Laman Webantu KM2A1: 3992 File Size: 11.9 Kb * |
TJ MT MGG: Wujudnya Tangan Ghaib? [Kg Medan] By M.G.G. Pillai 17/3/2001 12:01 am Sat |
MGG 6401 [Kerajaan telah gagal menyediakan keadaan yang selamat untuk
rakyat walaupun mereka itulah dulu yang memberi undi. Malah
kerajaan gagal lagi kerana menghidupkan tuduhan bahawa satu
kaum atau puak tidak boleh dipercayai.
Sebenarnya rakyat marahkan kerajaan BN dan Umno kerana cakap dan
bikin tidak serupa. Hidup terabai terlalu lama tetapi kerajaan
membawa kemajuan ke tempat lain pula. Malah berbelanja sakan untuk
burung bergembira di Putra Jaya dan ikan berenang di kolam jernihnya.
Pemimpin BN datang menjenguk itupun lewat dan asyik berada di tempat
yang sejuk-sejuk sahaja. Jelaslah kerajaan termalu kerana kerajaanlah
sebenarnya punca semuanya berlaku. Wujudnya Tangan Ghaib? (MGG: Was There A Hidden Hand?) Dengan redanya keadaan perbalahan di kawasan setinggan
yang mengaibkan Petaling Jaya, maka terserlah kini
segala kejijikan dan kelemahan pentadbiran kerajaan yang
memerintah. Satu peristiwa yang ngeri telah pun terjadi,
tetapi tidak ada sesiapa pun di pihak yang berkuasa yang
menunjukkan kesungguhan memperbetulkan keadaan, seolah-olah
peristiwa itu sesuatu yang memang telah lama ditunggu.
Kerajaan bertegas betapa peristiwa itu tidak berunsur
perkauman ataupun masalah bangsa. Tetapi, ketegasan itu
dicemari dengan siaran terperinci segala kes bencana
dan tangkapan, termasuk membabitkan kumpulan pendatang
Indonesia sebagi ramuan perasanya. Setiap kenyataan polis
memberikan jenis kaum yang telah ditangkap, tercedera
ataupun terbunuh. Inilah yang menyemarakkan perasaan,
terutama sekali di pihak yang terhina, seolah-olah mahu
menyuntik perasaan kenapa kaum yang lagi satu itu
tidak boleh dipercayai. Barisan Nasional memang menggelabah sebaik sahaja
peristiwa itu terjadi. Apa yang telah berlaku memang
lebih serius daripada yang telah diperakui. Apabila 400
anggota polis bersenjata dan 200 polis bantuan dan
seratus lagi anggota hospital dan bomba ditempatkan di
sebuah kawasan yang berapa batu persegi sahaja
keluasannya, tentulah keadaan lebih hebat daripada yang
dilapurkan. Kalau perkara ini dianalisa dengan rapi, kita
akan mendapat jawapannya. Kampung Medan merupakan pusat
tercetusnya pergaduhan itu. Inilah kampung halaman ketua
pergerakan Keadilan, Ezam Mohamed Noor. Bapanya, ialah
seorang anggota polis yang sudah bersara dan merupakan
ketua bahagian UMNO di situ. Himpunan besar pertama
Reformasi pernah dilancarkan di kawasan itu. Majoriti
orang Melayu di kawasan yang mengandungi 47 kampung dan
dihuni oleh 160,000 manusia di situ sudah pun beralih
angin daripada UMNO dan Barisan Nasional. Dalam pemilu
yang lalu, wakil rakyat wanita UMNO yang memenangi
kawasan ADUN di situ bukan naik disebabkan undi orang
Melayu, tetapi disebabkan kaum India yang diterajui MIC
yang mengundinya. Orang India masih mampu menyokongnya
di sebalik kemelut perpecahan di kalangan mereka yang
berbelahbagi menyokong presiden parti dan pembangkang.
Apakah ada tangan ghaib di sebalik semua itu?
Sebaik sahaja berlakunya pergaduhan, BN dan UMNO tidak
pun mempunyai pengaruh di kawasan itu. Menteri Besar
Khir Toyo telah diejek dan dipelekehkan ketika berada di
situ. Tidak ada menteri kebinet yang bergegas ke tempat
itu. Perdana Menteri tidak juga mempunyai agenda
melawat tempat itu, walaupun dia ada di beberapa majlis
tidak berapa jauh dari situ. Yang paling mengaibkan
keadaan ialah betapa pemimpin parti kerajaan tidak
dialu-alukan di kawasan itu. Malahan tidak ada yang berani
ke situ tanpa pengawalan keselamatan yang ketat. Itulah
juga alasan Dato S. Samy Vellu ketika tiba lewat ke
tempat itu. Sudah memang ada perasaan bahawa memang ada
beberapa perkara yang tersorok yang masih belum lagi
kita tahu. Kini keadaan sudah pun reda maka tibalah
masa untuk meraikannya. Khir Toyo sudah pun menaja satu
jamuan jauh daripada tempat kejadian. Jamuan muhibah itu
ditajanya enam batu jauhnya dan di sebalik keselamatan
rumah kediaman rasminya. Suasana muhibah akan tercemar
kalau rakyat marhaen menyoalnya ketika semua orang
meraikan majlis perpaduan pelbagai kaum itu, bukan?
