban Dan Pemusnah Patung-patungnya By Khalid Baig 12/3/2001 9:35 pm Mon |
TAG 057 [Dunia menjerit untuk menyelamatkan patung sehingga sanggup
datang untuk menjaga dan membela manja. Malangnya dunia berdiam dan
tidak datang pun berkunjung membantu rakyat yang kebulur dan budaya
serta nyawa umat Islam yang terhancur di mana-mana akibat permainan
mereka. Rupa-rupanya nyawa beberapa batu lebih berharga dari nyawa
ribuan manusia yang teraniaya. Kerana batu dunia murka dan mahu campurtangan tetapi kalau rakyat
tersiksa dibiarkan sahaja. Dengan musnahnya batu-batu itu, musnahlah
juga sesuatu dalam bumi Afghan yang dirasakan milik dunia - sedangkan
ia hanyalah lambang untuk menafikan hak si tuan punya.
- Editor] (Taliban: The World Needs The Iconoclasts)
Oleh Khalid Baig - editor al-balagh.net
Seperti yang dijangkakan, keputusan Taliban menghapuskan tugu
dan patung purba di negara itu telah mencetuskan satu
hingar-bangar di seluruh dunia. Keseluruhan dunia tamaddun yang
dikepalai oleh PBB telah melompat menjerit serta mengutuk "jenayah
besar terhadap tamadun". Pemimpin dunia telah menggigil kerana
kemarahannya. Kumpulan Taliban telah diberi amaran oleh PBB akan
tercetusnya 'tindakan yang menghambat" kalau mereka terus
mencemarkan batu-batu suci itu. Malahan ada seorang pemimpin
yang mencadangkan agar dihantar satu pasukan tentera untuk
menyelamatkan patung purba Buddha yang memang sudah terkepung
itu. Alangkah seronoknya melihatkan gelagat para juara politik dan
budaya ini menjadi ghairah dalam perkara yang dianggap tidak
bermoral itu. Mereka menjadi naik angin sambil menonjolkan betapa
sucinya pendirian hidup mereka. Masalahnya sekarang adalah amat
sukar untuk kita sedar apakah sebenarnya prinsip hidup mereka itu.
Apakah mereka benar-benar perihatin dalm perkara
perikemanusiaan? Bukankah itu juga PBB yang melancarkan projek
menzalimi dan membunuh secara beramai-ramai berjuta rakyat
Afghanistan dengan melancarkan sekatan terhadapnya? Rencana
mereka -- menafikan hak anak-anak kecil kepada bekalan susu,
yang kelaparan kepada bekalan makanan dan yang sakit kepada
bekalan perubatan - telah mereka perincikan lagi di Iraq di mana
lebih setengah juta manusia mati kebuluran mengikut taksiran PBB
sendiri. Majlis keselamatan PBB mula-mula sekali menguatkuasakan sekatan
terhadap Afghanistan pada Oktober, 1999. Sekatan itu diperketatkan
lagi pada Disember 2000 setelah menerima tekanan daripada Amerika
Syarikat dan Russia. Mengikut global Policy Forum Reform, sekatan
terbaru itu dikuatkuasakan walaupun sudah tersedianya satu laporan
pada Ogos 2000 daripada jabatan PBB di "Office of Coordination of
Humanitarian Affairs" (OCHA) yang memberikan penjelasan mengenai
kesan negatif yang menyelubungi rakyat Afghanistan disebabkan
sekatan itu. Ada satu lagi draf laporan OCHA itu yang mencatitkan
betapa "tidak ada negara miskin yang lain yang pernah dihenyak
begitu dahsyat seperti yang dilaksanakan terhadap Afghanistan."
Apakah ini yang dikatakan minat mereka yang berperi-kemanusiaan?
Apakah keperihatinan mereka itu berunsur kebebasan beragama. Kita
mesti ingat bahawa kumpulan Taliban bukannya memusnahkan
lambang beribadat sembarangan ataupun apa juga yang menjadi
kepunyaan satu tempat ibadat. Walaupun tidak jelas kutukan yang
dicemuhkan, kumpulan Taliban bukannya melakukan sesuatu yang
bersalahan. Tugu batu purba itu adalah kepunyaan mereka, dan tidak
ada sesiapa yang memegang surat warisannya. Kalau seseorang
membeli sebuah rumah yang dilengkapi dengan patung berhala , dia
mempunyai hak untuk menyimpannya, menjualnya, memusnahkannya
ataupun mencampaknya sahaja. Denagn demikian, sama ada orang
lain suka ataupun tidak dengan perkara ini, orang Afghan berhak
melakukan apa yang mereka suka dengan gunung-ganang mereka,
batu, dan tugu yang ada di negara itu selagi mereka tidak
mencetuskan bahaya kepada orang lain.
