Laman Webantu KM2A1: 4027 File Size: 22.4 Kb * |
Hebatnya Ilmu Hitam Mahathir!! By CDB 21/3/2001 4:33 pm Wed |
[Ilmu sihir memang ada di mana-mana begitu juga gangguan dari mahluk
halus kepada manusia. Kita kini bukan berjuang menentang Mahathir sahaja
tetapi semua kuasa yang bersekongkol dengannya - termasuk kuasa halus yang
tidak terpandang oleh mata. Untuk itu setiap kaum di negara ini perlu
menundukkan kuasa-kuasa itu juga dengan penentangan spiritual berbentuk doa,
penawar dan sebagainya. Editor ingin mengajak pembaca mengkaji mengapa burung pun tidak sudi ke
Putrajaya sehingga terpaksa dibina taman khas (wetland) untuk mereka. Tidakkah
ini membayangkan ada sesuatu di sana yang menakutkan burung-burung itu semua?
Malah kos taman itu (50 juta) lebih mahal dari kos mahligai yang dikatakan
bernilai 17 juta. Tentulah ada sebab musababnya. Mungkinkah burung itu diternak
untuk menjadi mangsa lembaga?? Jawapannya saya serahkan kepada pembaca untuk
memikirkannya. HEBATNYA ILMU HITAM MAHATHIR !!
Tulisan berupa pendedahan di bawah bukanlah tulisan asal saya, tetapi saya
menyiarkannya kembali tulisan seorang penyokong kita yang pernah disiarkan
di Laman Reformasi 2 tahun lepas. Tujuan saya menyiarkannya semula adalah
untuk menyedarkan kita, terutama mereka yang masih menyokong UMNo dan
Mahathir, bahawa apa yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh Mahathir
dalam mengekalkan kekuasaannya tidak dapat dipisahkan daripada permainan
ilmu hitam yang dahsyat. Sepertimana Suharto, Mahathir tidak mahu kalah
dalam penggunaan ilmu hitam untuk mempertahankan kekuasaannya. Tidak lama
dulu saya pernah mendedahkan bahawa ketika mahu menjatuhkan Tun Hussein Onn
(Hisham Aww Aww patut sedar hal ini) dahulu, Mahathir pernah menggunakan
khidmat seorang bomoh handal dari Linggi, Negeri Sembilan (kini dah
meninggal)sebagai ilmu penunduk supaya Tun Hussein meletak jawatan. Musa
Hitam juga menerima padah yang sama melalui bomoh yang sama agar beliau
meletak jawatan. Tetapi ketika Anwar mahu disingkirkan oleh Mahathir, bomoh
tersebut sudah meninggal dan (dengan kehendak Allah) Anwar tidak berjaya
ditundukkan supaya meletak jawatan (sebaliknya dipecat dengan pertuduhan
jahat). Lagipun kekuatan ilmu dan amal Islam Anwar menjadi benteng kepada
beliau dari terkena ilmu sihir tersebut.
Dengan keyakinan yang kental terhadap keampuhan ilmu hitamnya itulah maka
Mahathir sanggup berbuat apa sahaja untuk memuaskan hawa nafsunya. Tiada
siapa pun yang berani bersuara atau menegurnya kerana MEMANG beliau memakai
ilmu penunduk. Untuk keselamatannya pula, beliau memakai ilmu kebal dimana
semua peluru dan senjata tidak akan menembusi tubuh beliau (kalau
dikehendaki Allah MAMPOSSS jugaklah si bedabah tu). [Jika ingin membunuh
Mahathir, kita perlu menggunakan peluru emas atau peluru yang dibuat dari
buluh]. Tetapi saya lebih suka jika kita menumbangkan Mahathir dengan solat
hajat dan qunut nazilah. Tentu kita masih ingat cabaran beliau supaya dibuat
solat hajat untuk menentukan siapa benar semasa Anwar baru dipecat dahulu.
Selepas kita melakukan solat hajat, beliau kepanasan bagai dipanggang dalam
api dan terpaksa meminta bantuan beberapa orang alim untuk membuat 'air
tawar' bagi memulihkan kepanasannya itu.
Tetapi si keparat itu tidak pernah mahu berterimakasih dengan orang yang
pernah menolongnya atau bersimpati mahu menolongnya, sebaliknya terus
menerus buas dan ganas dengan kekuasaannnya. Selagi beliau hidup,
keselamatan nyawa rakyat ibarat telur di hujung tanduk. Apa juga percaturan
politik yang dijangka akan berpihak menguntungkannya, pasti akan menjadikan
rakyat sebagai taruhan. Memali, Lubuk Merbau, Sauk dan terkini di Kg Medan
adalah bukti nyata bahawa nyawa rakyat marhain tiada nilaipun di matanya.
