Laman Webantu KM2A1: 3970 File Size: 12.6 Kb * |
Kg Medan: Kenyataan Media BA. By harakahdaily 14/3/2001 4:46 pm Wed |
KENYATAAN MEDIA BERSAMA BARISAN ALTERNATIF
PEMIMPIN BA INGIN MENEMUI PEMIMPIN KERAJAAN BN UNTUK
MENYELESAIKAN MASALAH DI TAMAN MEDAN
Dengan rasa penuh prihatin serta tanggungjawab kami ingin
mencadangkan supaya satu pertemuan diadakan antara para
pemimpin Barisan Alternatif (BA) dengan Barisan Nasional
(BN) untuk membincangkan masalah perpaduan nasional. Kami
anggap pertemuan ini penting, memandangkan suasana kaum yang
agak tegang kini, terutama sekali berikutan peristiwa yang
berlaku di Taman Medan sejak beberapa hari lalu.
Sebagai permulaan, kami berharap akan dapat menemui Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Badawi, seberapa segera
untuk membincangkan keadaan di Taman Medan ini. Kami lihat
keadaan di sana masih serius dan belum reda lagi, dan segala
usaha hendaklah dilakukan oleh semua pihak untuk mencari
cara mengendurkan keadaan yang tegang itu, dan seterusnya
mengambil langkah bagi menyelesaikan segala masalah supaya
tidak berulang lagi. Kami melihat seolah-olah ada percubaan dari sesetengah pihak
hendak mengecil-ngecilkan peristiwa yang berlaku. Mungkin
punca asalnya kecil, akan tetapi ia telah menjadi terlalu
besar untuk diperlekehkan. Tidak ada gunanya kita
menyembunyikan bilangan orang yang terbunuh. Dari sumber
hospital dan keluarga yang boleh dipercayai, kami mendapat
kesan bilangannya lebih besar dari angka rasmi yang disebut
oleh polis. Oleh kerana yang demikian berita angin meluas dan orang
ramai lebih percaya kepada berita angin daripada berita yang
dikeluarkan melalui media, terutama yang dikuasai oleh pihak
pemerintah. Kami menyeru supaya pihak pemerintah berani
memberikan maklumat yang benar. Ingatlah seperti kata
pepatah bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru.
Pada mula-mulanya kami mendengar banyak rungutan bahawa
pihak polis tidak cukup bertindak secara profesional.
Walaupun kira-kira 500 orang pegawai polis telah diletakkan
untuk berjaga-jaga, mereka gagal mengawal keadaan dan
dianggap oleh sesetengah pihak sebagai tidak tegas dan
kadang-kadang berat sebelah. Akibatnya unsur-unsur yang
tidak diingini telah berjaya bertindak liar sehingga
menyebabkan kemusnahan harta benda, kecederaan tubuh badan,
bahkan pembunuhan orang yang tidak bersalah. Kami diberitahu
bahawa ramai di antara mereka datang dari luar dan bukan
penduduk tempatan. Namun begitu, akhir-akhir ini penduduk tempatan puas hati
bahawa kehadiran polis semakin berkesan.
Dalam suasana kaum yang agak buruk sekarang ini, kami
menyeru supaya Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad berhenti daripada membuat kenyataan-kenyataan
bercorak perkauman yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
Beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau akhir-akhir
ini sangat tidak bertanggungjawab dan tidak patut terbit
dari mulut seorang pemimpin negara.
Kami juga terperanjat dengan kenyataan yang dibuat oleh ahli
Dewan Undangan Negeri dari Taman Medan, yang juga merupakan
ahli exco Negeri Selangor, sebagaimana dilaporkan oleh
media. Beliau mendakwa kononnya orang Melayu sudah lama
bersabar, walaupun ramai yang sudah menjadi korban kepada
golongan kaum yang lain. Jikalau laporan media ini benar,
bererti beliau seolah-olah sengaja hendak mengapi-apikan
perasaan marah satu kaum terhadap kaum yang lain.