Keadaan menjadi semakin menarik apabila kita mulakan penelitian
terhadap wibawa kumpulan anti-Taliban yang berkempen mengenai
isu kebebasan beragama. Cuba kaji India yang menjadi ketua
percanggahan sekarang, sedangkan orang yang sama sdang
memerintah dan mengepalai satu kumpulan perosak untuk
menghancurkan Masjid Babri lapan tahun yang lalu dan membunuh
kira-kira 200 orang yang cuba menahan hasrat mereka. Alangkah
ajaibnya apabila pembunuh yang sama bangkit semula untuk
melaungkan kemarahan mereka dengan membangkitkan isu 'jenayah
tidak bertamadun ini'. Memandangkan prestasi dan rekod "masyarakat antarabangsa"
terhadap keinsanan dan kebebasan beragama itu sungguh
menakjubkan, marlah kita lihat sesuatu yang lebih mudah seperti
keperihatinan mereka terhadap warisan budaya. Kesannya tidak pun
menyelerakan. Kita mesti menyoal di manakah penjaga warisan
budaya apabila masjid, khutubkhanah, sekolah, bangunan purba dan
musium yang kebanyakanya berbentuk tugu sejarah yang
besar-besar telah dimusnahkan di Balkans. Lebih 1200 masjid telah
dimusnahkan di Bosnia oleh kumpulan fanatik Eropah yang bergelar
Serbs. Daripada jumlah itu lebih 200 masjid telah dimusnahkan di
Kosova. Yang lebih menyakitkan hati (berbeza dengan gelagat
Taliban) mereka telah turut membunuh para imam dan ulama dan
penghuni di sekeliling tapak masjid bersejarah yang mereka
musnahkan itu. Tentunya mereka melakukan juga segala bentuk
jenayah dan vandalisma yang dianggap bukan isu sebagai bahan
perbandingannya. Sambil semua kejijikan itu dilaksanakan, pelbagai
kumpulan dan penjaga warisan budaya dan kebebasan agama telah
berseronok menggeledah ruang seni setiap muzium yang turut mereka
musnahkan itu. Kalau benar-benar wujud prinsip kehidupan di sebalik pendirian
berprinsip yang dilaungkan itu, bagaimanakah kita tidak mampu
menelahnya? Ada satu kisah yang bekecuali di dalam Washington
Post yang cuba mengenengahkan satu jawapan kepada persoalan
kenapa Afghanistan mesti mesti mewarisi tugu purba itu: " Semua
bikinan purba itu adalah hak orang Afghanistan. Apabila anda
kehilangan identiti itu, anda pun kehilangan jiwanya sekali." Soalnya
sekarang, semua tugu purba itu bukannya identiti dan lambang orang
Afghanistan. Malahan, pendapat itu tidak lain daripada satu unsur
imperialisma budaya yang tidak ada nilainya. Identiti orang
Afghanistan terbit daripada kehidupan dan segala keperibadian
yang tontonkan oleh para Nabi.
Nabi Ibrahim, a.s. telah memusnahkah segala patung, walaupun
'ayah'nya sendiri adalah seorang pembuat patung unggulan. Dia elah
ditakut-takutkan dengan siksan para dewata. (Hari ini, para
pengikutnya sedang ditakut-takutkan dengan ancaman 'masyarakat
antarabangsa', yang membawa makna yang sama). Nabi Ibrahim tidak
ambil kisah. Dalam kedegilannya itu dia telah mendedahkan
patung-patung itu dan kekejaman para penyembahnya. Kemudian, di
Makkah dia telah berdoa: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah) negeri yang aman damai
dan jauhkanlah aku dan anak cucuku daripada nmenyembah
berhala-berhala. Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu
telah menyesatkan kebanyakan manusia, maka barangsiapa orang itu
termasuk golonganku, dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka
sesungguhnya Engkau, maha Pengampun lagi Maha Penyayang,"
{Ibrahim 14:35-36} Apabila kumpulan jahiliyah menyerabutkan Kaaba dengan segala
patung-patung yang mereka dirikan itu, Allah telah mengutuskan
Nabi Muhammad (saw). Sekali lagi dia telah memusnahkan segala
patung di situ. Dia tidak pun menyimpannya sebagai warisan budaya.
