Laman Webantu KM2A1: 4063 File Size: 24.5 Kb * |
TAG MT 64: Menyelami Lakonan Kejujuran By Harun Rashid 27/3/2001 12:27 am Tue |
TAG 064 [Kerajaan kerapkali berpura jujur untuk menyakinkan
tindakkannya menggunakan dana negara untuk menyelamatkan
perniagaan yang lingkup dikoyakkan kroni. Kini ia sudah
tinggal tulang tetapi dibeli kembali dengan harga tinggi
walaupun sudah tidak berisi. Sampai kini alasan yang diberi
gagal memberhenti sangsi. Terpaksalah rakyat mencari berita
dan alasan sebenar yang lebih meyakinkan lagi.
Kerajaan juga mahu rakyat mempercayai semua realiti tragedi
tetapi fakta yang diberi penuh kekurangan dan tanda-tanya
sehingga makin meresahkan rakyat dibuatnya. Sudah tentu
rakyat mahu mencari kepastian dan ingin mengkaji lebih
mendalam demi keselamatan mereka sendiri. Tetapi itupun
mahu diperangi juga sedangkan ilmu itulah pelita kehidupan
dan sinar di dalam kelam. Kiriman: MGG Pillai
(Penetrating The Pretense of Probity) Mach 23, 2001 Kita boleh menilai asset (aset) mengikut pelbagai cara. Ada asset yang
berbentuk nilai kemudahan yang wujud apabila sesuatu komoditi ataupun
hak, memberikan kemudahan yang berguna. Taksiran nilai kemudahan itu
bergantung kepada perbandingan terhadap saingan yang alternatif.
Jawapannya terletak kepada penerimaan apabila ianya ditawarkan kepada
pasaran yang terbuka. Sebuah rumah sebagai contohnya, mempunyai nilai kemudahan kerana ia
memberikan perlindungan dan keselamatan. Ia boleh dijual ataupun
disewakan untuk ditaksirkan. Begitu juga dengan peralatan dan bangunan
komersial yang mempunyai nilai kerana semua itu adalah satu alat
yang mencetuskan pendapatan. Asset juga mempunyai nilai persendirian, yang bergantung selalunya
kepada sentimen dan boleh ditaksir jauh lebih tinggi nilainya
daripada harga pasaran. Kadangkala aset persendirian tidak boleh
dijual-beli dengan harga sembarangan pun. Sebab utamanya ialah tidak
ada cara sebenar untuk menaksir asset persendirian yang
mungkin mempunyai nilai sentimental kepada si penjual. Cuma
terpulang kepadanya sama ada untuk menjual ataupun membeli apabila
sesuatu tawaran itu menjelma. Sesuatu perniagaan itu merupakan satu asset yang mempunyai nilai
kemudahan berasaskan keupayaannya meraih pendapatan baik pada kadar
semasa ataupun untuk masa hadapannya. Mungkin juga asset itu
mempunyai sedikit tanggungan hutang ataupun lebih dari itu. Ia
mungkin mempunyai asset 'tangible' seperti bangunan ataupun
peralatan. Nilai sesuatu perniagaan yang sedang kerugian tentunya
diberi taraf nilai rendah berbanding satu perniagaan yang sedang
menyumbang kepada keuntungan. Selalunya amat sukar menjual satu
perniagaan yang dilanda kerugian dengan harga yang melebehi asset
'tangible' yang tidak terhalang (unencumbered tangible assets).
Namun, adalah penting untuk menjualnya pada kadar yang sedikit
rendah (bawah) daripada nilai penggantian asset itu.
Satu kongsisama dalam sesuatu perniagaan adalah dianggap sebagai
asset juga. Nilai sesuatu perkongsian itu boleh naik ataupun
menurun disebabkan factor persendirian juga, seperti kepakaran dan
keindividuan rakan kongsi yang lain. Adalah sukar selalunya untuk
menjual sesatu perniagaan yang dikongsisama itu kerana kekurangan
pasaran yang bersedia untuk menerimanya.
Sesuatu badan korporat awam sebagai perbandingannya, mempunyai asset
yang dibagi-bagi kepada beberapa bahagian yang seimbang dan semua
saham itu ditawarkan untuk diniagakan di bursa saham pada setiap hari
dagangan. Nilai saham itu beralon mengikut sentimen umum dan
mengikut persepsinya terhadap pendapatan masakini dan juga masa
hadapan yang boleh menjejaskan nilai dividen syarikat berkenaan. Di
sinilah kualiti pengurusan itu memainkan satu peranan yang besar.
