Laman Webantu KM2A1: 4000 File Size: 14.9 Kb * |
TJ MT MGG: Pengkhianatan Untuk Penubuhan PAS Baru By M.G.G. Pillai 18/3/2001 9:39 am Sun |
MGG 6601 [Jika PAS disabitkan akta hasutan, ia mungkin terpaksa dibubarkan. Malah nama Islam,
Harakah dan ceramah mungkin tidak akan dibenarkan. PAS sudah dinafikan royalti dan
semakin sukar mendapat permit ceramah di beberapa surau dan kini di dua buah negeri.
Harakah pula dihimpit oleh akta hasutan dan kenyataan BA di Kg Medan dipersoalkan
dengan ugutan. Ini semua bukan sikap kemesraan kepada agenda perpaduan, tetapi satu
pengkhianatan. Dalam semua kes ini, orang melayu sendiri dikhianati dan dinafikan
hak semata-mata kerana mereka berbeda pandangan. Malah apa yang dimilikki oleh
mereka selama ini semakin hilang dan berkurang. Cubalah membilang dengan
jari berapa ramaikah pemimpin Umno yang turun untuk berdialog dengan rakyat di
Kg Medan atau mereka cuma datang untuk menuduh orang dan berdagang....
- Editor (sila baca komen Pak -MT- dibawah)]
[Artikel asal di Malaysiakini, kolum Chiaroscuro,
bertarikh 16 Mach, 2001.] MGG Perfidy Pengkhianatan Untuk Penubuhan PAS Baru
(Perfidy Now For A PAS Baru Later) Perundingan perpaduan Melayu masih tergantung lagi. UMNO yang amat memerlukannya untuk
terus bernafas lega. PAS akan bersetuju untuk meneruskan perundingan seandainya UMNO
sanggup menunjukkan keikhlasannya. Sikap inilah yang nampaknya memang berkurangan
di dua buah pihak. Setiap pihak bergerak untuk memperlekehkan saingannya, agar
menyulitkan perundingan itu kerana sebuah parti akan berada dalam keadaan yang
tertekan. Polis telah pun mengenakan tuduhan hasutan terhadap PAS, dalam satu mainan politik
untuk menabur tohmahan kerana terjadinya pergaduhan kaum di kawasan perkampungan
setinggan Jalan Klang Lama di Petaling Jaya. Keadilan turut terpalit kerana
kenyataan bersama yang dibuat oleh pemimpin mereka mengenai pergaduhan itu.
Perdana Menteri telah membuat ulasan utama mengenai pergaduhan itu dan menuduh
pihak pembangkang, mengikut ragamnya yang terlalu mudah untuk bertelagah. Pihak
pembangkang yang bersalah, katanya kerana membuatkan orang Melayu menyanggah kerajaan
dalam pergaduhan kaum itu. Secara berkias dia menerima hakikatnya betapa Barisan Nasional dan UMNO, kerajaan dan
parti, telah sengaja mengabaikan golongan rakyat marhaen secara bersistem dan
beragenda yang menghuni perkampungan setinggan di seluruh negara kecuali apabila
munculnya musim berkempen untuk pilihanraya.
Orang Melayu Yang Terpinggir
Ketika dia merancang pengaiban dan kejatuhan bekas timbalan perdana menteri, Dato'
Seri Anwar Ibrahim, orang Melayu terasa diri mereka terpinggir dan meluru
memberikan sokongan terhadap Anwar. Sekaligus mereka menolak Barisan Nasional dan
UMNO, hari demi hari. Kerajaan dan Barisan Nasional tidak berupaya untuk campur-tangan meredakan keadaan
yang tegang di penempatan setinggan di selatan Petaling Jaya itu setelah
membiarkan mereka hidup merempat sekian lama. Yang menyulitkan lagi ialah
kehadiran tangan ghaib yang seolah-olah mengokestrakan rentak dan ragam cetusan
pergaduhan kaum itu. Apabila PAS dan Keadilan diugut dengan Akta Hasutan, tindakan itu lebih cenderung
untuk menabur tohmahan. Parti-parti politik memang jarang dituduh kerana menghasut,
walaupun para pegawai parti politik itu mungkin boleh dikenakan tuduhan itu. Jika
tidak, tentulah Keadilan yang dikenakan tuduhan dan bukannya ketua pergerakan
pemuda, yang sedang menanti perbicaraan kerana tuduhan itu.
