Laman Webantu   KM2A1: 4059 File Size: 14.3 Kb *



TJ MT MGG: Alasan Mantap Pembelian MAS?
By M.G.G. Pillai

26/3/2001 7:33 am Mon

MGG 7001 (MAS Sound)

[Sasaran sebenar kerajaan bukannya untuk menyelamatkan MAS, tetapi untuk menyelamatkan kroni. Ia sengaja membeli sahamnya lebih dua kali ganda harga pasaran sedangkan MAS dulu tidak sama dengan MAS sekarang yang sudah berhutang lapuk lebih RM10 bilion. Lainlah kalau MAS semakin maju tetapi masalahnya MAS kini rugi berjuta-juta setiap hari. MAS sudah tidak bernilai lagi....

MAS diramalkan rugi kali ini PALING TERUK - ia mencecah lebih RM1 bilion sedangkan rugi dua tahun sebelumnya hampir 1 bilion. Hutang MAS lebih RM8 bilion tetapi dana sahamnya cuma RM2 bilion. [Rujuk BTS KM2 4012]

Kini Tajuddin tersenyum panjang beroleh wang tetapi MAS sudah sakit tenat kerana terlalu lama dikoyak-koyakkan. Bukankah mencegah itu lebih baik dari memberi rawatan? Takkan Mahathir, seorang doktor tidak faham-faham? - Editor]


Penterjemah: -MT-


Alasan Mantap Pembelian MAS?

(Sound Reasons To Buy MAS?)

Dalam ruangan 'lidah pengarang' pada 24 Mach 01, The New Straits Times telah memperakukan kenyataan rasmi kerajaan yang dianggap haprak mengenai pembayaran RM8 bagi setiap saham MAS yang dibeli oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli. Apa yang sengaja dilupakan oleh lidah pengarang ialah pembelian itu adalah dua kali ganda daripada harga pasaran di Bursa Saham Kuala Lumpur. Malahan kenapa tidak dipertikaikan kegagalan kerajaan membeli Naluri Berhad (milik Tajuddin) yang memegang saham MAS itu, kerana harganya yang lebih rendah lagi. Kenapakah tidak ada sesiapa yang merungut cara kerajaan membeli saham itu untuk kepentingan menguasainya terutama sekali sikapnya mengenepikan kepentingan pemegang saham yang lain seperti Sultan Brunei (kerajaan membeli saham pegangan Sultan Brunei dengan kadar RM4 sahaja - penterjemah)

Persepsi strategi lidah pengarang NST itu mungkin ada kebenarannya, tetapi itu bukannya penyebab kenapa ramai orang mempertikai urusan jual-beli saham itu. Ia tidak ada kena mengena dengan alasan kenapa MAS diselamatkan. Ia sebenarnya ada sangkut-paut dengan usaha menyelamatkan seorang kroni kepada menteri kewangan. Kini, Tajuddin berbangga dengan laungan bahawa dia mempunyai dana dan wang tunai yang selesa (selepas penjualan sahamnya kepada kerajaan) dan sudah bersedia melabur dalam perusahaan lain. Gelagatnya itu menunjukkan adanya satu gerakan penyelamatan yang sungguh rakus dilaksanakan oleh kerajaan bukan disebabkan kepentingan negara, tetapi untuk menentukan para kroni tidak akan rugi, walaupun ini bererti kerugian perlu ditanggung oleh negara sendiri.

Sikap kerajaan mempertahankan tindakannya telah mengenepikan satu kenyataan yang nyata. Kerajaan mempunyai apa yang dikatakan 'saham kencana' yang bersamaan dengan 51 persen nilainya dalam suara pengundian untuk menjamin kepentingan negara tidak diperlekehkan dan boleh dikuat-kuasakan bila perlu dalam mempertahankan kepentingan kerajaan. Kenapakah hak istimewa ini tidak digunakan? Di tahap awal penswastaan MAS dulu, kerajaan pernah menyuarakan kepentingan saham emas ini untuk melindungi MAS daripada kelahapan dan putarbelit orang korporat. Sebaliknya, kerajaan mengambil pendirian sebagai tukang tengok sahaja ketika Tajuddin berlagak sakan menghancurkan maruah perkhidmatan penerbangan itu. Dia telah dibiarkan untuk mengalihkan semua pesawat menjadi harta MAS Capital yang berpusat di Labuan dan menyebabkan MAS memajak semua pesawat yang digunakannya daripada syarikat yang baru ditubuhkan itu. Dia telah dibiarkan mencerai-beraikan perkhidmatan syarikat induk MAS menjadi beberapa syarikat kecil yang dikuasainya. Kesannya kini, walaupun MAS sudah pun dijualnya balik kepada kerajaan, dia masih membalun duit lagi daripada kontrak jangka panjang yang dijalin oleh MAS dengan syarikat-syarikat serpihan itu. Ini menunjukkan MAS yang dibeli oleh kerajaan baru-baru ini adalah bukannya MAS yang sama yang pernah dijual oleh kerajaan kepada Tajuddin dulu. Inilah sebabnya pegawai MAS dan juga pegawai kerajaan terpaksa berhati-hati dengan pertuturan mereka mengenai urusan jualbeli ini.


