Laman Webantu KM2A1: 4065 File Size: 21.7 Kb * |
TAG MT 66: Hingar-bangar Di Peringkat Bahagian By Sa'odah Elias 27/3/2001 10:08 am Tue |
TAG 066 [Pemilihan di peringkat bahagian Umno mempamirkan tema yang sama
- PEREBUTAN jawatan yang dipenuhi dengan peperangan. Patutlah ramai
terkorban wang dan jawatan sehingga bertahun-tahun berdendam. Kini
muncul pula nasihat agar orang lama dikekalkan walaupun sokongan
kepada Umno sudah semakin menghilang.
Demokrasi di dalam Umno sudah lama terpadam. Pertandingan sudah
menjadi peperangan. Buktinya dapat dibaca dengan membilang
wajah yang girang dan muka yang geram selepas pertandingan.
Mereka mungkin bersalam di tangan tetapi di hati jauh api dari
panggang... Sila juga membaca catatan Pak MT di penghujung rencana ini.
- Editor ] Kiriman: MGG Pillai
(All abuzz at the division level) Oleh Sa'odah Elias (The Star - Nation ms. 12, Isnin 26 Mach, 2001)
Tidak pun sampai seminggu lagi semua 165 bahagian UMNO akan bermesyuarat untuk
memilih ahli jawatankuasa baru. Dalam banyak hal ada pula yang akan memperakukan
kembali barisan kepimpinan yang ada untuk satu penggal lagi.
Ramalan kemendungan ekonomi tidak pun melemahkan pemegang jawatan yang sedia ada
dan para pencabar jawatan mereka itu daripada berbelanja sakan untuk meraih
sokongan. Gelagat ini diserlah oleh pelbagai aktibiti, yang mereka anjurkan ataupun
mereka taja tetapi dibuat dengan segala muslihat untuk menyungkup pembabitan
mereka yang mungkin dianggap melanggar peraturan kod etika parti.
Mereka yang bukan ahli parti mungkin tercengang-cengah memikirkan apa gahnya
semua itu tetapi kepada ramai yang di dalam parti, pengundian di peringkat
bahagian itu adalah tidak kurang pentingnya dengan pertarungan untuk kerusi di
majlis tertinggi parti. Ada pihak yang berpendapat bahawa pemilihan di peringkat bahagian adalah lebih
penting kerana ia memperakukan kekuatan seseorang pemimpin. Inilah yang
memperteguhkan keyakinan dalam UMNO betapa seseorang pemimpin itu tidak kiralah
apa jawatan dan pangkatnya dalam parti ataupun kerajaan, dilihat mempunyai
sokongan akar umbi kalau dia menjadi ketua bahagiannya.
Secara rasminya ramai pemimpin parti yang memperkecilkan sahaja anggapan ini.
Tetapi kalau dibandingkan senarai ahli majlis yang dipilih tahun lalu dengan senarai
pemimpin UMNO yang memegang jawatan dalam kerajaan sama ada di peringkat pusat
ataupun di peringkat negeri, memberikan gambaran betapa unsur-unsur ini merupakan
persepsi yang sudah diterima-pakai. Di kalangan 45 ahli majlis tertinggi UMNO, sebahagian besar mereka itu termasuklah
presiden parti Dr. Mahathir Mohamad, timbalannya Abdullah Ahmad Badawi dan dua
daripada tiga orang naib presiden parti adalah penyandang jawatan ketua bahagian
ataupun ketua pergerakan wanita ataupun ketua pemuda bahagian.
Begitu juga halnya dengan majoriti menteri, timbalan menteri, dan ahli exco negeri
daripada UMNO. Kalau ada pun antara mereka yang tidak memegang jawatan begini,
nama-nama mereka kini tersenarai sebagai pencabar kepada jawatan utama bahagian
mereka. Ada juga beberapa nama seperti Mohamad Nazri Aziz (Menteri Pembangunan
Usahawan) dan Dr. Shafiee Mohd Salleh (Timbalan Menteri Kewangan) yang tidak
tersenarai kerana mereka berjaya berunding dengan pemimpin lain dalam bahagian
masing-masing untuk mengelakkan suasana pertandingan.
Satu pengecualian berlaku apabila Dr. Yusuf Nor yang mempunyai kedudukan nombor
13 dalam majlis tertinggi parti mengikut jumlah undi yang diterimanya dulu
mengumumkan hasratnya untuk berundur. Beliau adalah penyandang jawatan ketua bahagian
Besut dan bekas ketua penerangan UMNO.
