Laman Webantu KM2A1: 4043 File Size: 4.9 Kb * |
TJ AFP: Beribu-ribu Pekerja Tergugat By Kapal Berita 23/3/2001 2:38 pm Fri |
UNTUKMU HALIM SAAD Time dotCom mendapat wangnya tetapi kita kehilangan RM400 juta
di atas kertas dalam masa beberapa hari sahaja. Renong sudahpun
menenggelamkan sebuah bank, kali ini simpanan hari tua kita pula
nampaknya akan tenggelam. Danaharta, KWSP, KWAP dan Khazanah kini
menyokong 47% time dotCom sedangkan pulangannya begitu meragukan
kerana kurang atau tiada rakan kongsi berkepakaran teknikal.
Begitulah istimewanya Halim Saad sehingga disokong sebegitu rupa.
Sekarang tahulah kita siapakah yang lebih disayang dinegara kita
dan siapakah yang ingin dibela sebenarnya.
Untukmu warga tua, terimalah pulangan yang semakin berkurang adanya....
KWSP telah memberi hutang kepada KLIAB (RM1.5 bilion) dengan 8% bunga,
Perwaja Trengganu Sdn. Bhd (entah berapa bilion lagi), Time Telecommunication
Holdings Bhd (sekarang timedotCom) (RM500 juta, 9% bunga), dan kepada
Projek Bakun. Ia turut melabur dalam sistem LRT yang kini merugi.
KWAP pula entah kemana pergi lapuran tahunannya.....
Maaf... tiada apa-apa yang dapat dicatatkan di sini untuk mengurangkan
kebimbangan anda semua........ lebih baik saya tidak berkata apa-apa lagi.
Akhir-akhir ini tiga saham cip-biru sedang dimainkan untuk melonjakkan
indeks dan sentimen. (contoh: Maybank, Tenaga, Telekom) Jika tidak indeks akan
menjunam keparas 150 mata lagi kebawah kerana 80% syarikat yang disenaraikan
mencatat keuntungan yang tidak memberangsangkan pada akhir tahun 2000. Kini
cuma 75 juta saham aktif setiap hari berbanding 500juta pada awal tahun lepas.
Pelabur luar sudahpun mengeluarkan US$3 bilion (S$5.3 bilion) pada suku
kedua tahun lepas. Mereka begitu kecewa dengan cukai keluar 10% untuk
keuntungan jangka-pendek, pengurusan koporat yang lemah, ketiadaan
kecairan dan dominasi oleh saham besar yang rapat dengan kerajaan.
Ekspot Malaysia susut 7% pada bulan Januari kerana kelembapan ekonomi
Amerika, dan dijangka 6,000 akan hilang pekerjaan di kilang. Pulau Pinang
dijangka mencatat jumlah terbanyak pembuangan. Kira-kira 21% ekspot Malaysia
diserap oleh Amerika. Setakat ini syarikat Motorola, Mattel, dan Seagate
sudah mula membuang pekerja. Syarikat Jepun seperti Hitachi turut tergugat
sama. Yang menariknya kesemua kawasan ini terletak di dalam negeri yang kuat
Umno dan komponen BN nya. Sebelum ini persatuan pekerja bank (NUBE) meramalkan
17,000 pekerja akan hilang pekerjaan tetapi kerajaan menyasarkan 10,000
sahaja. RENCANA RUJUKAN: Rujuk KM2 4042
http://news.catcha.com/my/content.phtml?1&010&&afpnews.cgi
&cat=malaysia&story=010322041320.4j9utxmm.txt
Up to 6,000 job losses expected in Malaysia from US slowdown:
But the situation was under control and not likely to adversely affect the country, the
Bernama news agency quoted Human Resources Minister Fong Chan Onn as saying.
Fong said the northern state of Penang would register the highest number of
retrenchments. US toy giant Mattel is expected to reduce its number of workers by 2,000 while
Japanese firm Hitachi will cut jobs by 200, Fong said,
The Motorola factory in central Selangor state will retrench 172 workers while two
electronics factories in the southern state of Johor will cut their workforce by 388, he
added. No details were given on where the other job losses would occur.
The retrenchments follow US electronics firm Seagate laying-off 4,800 workers last
year. Fong said the ministry had set up a committee to assist retrenched workers in Penang
by moving them to other factories. Human resources had also urged the home ministry to tighten conditions for the intake
of foreign workers in the affected sectors so any vacancies could be filled by locals, he
added. Almost 21 percent of Malaysia's exports go to the United States, making it vulnerable
to the economic slowdown there. International Trade Minister Rafidah Aziz said Wednesday that the country's
manufacturing sector would be hit by the US slowdown but the impact was not
expected to be significant. |