Laman Webantu KM2A1: 3993 File Size: 13.4 Kb * |
TAG MT 58: Punca Ketegangan [FEER] By S. Jayasankaran 17/3/2001 9:05 am Sat |
TAG 058 [Sesuatu yang kuat ditekan akan terhimpit dan terkeluar. Dan bila
ia keluar ia akan terus menular. Begitulah keadaan rakyat Kg Medan
yang telah dipinggirkan oleh arus pembangunan. Kemiskinan melahirkan
kegiatan samseng dan dadah khususnya dikalangan masyarakat India
sehingga mangsanya sendiri mungkin kaum India juga. Tetapi kali ini
orang Melayu yang ramai ditangkap pula. (Sudah berjangkit agaknya?).
Padahal bukan isu kaum awalnya tetapi isu marah yang membara dan keadaan
sosio ekonomilah yang menjadi punca. Rakyat semakin terbelah kerana pemerintah membelahnya juga.
Kawasan baru dibuka jauh-jauh dengan belanja berbilion dan berjuta
sedangkan kawasan setinggan yang dekat dibiarkan sahaja.
Kerajaan BN sebenarnya sudah naik lemak dan naik minyak. Selalu
menang mudah walaupun tidak menolong rakyat yang mengundinya.
Tentulah marah rakyat pula semakin membara. Bila bara bertemu
minyak - apilah hasilnya. Inilah punca ketegangan dan Kg Medan
menjadi tempat ia bermula. (Pressure Point) By: S. Jayasankaran, FEER Kuala Lumpur
Issue-cover dataed March 22, 2001. Menteri Kerjaraya Dato S. Samy Vellu menangis hiba di Universiti
Hospital pada Mach 10 yang lalu. Dia cuba memujuk seorang wanita
yang sudah naik histeria kerana suaminya mati terbunuh dalam
pergaduhan, agar tidak mengebumikan mayat suaminya itu di jerat yang
berdekatan rumah kediamannya di sebuah perkampungan setinggan. Itulah
kawasannya di mana bermulanya satu pertembungan perkauman yng
membunuh enam manusia (setakat ini - pernterjemah) dan mencederakan 40
orang pula. Titisan airmata Samy memang berjaya menguasai suasana pada malam
itu. Mungkin juga seluruh Malaysia turut menggenangkan titisan
arimata bersamanya kerana keganasan yang terjadi. Inilah petembungan
kaum yang mengorbankan nyawa sejak 30 tahun lalu - memberikan
gambaran betapa rapuhnya hubungan kaum itu dalam satu negara yang
memberikan penekanan kepada perpaduan antara kaum. "Kini muncul
kecurigaan keadaan akan merebak lebih teruk lagi kerana orang
yang dulunya tidak berfikir secara perkauman, kini akan mula berubah
fikiran dalam hal itu," kata Saliha Hasan, seorang ahli sains
politik di Universiti Kebangsaan Malaysia. Apabila perkara ini
berlaku di kalangan orang Melayu, ia akan menjadi satu keadaan yang
tertekan lagi. Kemiskinan memang terlalu nyata, seperti juga kebajingan
samseng-samseng dan pengedaran dadah yang berleluasa terutama sekali
di kalangan penduduk kaum India. "Sejak 1991, kadar jenayah memang
semakin memuncak di kawasan itu," kata Ramasamy, seorang penduduk
India di situ. "Sebenarnya, saya sendiri pun takut untuk
berjalan-jalan sendirian di kawasan India pada malam hari."
Punca pergaduhan bermula pada Mach 4, di antara dua isi rumah.
Satu keluarga Melayu sedang bersiap untuk kenduri kahwin dan satu
keluarga India pula sedang bersiap untuk pengebumian salah seorang
ahli keluarga mereka. Satu khemah yang dipasang di atas jalanraya
di hadapan rumah telah menghalang seorang penunggang motor yang
sedang mabuk. Dia telah menyepak beberapa kerusi di khemah itu dan
melarikan diri ke sabuah rumah yang sedang berkabung itu. Cermin
kereta seorang peniaga India di sebuah kampung yang berhampiran
telah dilastik secara tidak sengaja, sehingga mencetuskan berita
angin mengenai pergaduahan Melayu-India. Laksana putaran pedati
yang menggila pusingannya, pelbagai peristiwa terjalin sehinggakan
muncul kumpulan bersenjatakan parang panjang yang mengganas di
kawasan perkampungan dengan menetak orang yang dianggap musuh.
Lima daripada yang terkorban adalah daripada kaum India. Yang keenam
ialah seorang pekerja binaan Indon yang disalah cam sebagai orang
Melayu. Polis telah menangkap sekurangnya 184 orang, sebahagian
besar di kalangan mereka adalah orang Melayu.
Ahli politik parti pembangkang berkata bahawa petempuran itu telah
dicetuskan bukan disebabkan isu perkauman tetapi kerana keadaan
tegang yang amat dirasai oleh rakyat marhaen. Mereka hidup dengan
serba kemiskinan dan sebagai rentetan kepada pembangunan yang tidak
seimbang sejak zaman kemewahan tahun 1990-an. Memang ramai orang
yang bersetuju dengan pendapat itu. "Kalau saya terpaksa hidup
semacam itu, saya akan marah juga," kata seorang ketua pengarah
sebuah syarikat yang menetap berjiran dengan kawasan itu.
