Laman Webantu KM2A1: 4052 File Size: 21.0 Kb * |
TAG MT 60: Hubungan Urusniaga Keluarga Suharto di Malaysia By Penyiasat 25/3/2001 12:39 am Sun |
TAG 060 [Keluarga Suharto memang giat berniaga, begitu juga dengan
keluarga Mahathir kerana inilah impian mereka untuk menggondol
kekayaan negara dengan mudah kerana kuasa banyak berpihak kepada
mereka. Kerakusan harta menyebabkan mereka menjalin hubungan niaga
yang intim sesama mereka khususnya di dalam projek pembinaan kerana
disitu banyak peluang dan habuan. Perjuangan reformasi Indonesia telah membongkar beberapa skandal yang
bakal menjerut kroni Malaysia. Seandainya ia terbongkar meluas di sana,
kroni disini akan menggelepar. Bila itu berlaku ramai akan tersedak
sehingga tercabut seluar. Mahkamah luar seperti Indonesia tidak boleh
dipermainkan seperti Mahkamah Malaysia..... Lagipun Vincent Tan
sendiri sudah menyerah kalah kepada Ganesh Sahathevan di Australia
dan Gus Dur sendiri sudah semakin gementar.
- Editor ] Hubungan Urusniaga Keluarga Suharto di Malaysia
(Suharto's Family Business Links In Malaysia)
1. Hubungan Perniagaan Tutut Pada akhir 1993, Presiden Suharto (bekas) telah menghadiri Langkawi
International Maritime & Aviation (LIMA) Exhibition, dan
kedatangannya itu telah dialu-alukan oleh PM Mahathir. Apabila dua
diktator bersemuka mereka berpendapat betapa sejak berakhirnya
'konfrontasi 1963', kerjasama di antara kedua negara memang akrab,
dan sudah tiba masanya untuk melancarkan kerjasama di antara dunia
niaga kedua negara. Persetujuan dicapai dalam dua bidang:
(a) pembinaan, dan (b) agensi kepada penjualan kereta Proton di Indonesia.
(a) Sebagai menyambut perundingan di LIMA itu, kumpulan elit UMNO
telah memutuskan untuk melantik Yayasan Gerakbakti Kebangsaan,
sebuah syarikat milik penuh pergerakan Pemuda UMNO untuk menaja
satu perkongsian dengan syarikat milik keluarga Suharto. Di pihak
Suharto pula, telah diambil kepastian bahawa anak perempuan sulung
Pak Suharto, Siti Hardiyanti, aka Tutut, diberikan kuasa untuk
menjalin kerjasama niaga ini. Inilah caranya Citra Muda Sdn. Bhd ditubuhkan sebagai satu
usahasama antara Yayasan Gerakbakti Kebangsaan (51%) dan syarikat
pembikinan lebuhraya bertol milik Tutut bernama PT Citra Marga
Nusaphala Persada (CMNP), yang menguasai baki 49% dalam usahasama
itu. Ketua Yayasan itu merupakan Ketua Pemuda UMNO, yang merupakan tapak
kuasa Anwar Ibrahim pada satu ketika dulu. Ketika Citra Muda Sdn.
Bhd. ditubuhkan, Ketua Pemuda UMNO ialah Datuk Najib, yang juga
merupakan Menteri Belia dalam kerajaan Mahathir.
Majid Umar, yang pernah saya temubual di KL pada 18 Oktober 1999
(melalui ihsan Jomo) adalah seorang pegawai yayasan yang ditugaskan
kepada syarikat usahasama. Dia bertanggungjawab kepada 'Ibu Poppy'
seorang wakil Tutut yang mempunyai nama sebenar Siti Roqaiyah.
Pengarah alternatif kepada Tutut dalam usahasama itu ialah Bambang
Suroso. Pada Oktober 1999, Citra Muda telah mengurangkan tenaga kerjanya
kepada empat pegawai sahaja. Talian telefon telah dipotong dan
mereka masih lagi menunggu bayaran kepada kerja-kerja projek KLIA.
Dengan kerjasama dua lagi kumpulan niaga Indonesia, Tri Patra dan
Risyadson, syarikat induk kepunyaan Tutut, PT Citra Lamtorogung
Persada (CLP) telah memulakan satu projek penapis minyak di Kedah.