Kenapakah tuduhan itu melibatkan PAS dan Keadilan? Adakah tujuan sebenar untuk
menghenyak PAS pula? Seandainya PAS dikenakan tuduhan menghasut dan didapati
bersalah seperti keghairahan yang mahu mengenakannya, tentu sekali ini akan
mencetuskan kesan yang amat buruk. Parti itu boleh diharamkan seperti yang berlaku
kepada UMNO pada 1997; permit untuk menerbitkan HARAKAH setiap dwiminggu itu akan
ditarik balik dan akan menyulitkan pergerakan PAS. Besar kemungkinannya PAS
terpaksa memohon lesen menubuhkan PAS Baru yang akan membabitkan satu pra syarat
yang termasuk pengguguran perkatan 'Islam' daripada nama parti dan banyak syarat
lagi. PAS pasti tidak akan berganjak daripada pendiriannya menghadapi usaha UMNO untuk
meraih sokongan Melayu kembali dan Keadilan pasti akan terus memberikan cetusan
igauan yang amat digeruni oleh UMNO. Bagaimanpun cara merenung perkara ini, PAS ternyata unggul untuk membelasah setiap
langkah silat yang mahu dibuka oleh UMNO dan Keadilan akan terus unggul sebagai
pencabar untuk meraih banyak sokongan orang Melayu. Saya tidak meramalkan betapa
tindakan terhadap PAS itu akan mengena juga seperti yang digambarkan. Soal pokok
sekarang ialah kenapakah bodoh sangat UMNO sehingga mencetuskan sikap culas di
kalangan PAS untuk duduk semeja berunding mengenai perpaduan Melayu itu?
Kini, Mahathir tidak lagi berupaya mengatur rentak dalam parti, kerajaan dan
negara seperti dulu kala. Dia sedang terkapai-kapai untuk mengekalkan apa juga
cebisan kuasa yang dapat melegakan rentak degupan jantungnya. Dia beranggapan bahawa
perjuangannya itu dapat dipermudahkan kalau dia terus menyakat pihak pembangkang.
Tidak semudah itu. Dia masih belum lagi menjejakkan kakinya melawat keadaan
Kampung Medan. Itu adalah satu contoh cabaran yang perlu dihadapinya. Di sana nanti
dia akan dipelekehkan, diejek dan mungkin lebih teruk lagi akan dihadapinya
sebagai satu kenyataan untuk menguji perjalanan degupan jantung dan rentak nadinya.
Dia masih berkhayal bahawa perpaduan Melayu itu akan digembeling kembali dengan UMNO
berada terus sebagai pemimpin unggulnya. Alangkah dangkalnya anggapan ini
sedangkan PAS dan Keadilan sudah berada jauh di hadapan untuk mencabar kenyataan
yang ketinggalan zaman. Kerana itu jalan pintas ialah untuk mengenakan PAS dengan
tuduhan menghasut. Adakah saya menggunakan perkataan 'sabit kesalahan'? Memang, seperti juga fiasko
yang menghantui Anwar, PAS boleh disabitkan kesalahan kalau ia dikenakan tuduhan.
Yang pastinya, dari segi politik ataupun budaya, UMNO tidak akan merelakan PAS
dibebaskan daripada tekanan itu. Inikah dia perpaduan Melayu?
pillai@mgg.pc.my Jumaat 16 Mach, 2001. Komen Penterjemah: Mahathir terkenal sebagai seorang yang tidak menggemari sukan. Kerana itu selama
bermaharajagila dia menentukan setiap Menteri Sukan lantikannya adalah seorang
insan yang tidak faham akan makna bersukan yang sebenar. Kalau adapun jenis
sukan yang digemari oleh Mahathir ialah menunggang kuda. Itupun satu jenis riadah yang
dianutinya ketika sudah tua usianya. Tetapi Mahathir amat pintar bermain politik
kerana itulah sukan untuknya dan kepadanya. Dalam mainan politik itu dia masih
beranggapan semua orang kelilingnya adalah laksana kuda untuk ditunggangnya sahaja.
Para pemimpin PAS dan sebahagian besar pengikut PAS menceburi politik kerana itu
adalah sebahagian proses bertaqwa dalam hidup mereka. Kerana itu setiap gerak dan
langkah yang mahu dipertarungkan oleh PAS dalam bersemuka dengan Mahathir (tidak
semestinya dengan UMNO) didahului dengan banyak beristigfar, bertahajud dan
berisitkarah. Malahan bersujud khusuk di depan Kaabah. Ini bukannya bentuk sukan
ataupun permainan tunggang-menunggang.