Saya ingin menegaskan bahawa Mahathir hanya boleh ditumbangkan dengan
gabungan kekuatan fizikal dan spiritual, iaitu dengan ceramah, demonstrasi
dan solat hajat/qunut nazilah. Selama ini mungkin kita hanya menekankan atau
hanya memberikan lebih tumpuan kepada tindakan fizikal (ceramah, demo)
tetapi agak kurang dalam menekankan kekuatan spiritual. Bukan kita tak buat
solat hajat, tetapi mungkin masih kurang memadai. Saya rasa ianya patut
dipertingkatkan secara berterusan seiring dengan setiap ceramah yang akan
diadakan, iaitu sebelum memulakan sesuatu ceramah, hendaklah dimulai dengan
solat hajat dan qunut nazilah. Penganut agama lain yang menyokong kita juga
perlu berdoa dan bersembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.
Dalam soal ini, kita harus sedar bahawa Mahathir bukan sahaja memiliki
kekuatan fizikal (tentera, polis, hakim dan segala jentera kerajaan) tetapi
juga kekuatan spiritual (penggunaan ilmu hitam dan sihir). Beliau mungkin
mengambil langkah bijak dan selamat dengan membuat segala persiapan yang
perlu untuk kekukuhan kuasanya, tetapi kita mungkin masih kurang atau lemah
dari segi persiapan spiritual. Yakni kita mungkin masih kurang menumpukan
kepada senjata doa dan solat hajat/qunut nazilah untuk berdepan dengan
seorang pemimpin yang zalim dan jahat seperti Mahathir. Mungkinkah tindakan
spiritual kita selama ini masih belum mampu mengatasi kehebatan ilmu hitam
Mahathir ? Mungkin juga kita hanya menumpukan kepada bagaimana menjatuhkan
Mahathir melalui kuasa rakyat tetapi kita lupa kebijaksanaan kepala hotak
Mahathir yang bukan sahaja sanggup menggunakan kekuatan fizikal (polis,
tentera, hakim dll) tetapi juga kekuatan ilmu hitam (spiritual). Adakah kita
tak terfikir untuk menewaskan beliau melalui kekuatan spiritual pula ?
Saya harap kita tidak memandang sinis dengan tulisan saya ini kerana
Mahathir MEMANG menggunakan ilmu hitam untuk kekuatan kekuasaannya. Sebab
itulah sudah tiada lagi mereka yang tidak ditundukkannya. Selepas
polis-polis 'disihirnya' menjadi "anjing", hakim-hakim pula disuruhnya
menjadi "beruk", kini raja-raja Melayu pula mahu dijadikan kaldai tunggangan
? Penghapusan nama Islam daripada pertubuhan dan parti politik akan
mendatangkan kesan signifikan jangkapanjang yang terlalu merbahaya kepada
maruah dan hayat Islam itu sendiri. Lihatlah apa yang dah jadi dengan Turki.
Paling dekat, lihatlah apa yang dah jadi dengan tulisan jawi akibat
kedurjanaan Khir Johari. Berapa orang anak-anak anda yang kini mampu membaca
tulisan jawi dengan lancar ? Apa sudah jadi dengan amalan Islam di Turki ?
Inilah antara kesan signifikan penghapusan syiar Islam yang walau pada
mulanya mungkin nampak kecil, tetapi kesannya kepada generasi umat Islam itu
sendiri terlalu besar. Sebab itulah, selepas membaca dan merenungi tulisan yang saya siarkan
kembali di bawah ini, pimpinan kita perlu mengambil langkah konstruktif dan
komprehensif untuk menggerakkan seluruh rakyat Islam dan bukan Islam yang
menyokong kita supaya melakukan tindakan spiritual yang saya maksudkan tadi
secara besar-besaran dan berterusan untuk menumbangkan Mahathir. Mungkin
jika ada orang yang cuba membunuhnya menggunakan senjata, kita akan dituduh
menggunakan kekerasan dan keganasan dan akan ramai yang akan ditangkap.
