Laman Webantu   KM2A1: 4060 File Size: 17.0 Kb *



TAG MT 63: Pemulihan IPO Time dotCOM - Apa Yang Patut Dilakukan?
By Kim Quek

26/3/2001 7:10 am Mon

TAG 063 (KQ)

[Dana awam sebenarnya membeli hutang atau menolong melunaskan hutang seorang kroni. Inilah tabung hasil titik peluh rakyat yang sudah tidak selamat kerana begitu mudah dikorek sesuka hati untuk dilabur di dalam syarikat yang asyik merugi. Padahal banyak saham lain yang selalu untung dan lebih berbaloi untuk dibeli kenapa ia memilih untuk berpaut dengan kroni?

Halim Saad yang membuat berbilion-bilion hutang, tetapi dia tidakpun membayarnya sendiri. (NSC: Danaharta beli, Renong: UEM beli, dan timedotCom: KWAP beli, KWSP dan Danaharta 'beli') IPO time dotCom adalah muslihat terkini untuk Time Engineering yang tersepit hutang yang meninggi.

Sampai kini dana-dana ini gagal memberi penjelasan mengapa ia begitu banyak membeli atau menukar semua hutang menjadi ekuiti. Bukankah ini namanya berjudi dengan wang rakyat terus menjadi korban lagi? - Editor]


Penterjemah: -MT-


Pemulihan IPO Time dotCOM - Apa Yang Patut Dilakukan?

(TIME dotCOM IPO BAILOUT: What Can The People Do?)

Oleh: Kim Quek


23.03.2001

Pelbagai penjelasan pihak kerajaan untuk memberikan perakuan kepada pembabitan pelbagai agensi kewangan kerajaan dalam pemulihan IPO (keluaran hari utama) saham Time dotCom, telah menyerlahkan penyelesaian kepada satu tekateki. Pada pelancaran IPO itu ada satu tekateki yang mengelirukan: Kenapakah semua sepuluh bank penjamin dan syarikat sekuriti begitu bengong sekali sanggup menerima risiko menjamin cagaran saham IPO, sedangkan harga tawaran RM3.30 sesaham dianggap tidak munasabah dan sengaja digelembongkan?

Kini, kebenaran tekateki itu sudah pun menonjol. Semua kerja-kerja mencagar dan menjamin cagaran itu adalah satu kelentongan belaka. Penanggung risiko sebenar adalah KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), Dana Amanah Pencen (KWAP) dan Danaharta. Agensi kerajaan ini telah memainkan peranan sebagai sub-underwriters (kumpulan kedua yang menyokong peranan penjamin utama itu). Malahan, terma 'penanggung risiko' adalah satu kesilapan. Adalah lebih tepat untuk menggelarkan mereka sebagai 'penanggung kerugian'. Memang sudah dijangkakan, sebelum pelancaran IPO (yang bernilai RM1.89 bilion) tawaran hari utama itu akan ditolak oleh para pelabur; dan sesiapa yang menjamin pelancaran jualan saham itu akan menanggung kerugian yang bukan kepalang besarnya. Ini terbukti apabila saham itu diperlekehkan oleh masyarakat saham dan harganya merudum sebanyak satu pertiga sebaik sahaja dia dilancarkan untuk penyenaraian.


Sekali lagi kita menyaksikan satu projek pemulihan kerajaan yang bernilai berbilion ringgit untuk menyelamatkan seorang usahawan kroni dengan harga yang sengaja digelembongkan, dalam satu tipu muslihat yang bertopengkan IPO. Pengecualian dalam program kali ini terletak kepada cara sumber dana diperolehi untuk menyerap kerugian besar para kroni itu. Kali ini dana itu tidak datang daripada tabung kerajaan tetapi disungkit daripada simpanan rakyat marhaen yang berjumlah 9.7 juta di KWSP dan 850,000 pegawai kerajaan (KWAP). (Jumlah penduduk negara ini ialah 22 juta.)

