Laman Webantu KM2A1: 4058 File Size: 15.9 Kb * |
TJ MT MGG: Omong Kosong Daim By M.G.G. Pillai 26/3/2001 6:01 am Mon |
MGG 7001 (Chiaroscuro Daim) [Daim semakin getir kerana dihujani persoalan bertubi-tubi yang
bakal menggugat kredibilitinya. Dia gagal memberi penjelasan sebaiknya,
begitu juga semua akhbar perdana sehingga mereka cuma 'menulis apa yang
dikatakan Daim' sahaja. Memang pelik satu 'sub underwriter' memakan lebih
banyak dari 'main underwriter'. Dan pelik juga kenapa kerajaan tidak membeli
sahaja saham MAS dipasaran terbuka kerana ia lebih menjimatkan belanja.
Tanpa jawapan yang meyakinkan nyawa Daim dan Umnonya akan semakin di dalam
bahaya. Maklumat sebenar akan membunuh terus Umno selama-lamanya. Tetapi
berbohong pun mencelakakan juga - cuma maut itu sedikit lambat tiba...
Sesungguhnya suara dan maklumat itu amat berkuasa dan senjata yang sungguh
dahsyat kesannya. Kuasa, wang dan pengaruh Daim akan tumpul jika berdepan
dengannya...... Penterjemah: -MT-
(Daim Waffling, Answers Baffling) Mainan rangsangan ini mampu menjentik naik indeks komposit, tetapi tidak
terdaya menahan kegelonsorannya. Para pelabur memang tidak yakin untuk
menyertai pasaran kalau hanya untuk dilocot pelaburannya. Suasana merudum
semakin ketara, walaupun terdapat pelbagai usaha kerajaan merencana
beberapa skim penyelamat untuk terus memberi nafas kelegaaan kepada para
kroni yang rakus dan hampir muflis sehinggakan berita kaedah penyelamatan
itu amat memualkan rakyat marhaen. Keadaan sudah menjadi begitu serius sehinggakan menteri kewangan, Daim
Zainuddin memberikan jawapan kepada beberapa soalan yang dikemukakan
di parlimen selama dua hari sebagai usaha menegakkan benang basah.
Selama ini dia memperlekehkan Ahli Parlimen, menolak-tepi soalan mereka
ataupun enggan memberi penjelasan terhadap tindakannya. Kini dia tidak
mampu berlagak sombong seperti itu. Ahli Parlimen Barisan Nasional semakin
galak mahukan jawapan darinya.
Itulah sebabnya Daim menjawab soalan yang dikemukakan di parlimen itu
sendiri, sambil akhbar perdana menerbitkan jawapannya secara menyeluruh.
Usahanya itu satu omongan kosong belaka, untuk mempertahankan diri sahaja
tanpa menjelaskan apa-apa. Oleh kerana soalan susulan dikawal begitu ketat
sekali, ia mencetuskan satu suasana bahaya apabila ahli parlimen di pihak
kerajaan pun akan mempertikaikannya. Kesannya akan mengaibkan martabat
beliau sendiri dan kerajaannya.
Saham Kencana Yang menjadikan keadaan hangat sekarang ialah kisah menyelamatkan
seorang anak emas Daim yang bernama Tajuddin Ramli. Sebanyak 29.03%
(persen) saham MAS milik Tajuddin telah dibeli oleh kerajaan dengan harga
RM8 sesaham, yang bermakna kerajaan telah membelinya lebih dua kali
ganda daripada harga pasaran semasa. Daim tidak menjelaskan kenapa kerajaan perlu membayar hampir RM2 bilion,
sedangkan ia boleh membeli jumlah saham yang sama di pasaran terbuka
dengan harga separuh sahaja nilainya. Malahan apa perlunya kerajaan
membeli saham cara begitu sedangkan kerajaan memegang saham emas
syarikat yang memberinya kuasa untuk menentukan perjalanan syarikat
penerbangan itu? Cara pembelian itu dibuat selepas kerajaan membeli saham
pegangan Sultan Brunei pada kadar RM4 telah dilihat sebagai satu sikap yang
menjelakkan rakyat negara itu. Yang menakutkan ialah cara kerajaan membelanjakan wang ketika negara
sedang ketandusan dana untuk menyelamatkan syarikat yang kantul. Apatah
lagi dengan gelagat membiayai projek dengan harga berbilion ringgit nilainya.
Simpanan luar negara sudah menggelonsor begitu ketara sekali. Campurkan
pula puluhan billion lagi dalam bentuk pinjaman luar yang dilaksanakan oleh
para peniaga Malaysia dalam bentuk matawang asing yang tidak pun
termampu mereka lunaskan. Hanya satu sumber kewangan negara yang bertenaga, Petronas, sedang
dihenyak oleh keperitan menanggung beban syarikat kosong dan projek mega
seperti pembangunan Putrajaya sehinggakan Petronas terpaksa menjual hasil
petroleum negara secara 'jualan hadapan' kepada Taiwan dua tahun yang
lalu. Harga petroleum sudah melonjak naik sejak itu, tetapi Petronas tidak pun
meraih nikmat kenaikan harga itu seperti yang dinikmati oleh Taiwan. Kalau kita
tidak berwaspada, Petronas akan megharungi nasib yang lalui oleh Pertamina.