"Kerajaan membazirkan berbilion ringgit dengan segala kemegahan di
sebuah bandar baru seperti Putrajaya sedangkan kemarahan rakyat
marhaen semakin membara. Inilah yang berbahaya kerana kumpulan ini
memang tidak rugi apa-apa lagi." Masalah politik menyukarkan keadaan lagi. Orang Melayu sudah
berpecah sejak 1998 lagi ketika bekas timbalan perdana menteri
Anwar Ibrahim dipenjarakan. Majoriti orang Melayu sudah pun berpaling
arah dan tidak menyokong UMNO lagi, kerana itulah parti yang
dipimpin oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad.
Mahathir tidak lagi berjaya meraih sokongan orang Melayu sejak itu.
Itu sebabnya UMNO, sejak awal tahun ini terlalu ghairah mahukan
satu majlis perundingan perpaduan Melayu dengan pihak pembangkang -
terutama sekali dengan PAS, sebuah parti yang disokong oleh majoriti
orang Melayu. Para analis membuat pengamatan betapa laungan untuk
berpadu itu selalunya diasaskan terhadap serangan luar -
kadangkala diberi nama (puak Cina yang ekstrim, misalnya) kadangkala
tidak bernama pula (kuasa asing) - yang dikatakan sedang mencuba
menghakiskan hak keistimewaan orang Melayu yang sebenarnya termaktub
dalam perlembagaan negara. -S. Jayasankaran- Rencana Asal: The Far Eastern Economic Review Poor squatter districts erupt in violence, prompting Malaysians to
fear for their racial harmony By S. Jayasankaran/KUALA LUMPUR MALAYSIAN MINISTER OF WORKS S. Samy Vellu burst into tears at the
mortuary of University Hospital on March 10. He was trying to persuade
a hysterical woman, whose husband had been killed in a racial attack,
not to have the funeral at her home in a Kuala Lumpur squatter
district--epicentre of ethnic clashes that killed six people and
injured over 40. Samy's tears did the trick that night. But perhaps Malaysia wept along
with him as well, for the violence--and its worst ethnic-clash death
toll in over 30 years--illustrated the fragility of race relations in
a country that puts great stress on multi-racial amity. "The fear is
it could get worse because these things make people who normally don't
think about race begin thinking along those lines," says Saliha
Hassan, a political scientist at the National University of Malaysia.
"And this is especially among the Malays. It's very depressing."
More broadly, the week of clashes on the city's outskirts underscore a
deeper malaise: growing unease about the direction of the country with
a slowing economy, a slumping stockmarket and political uncertainty
stoked by divisions among Malays, who form 58% of the population.
"People seem to want to believe the worst," says sociologist P.
Ramasamy. "Rumours had a lightning effect which made the situation
worse." The violence began in one of the six squatter villages off Old Klang
Road, hugging the middle-class suburb of Petaling Jaya in western
Kuala Lumpur. Some 6,000 people--90% ethnic Malays and the rest
Indians--live in the villages with garbage-strewn streets, almost no
street lights, zinc-roofed shacks and wooden Malay-style village
houses. Poverty is endemic--as are gangsterism and drug-trafficking,
especially among the Indian population. "Since 1991, there has been
increasing crime and violence there," says Ramasamy, an ethnic Indian
himself. "Frankly, I wouldn't want to walk in the Indian areas by
myself at night." Trouble began with a fight on March 4 between two households, one
Malay and celebrating a wedding, and the other Indian, preparing to
bury one of their own. A temporary shed on a road outside the wedding
house impeded a drunken motorcyclist, who kicked some chairs over and
fled in the direction of the Indian wake. The windscreen of an Indian
businessman's car in an adjoining village was later accidentally
shattered by a catapult, adding to rumours of Malay-Indian clashes. In
a vicious cycle, incidents escalated until armed gangs roamed
neighbourhoods slashing people. Five of the dead were Indians. The
sixth was an Indonesian construction worker mistaken for Malay. Police
arrested at least 184 people, more than half of them Malays.
Opposition politicians said the clashes were prompted less by race
than by frustration over poor living conditions and the result of
uneven development during the boom of the 1990s. Many people agree.
"If I had to live like that, I'd be angry too," says a company
managing director who lives close to the affected areas. "The
government spends billions of ringgit on ornate cities like Putrajaya
instead of quelling urban anger, which is dangerous. They have nothing
to lose." Political problems heightened the situation. The Malays were split by
the 1998 sacking and imprisonment of former Deputy Premier Anwar
Ibrahim. Many Malays turned their backs on the United Malays National
Organization, the dominant party led by Prime Minister Mahathir
Mohamad. Mahathir hasn't succeeded in rallying the Malays since. So Umno this
year has pressed for so-called "Malay Unity talks" with the
opposition--and largely Malay--Islamic Party of Malaysia, or Pas.
Analysts note, however, that the call for unity has almost always been
against an external threat--sometimes named (Chinese extremists, for
example) and sometimes unnamed (foreign powers)--that seeks to erode
Malay special rights, which are enshrined in the constitution.
Harping by Umno on race, analysts say, may have raised tempers. It is
also a reason why some cynical observers suggest the violence may have
been planned. Most people doubt this. But that the suspicion exists is
telling. "It's disturbing to hear people talking about Malay unity
without regard to the consequences for the other races," Ramasamy
says. "It seems to imply the others have no stake in the system."
|