Sungguhpun Taman Medan adalah dalam Petaling Jaya, namun ia
merupakan kawasan yang sangat mundur. Penduduknya lebih
daripada 100 000, sebahagian besar mereka berada pada taraf
kedudukan ekonomi yang sangat rendah. Kebanyakan mereka
bekerja sebagai buruh atau peniaga kecil. Majoriti penduduk
ialah Melayu. Terdapat kira-kira 20 peratus orang India.
Orang Tionghua tidak ramai di sini, walaupun dalam kawasan
pilihanraya Dewan Undang Taman Medan mereka berjumlah lebih
30 peratus. Akan tetapi orang Tionghua ini bertumpu dalam
seksyen 1, 2, 4 dan 14 dalam Petaling Jaya, iaitu di luar
kawasan Taman Medan sebenarnya. Selain itu ada juga pendatang asing dari Indonesia dan
Bangladesh. Kemudahan sosial sangat teruk. Masalah perumahan
serius. Tidak ada pusat kesihatan yang baik, apatah lagi
hospital, dalam komuniti. Sekolah serba kekurangan.
Jalan-jalan sempit dan berlobang-lobang. Parit tidak
terjaga, selalu tersumbat dan kotor. Bekalan air tidak
bersih dan selalu terputus. Sampah sarap bertimbun-timbun
dan jarang sekali dibersihkan oleh pihak majlis bandaran;
perkara ini tidak mudah berlaku jika anggota-anggota majlis
tempatan dipilih dan bertanggungjawab kepada rakyat untuk
memberi khidmat yang baik. Masalah sosial sangat banyak. Ramai orang muda yang
menganggur. Di kalangan mereka terdapat ramai yang telah
tersisih daripada ladang-ladang yang telah ditutup untuk
dijadikan tapak-tapak pembangunan. Dalam masyarakat ini
banyak pusat-pusat haram bagi pelacuran, perjudian, minuman
keras dan permainan video. Pengedaran dan penggunaan dadah
sangat meluas. Kumpulan-kumpulan gangster banyak dan ramai
pula anggotanya. Oleh yang demikian, peristiwa buruk yang sedang berlaku
sekarang ini hendaklah juga dilihat dari segi pembangunan
ataupun ketiadaan pembangunan sosio-ekonomi di Taman Medan.
Inilah dia contoh akibat buruk daripada dasar dan rancangan
pembangunan negara yang tidak seimbang yang dilaksanakan
oleh pemerintahan BN. Masalah ini tidak kurang penting
diselesaikan dalam jangka panjang, untuk memastikan asas
yang kuat dapat dibina bagi mendirikan perpaduan kebangsaan
yang kukuh. Akhir sekali kami meyeru kepada semua rakyat umumnya, dan
penduduk Taman Medan serta kawasan sekitar khususnya, supaya
bertenang. Janganlah terpengaruh oleh provokasi daripada
mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang cuba hendak
menimbulkan kekacauan dengan tindakan liar mereka. Kita
hendaklah mendukung perpaduan di kalangan rakyat semua kaum.
YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Parti Islam
SeMalaysia (PAS) YB Dr. Wan Azizah Ismail, Presiden, Parti Keadilan Nasional
(KeADILan) YB Kerk Kim Hock, Setiausaha Agung, Parti Tindakan
Demokratik (DAP) Dr. Syed Husin Ali, Presiden, Parti Rakyat Malaysia (PRM)
12 Mac 2001 -- BA Joint Media Statement - English & BM
Joint Media Statement BARISAN ALTERNATIF BA LEADERS SEEK MEETING WITH BN GOVERNMENT LEADERS TO SOLVE
THE PROBLEM IN TAMAN MEDAN In order to discuss the problem of national unity, the
Barisan Alternatif urgently calls for a meeting between
leaders of the Barisan Alternatif (BA) and the Barisan
Nasional (BN). We believe this meeting is important in light
of the present tense racial situation, exacerbated by
incidents that have taken place in Taman Medan over the last
few days. For a start, we hope to meet Datuk Seri Abdullah Badawi, the
Minister of Home Affairs, as soon as possible, in order to
discuss the situation in Taman Medan. We consider the
situation still serious and yet to subside. All efforts
should be taken by everyone concerned to find ways to reduce
the tension and efforts should be made to solve all
outstanding problems so that these incidents do not recur.