Penjelasan Daim di Parlimen bahawa pembelian saham pegangan Tajuddin itu
bertujuan mempertahankan kepentingan negara telah mengejutkan parlimen
dan disambut dengan satu tangapan yang amat memualkan. Apa yang tidak
disebut, walaupun di parlimen itu, betapa setiap syarikat utama dan peniaga
yang diselamatkan oleh kerajaan seperti Time dotcom, mempunyai kaitan
dengan Daim juga. Rakyat marhaen dan para pelabur tempatan ataupun luar negara, menganggap
proses penyelamatan itu melibatkan hampir keseluruhan syarikat yang ada
kaitannya dengan Daim. Sama ada benar ataupun tidak anggapan itu, persepsi
pasaran menyerlahkan bahawa kuasa terunggul terhadap syarikat seperti
Renong, UEM, PLUS dan setiap penswastaan yang besar-besar itu
seolah-olah berada di tangan Daim juga. Kini, sudah muncul satu rumusan di
pasaran bahawa segala usaha penyelamatan itu menyerlahkan satu corak
yang tidak boleh disanggah dan membayangkan betapa pemegang sebenar
saham-saham yang diselamatkan itu sedang menjual pegangannya (untuk
persiapan melarikan diri agaknya? - penterjemah). Jika tidak, kenapa pula
Petronas dianggap sebagai bakal pembeli MAS pula, sedangkan Petronas
tidak berminat langsung dalam perkara ini? Dalam penjelasannya, Petronas
ada mengungkit perihal pembelian saham seorang kroni dan menyoal kenapa
tidak dibeli saham tersebut di pasaran terbuka.
Layanan Istimewa Apabila syarikat-syarikat penswastaan yang tidak cekap, mempunyai hutang
bertapuk dan bangkrap itu diselamatkan, dengan mengambil-alih segala
hutang dan kerugian yang dialaminya; ada satu petua yang menunjukkan
syarikat itu akhirnya diplulangkan semula kepada pengurusan yang
bertanggungjawab kepada keadaan hina-dina syarikat itu. Cara ini memang
tidak dipedulikan langsung kalau ianya berlaku ketika pasaran sedang
melonjak naik. Dalam keadaan demikian, tidak ada sesiapa pun yang akan
ambil peduli kalau seseorang meraih keuntungan besar dan menyumbatnya
dalam kantung yang dibuat daripada telinga khinzir pun. Tetapi, apabila
keadaan merudum mendesak pencermatan dan mencetuskan kesangsian, tentu
sekali semua orang akan merasakan sesuatu yang tidak adil itu.
Kerajaan sedang menggelupur kepanasan kini; tidak mampu mentadbir negara
kerana tidak ada sesiapa yang mempercayainya lagi. Rakyat semakin marah
dengan kempen yang sengaja dilancarkan terhadap mereka yang tidak
disenangi oleh kerajaan itu. Kerana itu segala usaha menyelamatkan para
kroni akan disanggah juga. Pengeluaran saham Time dotcom untuk pasaran telah dilihat sebagi satu usaha
untuk menjual kepada pelabur yang lahap. Memang, saham itu mungkin dapat
dilanggan kalau tidak kerana asas penjualannya yang terlalu mudah
disanggah dan dicabar. Rencana itu kantul dan gagal. Penjelasan Daim
bahawa KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen) sebagai 'sub-underwriter'
kini merupakan pemegang saham terbesar sedangkan 'main-underwriters'
(pemegang cagaran utama) tidak bersifat demikian, merupakan satu penjelasan
yang sungguh berbahaya. Tentu dia ada alasan untuknya.
Kerajaan sengaja mengelak memberikan penjelasan terhadap tindakannya di
parlimen. Apabila Daim membuat pendirian menjelaskan 'kisah benar'
penyelamatan dan menerangkan kenapa kerajaan membeli saham MAS pada
kadar RM8 sesaham, pertimbangan yang lain akan mendesaknya juga.
Semakin jelas kini, Daim merupakan insan yang paling kuat kuasanya di dalam
UMNO dan juga kerajaan. (Ohhoooooo......jadinya si diktator tua itu semacam
satu patung Bumiyan juga....? - penterjemah) Selama ini dia memang cukup
berkuasa dan mampu mengawal dasar ekonomi dan kewangan negara
disebabkan dua fotfolio yang dipegangnya - menteri kewangan dan menteri
tanpa fotfolio di Jabatan Perdana Menteri.
Kini Daim perlu berterus-terang lagi dalam segala penjelasannya kepada
parlimen. Dia perlu menjelaskan segala tindakannya. Sudah wujud kesangsian
dalam partinya kini, kalau dia culas, UMNO akan dihenyak badai yang
semakin kencang tiupannya. Selagi penjelasan yang lebih munasabah tidak
diberikan kepada parlimen dan juga di tempat lain, mengenai proses
penyelamatan ini, Daim dan juga kerajaan yang sedang dianggotainya
(kotak-katik mungkin perkataan yang lebih cocok - penterjemah) akan dibalun
badai sehingga berkemungkinan tersangkut di batu karang untuk terus tersadai.