Projek bernilai US 1.2 bilion (sekitar RP2,520 trillion) telah
dimulakan pada 1991 dan siap pada 1994. Kumpulan Tri Patra (Tri
Patra Group) dimiliki oleh Imam Taufik, sedangkan Risyadson Group
dimiliki oleh Ibrahim Risyad, salah seorang daripada empat pengasas
Salim Group. Rujukan: Sebelum Citra Muda Sdn. Bhd ditubuhkan, malahan sebelum LIMA
dilancarkan pun, syarikat milik Tutut telah diberikan kontrak
perniagaan di Malaysia. Kontrak itu dianugerahkan kepada satu
konsortium syarikat Indonesia yang diketuai oleh Tutut, bernama
Citra Kontraktor Nusantara (CKN). Mengikut undang-undang Malaysia, CKN ialah sebuah syarikat negara
asing, berbeza dengan Citra Muda Sdn. Bhd, yang merupakan sebuah
syarikat tempatan. Namun, CKN telah diberikan satu kontrak - TANPA
TENDER - untuk membina satu jalan untuk kutipan tol antara Ayer
Hitam dan Yong Peng (Timur). Mengikut cerita satu sumber (majid
Umar) panjang jalan ialah antara 10 hingga 12 kilometer. Mengikut
satu sumber lain (Info Bisnis, Jun 1994:11) kontrak itu ialah untuk
22 km panjangnya. Bahagian jalan tol yang disebut ini adalah di antara Projek
Lebuhraya Utara Selatan (PLUS : North South Highway Project)
sepanjang 512km. Yang diuruskan oleh UEM (United Engineers
Malaysia) sebuah anak syarikat Renong. Bahagian Ayer Hitam- Yong
Peng Timur ini diberikan kepada CKN kerana konsortium Indonesia itu
dikatakan mempunyai kepakaran membina jalan bertol di kawasan paya
dengan menggunakan system 'cakar ayam' ciptaan seorang jurutera
Jabatan Kerjaraya Indonesia yang telah diciplak oleh Tutut dengan
menggunakan tenaga kepakaran jurutera itu untuk syarikat CMNP.
Berbeza dengan apa yang diketahui sebelum itu, projek CKN itu
merupakan hanya satu kontrak sahaja di mana hasil kutipan tol
semuanya menjadi kutipan UEM/Renong sebagai penyelenggara PLUS.
Untuk membina Lebuhraya Ayer Hitam-Yong Peng Timur itu, CKN telah
menubuhkan satu usahasama dengan Maha Bina Sdn. Bhd dengan nisbah
70% dipunyai oleh CKN sedangkan bakinya dipunyai oleh Maha Bina.
Nilai projek ialah sebanyak RM 14.5 juta dan ia direncanakan untuk
siap dalam masa 35 bulan daripada Mach 1990 hingga Januari 1993.
Projek sebenar siap dalam 41 bulan, disebabkan kesukaran rupabumi
yang perlu ditangani. Sebenarnya, system 'cakar-ayam' yang dicuri
daripada Indonesia itu tidak pun dapat membantu kerja-kerja yang
sungguh sukar di situ. Rujukan Walaupun CKN tidak menyerlah dalam pembikinan lebuhraya PLUS,
syarikat itu diberikan satu projek lagi, kali ini membabitkan
sebahagian projek KL International Airport (Lapangan Terbang
Antarabangsa) di Sepang, Selangor. Kerja kontrak itu membabitkan
landasan terbang dan bahagian 'apron' (kawasan lapang tempat
pesawat menunggu). Untuk projek itu Citra Muda Sdn. Bhd yang sudah pun ditubuhkan
telah mengadakan satu usahasama dengan sebuah syarikat tempatan
bernama Ready Built. Nilai kontrak ialah RM194 juta (lebih 10 kali
ganda daripada nilai projek yang pertama dulu?..!!!!!) bersamaan
dengan US$ 50 juta, ataupun sekitar Rp 178 billion. Tentunya 24.2
meter lebar kawasan apron itu sudah pun disiapkan sebelum KLIA
dibuka dengan rasminya. Rujukan Sepatutnya ada satu lagi projek pembinaan membabitkan
Tutut-Pergerakan Pemuda UMNO yang membabitkan pelaburan bernilai Rp
118 billion. Projek itu terpaksa ditunda disebabkan keadaan ekonomi
yang merudum. Rujukan Mengikut cerita Majid Umar, syarikat induk Tutut, PT Citra
Lamtorogung Persada (CLP) telah terbabit dengan satu projek
pembinaan, selain daripada kerja yang melibatkan Citra Muda Sdn.