Sejarah akan menentukan, apa juga analisa para pakar politik dan sosio-ekonomi, APA
JUGA BENTUK RAMALAN YANG DICATURKAN oleh Mahathir sendiri dalam permainan
Mahathir ini, ia hanya merupakan peleceh dalam satu permainan sahaja. Selama ini,
orang Melayu khasnya dan rakyat marhaen amnya, hanya masih bermain kecil dengan
mainan besar Mahathir. UMNO dan Mahathir belum melihat apa sebenarnya rintangan
rakyat marhaen yang perlu dilaluinya.
Apabila rakyat bangkit laksana gelombang, ratusan kereta pancutan air asid dan
ribuan laras senapang yang dipegang oleh gestapo Mahathir tidak akan mampu
meredakan gelombang itu. Hanya di waktu itu barulah Mahathir dan hanya segelintir
bajingan dalam UMNO akan sedar apakah itu permainan politik Melayu sebenarnya. Di
waktu itu nanti pancutan air asid adalah laksana air bunga rampai dan ledakan bom
asap adalah laksana dentuman bunga api. Kalau peluru betul pun yang akan ditaburkan ia
akan merupakan taburan bertih bewarna sahaja.
Rencana Asal: malaysiakini 16 March 01 MGG Pillai The Malay Unity talks are stalled. UMNO, for its survival,
needs it. PAS would go along, but only if UMNO proves its
good faith. That is in short supply, on both sides. Each
moves to spite the other, so that it is all but impossible
for talks to be held with one party on the defensive.
The Trengganu state government sues to recover Petronas
royalties the Federal government unilaterally cancelled
paying the state, after 21 years and RM7 billion, after PAS
captured the state in the 1999 general elections. UMNO
shows its irritation by widening the pressures against PAS.
The police has since filed sedition charges against
PAS, in the political play to apportion blame for the
communal clashes at the Old Klang Road shanty towns in south
Petaling Jaya. KeADILan is also charged, for a joint
statement their leaders made over the clashes.
The Prime Minister, in his first major statement since
the clashes broke out, blames the Opposition, in his now
familiar simplistic arguments, for turning the Malay against
the goverment in the communal clashes.
He implicitly accept the National Front and UMNO,
government and party, systematically and deliberately
ignored the poor Malaysian in squalid shanty town
concentrations throughout th country, except during general
elections. The Malay alienated When he orchestrated the political and personal
humiliation of his deputy prime minister, Dato' Seri Anwar
Ibrahim, this alienated Malay rushed to his support -- and
rejects the National Front and UMNO day-by-day.
Neither the government nor the National
Front could intervene in the large squalid urban underclass
in south Petaling Jaya; their impotence staring in their
collective faces. Worse, a hidden hand seems to emerge in
how the fracas got started. So, when PAS and KeADILan were threatened with
sedition, it was more than to apportion blame. Political
parties are rarely accused of sedition, though its officers
could be. Otherwise, it should have been KeADILan, not its
youth chief, who would be charged with sedition now.
Why PAS and KeADILan now? Is it to do PAS in by other
means? If PAS is charged with sedition, and is convicted,
as it must, the fallout is horrendous. The party could be
made illegal, as UMNO was in 1987; it would then lose its
permit to publish its very successful fortnightly Harakah
newspaper; it could stop PAS in its tracks, apply for a new
licence for a PAS Baru, then impose conditions which could
include the dropping of the word "Islamic" from its name,
and other conditions. PAS stands in the way of UMNO's attempt to regain its
lost Malay ground, and KeADILan stands firm to give UMNO
nightmares. Lost Ground For however you look at it, PAS is best organised to
counter UMNO moves, with KeADILan a challenger to the Malay
cultural mantle. I am not suggesting the action against PAS
would go as I have described. But why UMNO would be so
stupid as to make PAS even more reluctant to engage in Malay
unity talks with it. If this is UMNO's wish, it would be folly to proceed.
In 1987, the Prime Minister wanted UMNO dissolved, if only
to put his hated opponents, Tengku Razaleigh Hamzah amongst
them, out of his hair once and for all.
But he cannot now dictate events in party, government
and nation as he then could. He grasps as straws to retain
what semblance of power and support he can. He thinks his
cause is advanced by taunting the opposition. Not so. He
has yet to visit Kampung Medan, for instance: that he could
be ignored, or taunted or worse, is too real to put himself
to the test. His view of Malay unity is with UMNO at its
head, as before. How could he if PAS and KeADILan continue
to challenge it. So, what better way than to move to
convict PAS for sedition. Convict, did I say? Yes, indeed. Like in the Anwar
fiasco, PAS cannot but be convicted if it is charged. UMNO
cannot, politically and culturally, allow PAS to be
acquitted of it. Malay Unity, anyone?
M.G.G. Pillai |