Menteri Kewangan Daim Zainuddin, mesti membuat kenyataan di Parlimen dengan segala butiran apa sebenarnya yang dibeli daripada Tajuddin dan kenapakah beliau dibiarkan menghimpun hutang bertapuk sehingga RM 10 bilion. Sepatutnya ketika dia membeli MAS dia mesti telah sedar apakah yang dibelinya dan apakah yang perlu dihadapinya. Menyalahkan penurunan tukaran matawang dan keadaan ekonomi yang merudum sebagai tunjang masalahnya sepatutnya tidak boleh diterima-pakai. Lagipun dia telah melakukan pembogelan asset (asset stripping) MAS tanpa ditegur oleh kerajaan sedangkan kerajaan memiliki kuasanya melalui hak saham emas untuk menyekat kelahapannya itu. Padahal kerajaan kerap sangat menyatakan, setiap kali ia menswastakan asset kerajaan, adalah bukan tugas kerajan untuk menguruskan syarikat dan institusi untuk bersaing dengan sektor swasta.

Secara tidak langsung kerajaan menafikan tanggungjawab sosial dalam menyediakan pengangkutan yang berharga murah kepada rakyat marhaen apabila institusi yang diswastakan itu bertindak menghentikan laluan yang merugikannya sedangkan ia merupakan satu perkhidmatan penting yang patut disumbangkannya. Kerajaan memang tidak mahu mendengar rintihan rakyat marhaen seperti dalam tindakannya menswastakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada para kroni dan anak-anak (klon). Kini, semua harga meloncat naik secara menggila dalam setiap urusan niaga yang bermula daripada proses penswastaan kerajaan. Contohnya ialah pembedahan 'cardiac bypass' (penyakit jantung) memerlukan belanja sebanyak RM100,000 di unit swasta di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Sudah nyata kini setiap institusi yang diswastakan telah gagal segagalnya, sehinggakan Renong sebagai satu syarikat telah menimbun hutang bertapuk yang bernilai bersamaan dengan 25 persen Peruntukan Belanjawan Negara. Inilah tanggungan beban hutang yang diambil-alih oleh kerajaan. Yang meloyakan lagi, setiap gerakan penyelamatan itu dilakukan terhadap syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan tukang ampu dan kroni Tun Daim. Di waktu yang sama adik-beradik yang sama klon itu masih lagi diagihkan pelbagai projek untuk mereka menimbun hutang lagi.


Kerajaan memang sudah jauh tesasar. Kenapakah Danamodal diarahkan mengambilalih semua hutang bertapuk Vincent Tan yang dihimmpunkannya kepada Sun Media Group, untuk membolehkannya menjual syarikat itu kepada orang lain dengan keuntungan besar? Danaharta dan Danamodal diwujudkan untuk menyelamatkan semua manusia jenis ini dan bukannya para peniaga tulen yang kini hidup sengsara bukan disebabkan ekonomi yang merudum ataupun kegetiran keadaan kewangan tetapi kerana mereka ketandusan bantuan rasmi kerajan yang amat mereka harapkan. Ataupun kerana mereka kerap diganggu oleh para kroni, tukang ampu dan adik-beradik-satu-klon sehinggakan peniaga tulen itu sudah tersadai di dinding kemuflisan dan kehampaan.