Tetapi jika kita melepaskan "peluru doa" yang berbisa, saya percaya Mahathir
tak akan mampu untuk bertahan lebih dari 40 hari pun. Dan lagi, cara ini
sudah tentunya lebih selamat kerana tiada sebarang akta dan kanun kesiksaan
yang boleh disabitkan kepada kita. Stadium Sultan Mohamed IV dan Stadium
Sultan Ismail Kuala Terengganu rasanya mampu menampung puluhan ribu rakyat
yang hanya menunggu isyarat sahaja daripada pemimpin mereka.
Kita maklum bahawa perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan akan sukar
dicapai jika kita hanya bergantung kepada kekuatan fizikal semata-mata,
walhal kekuatan musuh mengatasi kita. Kalau tak silap ingatan saya, Khalifah
Umar Al Khattab sendiri pernah melarang tenteranya yang tidak bangun
qiyamullail daripada menyertai medan perang. Salahuddin Al Ayyubi sendiri
keluar memeriksa bala tenteranya di waktu malam hari untuk memastikan mereka
bangun menunaikan solat malam demi mencari kekuatan spiritual. Jadi, bagi
kita yang tak sehebat dan segagah tentera Khalifah Umar dan Salahuddin Al
Ayyubi itu sudah semestinya perlu lebih lagi mencari kekuatan spiritual
untuk menghadapi kekuatan dan kezaliman regim Mahathir durjana itu.
Saya cukup risau dengan persiapan dan kekuatan tentangan kita terhadap
percubaan yang sudah hampir pasti akan dilakukan oleh Mahathir untuk
menghapuskan penggunaan nama Islam dari pertubuhan dan parti politik dengan
memperalatkan Majlis Raja-Raja itu. Saya khuatir tentangan dan 'bising' kita
cuma untuk seketika seperti mana ketika Khir Johari menghapuskan tulisan
jawi dahulu. Akhirnya ia menjadi 'immune' kepada seluruh rakyat dan menjadi
normal kembali tanpa sebarang perasaan tercuit di hati pun. Dan akhirnya
kita pun akur dan berserah kepada takdir.
Atas sebab itulah saya ingin mencadangkan supaya kita melakukan solat
hajat dan bacaan qunut nazilah supaya Allah s.w.t. menghapuskan Mahathir
seperti mana dihapuskanNya Firaun dahulu. Kemuncak kedurjanaan Mahathir kini
hampir pasti tercetus dengan penghapusan nama Islam dalam beberapa hari atau
minggu lagi. Saya bukan mengajak berperang mengangkat senjata, tetapi
rasanya sebisa-bisa senjata yang mampu menumbangkan Mahathir sekarang ialah
'doa dan solat hajat'. Kalau nabi-nabi pun mengangkat tangan ke langit
meminta Allah s.w.t. menghapuskan pemimpin dan kaumnya yang degil dan zalim,
masakan kita tak boleh mengikuti sunnah para nabi a.s. ? Mungkin kita sudah
kehabisan ikhtiar dan usaha untuk menyekat kedurjanaan si keparat itu. Maka
apa lagi pilihan yang kita ada? Yang penting, kita harus melakukannya secara
berterusan dan bukannya pada masa-masa tertentu sahaja. Lakukan sehingga si
keparat itu jatuh tersungkur : samada MAMPOSSS terus atau kepanasan di
kerusi PMnya dan mahu meletak jawatan . Orang Melayu yang beragama Islam
jangan menyesal tak berkesudahan bila Islam dipisahkan daripada jasadnya.
Sekali lagi saya katakan - apa lagi pilihan yang kita ada ?
