Laman Webantu   KM2A1: 3974 File Size: 18.9 Kb *



TJ MT MM: Bakun: Sekadar 8% Tidak Berbaloi.
By Muslimedia

14/3/2001 10:13 pm Wed

MGG 5901

[Projek kontroversi Bakun akan dibangunkan semula walaupun tinggi risikonya terhadap alam dan manusia. Padahal cuma 8% sahaja lebihan upayanya. Kritikan dijawab dengan label yang tidak enak didengar telinga. Pernah mahkamah mengharamkannya malangnya kuasa politik melebihi segala. Tetapi rahsia sudah terbongkar betapa alam sanggup dimusnahkan dengan apa jua cara demi kroni manja. Rakyat bangkit dan siaran asyik tergendala. BN mungkin terpadam kerana amuk alam menggerakkan manusia. - Editor]

Penterjemah: -MT-



BAKUN: Untuk mendapatkan lebihan 8% tenaga, berbaloikah projek itu?

(BAKUN: For an extra 8% energy, is it worth it?)

Imbas kembali: Kerajaan telah menuduh para pengkritik sebagai tidak patriotik dan sebagai agen asing.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jun 19, 1996; merupakan satu tamparan hebat kepada kerajaan Malaysia. Mahkamah berpendirian bahawa projek Empangan Bakun sebagai sesuatu yang tidak sah. Mahkamah memutuskan bahawa keputusan melaksanakan projek bernilai US$5bilion itu tidak dicapai melalui apa juga bentuk pembabitan rakyat jelata. Tetapi, reaksi kerajaan kepada keputusan ini memang amat berbeza sekali. Tidak hairanlah apabila media massa digunakan untuk menyebarkan propaganda kerajaan mempertahankan projek yang sungguh berguna itu tanpa memberikan sebarang dalil yang boleh diterima akal.

Sekali lagi kerajaan mempertontonkan cara memperlekehkan rakyat jelata dan pendapat mereka. Ketika Perdana Menteri tiba daripada luar negara pada Jun 27 dulu, dia telah mempertahankan projek itu dan bertegas bahawa projek itu adalah lambang 'bagaimana kerajaan membantu golongan yang miskin.' Dia mengutuk para pengritik projek itu dan menuduh mereka sebagai tidak patriotik dan tidak bertanggungjawab, sambil mengungkit cerita lama betapa adanya 'pembabitan orang asing.' Dengan lain perkataan dia beranggapan bahawa rakyat Malaysia tidak mampu berfikiran sendirian dan tentunya pandangan itu memperlekehkan kebijaksanaan rakyat negara ini. Mengikut Mahathir, kumpulan 'ekstrim' (Kumpulan NGO yang menentang projek BAKUN ) memang dibenci di merata dunia. Dia bertegas bahawa Bakun adalah satu 'projek nasional, yang dikendalikan oleh sektor swasta kerana kerajaan tidak ada cara lain untuk membiayai satu projek mega seperti itu. Dua hari kemudiannya, menteri hal ehwal dalam negeri yang terkenal itu telah menyatakan betapa ia sedang 'memantau aktiviti semua pihak yang menentang projek itu'. Ini bererti kerajaan mungkin menggunakan kuasa yang tidak terhad di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk menyekat aktiviti kumpulan NGO. Tetapi, rakyat marhaen masih lagi samar dan sangsi bagaimanakah empangan itu dapat membantu golongan miskin seperti yang didakwa oleh Mahathir selain daripada kos elektrik masa hadapan menjadi lebih murah sedikit sahaja daripada harga biasa. Para kritik pula telah mengemukakan beberapa dalil yang tidak boleh dipertikaikan untuk membuktikan bahawa projek itu pada jangka panjangnya tidak akan menguntungkan. Ini bererti betapa adanya bekalan yang murah itu hanyalah satu andaian sahaja.

Sebelum itu, ketika berucap di Kuching yang merupakan ibu negeri Sarawak, di mana empangan itu direncanakan, timbalan Mahathir, Anwar Ibrahim telah mencemoh keputusan mahkamah itu sebagai satu unsur teknikal dan beliau telah menyatakan betapa projek itu akan diteruskan juga. Kemudian, Anwar berkata adalah terserah kepada pemborong utama projek itu untuk menentukan apakah kerja-kerja pembinaan itu harus dihentikan. Ini amat bertentangan dengan pendirian pemborong bahawa sebarang keputusan untuk menghentikan projek itu terletak kepada kerajaan. Kenyataan berbeza yang muncul berselang-seli itu telah mencetuskan persoalan betapa perkataan 'construction' (pembinaan) tidak diberikan definisi yang jelas dalam keputusan mahkamah itu. Pada Jun 27, pemborong utama telah mengisytiharkan bahawa semua kerja pembinaan telah dihentikan. Ketika tulisan ini disediakan, pemborong telah dihadapkan ke mahkamah sekali lagi kerana melakukan perbuatan yang menghina mahkamah.