Keupayaan untuk menaksir operasi perniagaan dan keadaan kewangannya
memainkan peranan yang penting dalam membuat pendirian samada
menjual ataupun membeli saham tersebut.
Di Bursa Saham Kuala Lumpur terdapat sekitar 700 syarikat awam
(sudah pun mencecah 1000 jenis saham apabila diambil kira semua bon
janji ataupun 'promissory notes' yang diniagakan - penterjemah) yang
menawarkan sahamnya untuk diniagakan setiap hari. Nilai saham
berubah-ubah. Buat masa ini nilainya mudah menurun setiap hari.
Ini adalah kesan berlakunya ketidak-seimbangan di antara pembeli
dengan penjual. Seandainya berlaku kewujudan penjual sahaja yang
tidak diimbangi oleh kewujudan para pembeli, ketika itu pasaran akan
menjunam coraknya. Apabila penjualan terhenti, corak pembelian
yang tertumpu hanya kepada segelintir saham tertentu menyebabkan
berlakunya perubahan mud (mood) kepada pasaran yang secara tiba-tiba
menjadi rancak aktibitinya. Para pembeli yang merupakan dana simpanan tempatan dan dana pencen
bergiat mengikut telunjuk dan pengaruh menteri kewangan. Menteri ini
mengenakan tiga jenis topi setiap hari. Apabila dia mengenakan
topi menteri kewangan dia mengawal tabung khazanah negara yang
sungguh kuat kuasanya itu. Apabila dia mengenakan topi bendahari
UMNO dia melaksanakan kerja-kerja mempertahankan kepentingan parti
yang sedang memerintah. Apabila dia mengenakan topi persendiriannya
sebagai seorang peniaga persendirian, dia melaksanakan tugas
mempertahankan kepentingan peribadinya.
Menteri kewangan yang ini memang mempunyai satu kumpulan rakan
niaga yang telah bergelumang dengannya selama ini. Apabila dia
mengenakan topi menteri kewangan dan mengarahkan wang yang banyak
dibayar kepada salah seorang rakan niaganya sudah tentu terserlah
kerja-kerja penyelewengan. Baru-baru ini dia telah mengarahkan agar
seorang rakan kongsinya diberikan wang yang banyak dalam skandal
menguasai saham dalam sebuah syarikat penerbangan. Harga bayaran
adalah dua kali ganda daripada harga pasaran. Alasannya ialah
syarikat penerbangan itu hampir muflis dan perlu diselamatkan. Dia
berpendirian bahawa harga yang tinggi itu diperlukan untuk menguasai
hak pengurusan dripada rakan niaganya itu, yang telah diberikan tugas
sebelum itu untuk menyelia kerugian pada kadar RM1 juta setiap
hari. Masalahnya sekarang dalam jawapan seperti ini ia gagal untuk
melepasi ujian logika. Sesuatu syarikat yang hampir muflis tidak
boleh menetapkan harga premium kepada sahamnya. Kerajaan Malaysia
sudah pun mempunyai saham kencana (emas) dalam syarikat penerbangan
itu yang memberikannya hak menguasai pengurusan secara berkesan.
Kerajaan boleh melakukan sesuatu mengikut seleranya tanpa sebarang
pengaruh pemegang saham yang lain. Di sini, nampak sangat menteri
kewangan ini berusaha untuk menyelamatkan dirinya dan juga rakan
kongsinya dalam satu usahaniaga yang sukar dan merugikan. Dia telah
menyalahgunakan jawatan yang diamanahkan kepadanya untuk memperkayakan
temboloknya lagi. Dalam satu urusan yang lain, menteri kewangan ini telah menyelia
peralihan dana daripada dana pencen yang di bawah bidang kuasanya
untuk menyelamatkan satu kumpulan bank yang menjamin kelahiran IPO
(saham awalan hari pertama) sebuah syarikat. Si penerima dana itu
ialah seorang lagi rakan kongsi perniagaannya. Menteri kewangan yang
sungguh haprak ini berlagak seolah-olah dia tidak ada kena-mengena
dengan proses faraid ini. Namun dia tidak boleh lari daripada
tanggungjawab ini kerana segala butir penjelasannya ternyata disaluti
kepalsuan belaka. Masyarakat awam telah ditawarkan saham itu,
tetapi apabila hanya 25 persen yang ditempah, pihak dana kewangan
diarahkan menerima hampir separuh saham itu dengan harga yang
tinggi kerana sengaja digelembongkan nilainya.
