Laman Webantu KM2A1: 3984 File Size: 16.2 Kb * |
TJ MT MGG: Kg Medan: Mencantas Bisul Dengan Parang Panjang By M.G.G. Pillai 16/3/2001 10:18 am Fri |
MGG 6201 [Seram atau tidak dapat dibaca dengan melihat telatah menteri yang
begitu sukar untuk datang atau cuma berkunjung di tempat berjauhan
walaupun dikatakan suasana sudah tenteram. Bilangan pasukan polis
yang semakin ramai membayangkan ini bukan masalah kecil-kecilan.
Makin bermasalah lagi kerana pemimpin Umno sendiri membuat kenyataan
berbau perkauman dan menjamu makanan begitu jauh di 'istana' kayangan
sedangkan rakyat begitu keresahan sehingga tidak berselera untuk makan.
Kg Medan menyerlahkan kerajaan tidak cekap mengawal keadaan dan tidak
berminat menolong jika tiada ledakkan dan keganasan. Ia tidak mahu rakyat
mendengar khabar tetapi telatah mereka sendiri membenarkan khabar. Dan
kerajaan menafikan unsur perkauman tetapi wakilnya sendiri menyebut kaum
dan kehadiran parang. Bagaimana rakyat mahu tenteram kerana bicara
pemimpin dan akhbar amat memeningkan dan banyak berlubang.
- Editor] Kg. Medan: Mencantas Bisul Dengan Parang Panjang
(MGG: Kg. Medan: Lancing the boil with a machete)
Itu sebabnya Abdullah Badawi yang melawat kawasan itu pada Isnin yang lalu,
telah disambut oleh jeritan dan sindiran yang mudah merebak lebih pantas lagi
daripada berita angin. Seperti kelazimannya dia telah berucap mengenai perpaduan
negara dan kepentingannya seolah-olah dia berada di atas pentas satu majlis
persidangan antarabangsa. Kehangatan dan keperihatinan orang yang mendengarnnya
memang jelas tiada. Media massa telah memberikan liputan meluas kepada lawatan Abdullah itu.
Tetapi, tidak juga ada berita yang mampu menumpulkan berita angin ataupun yang
membolehkan seseorang membuat penilaian tersendiri. Pihak akhbar sengaja
melaungkan tema perpaduan dan nasionalisme sambil menjulang nama pihak yang
berkuasa seolah-olah mereka adalah juara yang mampu menangani keadaan yang
mencabar. Dalam perkara ini mereka sudah menjadi pihak dicabar yang sudah
tersepit. Paklah tentu telah disambut dengan baik kalau dia menghadapi masalah
yang timbul itu secara berterus terang.
Presiden MIC, S. Samy Vellu tidak muncul lebih awal lagi kerana keselamatannya
yang tidak terjamin oleh sesiapa. Itulah alasannya sambil memberi keyakinan
betapa kerajaan sudah menguasai keadaan dan tempat itu selamat untuk orang ramai
bergerak secara bebas semula. Rakan kabinet Samy yang juga ahli parlimen Lembah Pantai mengadakan lawatan
rumah-ke-rumah di kawasan parlimennya yang terletak satu kilometer jauhnya.
kerana di situ keganasan sudah menular pula. Sedangkan kerajaan sudah berkata
bahawa keadaan sudah terkawal di tempat asal berlakunya keganasan itu.
Jadi, apakah Abdullah mengatakan perkara yang sebenarnya? Bagaimanakah dia
mahu menjelaskan apa perlunya 600 orang (oh! naik sikit lagi jumlahnya? -
penterjemah) anggota polis bersenjata lengkap mengepong kawasan itu? Kenapakah
dia tidak mengambil tindakan keatas ahli dewan negeri yang menuduh kaum India
memulakan serangan keatas orang Melayu, sedangkan dia bertegas bahwa episod
itu bukannya berunsur perkauman? Kenapakah polis mengeluarkan kenyataan
terperinci akan mereka yang ditangkap, tercedera ataupun mati? Kenapa pula pihak
media digalakkan menyiarkannya?
Sebagai seorang setiausaha Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan
sebaik sahaja tercetusnya rusuhan Mei 13, 1969, Paklah tentu sedar akan tabiat
manusia membalas dendam di kalangan masyarakat yang terkepung? Kini, dia
sudah menjadi menteri dalam negeri, tetapi kenapakah dia tidak melaksanakan
tindakan untuk membendungnya? Kenapakah kini sudah muncul satu perasaan bahawa
ada sesuatu yang diselindung oleh kerajaan daripada apa yang diberitahu kepada
rakyat marhaen. Saya faham keresahan kerajaan. Lagipun pemimpin pemuda Keadilan dan juga anak
kepada seorang ketua bahagian UMNO, Ezam Mohamad Noor, yang baru-baru ini
ditahan kerana hasutan, berasal daripada Kampung Medan.
