Laman Webantu KM2A1: 3986 File Size: 2.9 Kb * |
TJ MK: EPF Sah Beli 3.2% Time dotCom By Dow Jones 16/3/2001 9:20 am Fri |
Terjemahan: Time dotCom hari ini mengesahkan spekulasi bahawa EPF akan
membeli sebahagian besar sahamnya dari IPO.
Dalam kenyataannya, Time dotCom menyebut EPF membeli RM81.6 juta saham,
bersamaan dengan 3.2% saham Time dotCom.
EPF membayar pada kadar harga tawaran RM3.30 se sesaham - ini
bererti EPF membelanjakan RM 268.3 juta kesemuanya.
Saham tersebut jatuh 4.4% kepada RM2.17 pada hari Khamis.
Ini bermakna EPF rugi di atas kertas sebanyak RM92.2 juta!
Komen: Bayangkan begitu mudahnya mereka bermain dengan duit yang
bukan sedikit jumlahnya untuk menyokong kroni manja yang tidak
pandai berniaga melainkan rugi sepanjang masa. Padahal itulah
wang hasil titik peluh kita yang dikorek setiap bulan berkerja siang
dan setengahnya sampai ke malam. Mungkin tidak lama lagi kerajaan
akan mencadangkan agar lebih banyak potongan EPF dikenakan kerana
hutang kroni masih banyak lagi sedang menunggu untuk diselamatkan.
Apakah EPF berkhidmat untuk masadepan pekerja atau hanya menjaga
masadepan kroni sahaja? Padahal ada banyak lagi pelaburan yang jauh
lebih selamat, kurang berisiko dan berdaya maju dari Time dotCom.
Kalaulah EPF teringin sangat hendak membelinya, kenapa tidak dibeli
sahaja bila ia disenaraikan kerana majoriti analis berpendapat ia
akan merudum sakan. Kalaulah macam ini EPF diuruskan - alamat kita
akan hidup merempat bila alam tua mencecah tiba. Ia bukan lagi
simpanan untuk hari tua tetapi demam yang akan merosakkan ketenangan
di hari tua. Yang senang dan goyang kaki cuma kroni sahaja........
-TJ Man Kubur- http://asia.biz.yahoo.com/news/asian_markets/article.html?
s=asiafinance/news/010315/asian_markets/dowjones/
Malaysian_Provident_Fund_Bought_3.2__Of_Time_dotCom.html
Malaysian Provident Fund Bought 3.2% Of Time dotCom
KUALA LUMPUR (Dow Jones)--Malaysia's Time dotCom Bhd. (P.TDC) Thursday
confirmed widely held speculation that the country's largest provident fund stepped in to
take up a large chunk of shares from its initial public offering.
In a statement, Time dotCom said the Employees Provident Fund bought 81.6 million
shares, equivalent to 3.2% of the company's share capital March 2.
EPF paid the offer price of 3.30 ringgit ($1=MYR3.80) per share, which would have cost
the fund a total MYR269.3 million ringgit.
Time dotCom shares lost 4.4% to MYR2.17 Thursday. That means the EPF is sitting on
paper losses of MYR92.2 million. Employers and employees have to make compulsory contributions to the EPF.
(MORE) Dow Jones Newswires 15-03-01 |