Cucu Datuk Bahaman Ikutilah pendedahan mengenai permainan ilmu hitam oleh Mahathir di bawah
ini. Selamat membaca ! Maka berkatalah salah seorang bomoh Dr Mahathir. Namanya Osman @ Uthuman
seketurunan dengan Dr M. Lebih 5 tahun lalu, dia mendakwa bertanggungjawab
mengusahakan berbagai jenis tangkal azimat seperti pengerun, penunduk
sekelian manusia, ilmu kebal dan segala ilmu ghaib yang menggunakan
kekuasaan jin untuk Dr M. Dia juga mendakwa bertanggungjawab membawa masuk
patung emas yang sudah dipuja dari Siam untuk kegunaan Dr M. Tugas ini
memberikannya bayaran yang lumayan. Puluhan ribu. Secara tidak langsung dia
menjadi bomoh simpanan Dr M. Ada gaji tetap. Tapi gaji dibayar oleh kroni Dr
M. Beberapa bulan lalu timbul cerita ada patung emas di Sri Perdana. Menurut
yang ampunya cerita (ada beberapa versi) seorang pekerja dari Tenaga
Nasional/JKR Elektrik ditugaskan untuk memereksa masalah pendawaian elektrik
di Sri Perdana. Dikatakan, dia amat terkejut bila melihat dalam sebuah bilik
rahsia terdapat sebuah patung yang ada kesan-kesan dilakukan pemujaan ke
atasnya. Kalau benar, agaknya patung emas ini sudahpun berpindah ke mahligai
baru di Putrajaya mengikut tuannya. Tapi dengar khabarnya Dr M kepanasan, tidak tahan duduk di mahligai baru
sebab terlalu ramai makhluk asing yang suka main lampu lip-lap. Dan mungkin
sekarang tinggal di istana hinggap di The Mines. Maka berkata lagi bomoh
ini, di masa pilihanraya umum 1995 dulu dia ditugaskan oleh Dr M sebagai
salah seorang bomoh hujan untuk memanggil hujan dikawasan tertentu. Ini
bertujuanan agar ramai yang tak dapat pergi mengundi sebab hujan. Diharap
pengundi pembangkang merosot dan memberikan kemenangan kepada calun BN.
Mungkin itulah salah satu strategy pilihanraya Dr M ketika itu.
Selain menjadi bomoh Dr M dia juga mendakwa melakukan berbagai tugas-tugas
merbahaya atas permintaan orang atasan. Diantara tugas-tugas lain, dia
bertindak sebagai 'middleman' bagi mendapatkan perkhidmatan
wanita-wanita cantik untuk orang-orang kenamaan. Dia juga mendakwa terbabit
dalam operasi penangkapan Ustaz Ashaari (al-Arkam) di Thailand untuk dibawa
balik ke Malaysia. Dan segala tugas merbahaya yang tak terfikir oleh kita.
Semua tugas-tugasnya menghasilkan ganjaran yang lumayan.
Dikhabarkan juga, orang disekeliling Dr M diberi tugas sampingan untuk
menjaga beberapa orang bomoh. Beberapa tahun dulu, seorang pesara yang
dulunya orangkuat UMNO di Pahang secara tidak diduga terserempak dengan
setiausaha akhbar Dr M di rumah seorang bomoh di Kajang. Lalu ditanya apa
urusannya dengan bomoh ini. Selain tugasnya sebagai setiausaha akhbar, dia
juga ditugaskan untuk menjaga tiga orang bomoh atas arahan bosnya. Itulah
jawapan yang diterima. Dilapurkan juga peranan bomoh-bomoh ini terus berkembang hingga ke hari ini.
Dr M tidak lekang dari menggunakan khidmat bomoh. Seperti dia menggunakan
penasihat ekonomi untuk menentu tujuhala ekonomi Malaysia. Tapi khidmat
bomoh ini dapat disimpulkan untuk kepentingan peribadi dan kekuasaan Dr M.
Menurut lapuran lagi, seorang Ustazah yang mengamalkan perubatan tradisional
Islam mendakwa, peranan bomoh begitu ketara dalam peristiwa penyingkiran dan
dalam perbicaraan kes Sdra DS Anwar Ibrahim. Mereka memainkan peranan yang
tidak kurang pentingnya. Terdapat hampir 2,000 jenis ilmu-sihir atau
ilmu-hitam digunakan oleh Dr M dan kroni-kroninya untuk berperang menentang
Sdra Anwar Ibrahim. Motifnya agar keluarga Sdra Anwar tidak bermaya melawan.
Bukan kerja mudah untuk menghapuskan segala ilmu-sihir dan ilmu-hitam ini.
Sebab datangnya dari serata dunia. Globalisasi. Dari Siam sudahlah tentu.
Ada dari India, dari Turki, dari Mesir, dari Nigeria, dari Afrika Selatan,
dari Indonesia dan agaknya dari setiap negara dalam dunia ini ada wakilnya.
Mungkin dari kutub utara pun ada.
Oh! Mengerunkan sungguh. Kerana kerakusan kuasa Dr M dan kroni-kroninya
sanggup melakukan perkara seperti ini. Tapi ini perkara sulit. Confidential.