Dr. Mahathir pernah berkata bahawa bukanlah satu tradisi dalam UMNO untuk
pemimpin yang memegang jawatan dalam kerajaan mesti bertanding jawatan bahagian
parti. Presiden itu mungkin telah menuturkan satu fakta, tetapi hakikatnya semua
urusan UMNO selalunya ditepung-tawar oleh amalan yang sudah berakar-umbi. Salah
satu daripada amalan itu ialah menentukan agar setiap pemimpin itu bermula
daripada peringkat bahagian parti. Kalau ada pun segelintir insan yang memintas amalan ini mereka selalunya digelar
sebagai pemimpin paracut sahaja.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai golongan muda UMNO yang mula
mempersoalkan amalan-amalan yang mereka amati sebagai penghalang kepada peneguhan
parti. Ahli exco Pemuda UMNO Azimi Daim adalah di antara beberapa pemimpin muda
yang berpendapat tidak perlunya para pemimpin memegang pelbagai jawatan terutama
sekali jawatan yang membebankan tanggungjawabnya seperti jawatan seorang ketua
bahagian. Dia berpendapat tidak ada sebab untuk ahli majlis ataupun pemimpin
peringkat nasional yang sudah tegap dengan jawatannya tanpa memenangi jawatan di
peringkat bahagian untuk menukarkan sesuatu suasana dengan bertanding pada tahun
ini. "Berilah peluang kepada orang lain untuk menyerlahkan kualiti kepimpinan mereka,"
katanya. Tetapi, Azmi enggan menuturkan pendiriannya apabila ditonjolkan kisah
pemimpin nasional yang kini menjadi ketua bahagian dan cuba mempertahankan
jawatan mereka. Ada seorang ahli parlimen UMNO yang tidak mahu namanya disebut di sini, berpendapat
bahawa amalan itu adalah bercanggah dengan proses demokrasi dan menyerlahkan
politik naungan. Dia mencadangkan agar amalan ini dimansuhkan seandainya parti mahu
mengembalikan kegemilangannya. Ahli parlimen yang berusia sekitar empat puluhan
itu merupakan ahli parlimen yang baru dan merasa tersinggung apabila ada pemimpin
parti yang melaungkan usaha untuk mengelakkan pertandingan. Dia berpendapat
bahawa pertandingan terbuka adalah satu amalan politik yang sihat dan kalau betul
peraturannya boleh memperteguhkan parti.
Masalah yang menghantui UMNO sekarang ialah kebanyakan pemimpin di peringkat
tengah sama ada tidak memahami ataupun tidak menghormati semangat demokrasi. Itu
sebabnya apabila diadakan pertandingan, keputusannya berakhir dengan perpecahan.
"Memberi nasihat kepada ahli agar elakkan pertandingan bukanlah caranya untuk
menyelesaikan masalah ini. Itu adalah satu isyarat yang salah yang kini
semakin digunakan oleh penyandang jawatan untuk menepong tawar jawatan yang
dipegangnya sedangkan itu adalah amalan songsang dalam usaha meneguhkan parti," kata
beliau lagi. Dalam mempertahankan usaha megelakkan pertandingan itu, Ketua Wanita UMNO Rafidah
Aziz memberi nasihat agar usaha itu diterima dengan hati yang jujur. "Kita bukannya
menahan ahli-ahli mengamalkan hak mereka. Apa yang kita katakan ialah, kalau
tidak ada sebab yang munasabah, kenapakah dicabar penyandang jawatan itu? Tetapi
kalau ia tidak boleh dielakkan, eloklah berusaha untuk berunding dulu agar satu
bentuk kompromi dapat dipersetujui untuk mengelakkan pertandingan," kata beliau
lagi. Rafidah berkata bahawa demokrasi mesti ditafsirkan secara pragmatic. Pertandingan
dalam UMNO harus dilaksanakan selari dengan semangat perundingan dan persidangan.
'Jika tidak, kita akan menghadapi kumpulan 'maverics' (Rafidah lupa bahawa Raja
Maverik ialah presiden partinya sekarang - penterjemah) yang masuk campur semata-mata
untuk melaksanakan hak mereka ataupun manusia yang bertanding untuk suka-suka dan
cuba menguji popularity mereka.'
"Untuk kepentingan parti secara keseluruhannya apakah salah kalau kita ketepikan
hak ini?" Tanya beliau pula. Rafidah mengingatkan ahli-ahli bahawa menonjolkan kepentingan diri bukannya syarat
yang mantap untuk mencabar penyandang jawatan. Dia berpendapat, salah satu kelemahan
UMNO ialah kayu pengukur yang digunakan oleh akar umbi untuk menentukan
keberkesanan seseorang ketua pemimpin bahagian. Sepatutnya orang itu dinilai
berdasarkan rekod kerjayanya. Tetapi, kayu pengukur yang digunakan ialah dengan
menilai betapa berjayanya beliau mendapatkan peluang perniagaan ataupun projek
untuk para penyokongnya ataupun jumlah wang yang dibelanjakan untuk mereka.
Pendapat yang sama telah diungkit oleh seorang ahli parlimen yang mengaggapnya
sebagai 'kereputan dalam UMNO yang mesti dipotong-bedah sebelum ia memusnahkan UMNO
sama sekali.' "Itu sebabnya saya menganjurkan pertandingan bebas di semua tahap dan peringkat
dalam parti. Kalau kita biarkan majority memilihnya, tanpa meletakkan sebarang syarat
yang akan dicemar oleh mereka yang sudah lama berkuasa, saya tidak fikir kita
mampu melakukan yang lebih terburuk daripada yang berlaku masakini.