Bhd. Itu adalah satu projek bikinan jalanraya menggunakan system
pembinaan 'cakar ayam' yang dicuri oleh Tutut daripada para
jurutera Jabatan Kerjaraya. Sistem itu lebih terkenal dengan
panggilan 'Sosrobahu System'. Sistem ini digunakan juga dalam
projek bikinan jalan bertol di Manila (ketika itu) membolehkan
pembinaan jalan baru dilaksanakan selari dengan system jalanraya
yang ada dengan menggunakan sokongan tiang yang ada. Apabila siap
ia boleh diubahsuai secara mengubahnya untuk menjadi satu system
jalan yang bertol. Rakan kongsi tempatan ialah sebuah syarikat ataupun seseorang yang
bernama Ampang (kurang jelas temubual itu).
Ketika bisnes pembinaan jalan berkembang biak di Malaysia, kumpulan
elit UMNO turut juga memancing Tutut agar mengembangkan pasaran
kereta Proton di Indonesia. Pada 19 Mei 1994, dalam satu majlis di
BPPT (Technology Assessment and Development Agency), yang
merupakan pejabat Kementerian Penyelidikan dan Teknologi B.J.
Habibie, satu surat LOI (Letter Of Intent) telah ditanda-tangani
oleh Tutut sebagai seorang pengarah PT Citra Lamtorogung Persada
(CLP) dan Dato Nadzmi Salleh sebagai ketua pengarah PROTON Sdn.
Bhd. Surat perjanjian itu melantik PT CLP sebagai pengedar tunggal
penjualan Proton di Indonesia. Sebanyak 2,500 unit Iswara dan Wira
(sedan) dijangka boleh diimport oleh Jakarta pada September 1994,
tanpa pembayaran cukai import. Alasannya ialah sebanyak 1,000
kereta itu diimport untuk kegunaan teksi sedangkan 1,500 unit akan
digunakan sebagai kereta kegunaan pegawai kerajaan perkhidmatan
awam Indonesia. Sebagai mengenang jasa Suharto kerana bisnes itu, Dato Seri Mohd.
Najib bin Tun Haji Abdul Razak, muncul di Jakarta ketika itu. Dia
telah menghadiahkan Pak Harto sebuah kereta Proton Wira berbentuk
limo yang panjangnya sekitar tujuh meter dan berharga sekitar
US$75,000. Kereta itu berbentuk kalis peluru, lengkap dengan TV dan
alat komunikasi lagi dan mempunyai satu 'Dashboard' (bahagian depan
untuk memasangkan kelengkapan elektronik) yang disalut dengan emas
bermutu 24-carat. Itulah hadiah khas daripada PM Mahathir. Sebagai
balasannya Pak Harto mengirimkan 50 set system solar kegunaan
perumahan (system air panas untuk kegunaan di rumah) yang dibuat
oleh Indonesia. Untuk merangkul faedah daripada kemasukan kereta tanpa cukai import
itu, Tutut telah menubuhkan satu syarikat teksi, PT Citra Transpor
Indonesia pada September 1994. Inilah saja syarikat teksi yang
dibenarkan oleh kerajaan Indonesia untuk beroperasi dengan
menggunakan Proton Saga Iswara yang berkuasa 1,300cc.
Menteri B.J. Habibie terbabit dalam projek ini kerana dia juga
terpaksa menanda-tangani lima lagi MoU dengan Menteri Pertahanan
Indonesia. Sebagai balasan kepada pembelian kereta Proton itu,
Malaysia perlu membeli pesawat CN-235 bikinan Indonesia
(pasang-siap) yang diusahakan oleh IPTN, yang diketuai oleh Dr.
Habibie. Untuk tahap awal Malaysia perlu membeli enam unit daripada
18 pesawat yang dijanjikan. Di waktu yang sama ada satu lagi
perjanjian di mana Indonesia diberikan membeli 20 unit pesawat
pelatih jenis MD-3 yang dipasang-siap di Malaysia selain daripada
persetujuan membeli 2,500 unit Proton sedan itu.
Jadinya, kerajaan Malaysia merasa gembira seperti juga Tutut dan
bapanya yang menerima hadiah bernilai US$75,000 daripada seorang
rakan diktator seugama, Mahathir.