KWSP dan Danaharta menjelaskan betapa mereka cuma menukarkan hutang lapuk menjadi ekuiti. Tetapi, kenapakah mereka bersetuju dengan penukaran itu pada kadar yang tidak sanggup diterima oleh orang lain? KWAP yang telah menyerap sebahagian besar saham IPO itu masih lagi belum membuat sebarang penjelasan mengenai tindakan mereka.

Peranan semua agensi kerajaan ini ternyata amat bersalahan dan memerlukan penjelasan kenapakah mereka sanggup melakukan penyelewengan yang berupa kerja-kerja jenayah dengan menyalahgunakan hasil titik peluh rakyat marhaen negara ini. Soal utamanya sekarang kenapakah pihak pengurusan tergamak melakukan jenayah ini?

Apakah ini satu kesilapan pengurusan? Sudah tentu tidak, kerana orang biasa jalanan pun dapat menelah bahawa harga saham yang ditawarkan itu sudah tidak laku lagi.

Apakah ada unsur kepentingan peribadi yang meransang penyalahgunaan kuasa itu? Pembabitan dalam pembelian IPO ini adalah begitu berat dan amat sukar untuk dipertahankan yang boleh memberi ruang kepada sesiapa dalam pengurusan untuk mengambil risiko yang sungguh tinggi tanpa ada sebarang arahan daripada pihak atasan.


Tanpa kemungkinan di atas, apakah yang mungkin menyebabkan berlakunya pencerobohan kepada dana rakyat marhaen itu selain gerak laku tangan ajaib yang mempunyai kuasa politik? Dalam hal ini eloklah dirakamkan bahawa Time dotCom adalah milik Time Engineering, yang dimiliki oleh Halim Saad melalui Kupulan Renong, yang memang mempunyai kaitan rapat dengan mereka yang sedang berkuasa.

Time Engineering perlu melunaskan hutang sebanyak RM 5 bilion. Sebelum itu syarikat sudah pun menerima suntikan wang tunai sekitar RM 2 bilion daripada Kementerian Kewangan Inc.. Kini ia memang amat terdesak untuk mendapatkan RM 1.89 bilion dalam bentuk tunai daripada hasil penjualan IPO itu untuk melunaskan hutangnya. Tetapi, tidak ada sesiapa pun yang sanggup membayar mengikut harga yang ditetapkan oleh Halim. Kerana itu tidak ada jalan lain melainkan menyeluk tong pekasam dana kepunyaan KWSP, KWAP dan lain-lain lagi.

Rakyat marhaen tentu tidak menyenangi cara pemulihan ini, walaupun perasaan itu tidak dikongsi bersama oleh Halim, yang semakin ketara terlalu lahap kepada proses penyelematan yang kerap disudikan oleh kerajaan kepadanya. Halim baru sahaja disogokkan dengan RM 3 bilion ketika kerajaan menyelamatkan masalah hutangnya di Filipina. Begitu juga dengan masalah hutang dua syarikat transit ringan yang dikuasai oleh Renung di mana kerajaan telah menyuntik 6 bilion ringgit lagi. Kalau dicampurkan semua jumlah penyelamatan kerajaan, kita akan dapati nilainya bersamaan dengan satu per lima daripada peruntukan negara. Seandainya jumlah ini diagihkan kepada setiap rakyat di negara ini, setiap rakyat akan menerima sebanyak RM 3,000. Bayangkan semua pemulihan ini dilaksanakan dalam masa 6 bulan hanya kepada seorang kroni!


Apa pula pendapat menteri kewangan yang bertanggungjawab dengan segla bentuk penyelamatan dan juga skandal IPO Time dotcom itu?

Kepada para pengkritik KWSP, Daim telah menasihatkan agar mereka 'bersikap serius dan lebih bertanggungjawab daripada membuat tuduhan liar'. Dia telah memberi amaran: 'kerajaan tidak akan berdiam diri kalau ada usaha untuk mencemar imej dan kredibilitinya' (Stara 21hb Mach). Nampaknya dia tidak bersedia memberikan alasan yang menasabah mengenai peranan KWSP itu dan sebagai menteri kewangan dia lebih bersedia bergelumang dengan retorik semata-mata.