Bomoh-bomoh Dr M dari jenis yang terpengaruh dengan duit. Itu busines
mereka. Ada juga yang terpaksa kerana ugutan. Mengikut berita-berita yang
sahih, bomoh-bomoh ini makan upah lumayan. Ada yang menerima habuan diantara
RM10,000 hingga RM20,000 seorang. Ditambah dengan janji-janji kalau menang
perbicaraan menentang Sdra Anwar mereka akan dapat habuan tanah beberapa
ekar. Ada yang di bawa ke KL menginap percuma seminggu dua di hotel ternama
agar setuju untuk membantu Dr M. Ini semua dilakukan untuk melemahkan pihak Sdra Anwar Ibrahim, keluargnya
dan orang-orang yang membantunya. By hook or by crook ; Dr M mesti menang
dalam semua pertuduhannya. Anwar salah sesalah-salahnya. Anwar kalah
sekalah-kalah-nya. Itu yang Dr M mahu. Dari kenyataan-kenyataan yang keluar
di media massa, menunjukkan Dr M tidak berperikemanusiaan lagi terhadap Sdra
Anwar Ibrahim. Manusia hanya merancang. Allah s.w.t jua yang menentukan.
Inilah permainan Dr M dan konco-konconya. Memang licik. Lain cakap lain
bikin. Lain buat salah lain kena hukum.
Najis lagi menajiskan, Jijik lagi menjijikkan, Jelek lagi menjelekkan! Lebih
kotot dari Shit. Bagi yang arif, tidak hairan kalau BN menang pilihanraya negeri Sabah dulu.
Tidak dapat disangkal kemungkinan ilmu-sihir dan ilmu-hitam seperti ini
digunakan untuk kemenangan BN. Undi hantu hanya tambahan saja. Taburan wang
membeli undi pun imbuhan saja. Yang utamanya majoriti mata pengundi dapat
dikaburkan dengan ilmu-sihir dan ilmu-hitamnya supaya terpangkah lambang BN.
Semua 'jin-jin'-nya dikerah menjaga peti undi. Sebab Dr M mahu
menjaga dinastinya. Apa caranya itu tidak penting. Yang penting ialah
kemenangan bagi dirinya. Orang No 1 tak boleh kalah.
Dalam situasi terkini, Dr M mahu menunjukkan taringnya masih bisa. Lagi tua
kelapa lagi banyak santannya. Dia lupa lagi tambah tua kelapa itu lagi
teballah tombongnya. Soal halal haram dan dosa pahala tak ada dalam
kitabnya. Soal lari atau menyeleweng dari akidah tak timbul. Yang ulung
kekuasaannya. Sebenarnya dia gerun dengan nama Anwar. Sebab perkataan Anwar boleh
dimengertikan sebagai An (satu) War (peperangan/perjuangan). Sebab
perjuangan Sdra Anwar ini yang amat- amat digeruni Dr M. Gerun dia kalau
Dinasti Mahathir pupus. Gerun dia kalau mahligai Dinasti Mahathir runtuh
dek gema suara Anwar. Menurut lapuran seorang bomoh lagi, selain ilmu kedoktoran yang dimiliki Dr
M, dia memiliki ilmu "kebal". Sebab itu dia begitu angkuh apabila menjawab
soalan dari pelajar kita di London sedikit masa dulu. Dia tidak akan
meletakkan jawatan PM kecuali dia di tembak mati. Dia merasakan tak ada satu
biji peluru pun yang dapat menembusi tubuhnya. Mungkin dia tak tahu apa
peranan buluh runcing. Jadi dia rasa dia tak akan mati kena tembak dan tak
perlulah letak jawatan PM sampai bila-bila. Sebab dia "kebal"
segala-galanya. Dia boleh perintah Malaysia selama mana Suharto perintah
Indonesia. Baginya Life begin at Seventy (70).
Menurut lapuran bomoh lagi, Dr M juga menggunakan khidmat bomoh atau pak
kiai yang sama digunakan oleh Pak Harto. Jadi kalau Pak Harto boleh pakai
1,000 bomoh, tentulah Pak Mahathir tak mahu kalah. Mestilah Pak Mahathir mau
khidmat bomoh yang lebih handal ("terror" sehingga jadi "terrific" dan
akhirnya jadi "terrible") dari bomoh-bomoh Pak Harto.
Sekarang Dr M masih berkuasa. Suharto sudah kecundang. Pastinya dia akan
terus berikhtiar. Ikhtiarnya mesti nombor wahid sebab dia orang nombor wahid.
Kalau Pak Harto pakai 1,000 bomoh, dia boleh pakai 2,000 bomoh. Dia ada duit.
Kroninya berwang. Sebut saja di mana dan berapa belanjanya semua boleh diurus.