Sikap pilih kasih yang berlebihan dan meloyakan ini, dulunya merupakan satu budaya niaga yang diterima-pakai oleh kebanyakan peniaga kerana mengimpikan untuk menikmatinya apabila tiba geleran mereka. Itu sudah menjadi cerita lama yang kini memerlukan penjelasan kerajaan pula. Inilah yang tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Kerana itu ia terpaksa berdolak dalik seperti yang ditunjukkan oleh Daim di Parlimen pada hari Khamis dulu. Inilah yang mengundang lebih banyak soalan lagi. Semua itu dilihat oleh rakyat marhaen, terutama sekali oleh orang Melayu sebagai satu rompakan besar (mega) di siang hari. Apa pun yang akan diterangkan oleh kerajaan ataupun dilakukannya untuk meredakan keadaan tidak dapat merobah anggapan rakyat marhaen ini. Inilah dilemma kerajaan. Tanyalah Perdana Menteri kerana dia memang arif mengenainya. Soalnya sekarang apakah dia peduli dengan hal ini?


-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 25/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


Sound Reasons To Buy MAS?

The New Straits Times, in its editorial today (24 March 01, p10), reaffirms the official orthodoxy why MAS is a good buy at RM8 a share. It forgets to mention that in buying Tan Sri Tajuddin Ramli's stake, it paid double what it could have bought the stake from the Kuala Lumpur Stock Exchange. Or it could have bought out Tan Sri Tajuddin's Naluri Bhd, which held his MAS stake, for far cheaper. Or that no one grumbles that the government bought a controlling interest in the national carrier, only that it was done in a manner which ignored the other shareholders, including the Sultan of Brunei, in MAS.

The NST editorial's strategic perceptions are all correct, but that is not why eyebrows are raised at the deal. It is not for these altruistic reasons MAS was rescued. It was to bail out a crony of the finance minister. When the man now boasts he is cash rich, after the MAS exercise, to invest in other ventures, this deliberate supercilious rescue showed a government acting not in the national interest, but to ensure its cronies should not lose, even if the nation would.

The government defence misses out an important unmentioned fact. It owns the golden share which equals 51 per cent of the votes so that its national worldview would not be shortchanged for cash, and could use it to ensure what it now says it must always be. It did not. Why? It said, when the privatisation of MAS was mooted, this would protect MAS from financial and corporate adventurers, but kept quiet as Tan Sri Tajuddin destroyed the airline's viability. He was allowed to hive off the airlines into a company called MAS Capital, based in Labuan, so that MAS was leasing the aircraft it flew. He was allowed to privatise to companies he controlled all the airline's money-making subsidiaries so that even after the government bought it, he makes money with them on long contracts. But the MAS the government sold is not what it bought. MAS and government officials are cagey about what is sold.

The finance minister, Tun Daim Zainuddin, must now make a statement in Parliament what it bought, and why Tan Sri Tajuddin was allowed to run the company down into debts of more than RM10 billion. When he bought the company, he knew (or should have known) what he was in for. To blame the devaluation of the currency and the economic recession for his problems is neither here nor there. But he systematically went about to strip the airline of its assets. He was encouraged to do this, because the golden share was not used to tell him to cease and desist. The government, when privatising government assets, said it should not be running companies and institutions that compete with the private sector.

It denied then that it had a social role in providing cheap transportations as the view that when privatised the loss making but socially desirable routes would be cut. It would not listen, as it did not when it privatised the health and medical services to its favourite cronies and siblings, so that costs escalate in every major money-making enterprise in its purview privatised. So that a cardiac bypass operation now costs RM100,000 in the privatised cardiac bypass unit of the KL General Hospital.

Every one of them has failed, with just one company, Renong, piling up debts amounting to about 25 per cent of the National Budget, which the government has taken responsibility for. Further every bailout is of a company linked mostly to satraps and cronies of Tun Daim but the National Siblings also have been given projects so that they can lose more money. The privatisation of government projects and institutions was not done so that they could efficiently and cheaply run; it was to hand them over to their cronies, siblings, courtiers.

The government lost its way. Why should Danamodal absorb the debts Tan Sri Vincent Tan piled up in the Sun media group so that he could sell it to another business man for a profit? Both Danaharta and Danamodal exist to rescue these fellows, not the genuine business man who turned belly up not because of the economic recession and financial downturn, but because they could not get the official help that they could reasonable expect, or because they are harassed by these cronies, courtiers and siblings so that they are pushed to the wall with no recourse.

This blatant favouritism, once accepted because most business men hoped they would be given such favours sometime in the future, is not any more. The government cannot justify it. It can only waffle, as Tun Daim did in Parliament on Thursday, and raise more questions than answers. This whole exercise is seen by the public at large, in particular the Malay community, as yet another highway robbery. Nothing the government has done to explain or justify helps change that view. That is the government's dilemma. Ask the Prime Minister, He should know. But does he care?

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my