Di Malaysia memang wujud suasana sandiwara di mana kejujuran itu
dilakonkan. Segala lakonan itu semakin meloyakan sehinggakan ia
sengaja diperhatikan sahaja oleh media massa yang dikawal oleh
kerajaan. Rakyat marhaen membeli akhbar perdana itu semata-mata
untuk gelak ketawa kerana sudah manjal dengan segala bentuk komidi
yang diterbitkan setiap hari. Semua akhbar itu dicanang untuk
jualan kerana kebenarannya. Namun, rakyat marhaen memang arif apakah
rupa bentuk berita haprak seperti yang diedarkan oleh media
kerajaan itu. Para editor akhbar perdana itu kerap merungut secara
terbuka mengenai kelesuan mereka menangani pencerobohan pihak
kerajaan. Mereka merayu agar tidak dikenakan tekanan untuk
mengeluarkan berita yang separuh palsu itu dalam usaha untuk meraih
kembali sokongan para pembeli yang sudah lama berpaling tadah.
Sayang, usaha mereka sudah jauh terlambat. Segala sandiwara mereka
untuk melakonkan 'kejujuran' yang penuh kepalsuan sudah menggugat
segala saki-baki martabat yang ada.
Jumlah angka kematian yang terjadi dam insiden pergaduhan terbaru
tidak boleh dilapurkan dalam media perdana tanpa mencetuskan
keraguan rakyat marhaen. Masyarakat awam sedar betapa nama-nama
mangsa yang mati tidak pun diumumkan. Kerana itu berita angin
bertiup dengan kencangnya. Kerajaan bertindak dengan mengugut untuk
mendakwa sesiapa sahaja yang menyoal sebarang kenyataan yang
dikeluarkan oleh pihak polis. Hakikatnya polis sudah kehilangan
kredibiliti mereka. Jadi, apa lagi yang boleh diharap oleh rakyat
marhaen? Kegagalan melapurkan secebis kisah yang yang berkait rapat
dengan kehidupan rakyat marhaen di Malaysia sudah mencemarkan
kewibawaan media di negara ini. Seandainya trend in berterusan,
besar kemungkinannya akhbar perdana akan ketandusan perniagaan
kerana tidak berupaya meneruskan satu usaha penerbitan yang boleh
memberikan sedikit keuntungan. Apabila media yang boleh dipercayai oleh umum sudah tidak ada lagi,
ia merupakan satu bencana kepada keselamatan rakyat marhaen.
Beberapa hospital di Kuala Lumpur masih lagi menerima kes pesakit
yang diserang denggi (dengue), tetapi demam yang berbahaya ini tidak
pun diberi ruang untuk dilaporkan oleh akhbar kerana takutkan
jumlah pelancong yang berkurangan. Pihak akhbar tidak lagi memainkan
peranan untuk menyedarkan rakyat marhaen terhadap sesuatu peristiwa,
lantas ia menjadi penyumbang kepada kemudaratan hidup manusia. Akhbar
Malaysia tidak dibenarkan melaporkan taktik syarikat penerbangan
negara membuat penjimatan terhadap bahan bakar yang menjadi amalan
niaganya untuk beberapa lama. Para juruterbang telah membuat rungutan
mengenai amalan ini di tahap awalannya tetapi perkara ini terdedah
hanya apabila pihak penerbangan London mengenakan tindakan disiplin
terhadap kerja-kerja gila ini. Kejelekan amalan ini diselamatkan oleh
cuaca baik semasa penerbangan daripada meletup kepada satu tragedy.
Kalaulah media tempatan bebas menerbitkannya sudah tentu berita itu
sudah lama diketahui oleh para pembaca.
Setiap hari kita didedahkan kepada beberapa kes mahkamah yang
berlakon seolah-olah kes itu mengikut hukum perundangan negara.
Pendakwaan terhadap 29 pejuang Islam kini sedang tertangguh. Memang
jelas wujudnya pelbagai dalil yang bercanggah sehingga kes itu
menjadi satu kisah yang banyak masalah. Apa yang terlalu jelas
kepada para pemerhati ialah ketiadaan saksi di kalangan orang
kampung di situ. Dakwaan bahawa episod itu adalah satu lagi
sandiwara tajaan kerajaan, kini dipengapkan dengan ugutan tindakan
jenayah terhadap sesiapa yang berani bersuara lantang. Tetapi terlalu
banyak soalan yang mengharukan mengenainya yang masih tidak
terjawab, terutama sekali bagaimanakah terbunuhnya seorang anggota
askar dan seorang anggota polis yang berpengalaman.