Apakah tindakan kerajaan itu disebabkan perkara ini? Itukah sebabnya pihak
polis ditugaskan di situ dengan segala kelengkapannya? Apakah kerajaan
beranggapan bahawa sambutan kasar rakyat marhaen kepada ketibaan menteri besar
Selangor disebabkan masalah politik sahaja dan bukannya kerana kerajaan telah
mengabaikan kawasan itu selama ini?
Bisul yang Menanah Akhbar 'The Star' ada mengatakan, sudah bertahun lamanya kawasan yang
dipinggiri Jalan Kelang Lama, Taman Dato' Harun dan Kampung Lindungan, di mana
wujudnya sebanyak 47 penempatan masyarakat yang melebihi 160,000 nyawa terpaksa
hidup serba kekurangan. Jalanraya sempit yang ditaburi sampah-sarap, longkang
yang tersumbat, bekalan letirk yang selalu tergendala, sikap kerajaan meminggirkan
kawasan itu, kebajingan samseng-samseng, dadah yang berleluasa, keganasan yang
merupakan cara hidup seharian dan suasana kehampaan yang nyata adalah lambang
kehidupan di tempat itu. Kerajaan telah mengambil masa yang panjang untuk bertindak. Itu pun dilakukannya
laksana melepaskan batuk di tangga sahaja. Keadaan akan berubah seperti sediakala
semula. Cara menteri kabinet bertindak adalah laksana mereka dikejutkan
daripada aktibiti yang lebih penting lagi. Apa yang tercetus ditangani laksana
mencantas bisul bernanah dengan parang panjang. Bukannya dengan gunting bedah.
Itu sebabnya bisul masyarakat itu terus menanah dan kuman barahnya
berjangkitan dengan mudah. Berita angin memang mudah menular. Seorang bayi berusia enam bulan sedang
memerangi azabnya sebagai mangsa kepada tindakan manusia yang terlupa akan tata
susila hidupnya. Masih belum ada sesuatu yang meyakinkan daripada tindakan
kerajaan walaupun Samy Vellu menjanjikan rumah murah untuk mereka yang
teraniaya. Tentunya dia maksudkan tawaran itu kepada kaum India yang menjadi
mangsa kerana kawasan itu yang paling teruk pengalamannya.
Tindakan Samy Vellu itu tentu akan menyedarkan seluruh masyarakat India betapa
mereka harus bertindak sedikit ganas untuk mendapatkan apa yang tidak mudah
mereka perolehi mengikut amalan kehidupan yang biasa. Kaum India di kawasan itu
memang telah lama dinafikan rumah kediaman harga murah kerana adanya
pergeseran dalaman dalam MIC di tempat itu.
Isyarat Songsang Apabila bencana seperti ini meledak, usaha berkhutbah mengenai perpaduan tanpa
susulan peraturan yang positif akan berakhir tanpa kesan yang positif juga.
Sepatutnya kerajaan telah mengajak parti pembangkang untuk berganding bahu
menangani keadaan dan meredakan ketegangan. Inilah yang tidak dilakukannya
kerana inilah tindakan yang tidak pernah diamalkan. Itu sebabnya di Lunas, penduduk
di situ beralih daripada menyokong kerajaan. Kini, orang Melayu pun sudah
beralih sama. Bagaimana tidaknya. Di tempat itu seorang wakil rakyat naik ke atas dengan
sokongan padu kaum India. Jika tidak, kerusi kerajaan itu sudah lama berpindah
kepada calon parti pembangkang. Tetapi, wakil rakyat yang sama telah menuduh
orang India kerana menyebabkan orang Melayu sengsara di kawasan itu, sedangkan
kerajaan Selangor sengaja terlupa menunaikan janji-janji untuk memancing undi,
yang dihamburkannya di pemilu dulu.
Keadaan aman tidak boleh dipulihkan dengan menyekat berita angin. Kerajaan
mesti ada pegawai bertauliah untuk membetulkan segala penyakit yang bernanah di
situ. Tetapi, inilah masalahnya kerana tidak ada orang seperti itu di situ. Mungkin
sudah terlambat untuk memulakannya. Malangnya, pesanan Abdullah dalam lawatannya
itu telah memberikan isyarat yang songsang. Berita angin dan desas-desus tidak ada
kena mengena dengan keadaan yang sudah pun terjadi.