Apabila Daim ditanya mengenai peranan KWAP dalam IPO itu, dia telah memperakukan bahawa KWAP telah membeli 10.82 persen saham Time dotCom dengan nilai RM 910 juta sebagai 'sub-underwriter'. Namun dia menambah lagi: 'Saya tidak tahu bagaimana KWAP menjadi 'sub-underwriter'. Anda harus tanya pengurusan KWAP' (Sin Chew Jit Poh, 21 hb). Gelagat menteri kewangan ini memang mengejutkan kita kerana sebuah agensi kerajaan di bawah kawalannya telah kerugian beberapa ratus juta wang kepunyaan warga pencen dalam masa beberapa hari sahaja melalui kerja-kerja pecah amanah, sedangkan menteri yang berkuasa dengan kegiatan agensi itu hanya mampu menggoyangkan bahunya sahaja. Sebagai seorang menteri bukankah beliau yang bertanggungjawab akhirnya? Apakah sudah tidak ada lagi secebis pun perasaan bertanggungjawab di lubuk hatinya?


Ketika skandal ini hangat dibincangkan, dan ketika tidak ada seorang pun pemimpin kerajaan Barisan Nasional yang mampu memberikan jawapan yang melegakan, Perdana Menteri pula masih lagi berlagak sakan menghamburkan ucapannya dalam satu seminar bertajuk 'Integriti In Business: The Way Forward'. Dia telah mencabar para pengkritik kerajaan Malaysia agar melaksanakan satu kajian perbandingan dengan negara asing. Dia menepuk dada dengan pendapatnya betapa pengurusan korporat di negara in adalah lebih baik lagi daripada negara lain yang sanggup melaungkan kecekapan mereka.


Apabila kita menghadapi sikap membisu kerajaan BN dalam skandal penyelewengan dan pecah amanah itu, apakah yang patut kita lakukan sebagai rakyat negara ini? Melaporkannnya kepada polis? Itu sudah dilaksanakan oleh parti DAP. Tetapi, janganlah harapkan apa-apa daripada tindakan itu kerana terlalu banyak laporan polis seperti itu masih tersadai mengumpul habuk. Laporkan kepada Biro Pencegah Rasuah? Belum ada sesiapa yang melakukannya mungkin kerana mahu menjimatkan tenaga setelah menyedari betapa BPR memang tidak bertaring apabila menangani kes membabitkan jerung yang besar-besar.

Inilah yang perlu difikirkan, apakah yang sepatutnya rakyat lakukan?

-Kim Quek-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT24/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


TIME dotCOM IPO BAILOUT: WHAT CAN THE PEOPLE DO?

23.03.2001

The various government explanations to justify the participation of government controlled funds and agency in the IPO of Time dotCom have solved one big puzzle. The puzzle at the launch of this IPO was: Why were all the ten underwriting banks and security firms so foolhardy as to accept the risks of underwriting the IPO when it was the unanimous opinion of the market that the IPO price of RM3.30 per share was unrealistic and grossly inflated?

The truth has now emerged. These underwriters were mere camouflage. The real 'risk takers' were the Employees Provident Fund (EPF), the Pension Trust Fund (KWAP) and Danaharta (State Agency for restructuring NPLs of banking institutions), who had collectively sub-underwritten from the underwriters. In fact, the term 'risk takers' is a misnomer. It would be more appropriate to call them 'loss takers', as it was already a certainty well before the launch of the IPO (RM 1.89 billion) that it would be rejected by the public and that whoever underwrote it would incur gross losses. This was subsequently borne out by the fact that the IPO was almost totally shunned by the public, while its share price plunged by one third upon listing in the Stock Exchange.