Rujukan: BAHAGIAN 2: 2. Hubungan Bambang Trihatmodjo
Pada akhir 1995, anak lelaki Suharto ini bersama rakan niaganya
Johannes Kotjo (Sino-Indonesian) telah membeli saham kepunyaan
Hospital Pantai yang tersenarai di BSKL di waktu yang sama Mokhzani
Mahathir membelinya juga saham itu sebanyak 5% melalui Tongkah
Holdings. Tindakan mereka itu seolah-olah direncana secara seragam
pula. Secara seragam juga nampaknya mereka bertiga itu melakukan
satu urusniaga dengan Vincent Tan, seorang pemegang saham terbesar
di Hospital Pantai yang pada ketika itu sedang menjual saham
pegangannya. Vincent Tan melaksanakan penjualan sahamnya itu
sebagai satu rencana untuk mendekati dua keluarga terkuat di dua
buah negara sambil memperkukuhkan penglibatannya dalam pasaran
perkhidmatan kesihatan bagi kelas menengah dan atasan di rantau
ini. Sebelum itu, Kumpulan Berjaya Group yang dikuasai oleh Vincent Tan
menguasai 87.5% saham Hospital Pantai. Setelah menjual sebahagian
sahamnya kepada ketiga-tiga individu itu, pegangan Berjaya menurun
menjadi 35%. Ini membuatkan Berjaya - dan semestinya pemegang besar
saham itu, Vincent Tan - terus menjadi pelakon penting dalam
industri perkhidmatan kesihatan di rantau ini bersama-sama dengan
klik Suharto-Mahathir. Lagipun, Hospital Pantai memegang 13.2%
saham Parkway Holdings yang tersenarai di Singapura.
Setelah membeli saham majority Hospital Pantai itu, pada 1997
Tongkah pun memulakan satu kontrak yang diberi tempoh 15 tahun
lamanya, untuk memberikan perkhidmatan sokongan kepada 19 hospital
kerajaan di Malaysia. Satu lagi anak syarikat Tongkah telah
diberikan pula kontrak perkhidmatan pembekalan perubatan
(tele-medicine services). Rujukan Pada pertengahan 1997, ada satu persidangan serantau membabitkan
Indonesia-Malaysia-Thailand di mana pembinaan sebuah jambatan
merentasi Selat Melaka pernah dibincangkan. Perkara ini diulang
kembali di parlimen Indonesia pada 25 Jun 1997, oleh Menteri
Kerjaraya (ketika itu) Radinal Mochtar. Mengikut Radinal Mochtar,
jambatan itu menjadi isu ketika dibincangkan rencana pembikinan
lebuhraya. PM Mahathir yang mengemukakan isu itu pada tahap awal dulu dengan
Presiden Suharto ketika bersamanya di Turkey pada awal 1997.
Malahan Mahathir merupakan manusia pertama yang mencadangkan
perkara itu pada Oktober 1996. Pada Ogos 1997, satu pengumuman disebarkan betapa satu jambatan
bernilai US$2.2 billion akan diusahakan oleh Renong dan PT Malindo
Transmadu, sebuah syarikat yang dikuasai oleh Siti Hediati
Heriyadi, aka (ataupun dikenali juga) Titiek Prabowo, anak
perempuan Suharto yang merupakan isteri kepada seorang panglima
tentera bernama General Prabowo Subianto. Titiek telah menunjukkan
satu model skala jambatan itu kepada ayahnya yang menggembirakan
presiden itu. 'Beliau menyatakan jambatan itu akan mengembalikan
hubungan lama antara rakyat Indonesia dan Malaysia, bangsa Melayu
dan menyatukan kembali budaya dan ekonomi dua negara.' Demikian
yang diterangkan oleh Titiek Prabowo.
Dua punca terminus kepada jambatan dua lorong itu berkemungkinan di
Melaka bagi hujung yang bermula di Malaysia, dan di Dumai, Riau
bagi pihak Indonesia pula. Panjang jambatan merentang Selat Melaka
ialah 42 kilometer. Kemudian terdapat pula 47 km merentang
kepulauan Rupat di Sumatra dan 6 km lagi merentang kepulauan di
antara Dumai dan tanah besar Sumatra. Mengikut Titiek Prabowo,
jambatan itu dijangka siap sekitar 2002 tetapi pembinaannya hanya
boleh dimulakan setelah pelan diluluskan oleh International
Maritime Organization sebuah agensi PBB yang berpangkalan di
London. Kajian awal menjangkakan sebanyak 2000 hingga 5000
kenderaan boleh menggunakan jambatan bertol itu setiap hari.
Dengan merudumnya ekonomi Indonesia, projek mega itu telah
digugurkan oleh teknokrat Indonesia atas desakan IMF.
Rujukan Usahasama Tutut di Malaysia melibatkan syarikat yang ada kaitannya
dengan UMNO dan bukannya dengan keluarga pemerintah (Mahathir).