Dengan hayunan penukul dia mengistiharkan, "Kebenaran sudah pun
tiba dan segala pemalsuan sudah musnah binasa."
Inilah warisan Islam. Anda membersihkan diri anda dan juga rumah
kediaman anda daripada segala patung-patung itu. Anda tidak
menyimpannya sebagai satu warisan budaya ataupun sebagai satu
usaha mengkagumi hasil karya seni. Dengan melakukan tindakan ini
anda sebenarnya membebaskan dunia.
Jadi, apakah pendirian di sebalik "pendirian antarabangsa" itu?
Mungkin ada yang tersirat yang sungguh berbisa. Seorang "pakar"
telah memberikan bayangan keresahan itu ketika bercakap kepada
Los Angeles Times. "Saya akan menghantar bala tentera, percayalah
saya," kata Pratapaditya Pal, seorang kurator yang sedang melawat
Amerika Syarikat. "Memang amat sukar membandingkan (satu patung)
dengan nyawa manusia, tetapi jangan lupa bahawa kita (manusia)
boleh beranak-pinak . Buddha ini.....dimusnahkan untuk
selama-lamanya." Itulah dia. Kita sedang hidup di sebuah dunia di mana binatang
dianggap lebih penting daripada manusia. (Di India, misalnya, ada
manusia yang disembelih kerana masalah penyembelihan lembu).
Kini, batu-batan pun menjadi lebih berharga daripada kemanusian.
Yang lebih menakjubkan mereka yang sudah mencelaru cara
hidupnya sudah menjadi juara maruah manusia secara pilihan sendiri.
Kenapa tidak? Sudah tentu manusia yang berhati batu yang
benar-benar mempunyai semangat cintakan batu-batan juga.
Inilah hakikatnya betapa dunia ini sudah menjadi zalim, bongkak,
angkuh dan kejam selain daripada semakin dunggu. Dunia semakin
ghairah berbincang mengenai barang-barang seni sedangkan
kesenian yang dicakapkannya itu adalah kesenian berpropaganda
belaka. Inilah yang memerlukan sesaorang untuk mendedahkannya. Ia
memerlukan kewujudan tukang pemusnah patung-patung yang
enggan memanjangkan bisnes biasa itu, dan terus mencabar
'hegemony' (segala pengaruh sebuah negara keatas negara lain) dan
kezaliman, dan berani menghapuskan penganiayaan, keegoan,
keangkuhan dan kedungguan. -Khalid Baig- Rencana Asal: Copyright: http://www.iviews.com Published Sunday March 04, 2001 By Khalid Baig As expected, the Taliban decision to destroy statues
from the Islamic State has created a big international
uproar. The entire "civilized world", with the UN at
its head, has been jumping up and down to condemn this
"great crime against humanity." The world leaders have
been shaking with anger. The Taliban have been warned
by the UN of a "devastating reaction" if they harm the
sacred stones. One pundit even suggested sending an
army to rescue the beleaguered Buddhas.
It is fascinating to see all these political and
cultural champions get all worked up with "moral
indignation." Through their pious pronouncements they
try to persuade us that theirs is a principled stand.
The only problem is that it is difficult to discern
what that principle is. Is it their concern for humanity? Well, it is the same
UN that has started the project of torturing and
killing the people by the millions in the
war-devastated Afghanistan by imposing sanctions
against it. The scheme they are using --- depriving
the little children of milk, the hungry of food and
the sick of medicine --- has been perfected in Iraq
where it has killed half a million people according to
the estimates of the UN itself.
The UN Security Council first imposed sanctions on
Afghanistan in October 1999. They were tightened even
more in December 2000, under strong pressure from the
United States and Russia. According to a Global Policy
Forum report, the new sanctions were imposed despite
an August 2000 report from the UN Office for the
Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA), which
highlighted the "tangible negative effect" on
Afghanistan's populace of the existing sanctions.
Another draft OCHA report has said that "no poor
country has ever been sanctioned the way Afghanistan
has." So much for their concern for humanity.
