Laman Webantu KM2A1: 4057 File Size: 14.2 Kb * |
TJ MT MGG: Ada Asap Adalah Apinya By M.G.G. Pillai 25/3/2001 7:55 pm Sun |
MGG 6901 (Chiaroscuro Asap) [Berita angin tidak akan popular jika berita rasmi mendalam, luas dan
tepat isinya. Akhbar Star baru-baru ini menuduh berita asing menulis
fiksyen semata-mata sedangkan mereka cuma melapurkan apa yang dikata dan
terkata. Itu pun berita juga yang berpelbagai sumber. Kerajaan berhak
menyaman akhbar luar - tetapi mengapa mereka didakwa 'menghasut' cuma?
Soalnya Star cuma melapur berdasarkan apa yang diluluskan oleh kerajaan
sahaja. Noktah. Itu sahaja. Kalaulah kerajaan berbohong pun, Star tidak
akan menyanggahnya. Tentunya kita belum lupa bagaimana Star melapurkan
Anwar dan Sukma melakukan jenayah di bangunan yang tiada sebegitu lama
sebelum peguam Anwar mendedahkannya. Padahal Star mampu mempertikaikannya
tetapi ia sengaja tidak mendedahkannya supaya nama baik Anwar rosak
serosaknya. Penterjemah: -MT-
(No Smoke Without fire) 3:02, Isnin: Pada pertengahan Ogos 1998, berita angin mengenai persingkitan
antara perdana menteri dan timbalannya merebak laksana api dalam sekam.
Namun, berita angin itu sengaja didiamkan oleh akhbar perdana. Tidak juga
mereka sanggup mengkiaskan betapa adanya perbalahan di antara mereka
berdua. Ketika perdana menteri disoal perkara ini dia telah menyoal balik: "Apakah
saya mesti peluk cium dia di khalayak ramai untuk menunjukkan kami tidak
bermusuhan?" Namun, dua minggu kemudiannya pada September 2, Anwar
Ibrahim telah disingkir daripada UMNO sedangkan dia adalah timbalan
presiden parti. Dia disingkirkan juga daripada kerajaan dalam satu usaha
mencuba kekuatan yang berlarutan berbulan lamanya.
Selalunya rakyat marhaen mengetahui pembangunan utama negara daripada
berita angin, dulu. Berita itu akan dinafikan sehingga menaikkan keberangan
rakyat kalau kebenaran terserlah juga akhirnya. Di peringkat akhir, perkara itu
diperakukan dengan muka selamba sahaja. Begitulah halnya dengan dasar
negara, perubahan dalam kabinet ataupun mengenai perundangan terbaru.
Apakah benar presiden MCA sedang bertelagah dengan timbalannya?
Penafian berita angin itu akan muncul dengan cepat dan secara marah pula
nadanya sebelum berita angin itu diperakukan. Sudah menjadi satu petua kini
bahawa apabila berita angin itu dinafikan bererti berita itu ada kebenarannya.
Ahli politik dan menteri kabinet sengaja melengahkan berita angin itu sehingga
mereka tidak mampu mempertahankannya lagi.
Kini, berita angin sedang bertiup kencang betapa perdana menteri dan menteri
kewangan sedang bersengketa. Dulu mereka kerap bertemu sapa beberapa
kali dalam sehari, kini sudah tidak lagi. Namun, secara rasminya, berita angin
ini adalah satu desas-desus sahaja. Begitulah juga dengan kisah pergaduhan kaum di Kampung Medan. Berita
angin lebih kencang daripada kenyataan rasmi kerajaan. Malahan, akhbar pun
tidak mahu menerima kenyataan rasmi kerajaan bahawa apa yang berlaku itu
bukannya bersifat perkauman. Perkara itu dirujukkan sebagai pergaduhan
kaum. Kalau kerajaan bertegas mendedahkan jenis kaum pihak yang terbabit,
sebagai Melayu dan India, bagaimanakah kerajaan bertegas pula bahawa itu
bukannya pergaduhan kaum? Berita akhbar tidak akan dibaca kalau ia tidak
memberikan berita yang sebenarnya.
Keadaan Mencelaru Dalam satu sorotannya, 'The Star' mengatakan bahawa akhbar asing menulis
fiksyen dan bukannya fakta. Memang sesuatu yang lumrah, apabila
berlakunya sesuatu di tempat yang terpinggir di Petaling Jaya, ada pihak yang
menghuni di ibukota menganggap bahawa pekan itu yang sedang terbakar.