Tetapi, beberapa syarikat yang dikuasai oleh keluarga Harjojudanto
mempunyai hubungan rapat dengan beberapa syarikat yang dikuasai
oleh keluarga Mahathir. Sigit Harjojudanto ialah anak lelaki sulung Pak Harto. Beliau
merupakan pemegang saham pasif dalam syarikat kumpulan yang
dipunyai oleh adiknya Tomy (Humpuss Group - nasib baik bukan Hampas
Group - penterjemah). Begitu juga dalam beberapa syarikat kepunyaan
Panutan Group yang diuruskan oleh para kroninya. Isteri beliau,
Ilsye Anneke Ratnawati Djoefre , aka Ilsye Sigit, dan juga anak
lelaki sulungnya, Ari Haryo Wibowo, aka Ari Sigit, merupakan orang
perniagaan yang memang agresif dan mereka inilah yang mempunyai
hubungan niaga terus dengan ahli keluarga Mahathir.
Pada pertengahan 1990-an, saham syarikat yang tersenarai di bursa
saham Singapura ini telah dibeli oleh Elsye Sigit dan rakan
kongsinya, Suzanno Tanojo. Mengikut cerita Backman, mereka
kemudiannya menjual saham itu pada 1997 (Backman, 1999:264). Ada
satu direktori syarikat terbitan April 1999 di Singapura yang
mencatatkan bahawa Ratnawati Harjojudanto sebagai pengerusi
AsiaMatrix (Corporate Data Sourcfe Pte. Ltd. 1999: 602-603).
Buku direktori yang sama mencatatkan Pantai Health (Caymans) Ltd.
sebagai pemegang saham sebanyak 21.93% dan melayakkan AsiaMatrix
sebagai syarikat sekutu kepada Pantai Holdings Ltd.
Di waktu yang sama Tongkah Holdings yang dikuasai oleh Mokhzani
Mahathir itu telah menjadi pemegang saham berwibawa dalam
AsiaMatrix. Pada asalnya syarikat itu merupakan pembuat 'plastic
injection mold' (acuan barangan plastik ). Setelah menguasai saham
syarikat itu, ia telah menukarkan haluan syarikat untuk memberikan
perkhidmatan kesihatan pula. Beberapa usahasama perkhidmatan
kesihatan telah diwujudkan di Singapura dan syarikat itu pun
bertukar nama menjadi AsiaMedic. Eloklah dicatatkan di sini bahawa AsiaMatrix menggunakan khidmat
setiausaha korporat yang sama di Van Der Horst Ltd. Ini merupakan
sebuah syarikat tersenarai di Singapura dan sahamnya telah diborong
oleh Johannes Kotjo dan Bambang Trihartmodjo. Nama setiausaha
korporat itu ialah Yvonne Choo. Rujukan Untuk memahami hubungan perniagaan antara keluarga
Suharto-Mahathir, eloklah diberikan sedikit penerangan mengenai hal
ini. Isteri Mahathir, Siti Hasmah merupakan salah seorang di antara
10 adik-beradik. Tiga orang lelaki di kalangan mereka, Jaffar,
Ahmad Razali dan Hashim Ali merupakan ahli perniagaan ulung di
negara ini. Dato Jaffar Ali merupakan pengasas dan pengerusi Jasatera Berhad,
sebuah syarikat pembinaan tersenarai di BSKL. Jaafar memegang saham
terbesar dan menjadi pengerusinya. Mengikut laporan sebuah
direktori syarikat, Jaafar memegang 12.22% saham Jasatera Berhad
(Corporate Data Source Pte. Ltd 996b: 39). Tetapi, Backman
mencatatkan beliau (Jaafar) mempunyai 30% saham dalam syarikat
itu. Jaafar dan dua lagi abangnya Ahmad Razali dan Zainal Abidin adalah
rakan kongsi dalam DiBena Enterprise, sebuah syarikat berdaftar di
Malaysia. Mereka ini juga mempunyai saham dalam beberapa anak
syarikat kepunyaan Goldtron Group of Companies. Syarikat induk
kumpulan memang disenaraikan di bursa saham Singapura di mana
mereka menguasai 70% saham Goldtron Holdings, sebuah lagi syarikat
berasingan yang tersenarai di bursa saham Hong Kong. Di waktu yang
sama, Godtron Holdings menguasai saham syarikat yang berdaftar di
Malaysia, Goldtronic (M) Sdn. Bhd secara berkongsi dengan DiBena
Enterprise. Jaafar memegang kuasa sebagai pengerusi syarikat yang berdaftar di
Malaysia sambil menjadi ahli lembaga pengarah syarikat yang
berdaftar di Hong Kong. Anak buahnya, yang merupakan anak lelaki
kedua Mahathir, Mokhzani, menjadi pengarah pula kepada syarikat
yang berdaftar di Hong Kong dan Singapura.
Pada 1995, Ari Sigit, dan seorang rakan kongsi lain telah membeli
7.8% saham 'pager' dan pengeluar alat telefon.
Rujukan |