Is it their concern for religious freedom? It is
important to remember that the Taliban are not
destroying any place of worship or anything belonging
to a place of worship. And although it is not apparent
from the heated condemnations, the Taliban are not
doing anything illegal either. The stone artifacts
belong to their country; no body else holds title to
them. If one buys a home and it comes with some
statues, he has a right to keep them, sell them,
destroy them or throw them away. Similarly, whether or
not others like it or agree with it, the Afghans have
a right to do what they want with the mountains,
stones, and statues in their country, as long as they
do not cause a danger to anybody else.
Things become more interesting if we begin to check
the credentials of the anti-Taliban campaign itself on
the issue of religious freedom. Consider India, a
leader in the current crusade, where the same people
are ruling today who had led frenzied mobs to destroy
the historical Babri Mosque just eight years ago and
had killed 2000 people in the ensuing protests. It is
amazing that the butchers have been prompt to display
righteous anger over this "medieval barbarism."
Given that the record of our beloved "International
Community" on humanity and religious freedom is rather
appalling, let us look at something more plausible,
like a concern for universal cultural heritage. The
results are no better here. For one must ask where
were our guardians of cultural heritage when mosques,
libraries, schools, historic buildings, and museums
---many of them great historic monuments ---- were
being destroyed in the Balkans. More than 1200 mosques
were destroyed in Bosnia by the European fanatics
known as Serbs. More than 200 were destroyed in
Kosova. Of course, unlike the Taliban they also killed
the Imams and the rest of the population with the
historic monuments they were destroying. Of course
they committed other crimes so grisly that their
cultural vandalism appeared to be a non-issue in
comparison. And of course, the guardians of cultural
heritage, of religious freedom, and of humanity were
happily strolling through their art galleries when the
butchery was going on. So if there is a principle behind their "principled
stand," we are unable to find it. In a rare case the
Washington Post tried to find an answer to the
question as to why Afghans must keep and preserve the
statues: "These old buildings are Afghanistan's
identity. And when you lose your identity, you've lost
your soul." The problem is these artifacts are NOT
Afghanistan's identity. And the assertion is nothing
but unvarnished cultural imperialism. Afghanistan's
identity derives from the life and example of the
Prophets. Prophet Ibrahim, alayhi-salam, destroyed the idols,
even though his own father was the idol maker. He was
threatened with the wrath of gods. (Today, his
followers are being threatened with the wrath of the
"International Community," which is the same thing).
He did not care. And in the process he exposed the
weakness of the idols and the wickedness of the
idol-worshippers. Later on, in Makkah he said the
prayer: "O my Lord! Make this city one of peace and
security and preserve me and my sons from worshipping
idols. O my Lord! They [the idols] have indeed led
astray many among mankind." [Ibrahim 14:35-36]
When the pagans later on filled the Ka'ba he had
rebuilt with idols, Allah sent Prophet Muhammad,
Sall-Allahu alayhi wa sallam. Again he destroyed all
of the idols there, forever. He did not preserve them
as cultural heritage. Rather, with every stroke of the
hammer, he declared, "Truth has come and falsehood has
vanished." This is the Islamic heritage. You clean your own life
and your own house of the idols. You do not preserve
them as your cultural heritage or as a cherished work
of art. And in doing so you will liberate the world.
So is there a principle behind the "International
Community's" stand? May be there is an underlying
principle, but it is a sinister one. One "expert"
summed up the mood of this commotion while talking to
the Los Angeles Times. "I would send in the army, I
really would," Pratapaditya Pal, a visiting curator to
the US, said. "It is of course very difficult to
compare [a statue] with a human life, but don't forget
that we [humans] can reproduce. These Buddhas . . .
are destroyed forever." There it is. We are living in a world in which animals
are more valuable than humans (In India, for example,
men have been slaughtered over the issue of cow
slaughter). And now even the stones are more valuable
than the humans. And to top it off, those who have
developed such inverted values are the self-declared
champions of human dignity. And why not? Those who
have hearts of stone are naturally showing their love
for stones. This is a cruel, self-conceited, arrogant, wicked and
ignorant world. It has incessantly talked about its
love of art but the only art at work here is the art
of propaganda. It needs someone who can expose that.
It needs the iconoclasts who would refuse to continue
the business as usual; who would challenge its
hegemony and tyranny; and who would rid it of its
cruelty, self-conceit, arrogance, and ignorance.
__ Khalid Baig is editor of al-balagh.net.
|