Laman Webantu KM2A1: 4017 File Size: 5.3 Kb * |
Minda Pembaca: Kemanusiaan Yang Hilang By FPR 20/3/2001 9:19 pm Tue |
[Berikut adalah satu pengalaman dengan FOMEMA yang amat memilukan.
Kesah ini seharusnya menjadi pengajaran bagi semua pihak yang ingin menggaji
pekerja. Ramai yang akan menjadi mangsa dicekik perniagaan yang dibolot
oleh kroni dan anda mungkin salah seorang dari mereka. Banyak negara maju
memberikan perkhidmatan percuma atau berdiskaun kepada pesakit atau pelawat
kerana penyakit adalah soal hidup dan berfungsi. Kos yang menggunung tingginya
akan menyebabkan ramai yang baik-baik dan layak tidak dapat pergi atau ditipu
sehingga berjangkit kepada orang lain dalam mereka tidak mengetahui. Atau
mereka terjangkit ketika diperiksa kroni. Barang yang hilang masih boleh
dibeli tetapi kasih sayang dan nilai murni adalah terlalu berharga dan
sukar dicari ganti. From: FPR To: Pak -MT- Subject: Kemanusiaan Date: Mon, 19 Mar 2001 Assalamualaikum, Saya pernah menulis kepada anda sebelum ini mengenai reformasi dan
bagaimana naluri keibuan saya begitu tersentuh melihat anak-anak Anwar
yang dizalimi oleh pemimpin yang zalim. Kali ini saya menulis lagi bukan
mengenai reformasi secara terus tetapi mengenai pengalaman saya yang
mungkin juga dialami oleh ramai orang di luar sana. Mengenai kehidupan
dan sistem yang diwujudkan oleh manusia itu sendiri yang membuatkan
ramai insan kecewa. Kami sekeluarga mempunyai seorang pembantu Indonesia. Berumur 43
tahun yang kami panggil Bibik. (panggilan biasa untuk Indon helper).
Bekerja dengan kami selama hampir 1 tahun. Setakat ini cukup bagus dan
reliable. Anak-anak cukup manja dengannya terutamanya si kecil yang
berusia 11 bulan. Apa taknya, balik dari hospital terus disambut olehnya
dan diasuh olehnya. Kebetulan kerja saya menuntut saya banyak
membuat kerja-kerja luar. Bibik pun menjalankan pemeriksaan perubatan
bagi memperbaharui permit kerjanya...Saya setuju dengan prosidur ini
tetapi sistem kaut untung yang diwujudkan melalui Fomema membuat hati
saya marah kerana sepatutnya kita bebas memilih medical practitioner
yang dipercayai dengan harga yang lebih murah.
Malang sekali, pemeriksaan perubatan/ujian darahnya menunjukkan
Hepatitis B. Bermakna, Bibik tidak dapat berkhidmat dengan kami lagi.
Saya dan suami cukup panik memikirkan kesan terhadap anak-anak kami
terutamanya si kecil. Hari itu juga saya berjumpa dengan seorang pakar
dan 2 orang general practitioner untuk mendapat advices. Mereka
menyuruh kami bertenang dan menyatakan ketiga-tiga anak kami
mendapat imunisasi Hep. B, bermakna mereka sepatutnya protected
against the virus. Yang sepatutnya lebih dirisaukan adalah kami suami
isteri kerana kami tidak mengambil imunisasi. All the 3 doctors had actually
calmed us down, membuat kami bertenang dan sedar apa jua yang
berlaku adalah kehendak Allah. However, kami akan menjalankan ujian
darah utk ketiga-tiga anak kami dan mungkin juga kami berdua.
Tiba masa to break the news to Bibik. We had to tell her in the best
possible manner, why we had to send her back. She broke down dan
saya juga menangis kerana tahu hasratnya. Dia seorang ibu yang cekal,
mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah. Keazamannya cukup
tinggi supaya anak-anak tidak mewarisi kemiskinanannya. Suaminya
seorang jaga. Malam itu baru saya tahu bahawa tidak ada thorough
medical test yang dibuat di sana. Of course, saya tidak menyalahinya,
tetapi sistem yang ada di sana.. Perhaps, medical test is too expensive for
a servant like her or if proper medical test is to be done, a lot of people
will be deprived of employment. Perhaps untuk menyelesaikan masalah
sendiri tetapi membebankan orang lain...
Kami akan menghantarnya pulang minggu hadapan. Anak saya yang
sulung menangis apabila diberitahu dan sekiranya mama cari bibik lain,
hendak macam Bibik ***** katanya. Semua ini rahmat Allah kerana saya
sedar betapa bertuahnya saya dikuniakan Allah rezeki walaupun
bukanlah kaya raya tetapi tidak perlu merentas lautan untuk membesarkan
anak. Saya sedar bahawa pemerintah menyumbang kepada kesusahan
rakyat. Korupsi, kroni dan apa saja,..namakanlah. Above all, saya harap
dia akan pulang dengan kenangan yang manis bersama saya sekeluarga
kerana sepanjang Bibik di sini rasanya bukan untuk membangga diri,
tetapi kami telah melayannya sebagai sebahagian ahli keluarga dan
sebagai manusia wajarnya. Saya berdoa semuga pengganti nya akan
juga seorang yang boleh diharapkan. Saya juga berdoa semuga Allah
akan mengurniakan kesenangan untuknya kerana Bibik sering berkata
"Bibik cari wang di sana macam nak terkeluar lidah "... Saya berdoa
semuga anak-anak saya selamat dari virus tersebut apabila kami
menjalankan ujian darah nanti.. Terima Kasih kerana sudi mendengar,.. mungkin saya bercerita to calm
myself down.. Yang baik dari Allah dan yang salah dari kelemahan saya jua...
|