Seorang peladang yang ditahan sebagai tebusan di Bukit Jenalik tidak
pun dibebaskan. Dia diperam di bawah kawalan polis selama sepuluh
hari sebaik sahaja episod itu reda. Dia mati secara mengejut
disebabkan sakit perut sebaik sahaja dia pulang ke rumah daripada
balai polis untuk sekejap sahaja, sebaik selesai makan tengah hari di
balai itu. Doktor bedah (pathologist) yang memeriksa mayatnya tidak
pun terjumpa sebarang keracunan dalam isi perutnya walaupun ada
kesangsian yang dia mati kerana diracun. Cara berita itu dikawal
pada waktu itu menimbulkan syak wasangka yang hanya dapat diredakan
kalau kesangsian itu dapat dinyahkan. Tetapi, unsur inilah yang amat
diperlukan sekarang ini. Kisah benar adalah tugas yang mesti dilaksanakan oleh seorang
wartawan yang pintar menyelidik. Tetapi, sikap kerajaan menganggap
seseorang wartawan yang mahu menyelidik itu sebagai seorang musuh
yang mencetuskan bahaya kepada pihak polis dan kerajaan membuatkan
perasaan jelek itu semakin membara persis longgokan kayu yang
turut dihuni oleh kumpulan tikus yang semakin membiak. Inilah yang
pernah didakwa oleh Anwar Ibrahim, yang kini sedang diperam untuk
berdiam dalam pemanjaraan bersendirian yang sungguh kejam. Sebaliknya
segala dakwaan itu sudah diperkukuhkan oleh beberapa kenyataan
daripada ahli Majlis Tertinggi Umno yang sudah semakin sedar
dengan bahaya situasi ini yang amat menakutkan.
Menteri Luar Malaysia baru-baru ini berucap di Geneva mengenai hak
asasi manusia dan pencabulannya di Malaysia. Dia berkata hak-hak
kemanusiaan ini terpaksa diubahsuai untuk menjaga stabiliti negara.
Tetapi itulah kenyataan dan pandangan setiap diktator di dunia ini.
Undang-undang draconian tidak dipinda, sehinggalah generasi yang
muda mengambil tempat untuk berkuasa, agaknya. Sementara itu para
wartawan yang ingin menyiasat terpaksa terjengah-jengah menyaksikan
lakonan mega kepada segala kejujuran itu.
-Harun Rashid- harunrashid@yqi.com Rencana Asal: Penetrating The Pretense Of Probity A residence, for example, has utility value because
it provides shelter and security. It may be sold or
rented for a consideration. The same is true of tools
and commercial property, which have value because
they are a means to generate income. Assets also have a personal value, often based on
sentiment, and may be valued far above any reasonable
market price. Sometimes personal assets are not for
sale at any price. For this reason there is no way
to evaluate unique personal assets which have
sentimental value for the seller. There is only the
decision to buy or sell when an offer is made.
An ongoing business is an asset which has utility
value based on its present and future earnings. It
may have few or many debts; it may have few or many
tangible assets such as buildings and equipment. The
value of a business that is losing money is less than
a business that is making money, and often it is
difficult to sell such a business for more than the
value of the unencumbered tangible assets. Even then
it may be necessary to sell at a price somewhat below
the replacement value of the assets. A partnership in a business is an asset. The value of
a partnership may be increased or decreased by personal
factors, such as the skill and personality of the other
partners. It is often difficult to sell a partnership
because there is no ready market. A public corporation, by contrast, has its assets
divided into equal parts, and these shares are offered
for sale every business day on the exchange. The value
fluctuates according to the general mood regarding
present and future earnings, which affect dividend
prospects. The quality of management plays a large
part. The ability to evaluate the operations of the
business, and its financial condition, plays an
important part in a decision to buy or sell.
In Malaysia there is a stock exchange. Shares in
about 700 public companies are offered each trading
day. The value of the shares fluctuates. At the moment
the valuation tends to drift lower each day. This is
the result of an imbalance between buyers and sellers.
On The buyers are local savings and retirement funds whose
investment activities are influenced by the minister of
finance. He wears three hats. When he wears the finance
minister's hat he controls the powerful public purse.
When he wears the Umno treasurer's hat he is protecting
the interests of the party in power. When he wears his
own persoanl hat as a private businessman he is
protecting his own interests. It is difficult to determine which hat he is wearing at
any given moment. In any modern country the situation
would be forbidden for conflict of interest. Malaysia
is not a modern country, and such behaviour is accepted
as a matter of course, even when it appears that he is
shoveling money from the public treasury into the Umno
treasury or his own pocket. In his personal affairs the finance minister has
partners of many years standing. When he wears the
finance minister's hat and directs that large sums be
paid to one of his partners there is an appearance of
impropriety. He recently paid (wearing the finance
minister's hat) to one partner an enormous sum for
a controlling interest in the national airline.