-MGG Pillai- >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 24/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Rencana Asal: malaysiakini CHIAROSCURO MGG Pillai It is enough to move the index, but not enough to reverse
the decline. Investors cannot see why they should enter the
market to be ?burnt?. Bears batter bulls to dominate,
helped by official ill-thought-out schemes to rescue and
nurture bankrupt cronies of the establishment so brazen that
revulsion results when it is announced.
This is so serious that the finance minister, Daim
Zainuddin, answers questions in Parliament over two days to
justify the unjustifiable. He had treated MPs with contempt,
ignoring their questions or refusing to explain his actions.
He cannot now. Barisan Nasional MPs now demand answers.
Which is why Daim answers parliamentary questions himself,
and the newspapers publish his full reply. However, he does
not convince; he waffles, is defensive, nor does he explain.
The danger is that since follow-up questions are tightly
controlled at question time, he will be ignored by his own
side. That can only add to his, and the government's,
discomfiture. Golden share At the centre of the current storm is the bailout of a Daim
protege, Tajuddin Ramli, whose 29.03 percent stake in MAS
the government bought at about twice the market price at an
indefensible RM8 a share. Daim does not explain why it had to pay nearly RM2 billion
when it could have bought the stake on the open market for
half this, or why it needed to buy it at all when its
?golden share? gives it a controlling stake in how MAS is
run. That he did after the Sultan of Brunei's stake in MAS
was acquired at RM4 is viewed with distaste in the
sultanate. What frightens is that this is bought at a time when the
country does not have the funds to rescue failed companies,
nor to fund the hundreds of billions of ringgit worth of
projects announced. Malaysia?s foreign reserves have fallen sharply. Add to that
the tens of billions of foreign exchange loans Malaysian
businessmen borrowed in foreign currency that they cannot
now repay. The one source of seemingly never-ending funds, the
state-owned oil company Petronas, is so overloaded with dud
companies and such projects as the development of Putrajaya
and compromised by selling its petroleum production forward
to Taiwan two years ago. Since then the oil prices have
risen, but Petronas cannot benefit from that though Taiwan
does. If we are not careful, Petronas can go the way of
Pertamina. Daim's explanation in Parliament that Tajuddin Ramli's stake
was bought to protect Malaysia's interest has been greeted
with disbelieve and shocked yawns. What is unmentioned, not
in Parliament anyway, is that almost every major company and
businessman bailed out, such as Time dotCom, are apparently
linked to Daim himself. Malaysians and investors, local and overseas, therefore view
the bailouts as involving almost wholly companies linked to
Daim. It does not matter if it is or not, but market
perception gives ultimate control of such companies as
Renong, UEM, Plus and every major privatisation to him.
A widely held view in the marketplace is that this shifting
of assets, to not put a fine point to it, reflect an
unmentionable pattern, with the ultimate owners cashing in.
Otherwise, why is Petronas considered a potential buyer now
of MAS - which, to be fair, Petronas wants nothing to do
with, at least not now? It explains, if that is the correct
word, why the government bought a chunk of MAS shares from a
crony rather than in the open market. Special treatment When inefficient, debt-stricken, bankrupt, privatised
companies are bailed out, a rule of thumb would return them
to the management that brought them to their knees in the
first place after the debts and losses are hived off. When
the stock market is buoyant, no one cares if velvet purses
can be knitted from sows' ears. It does not make it right,
but when everyone makes money, no one cares if short cuts
are taken unfairly. Now with suspicions and losses staring
one in the face, every one does. When the government is in limbo, as now, unable to govern
because it is disbelieved, the people increasingly angry at
this deliberate campaign against those the government does
not like, such attempts at bailing out cronies would be
challenged. The Time dotCom share issue was seen, in the market, as an
attempt to cash in on investor gullibility. It would no
doubt have been oversubscribed if the underlying basis of it
was not as questionable and challenged. It bombed. Daim said
the government pension fund, as a sub-underwriter, ended up
owning a chunk, while the main underwriters did not, is
mischievous. And with good reason. The government had deliberately evaded explaining its
actions to Parliament. So, when Daim decided to ?come clean?
about the bailouts and why it bought MAS shares at RM8 a
share, other considerations clearly forced him to. He is,
without doubt, the most powerful man in Umno and the
government. He is always treated with kid gloves, and has
control of economic policy and finance by virtue of the two
portfolios he holds - finance and minister without portfolio
in the Prime Minister's Department. Daim would now have to be more forthcoming in the sessions
of Parliament, and explain his actions. His party realises
that if he does not, Umno itself could be buffeted in the
political gale storms that may break out. Unless more
convincing explanations emerge about the bailouts, in
Parliament and elsewhere, Daim, and the government with him,
is in for a rocky ride. M.G.G. Pillai |