Projek kontroversi Hidro Bakun itu telah dikritik dengan hebatnya oleh kumpulan bukan kerajaan (NGOs) dan pencinta alam. Kumpulan ini telah mendesak betapa pentingnya ditentukan kesahihan dan keselamatan pembikinan projek yang berbilion harganya itu. Kerajaan telah meluluskan projek itu pada Septermber 1993 dan telah memberikannya kepada Ekran Berhad sebuah syarikat yang dipunyai oleh seorang peniaga Cina Malaysia yang amat rapat dengan peneraju politik negara. Cara keputusan dibuat untuk melaksanakan projek itu mencetuskan beberapa soalan yang membabitkan hubungan di antara syarikat besar dengan kerajaan, penyertaan rakyat marhaen dalam proses membuat keputusan itu dan percanggahan antara kepentingan ekonomi para pemimpin politik dan kebertanggungjawaban awam. Yang lebih penting lagi, tanpa mengambil kira impak ekologi yang memusnahkan itu, keputusan melaksanakan projek tersebut mendedahkan tahap kerakusan komersial dan kelunturan nilai hidup para pemimpin UMNO yang sedang memerintah.

Mahkamah telah disedarkan kepada isu ini oleh tiga orang pribumi tempatan yang merupakan mangsa projek tersebut. Para analis berkata keputusan mahkamah itu telah mengsahkan kebenaran para pengkritik betapa kerajaan telah memutarbelit laporan 'Environment Impact Assesment (EIA- laporan taksiran kesan persekitaran) dengan tujuan menyembunyikan impak sebenar projek itu daripada pengamatan umum.

Dengan mengeluarkan laporan EIA itu, kerajaan beranggapan bahawa laporan itu hanya dapat diperiksa di Kuching sahaja dan di dua buah pekan kecil yang berhampiran dengan lokasi empangan yang dirancang. Usaha para penggiat menentang pembinaan empangan itu menjadi terbatas apalagi dengan harga laporan itu yang sengaja diberikan nilai yang tinggi. Tidak ada sebarang sumbangan pihak awam kepada keputusan membina projek mega itu, tidak juga sebarang pertimbangan diberikan kepada beberapa tentangan terhadap pembinaannya.

Sebaliknya, kerajaan telah berbelanja besar untuk melancarkan kempen seranta untuk meyakinkan orang awam terhadap kebijasanaan projek teresebut.

Projek Bakun itu akan menukarkan seluruh kawasan hutan menjadi satu kawasan yang mencemar persekitaran alam. Apabila selesai, empangan itu akan menakluki satu kawasan seluas lebih 70,000 hektar - sebesar Pulau Singapura. Hutan dara yang telah wujud berjuta tahun itu akan ditebang habis, dibanjiri dan akan menjadikan sekitar 10,000 penghuni peribumi di situ menjadi orang merempat yang terpaksa dipindahkan dan tinggal sebagai buruh ladang kelapa sawit. Lebih daripada 50 kilometer padu kawasan tumbuhan akan luput. Aliran sungai akan dipesongkan, hingga membawa kesan kepada perubahan iklim dan mencetuskan pelbagai jenis penyakit di kawasan paya. Para pakar berkata empangan itu hanya memberikan lebihan 8% bekalan elektrik, dan usia hayatnya tidak boleh bertahan melebihi 50 tahun. Ramai pakar yang telah memberi amaran akan kesan limpahan gegaran gempa bumi di kawasan timur Semenanjung Tanah Melayu, yang kini merupakan kawasan bebas gempa bumi.

Di waktu yang sama, ada pendapat umum yang beranggapan bahawa Jabatan Alam Sekitara (DOE - Department of Environment) akan meluluskan apa jua laporan EIA yang akan dikemukakan oleh pihak yang terbabit. 'Kami fikir DOE itu sudah menjadi seekor harimau yang tidak bertaring lagi' kata seorang jurucakap kepada jawatankuasa menentang projek Bakun ketika berdemo di hadapan pejabat timbalan perdana menteri pada Jun 25, (1996?).