We get the impression that there are efforts by some
quarters to downplay the incidents that have taken place. It
is possible that trivial incidents sparked the problem,
however the problem has now become too big to be downplayed
any longer. There is no point in concealing the number of
persons killed. Based on reliable family and hospital
sources, we fear that the actual number of deaths is greater
than the official figure announced by the police.
Because of this, rumours abound and the public has greater
faith in these rumours than media accounts, particularly
media accounts attributed to the print and electronic media
controlled by the authorities. We urge the authorities to
bravely reveal the truth. Remember, as the saying goes, it
is difficult to conceal the carcass of an elephant with a
food cover. Initially we received many complaints that the police were
not acting in a sufficiently professional manner. Although
about 500 police personnel had been deployed, they failed to
bring the situation under control. There were allegations
from some quarters that the police were not firm enough and
were on occasion one sided in their approach. As a result of
this lawless elements had been successful in destroying
property, causing personal injuries and the deaths of
several innocent persons. A large number of these lawless
elements appear to be outsiders and not members of the
community. Nevertheless, of late, the people have found the
police presence to be useful and helpful.
In the present tense racial climate we call on Prime
Minister Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad to cease all
pronouncement of a communal nature, which could further
exacerbate the situation. Several statements recently issued
by the Prime Minister have been most irresponsible and are
not the kind of statements that one expects from a national
leader. We are also shocked at the statement that has been
attributed to the state legislative assembly representative
from Taman Medan, who is incidentally also a member of the
Selangor state executive council. She has been reported, in
the media, of alleging that the Malay community has long
been patient even though members of the community have been
victimized by members of another community. If these media
reports are true, it would appear that this elected
representative is responsible for fanning the animosity felt
by one community towards another. Although Taman Medan is in Petaling Jaya, it is an area that
has not seen much development. It has a population of
100,000 the majority of whom are members of the lower
economic group. Many of the residents are workers or petty
traders. The majority of residents are Malays. About 20% of
the population is Indian. Not many Chinese reside here.
Although they make up some 30% of voters in the Taman Medan
state constituency, they are concentrated in sections 1, 2,
4 and 14 in Petaling Jaya which is outside the area of Taman
Medan proper. There are also foreign migrants from Indonesia
and Bangladesh residing in Taman Medan.
Social amenities are in a deplorable state. There is a
serious housing problem. There is no proper health center,
much less a hospital to serve the community. There is a
shortage of schools in the area. The roads are narrow and
full of pot-holes. The drains are not maintained and always
filthy and clogged. The water supplied to the area is not
clean and there are frequent disruptions in the supply.
Rubbish is piled indiscriminately and is rarely removed by
local council authorities; this would not happen if the
members of the local council were elected and responsible to
the rakyat for the provision of proper services.
There are many social problems. Many of the youth are
unemployed. These include many persons who have been
displaced as a result of estates closing down to give way to
development projects. In this community there are a lot of
illegal centers, which promote prostitution, gambling, the
drinking of alcohol and video games. Drug abuse is very
rampant. Many gangster groups, which have a large
membership, operate in this area. Thus, the recent unfortunate incidents are also the effect
of the lack of socio-economic development in Taman Medan.
This is the result of poor policy planning and uneven
national development, which is undertaken by the BN
administration. This problem is not less important and has
to be resolved in the long run, in order to establish a good
foundation for the building of a strong and durable national
unity. Finally, we wish to call upon all the people in general, and
the residents of Taman Medan and its surrounding areas
particularly, to remain calm. Please do not be provoked by
irresponsible elements who are out to create chaos and
enmity among the people. We must all uphold unity of people
from various groups. YB Dr Wan Azizah Ismail, Presiden keADILan
YB Nasaruddin Md Isa, Setiausaha Agung PAS
YB Kerk Kim Hock, Setiausaha Agung DAP
Dr Syed Husin Ali, Presiden PRM 12 March 2001 -- |