Laman Webantu KM2A1: 3975 File Size: 6.7 Kb * |
TJ MT MM: Bakun: Projek Empangan Yang Menyimpang By Muslimedia 14/3/2001 9:38 pm Wed |
[MGG disaman kerana Ting begitu terasa oleh sentuhan penanya.
Ting boleh memusnahkan hutan untuk balaknya, tetapi dia tidak
dapat menenggelamkan kebenaran sedalam-dalamnya. Pelabur luar
tidak berminat IPO Bakun kerana berisiko tinggi dan tidak
berbaloi untuk dibeli. Beberapa kejadian kecelakaan yang tidak
diingini semakin membuat mereka menjauhkan diri. Ting boleh
memerangi wartawan dan kaum pribumi tetapi dia tidak akan dapat
hidup tenang kerana benda yang tertanam bernyawa panjang....
- Editor] Penterjemah: -MT-
www.muslimedia.com Imbas kembali: (Flashback: The dam's in a mess) Projek kontroversi Malaysia berkaitan pembikinan sebuah empangan
di Sarawak sudah semakin ketara akan keretakannya. Beberapa laporan
kecelakaan di tapak binaan dan masalah kewangan yang menghantui Ekran,
kontraktor utama Projek Empangan Bakun itu sengaja dipendam untuk
siaran media massa tempatan yang memang dikuasai ketat oleh kerajaan.
Seorang wartawan baru-baru ini telah disuruh pulang (keluar negeri)
sebaik sahaja dia pergi ketapak pembinaan untuk melaporkan penempatan
semula 9,500 penduduk yang kehilangan perkampungan mereka. Namun,
beberapa penulisan terbaru di internet oleh seorang wartawan ternama
Malaysia, M.G.G.Pillai telah memberikan ruang kredibiliti kepada
berita itu. Pillai, merupakan anak Malaysia yang pertama sekali dianugerahkan
'Nieman Fellow in Jounalism' oleh Harvard University. Beliau telah
ditegah memasukki Singapura daripada 1971-1980, dan satu lagi
pengharaman itu dikenakan pada 1990. Sebagai seorang penulis tetap di
internet newsgroup, Pillai memang sudah biasa dengan pelbagai
kontroversi. Analisis tajam beliau mengenai politik Malaysia akhirnya
telah mencetuskan satu kes tuntutan malu yang masih menunggu keputusan
mahamah persekutuan, setelah mahkamah rayuan sudah pun memperakukan
keputusan Mahkamah Tinggi mengenai denda gantirugi RM2 juta yang
dikenakan ke atasnya dan lagi RM100 juta yang dituntut oleh pengerusi
Ekran, Ting Pek Khiing. Petanda awal akan adanya masalah dalam projek Bakun itu muncul di awal
April: satu laporan menyatakan betapa Ekran mungkin membatalkan usaha
penawaran IPO (Initial Public Offering- Tawaran Awalan Saham) kepada
pihak asing dalam Bakun Hydro-Electric Corp., yang merupakan syarikat
induk pengurusan. Ramai ketua projek mengharapkan orang asing akan
membeli satu per sepuluh daripada saham IPO yang bernilai US$1.2
bilion pada bulan Jun. Sebaliknya, pengurus dana pelaburan merungut,
kerana kerisauan kemungkinan terjadinya pulangan yang lembab yang
disebabkan kos projek ampangan yang tinggi, sekitar $5.5.billion. Para
pelabur tempatan terpaksalah menaikkan pembabitan mereka kepada 25%
daripada angka 15% yang dicadangkan sebelum itu. Apabila ini berlaku,
bererti inilah kali pertama para pelabur asing diketepikan dalam satu
terbitan IPO dalam pasaran saham Kuala Lumpur. Para pegawai Ekran
memang enggan membuat sebarang kenyataan. Pengerusi Ekran, Ting Pek
Khiing masih pula mengatakan betapa saham yang diperuntukkan kepada
pelabur asing sudah dilanggan bergandakali.
Beberapa desas-desus yang bertiup kencang tetapi dinafikan oleh Ekran,
telah menyebut betapa beberapa pekerja telah diperangkap dalam satu
peristiwa tanah runtuh ketika pembinaan terowong. Para saksi di tempat
bencana itu telah melapurkan 10 kematian - 6 kematian membabitkan
pekerja Korea dan 4 rakyat Malaysia.
Dengan adanya sokongan padu daripada pemimpin kerajaan, Ting memang
berani mempertahankan Bakun. Kini dia sudah mengugut untuk menyaman
Pillai kerana komen beliau di internet yang mempersoalkan kewajaran
membina ampangan itu. -muslimedia- Pengirim: aduru Rencana Asal: The dam's in a mess [http://www.muslimedia.com] May 16-31, 1997
Malaysia's controversial mega dam project in the Eastern
state of Sarawak is showing signs of stress. Reports of
construction mishaps and financial problems faced by Ekran,
the main contractor of the Bakun Hydroelectric Dam Project
are being blacked out from the tighly-controlled Malaysian
press. Recently a reporter was expelled from Sarawak after
he went there to report on the relocation of 9,500 people
displaced from the dam area. But recent writings on the
Internet by prominent Malaysian journalist, M.G.G. Pillai
are slowly gaining credibility. Pillai, the first Malaysian to be awarded the Nieman Fellow
in Journalism at Harvard University, was banned from
entering Singapore from 1971-1980, and another ban was
imposed in 1990. A regular writer on the Internet
newsgroups, Pillai is no stranger to controversies. His
sharp and often penetrating analyses of Malaysian politics
finally led to one defamation suit that awaits final
disposition at the Federal Court, the Court of Appeal having
confirmed the High Court award of RM2 million against him;
and to another for RM100 million by Ekran chairman Ting Pek
Khiing. The latest sign of possible hiccups in the Bakun project
came in early April: a report that Ekran might scrap the
foreign portion of an initial public offering (IPO) shares
in Bakun Hydro-Electric Corp., the dam's main operating
company. Project bosses had hoped foreigners would take up a
tenth of the (US)$1.2 billion IPO in June. But investment
fund managers are balking, worried about possibly laggard
returns and the dam's $5.5 billion pricetag. Domestic
investors may now have to raise their stake to 25 per cent
from 15 per cent. If that happens, it would be the first
time in recent memory that foreigners would be left out of a
major Kuala Lumpur IPO. Ekran officials have declined to
comment. Still, Ekran's chairman, Ting Pek Khiing maintained
that the shares for foreigners were 'oversubscribed'.
Persistent 'rumors', denied by Ekran, have also circulated
of workers being caught in a landslip during tunneling. But
onsite witnesses have reported 10 deaths - six Korean and
four Malaysian workers crushed in accidental cave-ins.
With a strong backing from government leaders, Ting's
defense of Bakun has been zealous: he is now threatening to
sue Pillai over comments on the Internet questioning the
dam. -muslimedia- |