Penduduk pribumi telah mengemukakan kes mereka di mahkamah terhadap pemborong utama kerana tidak menghentikan kerja-kerja pembinaan projek itu. Pemborong telah bertindak balas dengan mengugut untuk menuntut kerugian daripada kerajaan. 'Saya akan membuat rayuan dan saya akan menang. Saya akan menuntut gantirugi sebanyak RM9.5 juta (US$4 million) setiap hari', kata tuanpunya Ekran. Kerana terlalu ghairah mahu melaksanakan projek itu, Ketua Menteri Sarawak telah mengaibkan para pribumi yang menentang projek tersebut. 'Orang-orang pribumi ini telah dipergunakan oleh NGOs sedangkan mereka semua adalah golongan yang tidak tahu-menahu akan projek itu. Mereka tidak pernah belajar di sekolah dan mungkin juga tidak tahu apa sebenarnya perkara yang dicakapkan itu,' kata beliau kepada pemberita. Ketua Menteri itu telah melupakan kebenaran betapa penduduk pribumi di situ tidak ada pilihan selain membangkitkan isu itu sendiri. Bayangkan apabila kenyataan yang sungguh angkuh ini mampu dituturkan oleh seorang ketua menteri (Raja Penyamun Sarawak - penterjemah).

Para analis memang berpendapat projek yang sungguh besar bencananya itu TIDAK akan dihentikan. 'Kalau kerajaan kataq 'jadik', maka jadiklah projek ituk,' kata seorang penduduk tempatan. Keputusan mahkamah itu mungkin juga mendedahkan satu perkara; ia mungkin mengembalikan keyakinan umum kepada sistem kehakiman negara yang selama ini memang sudah teruk tercemar. Beribu surat terbang berbisa yang mengandungi kisah bagaimana pegawai kerajaan campurtangan dalam perihal kehakiman dan para hakim yang korup telah merebak di seluruh negara.

-muslimedia-

Kiriman: aduru

3.3.2001

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT12/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Catatan Penterjemah:

Penterjemah meluangkan masa menterjemahkan artikel ini walaupun ia berlaku pada tahun 1996, sedangkan usaha menterjemahkan karya MGG Pillai hanya bermula awal April 2000 sahaja. Artikel ini mengsahkan ramalan para analis (1996) mengenai Bakun yang kini mahu dibina semula. Namun, penterjemah berpendapat, kenyataan kerajaan untuk menyambung semula ampangan itu adalah satu helah sahaja untuk melambatkan proses tuntutan bank dan pihak pemberi hutang ke atas sekitar 2,000 syarikat (besar, sederhana dan kecilan) yang hampir muflis dan sudah pun gulung tikar sebaik sayaja Bakun dihentikan.

Pemborong utama telah diberikan pampasan dan segala bentuk bantuan untuk menutup segala kerugian. Malahan, hasil penjualan balak yang dibalunnya tidak pun diambil kira oleh kerajaan. Satu perbelanjaan yang besar telah dikeluarkan untuk menempatkan kumpulan pribumi ke perkampungan lain. Kini, kumpulan yang sama telah pulang kembali ke kampung halaman mereka. Apakah kerajaan akan mengalihkan mereka sekali lagi dengan perbelanjaan yang lebih besar lagi? Saya menjangkakan, Ampangan Bakun akan menjadi isu penjerut yang akan menumbangkan kerajaan BN di Sarawak. -MT-





Rencana Asal:

FLASHBACK:

Government brands critics unpatriotic and 'foreign agents' in its frenzy to implement the Bakun mega-dam project

by our correspondents in Kuala Lumpur and Sarawak, Malaysia.

[http://www.muslimedia.com, circa 1996]

In what is a major blow to the Malaysian government's democratic pretentions, the country's High Court declared on June 19 that Malaysia's controversial Bakun Hydro Electric Dam project invalid. The court ruled that the decision to implement the US$5 billion project was not reached through any form of public participation. But the government's reaction was a non-challent indifference. Not surprisingly, the media was again used to disseminate government propaganda defending the project's 'usefulness' without any concrete evidences.