Menurut berita dari bomoh di Sepang, dia dapat melihat betapa ngerinya wajah
syaitan yang dipuja datangnya dari Turki untuk menganggu Sdra Anwar. Jadi
berapa ramai bomoh-bomoh dari serata dunia agaknya untuk menjana hampir
2,000 jenis ilmu-sihir ini. Mungkin lebih dari 1,000 bomoh, dukun, pawang,
pak kiai atau sebagainya untuk keperluan ini. Majoritinya bertugas mengekang
dari Sdra Anwar memperolehi kemenangan.
"Masyaallah, Ngeri! Ngeri! Ilmu salah digunakan." kata seorang pengamal
perubatan tradisional (bomoh sambilan) di Ulu Langat. "Banyak orang-orang
ghaib yang dikerah menjaga di sekeliling mahkamah, yang menjaga di Sungai
Buluh. Kita tak nampak!" Beberapa bulan sebelum berita keracunan arsenik yang dialami Sdra Anwar
tersebar, bomoh ini sudah memberitahu dia dapat mengesan akan adanya
pengkhianatan untuk memberi santau kepada Sdra Anwar di dalam penjara.
Berita ini menjadi kenyataan. Dalam ceramah parti alternatif di Lembah Jaya,
Ampang, Sdra Azmin Ali dan Puan Marina Yusof telah mengesahkan akan
keracunan arsenik yang dideritai Sdra Anwar. Tangan Mahathir-kah yang
terlibat? Tapi Dr M kata itu muslihat Sdra Anwar Ibrahim. Sampaikan rambut
gugur, kulit kering, mata kabur, badan susut, anggota kebas-kebas pun dikata
muslihat. Allah Maha Agung bukan Allah itu Maha.Thir.!
Berkemungkinan juga Dr M belum dapat ilham bila nak umum pembubaran parlimen
dan adakan pilihanraya umum, sebab bomoh-bomohnya masih tak dapat beri
isyarat lampu hijau. Kalau anda umumkan sekarang, anda akan kalah. Jadi
tergantunglah tarikhnya. Bila tergantung, jadilah teka teki ramai. Mungkin
juga isyarat dari bomoh-bomohnya, bila-bila pun anda umumkan pilihanraya,
anda tetap kalah. Untuk terus berkuasa, ikhtiarlah! Sebab doktor pakar tak
mampu mengubati penyakit Dr M. Bomoh pakarlah yang boleh memberi penawarnya.
Ramai yang menjangkakan pilihanraya umum diadakan pada tarikh keramat
9.9.99. Namun ianya tidak menjadi kenyataan. Ramalan baru mengatakan
pertengahan bulan November. Tunggulah.
Oleh itu parti-parti alternatif harus berhati-hati dan berwaspada dengan
permainan kotor Dr M dan konco-konconya sehingga habis pilihanraya nanti.
Bukankah Dr M sendiri pernah berkata bahawa pilihanraya yang akan datang ini
adalah pilihan-raya yang paling kotor. Satu dari kekotoran itu ialah
penipuan licik menggunakan ilmu-sihir atau ilmu-hitam oleh Dr M. Ianya sukar
dikesan dengan nyata. Tak dapat dilihat. Tapi ada tanda-tanda akan terjadi.
Sebab dengan apa cara sekalipun dia mahukan kemenangan demi kesinambungan
kekuasaannya. Ilmu-sihir atau ilmu-hitam tidak akan menang dengan ilmu Allah. Tapi
tentukan semua parti alternatif tidak lalai dan leka. Dan carilah satu
kaedah atau formula untuk menghapuskannya. Tentunya Tuan Guru Nik Aziz sudah
faham maksudnya. Sebab itu beliau dan lain-lain pemimpin PAS sentiasa berdoa
agar pengundi-pengundi dapat mengundi parti alternatif dengan selamat. Ini
dimaksudkan juga untuk menghapuskan segala gangguan ilmu-sihir/ilmu-hitam Dr
M dan orang-orang yang bersekongkol dengannya, dengan izin Allah.
Kesimpulannya, kalau Dr M sebagai Bapak Bomoh, apalah halnya pula dengan
anak-anak buah! Bapak borek anak rintik. Ayah kencing berdiri anak kencing
berlari. Oleh kerana tembelangnya sudah banyak terdedah, mungkinkah Dr M
akan membuat kejutan politik? Sama-samalah kita tunggu.
MOSA AZIZ |