Apatah lagi yang termampu dibayangkan oleh penulis di negara asing. Sudah
menjadi tugas para wartawan memberitahu para pembacanya di negara sendiri
ataupun di luar negara, apa yang sebenarnya berlaku sebaik mungkin.
Pembaca di Argentina memang tidak kisah untuk mengetahui di mana
Kampung Medan ataupun Jalan Klang lama. Tetapi dia mahu diberitahu
bahawa perkara itu berlaku di Kuala Lumpur dan di Malaysia. Cerita itu ditulis
untuk dia membacanya. Saya pernah tinggal selama satu tahun di Boston pada pertengahan 1970-an.
Daripada tiga akhbar tempatan yang saya baca sepanjang tahun itu mengenai
Malaysia ialah kisah beberapa rakyat Malaysia yang ditangkap di bawah Akta
ISA (Akta Keselamatan Dalam negeri). Akhbar dan majalah semacam ini
mempunyai pengarang yang tidak berminat dengan dunia luar, dan mereka
inilah yang perlukan didikan. Tetapi bagaimanakah mahu meneruskan usaha
ini selagi dunia luar tidak kisah dengan suasana penyebab tercetusnya
pergaduhan di Kampung Medan. Perkara ini akan lenyap juga. Bukan oleh akhbar tempatan malahan oleh para
pegawai juga. Wisma Putra telah memberikan sedikit penerangan kepada duta
yang berada di Kuala Lumpur. Penjelasan mereka itu lebih memeningkan.
Seorang duta memberitahu bahawa dia menjadi lebih keliru mendengar
penjelasan itu berbanding membacanya di akhbar tempatan.
Apakah gerangannya yang akan dilapurkan oleh duta-duta itu kepada negara
asal mereka? Ada duta yang melapurkan bahawa lapuran kerajaan itu
sungguh mengelirukan dan menunjukkan betapa kerajaan telah tersilap congak
dan langkah sehingga memperkukuhkan kepercayaan bahawa kerajaan dan
juga perdana menteri yang ada sedang dihenyak kerunsingan. Versi lapuran
beginilah yang akhirnya menyusup kepada para pelabur asing dan bukannya
laporan daripada Reuters ataupun AP.
'The Star' telah melaporkan betapa para wartawannya telah memeriksa laporan
kematian rasmi di hospital untuk menentukan kesahihan jumlah yang
disebutkan. Apakah ini satu fakta ataupun fiksyen? Selama ini tidak ada satu
pun akhbar perdana di negara ini yang sanggup menyanggah setiap angka
yang disebutkan oleh kerajaan. Kalaupun akhbar itu terserempak dengan
butiran kerajaan yang palsu, sanggupkan akhbar itu menyanggah kerajaan?
Tidak. Mampukah akhbar memperbetulkan angka kerajaan yang tersilap itu?
Sudah tentu tidak juga. Alangkah anih, akhbar asing diperlekehkan kerana menggunakan angka yang
salah. Akhbar negara luar melapurkan 10 kematian sedangkan angka sebenar
sepatutnya menjadi 3 sahaja. Kerana kesilapan itu apa juga yang mereka tulis
mesti dianggap fiksyen? Inilah kempen yang dijalankan kini untuk menutup
beberapa keretakan yang wujud dalm pentadbiran negara. Inilah kempen untuk
melencongkan pemikiran daripada menyoal apakah sebabnya berlaku semua
itu. Peristiwa Kampung Medan bukanlah satu peristiwa yang terlalu ganjil.
Memang wujud pelbagai bentuk penyakit sosial yang berwabak dalam setiap
sudut bandar yang kaya raya. Semua itu tidak memerlukan banyak jentikan
untuk meledak. Perkara ini tidak boleh dibendung dengan mengenakan ugutan
bahawa setiap penyibar berita angin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negara. Penahanann mereka bukannya dapat menyelesaikan segala isu besar
yang sengaja telah diabaikan. Berita angin memang tidak boleh dihentikan. Di Malaysia, berita angin adalah
berita alternatif untuk mendapatkan maklumat. Bukan kerana ia satu
pembohongan tetapi kerana ia kerap merupakan berita yang sahih. Jika tidak
bagaimanakah kita dapat tahu apa yang sebenarnya berlaku di bilik yang
bertutup rapat dengan berita angin yang mempunyai unsur-unsur kebenaran
yang begitu tepat sekali, kalau berita itu tidak dibocorkan oleh salah seorang
peserta majlis rahsia itu ? Kalau berita angin disekat rapat dengan tangan yang ganas, seperti sekarang,
berita itu akan meledak kepada pecahan berita angin menyebabkan sesuatu
berita itu lebih dahsyat bunyinya daripada berita angin yang sebelumnya. Ada
satu tindakan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan, walaupun ini
bertentangan dengan pendiriannya: Beritahu cerita sebenarnya; sebenar
mungkin tanpa mencemarkan keselamatan negara.