It was yet another proof of the Malaysian government's total contempt for the public opinion. The prime minister Dr Mahathir Mohamad on his return from overseas on June 27, defended the project and claimed that it was the 'government's way of helping the poor'. He lashed out at critics of the project and denounced them as unpatriotic and irresponsible , throwing out the usual accusation blaming 'foreign' hands. In other words he holds the people of Malaysia are incapable of having their own views on anything, an insult to the intelligence of the people. According to Dr Mahathir these 'extremists' (the NGOs against the project) are hated around the world. He insisted that it is a 'national project', undertaken by the private sector because the government had no means to finance this massive project. Two days later, the country's notorious Home Affairs ministry said it was 'monitoring the activities of those against the project', implying that the government would use its unlimited powers under the Internal Security Act to stop the NGOs. The public is, however, in the dark how a huge dam will help the poor as claimed by Dr. Mahathir except that the electrcity in the future will be slightly cheaper. But the critics had already given incontrovertible evidence to show that in the long run the project will not be even commercially viable - the cheap electricity will prove to be just a mirage.

Earlier when speaking to reporters in Kuching, the capital of the state where the dam is being constructed, Mahathir's deputy Anwar Ibrahim dismissed the court decision as merely `technical' and insisted that the project will continue despite the judgement. Later, Anwar said that it was up to the contractor to decide whether or not the construction works should stop. This was in contrast to the contractor's claim that any decision to stop the project was up to the government. Amid these contradicting statements came the gibe that the word 'construction' has not been defined clearly in the judgement. On June 27, the contractor announced that all 'real' construction work have stopped. As we went to press, the contractor is being taken to court again for committing contempt of court.

The controversial Bakun Hydro-Electric Dam project had come under severe criticism from non-governmental groups and environmentalists, but the Malaysian government was bent on implementing it. These groups have raised important and pertinent questions on the need for viablity and safety of this multi-billion project. The government approved the project in September 1993 and awarded it to Ekran Berhad, a company owned by a Malaysian Chinese businessman who is closely linked with Malaysia's top political leaders. The manner in which the decision was taken to implement the project raises serious questions on the link between big business and government, public participation in the decision-making process, accountability, and the conflict between the private economic interests of political leaders and public responsibility. More importantly, regardless of its devastating ecological consequences, the decision to implement the project reveals the levels of commercialism and lack of values of the ruling UMNO leaders.

The issue was brought to the court by three members of a native tribe who will be the direct victims of the project. Analysts say the judgement has vindicated the critics of the project that the government was manipulating the now invalid Environment Impact Assessment (EIA) report to hide the real impact of the project from public scrutiny. In issuing the EIA report, the government ensured that it could be inspected only in Kuching, the state capital of Sarawak, and two small towns in the vicinity of the proposed dam, shutting out those campaigning against it from having access to the report, which was also made available in these three centres at an exhorbitant cost. There has been no public input into the government's decision to embark on this mega project, neither any serious consideration of the objections to the project.

On the other hand, the government launched an explosive 'public relations' campaign to convince the public on the soundness of the project.

The Bakun dam project will turn the Bakun forest area into an environmental nightmare. When completed, the dam will occupy an area of more than 70,000 hectares - the size of Singapore. Virgin forests which existed for millions of years, will be cleared, flooded, and forcing nearly 10,000 indigenous residents to evacuate and live as labourers in oil-palm estates. Furthermore, some 50 million cubic metres of vegetation will be removed. Rivers will be sifted, resulting in climatic changes and diseases in the wetland habitats. Experts say the dam will only give an extra 8% electricity, and its life-span would not exceed even 50 years. Many have also warned of a "spill over" of earthquakes into the western peninsula of Malaysia, which is currently located in an earthquake-free zone.

Meanwhile, the general feeling is that the Department of Environment (DOE) will ultimately pass any newly submitted EIA report. 'We think the DOE is just a toothless tiger', said a spokesman for the committee against the Bakun dam project at a protest held in front of the deputy prime minister's office on June 25.

The natives are taking the contractor to court for not stopping contstruction work on the project. To this, the contractor threatened to claim for damages from the public. 'I will appeal and if I win, I will ask for damages amounting to RM9.5 million (US$4 m) a day', added the Ekran boss. In the government's frenzy to implement the project, the Sarawak state's chief minister even insulted the natives who are against the project. "These people are being used by the NGOs but they are ignorant about the whole thing. They have never been to school [uneducated] and probably don't even know what the whole case is about,' he told reporters, ignoring the fact that the natives had no choice but to depend on the NGOs as they did not have the means to take up the case themselves. This arrogant statement came from a chief minister!

Analysts however do not forsee the devastating project will be cancelled. 'If the government says be, then it is', said a local resident. One thing the judgement might have done, however, is to restore public confidence in the country's judiciary. Malaysia's judiciary has recently come under fire. Thousands of 'poison letters' containing detailed documentation of government officials' meddling into judicial affairs and of corrupt judges were circulated throughout the country.

-muslimedia-