Laman Webantu KM2A1: 4007 File Size: 5.8 Kb * |
Nasib Anak Desa Bila Penghujungnya? By Dahlia 19/3/2001 9:00 am Mon |
[Keadaan hidup anak desa memang amat menyedihkan walaupun kita telah bertahun
merdeka. Padahal ibu dan bapa mereka sering memberi undi kepada Umno menjelang
setiap pilihanraya. Apakah kerajaan mahu mereka memberontak dulu sebelum mengirim
kemajuan ke sana? Negeri Pahang nampaknya seperti selamat buat Umno. Tetapi tidak juga. Cuba bilang
ladang kelapa sawitnya dan peserta Feldanya. Itu sudah cukup untuk menguburkan
Umno buat selama-lamanya...... kerana anak - ayah dan ibu sudah tidak sanggup lagi
menahan air-mata. Tetapi pihak BA harus ke sana mendampingi mereka, jika tidak
tengkorak Mahathir akan terus mencari mangsanya.
- Editor] Bukan sekadar Hisham atau Najib, ramai lagi anak-anak bangsawan atau
aristokrat yang menjadi pemimpin sekarang. Anak Mahathir seperti Mokhzani
sendiri ditonjolkan untuk menjadi pelapis dalam pemuda termasuk anak
Mohamad Rahmat, keluarga Kadir Sheikh Fadhir dan sebagainya.
Soal mereka nak jadi pemimpin, itu soal nombor dua. Kalau mereka layak,
bertanding dan jadilah pemimpin. Soal selebihnya, mampukah mereka
memperjuangkan nasib rakyat. Terutama nasib rakyat golongan miskin? Rakyat
di luar bandar? Golongan aristokrat ini tidak pernah mengenal erti kemiskinan, jauh sekali dari
merasai penderitaan atau kesusahan untuk hidup. Tidak pernah merasai makan
nasi berlaukkan garam atau nasi kosong saja. Atau tidak pernah merasai
kesusahan berjalan kaki berbatu jauhnya untuk ke sekolah. Tidak pernah
lekang dari mendapat layanan istimewa dari orang tua mereka, maupun
pengasuh. ANAK DESA DITINGGAL-TINGGALKAN Bagaimana keadaan anak-anak kampung di luar-luar bandar yang masih
hidup melarat dan terpinggir? Pernahkah mereka merasai kesusahan itu?
Ratusan kampung di luar bandar terus terpinggir. Tidak ada bekalan air paip,
jauh sekali bekalan letrik. Harus berjalan kaki meredah semak samun atau
sungai, atau hutan untuk ke sekolah. Inilah sebahagian pengalaman saya ketika meredah kampung pendalaman di
Negeri Pahang tahun lalu. Di kawasan hutan, mereka terpaksa dirikan pondok
untuk dijadikan sekolah. Bangku dan meja yang buruk, tidak ada bekalan
eletrik. Anak-anak ke sekolah terpaksa mengharung sungai atau menaiki
sampan. Jika berlaku hujan lebat, mereka terpaksa berenang dan kebasahan
untuk belajar. Makanan yang ada cuma biskut kering atau biskut mayat dan
air kosong. Ke mana perginya wakil rakyat BN? Setahu saya, ketika itu, wakil rakyat
bersama anak isterinya berada di luar negara kerana bercuti. Apa mereka
peduli? Soal rakyat dan kemiskinan tidak ada dalam kamus hidup mereka,
bukan agenda mereka. Yang penting, mereka menang dan berkuasa. Adakan
projek, dapat komisyen di sana sini. Guna proksi dan rakan taulan untuk
menambahkan kekayaan. Siapa kisah? Kerana pucuk pimpinan BN sudah ajar
kepada mereka cara rasuah terpimpin. Rasuah halal ala ala Mahdey.
Hah! Kalau nak cakap soal kemiskinan ni, ribuan anak-anak yang miskin di
luar bandar masih tidak mendapat hak mereka setelah lebih 40 tahun merdeka!
Keadaan sekolah yang daif, tidak ada bekalan air paip, tiada tandas, tidak ada
kantin, tidak ada padang atau bilik yang kondusif atau yang sepatutnya untuk para
pelajar ini menjalani aktiviti sukan ataupun ko-kurikulum.
Berbalik kepada cerita sekolah berkenaan, pada malam hari, mereka terpaksa
menggunakan pelita minyak untuk kelas tambahan bagi anak-anak yang
mengambil peperiksaan UPSR. Bayangkanlah kesusahan yang harus mereka
lalui setelah mengecapi sekian lama kemerdekaan dan kemajuan negara. Apa
kata Mahdey? Kita maju, kita boleh, semua kita boleh buat. Kita ada bangunan
tertinggi di dunia, kita ada Jambatan ke-3 terpanjang di Asia, kita ada Litar F1
Sepang terhebat di di dunia, kita ada pasarana yang terbaik di dunia, kita ada
blah blah blah blah di dunia. Di dunia ini, yang terbaik adalah kita. Kita adalah
yang terbaik. The best among the best!
Nun jauh di kampung dan di luar bandar, anak-anak menangis kelaparan,
anak-anak belajar dalam keadaan kedaifan. Susahnya mereka, tak siapa ingin
ambil peduli. Bila sampai masa kempen pilihanraya, bertimbun dan bertalu-talu
lawatan dibuat. Baja dan benih pokok datang mencurah-curah. Batang-batang
paip dan tiang-tiang elektrik dipacak. Selepas piliharanraya, batang paip dan
tiang elektrik tetap di situ. Terpacak bodoh, macam kera sumbing. Rakyat
melihat dengan hati yang sungguh sayu. Dibodohkan saban waktu. Siapa
ambil tahu? Rakyat luar bandar terus tertinggal dalam kemelut kemiskinan dan kedaifan
kesan dari kepimpinan ala ala Mahdey yang tidak menjadikan program
membasmi kemiskinan rakyat luar bandar ini sebagai satu agenda utamanya.
Mahdey lebih pentingkan materialistik dari rakyat jelata. Lebih baik membina
bangunan tinggi berjuta berbilion ringgit dari menyediakan sebuah sekolah
yang sempurna kepada pelajar yang memerlukan pendidikan. Lebih baik
membeli Jet Peribadi ratusan juta ringgit dari menyediakan bekalan elektrik
atau air ke kampung-kampung luar bandar, atau menambahkan projek PPRT
atau Felcra dan sebagainya. Huh! Entahlah Malaysia. Selagi rakyat tidak sedar, selagi itu rakyat Malaysia
akan terus hidup bagai katak di bawah kepala tengkorak Mahdey!
Salam.
|