-MGG Pillai- Rencana Asal: 19 March 01 malaysiakini (www.malaysiakini.com) The prime minister, irritated when confronted with it, asked
famously: "Do I have to kiss him in public to show nothing
is wrong?" Yet, two weeks later, on Sept 2, Anwar Ibrahim
was summarily sacked from Umno of which he was then deputy
president, and the government, in a test of will that had
lasted months. Malaysians hear of major Malaysian developments first from
the rumour mill. It would be denied, the anger often rising
in tandem with how true it is. Then the denouement: it is
confirmed. And said with a straight face. It does not
matter if it is one of policy, changes in the cabinet, or a
new legislation. Is the MCA president and deputy president at loggerheads?
The denials came swift and furious, before the rumours were
confirmed. It is a rule of thumb that a rumour denied must
be true. Politicians and cabinet ministers stall the
rumours until they can no longer be. Now the rumours have the prime minister and his finance
minister at loggerheads so bad that the two men do not see
each other when once they did several times a day. But
officially, it is still a rumour. So, in the Kampung Medan communal clashes, the rumours
abounded more than official statements. Even the newspapers
did not accept the official claim that what happened was not
racial. It was soon referring to racial clashes.
Since the government insists on revealing the race of those
involved, Malays and Indians, how can it insist that it is
not racially inspired? The newspapers? account would not
have been readable if one did not flesh its reports.
Confusion confounded The Star, in a commentary, says the foreign press write
fiction, not what happens. It is a fact of life that when an
event happens in an off-beaten area of Petaling Jaya, even
the fellows in a distant state capital assume the town
itself is on fire. What then in a foreign country.
It is the job of reporters to tell its readers, at home and
abroad, what happened as succinctly as possible and in
context. The reader in Argentina knows not or cares where
Kampung Medan or Old Klang Road is, but he would like to be
told it is in Malaysia and in Kuala Lumpur. And the story is
written for him to read. I lived a year in Boston in the mid-1970s, and the only news
I had of Malaysia that whole year in the three local papers
I read was of a few people being arrested under the Internal
Security Act. It is to this kind of editors and magazines,
uninterested of the world outside, to whom foreign reportage
tries to educate. It is how it would continue, so long as
the world outside cares not the local impulses surrounding
Kampung Medan. This is forgotten. Not just by newspapers here, but also by
officials. Wisma Putra briefed some ambassadors about the
communal clash. It confused more than elucidate. One
ambassador said he was more confused about what happened
than after reading the local newspapers.
What do you think these ambassadors would report home about
these events? He would say the official version is so
confused and disjointed that government officials fumble and
flounder, strengthening the growing belief that not only the
prime minister but the government is in trouble. It is this
version that eventually would trickle down to the investors,
not a Reuters or AP report. The Star, said its reporters, checked the official version
of the number dead with physical checks at hospitals, and
found it to be correct. Now, is that fact or fiction?
Especially when no Malaysian newspaper worth its salt would
second guess the government, especially when told that its
version is the truth. If it did, and discovered the official
version to be wrong, would it point that out? No. Would it
amend the official figures? God forbid, no!
Strangely, at times like these, the foreign press is reviled
for its lack of mathematical accuracy. The foreign press
reports 10 dead when it should be three - and because of
that, what they write generally is fiction. But this
campaign, for that is what it is, is to mask severe strains
in the administration, and to divert attention away from
what caused it and why. Leaden hand What happened in Kampung Medan are not isolated incidents.
There are several cancerous tumours on the underbelly of
relatively prosperous towns. It does not require much for
isolated explosions. This cannot be addressed by insisting
that rumour-mongers must be detained under the Internal
Security Act. Arresting them would not address the larger
issues long ignored. Rumours cannot be stopped. In Malaysia, it is an alternative
to news. Not because it is false, but because it is
sometimes correct. Otherwise, how do we know through the
rumour mill what happens behind closed doors so accurately
that it would have been leaked from one of the participants?
When you clamp down on it with a leaden hand, as now, it
would explode into myriads of rumours, each more frightening
than the last. There is one course the government could have
taken, even if it goes against the grain: tell the truth, at
least as much of the truth as it can without compromising
national security. M.G.G. Pillai |