-MGG Pillai- Rencana Asal: Source: malaysiakini (www.malaysiakini.com)
Wednesday March 14 Kg Medan: Lancing the boil with a machete
CHIAROSCURO 4:13pm, Wed: Rumours spread quickest in the vacuum between
what we are told and what is. People for their safety
instinctively assume the worst. Rumours flourish best when
what happened is falsified, and those who should know drop
their guard to suggest what happened is worse. The
government cannot stop that by fiat, as it now tries to.
So, when the deputy prime minister, Abdullah Ahmad Badawi,
on Monday visited the scene of last week's communal clashes
in Petaling Jaya, the cynicism spread faster than the
rumours. He delivered the usual homilies on why diverse
races must live in multiracial amity, what he would address,
at the drop of a hat, to an international forum of
multicultural living. The warmth and concern was just not
there. The newspapers, radio and television stations gave him the
wide banal coverage he normally gets, with no news or
information that could counter the rumours or make one
assess what happened. Newspapers went on their high horse to
infuse nationalism and unity, to address the noble ideals of
nationhood that those in power and around them tote out when
challenged or, as in this case, cornered. He would have been
better received if he had addressed the issues head on.
The MIC president and works minister, S Samy Vellu, did not
come earlier than he did because his security could not be
guaranteed. So he said, when the government insisted it was
always under control and safe for people to move about.
His cabinet colleague and the MP for Lembah Pantai in Kuala
Lumpur, makes house calls in her constituency for it appears
the violence spread, however well-contained, to her
constituency, which begins a kilometre away from the Kuala
Lumpur railway station. Squalid sprawl So, is Abdullah saying what is or what should be? How does
he explain why some 600 uniformed and armed policemen
surround the area? Why has he not taken action against the
state assemblywoman who said it was Indians who attacked the
Malays, when he insists what happened is not a communal
clash? Why is the police issuing a racial breakdown of those
arrested, wounded, killed? Why is the media encouraged to
report them? As the secretary of the National Operations Council, formed
after the May 13,1969 riots, Abdullah should have known the
power of getting even amongst the communities under siege.
So, why does he, as home minister now, all it? Why is there
this indescribable feeling that there is more to what
happened than we are told? I can understand the government's nervousness. After all,
the Keadilan youth chief and the son of an Umno branch
leader, Ezam Mohamed Noor, now under arrest for sedition,
hails from Kampung Medan. Is the government's response arising from this? Is this why
the police is out there in full force? Does the government
believe the rough welcome the residents gave the Selangor
mentri besar, Mohd Khir Toyo, has a political focus, and not
just that the government had neglected this squalid urban
sprawl amidst plenty? Cancerous boil For years, as The Star says, the area bounded by Old Klang
Road, Taman Dato' Harun and Kampung Lindungan, a total of 47
separate communities in which 160,000 live, have had to put
up with garbage- strewn narrow roads, clogged drains,
inclement electricity, official neglect, gangsters, drug
addiction, violence as a way of life, hopelessness.
This cannot be resolved by Mohamed Khir hosting a dinner for
200 from the area at his official residence in Shah Alam.
Why was this not at the scene of the conflict? It would have
had a greater impact. But he could not. They have questions
to ask of him that they could when he left in a hurry after
he was heckled badly after the clashes occurred.
The government left it too late to act, and then it was
piece-meal and with a tired yawn. Life went on as usual.
Cabinet ministers reacted as if interrupted from their more
important indolent activities. What happened was treated as
a boil that must be lanced - not with a scalpel, but a
machete. But the boil was a cancer that metastasised.
The rumours spread like wildfire. A six-month-old baby
fights for his life, the victim of this senseless carnage
that took a life of its own. There is still no sense yet of
government actions but Samy Vellu promises low-cost houses
for those injured. He means, of course, the Indians in the
area, for they are the worst affected.
This cannot but send word, especially amongst the Indians,
that they have to take the law into their own hands to get
what they should have in the normal course of events. The
Indians in the area have long been denied low-cost homes
because of MIC near-fratricidal infighting.
Wrong message In disasters like these, preaching national unity without
taking steps to ensure it, is meaningless. The government
should have called in the opposition parties to use their
good offices as well as to reduce tension. It did not. It
never has. Like in Lunas, the population moves away from the
government. And it could even get the Malays in the area to
unite around it. Why should it, when the assemblywoman elected with solid
Indian support - the seat would have gone to the opposition
otherwise - now blames the Indians for Malay ills in the
area, and the Selangor government forgot the promises it
made during past elections for their vote?
This cannot be resolved by not spreading rumours: there must
be someone on the ground at all times putting right the
wrongs of the past. There is none. And it is probably too
late to begin. Unfortunately, Abdullah's proconsular visit
sent a wrong message. Rumours had nothing to do with it.
M.G.G. Pillai
|