The price is over twice what the open market was
willing to pay. The excuse is that the airline is
failing and needs to be rescued. He says the high
price is necessary to wrest control from his partner,
who was supervising the loss of over RM1 million per day.
The problem with this answer is that it fails the
test of logic. A failing enterprise does not command
a premium price. The Malaysian government already
holds what is known as a golden share in the airline,
giving it effective management control. The government
can do as it likes without any consideration of the
shares. The finance minister thus looks to be
rescuing himself and his partner in a difficult and
losing proposition. He is using his position of trust
in order to enrich himself. In another recent transaction the finance minister
oversaw the transfer of money from a retirement fund
under his influence to rescue a consortium of banks
in the underwriting of an IPO. The direct recipient
of the funds is another long time business partner.
The finance minister pretends he is not a party to
this transaction, but he cannot escape responsibility,
as the explanation he offers is transparently false.
The public was offered the shares, but when only 25
percent could be placed, the fund secretly accepted
almost half of the shares, again at a grossly inflated
price. In Malaysia there is a pretense of probity. The pretense
becomes more shabby by the hour, as even the
government-controlled media now sees. The public only
buys government mouthpiece newspapers for laughs,
finding in them a form of comedy. The papers are
seriously sold as truth, but the public knows shoddy
goods, and the media is certainly peddling shoddy goods.
The editors have publicly announced their helplessness
to defy the heavy hand of the government. They plead
for release from half-truth and falsehood in the effort
to mend falling circulation. It is too late. The
pretense of probity has destroyed all media credibility.
The number of deaths in a recent incident cannot be
reported in the mainstream media without public
suspicion. The public notes that the names of the
dead are not announced. Rumours abound. The government
reacts by threatening prosecution of anyone who
questions the facts as presented by the police. The
police have no credibility. Nothing could generate
more public suspicion. The unwillingness to report
even the most minor fact of daily life in Malaysia
makes the media meaningless. If the trend continues
much longer the major presses will be idle, not able
to maintain a minimum press run for profitability.
The absence of a credible media is a hazard to public
safety. Kuala Lumpur hospitals continue to admit dengue
fever cases, but these are not reported for fear of
losing tourist business. People are not alerted to take
precaution by the press, which thus becomes a knowing
contributor to endangering lives. The Malaysian press
has not been allowed to acknowlege that the national
airline endangered public safety through its imprudent
fly-on-fumes practice for several years. The pilots
complained from the first, but only the strong
objections of London aviation authorities finally
put a stop to this insanity. The passengers were
blithely unaware. Only good weather prevented a tragedy.
A free press would print the story. Court cases every day reveal the policy of pretending
all is according to law. The prosecution of the well
publicised case of 29 Islamic martyrs has now rested,
and it is clear that there is sufficient conflicting
testimony to fatally damage the case. What is apparent
to observers is the absence of crucial testimony from
local witnesses. The allegations of a government-staged
event have again been stifled by threats of criminal
action. The many troubling questions surrounding the
event remain unanswered, including the deaths of a
young soldier and a veteran policeman.
A farmer held hostage on Bukit Jenalek was not released,
but kept in police custody for ten days after the
incident was over. He died mysteriously of stomach pains
shortly after leaving the police station for a short
visit home just after the lunch hour. The examining
pathologist found no cause of death. None. There is
suspicion of poisoning. The manner in which the news
was controlled at the time arouses suspicion which
only total candor can dispel. This candor is sadly
lacking. It is the investigating journalist who probes for
the facts. Because the investigative journalist is
treated as an enemy and a threat by the police and
the Malaysian government, the feeling grows stronger
each day that the entire woodpile is infested with
rats. This was the allegation of Anwar Ibrahim, who
has been silenced by incarceration in solitary
confinement. The allegation is further strengthened
by statements of Umno Supreme Council members who
have awakened to the seriousness of the situation.
The foreign minister of Malaysia has spoken this
week in Geneva of human rights violations in Malaysia.
He says these rights must be abridged in order to
maintain stability. The same argument has been made
by every despot. The oppressive laws are not amended,
at least until the new generation assumes political
power. In the meantime, investigative journalists
probe to penetrate the pretense at probity.
YOU CAN VASTLY MULTIPLY THE POWER OF THE INTERNET
Print an article and pass it on Write to Harun Rashid: harunrashid@yqi.com
The start URL of this page is http://home.yqi.com/harunrashid1/
|