Krisis itu dikatakan sudah pun berakhir. Itulah yang
diishtiharkan oleh Menteri Pertahanan, dan naib presiden
UMNO, Najib Tun Razak. Sepupunya dan rakan kabinet serta
ketua pemuda UMNO, Hishamuddin Hussein, telah mula boleh
bersuara kembali sambil menuduk pihak bajingan yang
memulakan semua pergaduhan ini. Tetapi para pesara
kerajaan meminta keadaan bertenang dipersetujui. Khir Toyo
memang tidak senang hati dengan berita angin tersebut
dan mula melawat kawasan lain yang dikatakan berita
angin sudah tersangkut. Tetapi, kenapakah dia tidak terus
melawat kawasan hangat di mana dia telah diejek dan
disindir bangat? Apakah penyebab pergaduhan itu kalau
bukan keadaan sosio ekonomi yang terabai selalu. Selama
berdekad kawasan itu diabaikan tentunya segala perasaan
sabar yang terpendam meledak juga akhirnya. Tempat-tempat
seperti itu adalah menjadi agenda lawatan ketika kempen
pemilu dan dilupakan begitu sahaja sehingga bermulanya
kempen terbaru yang lagi satu. Pada satu ketika UMNO dan BN mempunyai kuasa politik
untuk melaksanakan sesuatu di tempat seperti itu. Keadaan
sudah berubah. Satu generasi sudah bangun membesar di
tempat selekeh seperti itu tanpa mengenal cara hidup yang
lain lagi, sambil memerhatikan kegemerlapan di
sekelilingnya dengan perasaan dendam yang terus membara.
Apabila mereka terus diabaikan dan tidak diberikan
kemudahan asas yang semestinya, tentu mereka tidak dapat
bertahan lama. Rakyat Malaysia amat mudah menuduh
Amerika Syarikat setiap kali pergaduhan kaum meledak
di sana. Tetapi, apa yang berlaku di sana adalah
berseiras dengan apa yang telah berlaku di Petaling
Jaya. Kumpulan kulit hitam (Afrikan American) menghuni di
kawasan setinggan dalam keadaan yang sama teruk dan
dahsyatnya dengan penghuni perkampungan setinggan di
Malaysia. Sebab musabab yang sama mencetuskan pergaduhan
di sana adalah punca yang sama yang mencetuskan
pergaduhan di negara ini. Pengabaian telah menjana
kejijikan dan kemarahan. Apa yang diperlukan hanyalah
sedikit percikan api yang dapat meledakkan genangan
minyak yang lama bertakung di celah-celah perpaduan kaum
dan segala perbezaannya. -MGG Pillai- pillai@mgg.pc.my Rabu 14 Mac, 2001. Rencana Asal: When all is said and done, the communal clashes at Petaling
Jaya's squalid urban sprawl reflected nationally both the
National Front government's impotence -- and its unconcern.
Something terrible had happened, but no one in authority
appeared concered, giving an impression it had been
expected. The government insists what happened was not
communal or racial, but spoils its case by giving a
breakdown of casualties and arrests, bringing in the
Indonesians for good measure. Every police statement
identifies the race of those arrested, wounded or killed.
It helps build up resentment, especially amongst those
affected, as is yet another unconscious reason why the other
community cannot be trusted. The National Front gave up the ghost when the clashes
occurred. What happened is more serious than admitted:
when 400 armed policemen, 200 auxillary policemen and a
hundred more from hospitals and fire stations are stationed
in an area of a few square miles, it must be. Look deeper,
and you come to some unexplainable linkages. Kampung Medan,
in the heart of the troubles, is the childhood home of the
KeADILan youth chief, Ezam Mohamed Noor, and his father, a
retired policeman, was an UMNO branch official in the area.
The first major reformasi gathering was held in the area.
Most of the Malays in the area of 47 villages and 160,000
people have drifted away from the National Front and UMNO:
in the last general election, the UMNO assemblywoman was
elected not by Malay voters, but by the solid MIC-supporting
Indians, even if it is divided, like in UMNO, irrevocably
between those for the president and those against. Was
there a hidden hand? So, when the clashes occurred, the National Front and
UMNO had no voice in the area. The Selangor mentri besar,
Dato' Mohamed Khir Toyo, was heckled when he visited the
area. The federal ministers who would rush in to show their
concern did not. The Prime Minister was no where around
though he did appear at irrevelant functions far removed
from the clashes. What embarrassed the most was that party
leaders were not welcome. None would dare venture in except
under tight security. Dato' Seri Samy Vellu said as much to
explain away why he arrived late to succour to the Indians.
One gets the odd feeling that there is more to it to what
happened than we are told. Now that the clashes are
contained, it is time for celebration. Dato' Khir hosts a
"muhibah" party not where it is needed most but in the
safety of his well-guarded official residence in Shah Alam,
six miles away. Muhibah would get a bad name if people
demand answers amidst a dinner to celebrate multiracial
amity, would it not? But the crisis is over. Who says that? The defence
minister and UMNO vice president, Dato' Seri Najib Tun
Razak. His cousin, cabinet colleague and UMNO youth chief,
Dato' Hishamuddin Hussein, has regained his voice to blame
the rascals who started all this. The government pensioners
call for calm. Dato' Khir is unhappy about rumour
mongering, and claims to have visited areas rumoured to have
had clashes. But not the "hot" spot where he was heckled
when he did. What caused the clashes? Socio-economic
neglect. When for decades, nothing is done to improve the
lot, something gives. Places like these are visited during
election campaigns. And then ignored until the next.
At one time, UMNO and the National Front had the
political support to force their way through. Not any more.
A generation had grown up in the slumps, know no other life,
and the bright light outside their doorstep unconsciously
builds up internal resentment. When they are also ignored,
not given basic amenities, it adds up. Malaysians are quick
to blame the United States when race riots break out. But
what happens there is what has happened in Petaling Jaya.
The blacks live in slums and generally they are as bad and
as worse as the worst of them in Malaysia. The same frame
that caused the riots there cause it here as well. Neglect
breeds contempt and anger. And all it needs is a spark to
make nonsense of multiracial unity and diversity.
M.G.G. Pillai |