And so once again we are witnessing another multi-billion ringgit government bail out of a crony entrepreneur at grossly inflated price, ill disguised this time as an IPO. The exception on this occasion was that the sources of funds utilized to absorb these crony losses did not come from the government coffers, but mainly from the savings of 9.7 million employees (EPF) and 850,000 public servants (KWAP). (The population of Malaysia is 22 million).

EPF and Danaharta explained that they were merely converting debt to equity. Okay. But why agreed to convert at a price that none would accept as reasonable? As for KWAP, who has taken the bulk of the under subscribed shares, no explanation has been given.

The case of wrong doing by these government agencies is so clear cut that no amount of explanations can white-wash the crime in massive squandering of the sweat money of the entire working class of this Country. The big question now is: why did the management do it?

Could it be due to misjudgment? No chance, given that even the man in the street could see that the offered share was not worth the price.

Could it have been motivated by personal monetary gain? Not likely. The commitment to this IPO was so great and so obviously indefensible that no reasonable personnel in the management would consider risking his neck, without the orders from the very top.

Barring the above possibilities, what could have caused these raids on public coffers other than the hidden hands of politics again? In this respect, it is pertinent to take note that Time dotCom is owned by Time Engineering , which in turn is owned by Halim Saad's Renong Group, which has powerful connection with the ruling power.

Time Engineering had to settle a debt of RM 5 billions, for which it had already obtained a cash infusion of over RM 2 billion from the Minister of Finance Inc. earlier, and it now urgently needed the RM 1.89 billion cash proceeds from the current IPO to meet its repayment commitment. However, no one was prepared to pay for Halim's asking price, so what else can be done other than dipping the fingers into government controlled pockets such as EPF, KWAP etc?

The public may find this current bail out too enormous for comfort, but not necessarily so to Halim, who has no doubt been accustomed to much bigger bail out, such as the recent RM 3 billion write-off of his bad debt arising from his misadventure in Philippines, and the RM 6 billion government take over of the assets of the two debt ridden Light Rail Transit Companies controlled by Renong. The combined figures of these bail out add up to one fifth of the National Budget. Alternatively, if this amount is distributed to the people, every family in this Country will receive RM 3,000. Imagine, all these bail out within 6 months only, to a single crony!

And what did the Minister in charge, Finance Minister Daim Zainuddin had to say on this latest bail out, the Time dotCom IPO scandal?

To the critics of EPF, he advised them to be 'serious and responsible and not make wild allegations'. He further warned: 'the Government would not keep quiet if there were efforts to tarnish its image and credibility' (Star, 21st). So, instead of giving tenable rationale for EPF's controversial action, as a Finance Minister should, he indulged in irrelevant rhetoric!

To queries on KWAP's role in the IPO, he confirmed that KWAP had taken up 10.82% of Time doCom for RM 910 million as a sub underwriter, but he add 'I have no idea how it became the sub underwriter. You should ask the KWAP management' (Sin Chew Jit Poh, 21st). The Finance Minister's nonchalance was shocking, when a major agency under his charge lost hundreds of million of ringgit belonging to pensioners within a few days through apparent criminal breach of trust, all he could do was shirking the shoulders. Isn't the Minister ultimately responsible for such misdeeds? Is there any sense of responsibility left in him?

Meanwhile, in the midst of this scandal, when none of the Barisan Nasional Government leaders had given any answer remotely resembling an adequate explanation, the Prime Minister was in his usual self, delivering his bravado act during the Seminar on 'Integrity in Business: The Way Forward'. He challenged critics of Malaysia's corporate governance to conduct a comparative study with other countries. He claimed that Malaysia's corporate governance was much better than other countries which credited themselves with high standards of corporate governance.

In the face of such blank response from the BN Government to this blatant breach of the people's trust, what can the people do? Report to the police? Yes, this was done by the opposition DAP. But do not expect anything will come out of it, as many many more of such police reports of government misdeeds are still collecting dusts, without an exception. Report to the Anti-Corruption Agency? None has done that yet, perhaps out of the desire to save one's breath, knowing that ACA could be even more impotent when it comes to high level crimes.

The people must really ponder, what can the people do?

Kim Quek.