"Tetapi, UMNO mesti meluputkan syarat peratusan (%) untuk pencalonan yang
sebenarnya, amat bertentangan dengan amalan demokrasi. Apakah gunanya dikekalkan
semua itu sedangkan parti boleh menghapuskan halangan yang lain?" tanya beliau
pula. Di pihaknya pula, Azimi mempersoalkan ketua bahagian yang terlalu lama memegang
jawatan sehingga terlupa diri mereka. Ada yang sudah berpaut kepada jawatan
mereka itu lebih daripada 30 tahun, dan terus kekal kerana tipu muslihat dan
menekan sesiapa yang berbakat daripada menonjol ke atas. "Kalau kita lihat
pertandingan di peringkat bahagian saya tidak percaya ia akan mencetuskan huruhara.
Malahan, ia adalah satu aktiviti sehat untuk memperkenalkan muka-muka baru," katanya.
Namun, Azimi cepat menjelaskan betapa muka-muka baru tidak seharusnya bererti
muka-muka muda, tetapi mereka yang berdarah muda tidak kiralah umur mereka. Darah
muda inilah yang boleh membawa pandangan baru yang mampu mencampuri tradisi UMNO
yang sudah lama. Ahli Parlimen yang tidak mahu namanya diperkenalkan itu turut setuju dengan
pendapat Azmi. Dia menambah betapa sudah sampai masanya untuk parti menilai
semula kriteria untuk kepimpinan ataupun untuk menjadi calon pilihanraya umum
agar peluang seperti itu tidak lagi dimonopoli oleh pemimpin di peringkat
bahagian. Ahli Parlimen itu berkata, pucuk pimpinan mesti menyatakan dengan jelasnya kepada
ahli parti bahawa dalam pemilihan seseorang pemimpin itu, merit dan keupayaan
adalah faktor pilihan dan bukannya pengaruh yang ada padanya ke atas akar umbi.
Dr. Mahathir sudah menunjukkan betapa tradisi bukannya sesuatu amalan keramat
apabila dia memilih Dr. Khir Tooyo yang bukan memimpin mana-mana bahagian untuk
menjadi menteri besar Selangor, sambil mengenepikan ramai pemimpin yang lebih
berpengaruh lagi. Tidak ada satu pengahalang pun yang boleh menahan pucuk kepimpinan menggunakan
kaedah yang serupa apabila memilih pemimpin politik. Semua orang sedar bahwa dalam
UMNO corak pengundian adalah tertakluk kepada nasihat yang diberikan oleh pucuk
kepimpinan parti. "Saya percaya belum terlambat lagi untuk pucuk kepimpinan memberikan peraturan
yang jelas bagaimana caranya memilih pemimpin bahagian yang baik agar para perwakilan
dapat pedoman dan kebijaksanaan dan tidak tersungkit oleh kepentingan diri ataupun
termakan umpan habuan kewangan apabila mereka memangkah undi bulan depan," katanya.
Sebagai rumusannya, di sebalik semua cakap-cakap mengenai pengstrukturan, pemulihan
dan amalan demokrasi dalam UMNO, sebahagian besar ahli UMNO tidak akan ambil
pusing kalau hampir semua penyandang jawatan yang ada memenangi semula jawatan
mereka tanpa dicabar ataupun setelah dipilih semula.
Buat setakat ini hanya seorang penyandang jawatan, Ibrahim Ali daripada Pasir Mas
yang menang tanpa bertanding setelah semua 145 cawangan memilih beliau.
-Sa'odah Elias- Kita menterjemahkan artikel ini kerana mahu menyedarkan orang Melayu betapa sudah
bermulanya satu usaha untuk mencocok jarum ke dalam minda orang Melayu secara
halus sekali. Lihat, apa pula tulisan seterusnya mengenai pertandingan UMNO ini.
Namun, majoriti orang Melayu sudah tidak kisah lagi dengan aktibiti UMNO kerana
menyedari segala kelentongan yang menyelimuti keadaan cawangan yang hanya tinggal
beberapa kerat sahaja lagi. Artikel di atas dilihat sebagai menyuntik semangat gah
dan kebesaran yang seolah-olah masih wujud dalam pergerakan UMNO di peringkat
akar umbi, sedangkan keadaan sebenarnya adalah jauh panggang dari api. Dalam
keadaan begini pun masih ramai pemimpin yang takut bertanding secara terbuka.
-MT- Rencana Asal: The Star, 26 Mar 01, Nation, p12: ALL ABUZZ AT THE DIVISION LEVEL
Will the UMNO divisional polls next month point to changes
in the leadership and party rejuvenation? As SA'ODAH ELIAS
reports, some sceptics may think otherwise.
----------------------------------------------------------
IN LESS THAN a week, UMNO's 165 dvisions will hold meetings
to elect new office bearers and in some cases, to reaffirm
the existing line-ups for another term.
Even the gloomy predictions about the economy has not
distracted the incumbent division chiefs and hopefuls from
splurging to win support. This could be seen by the flurry of activities, hosted
or supported by them but disguised in many forms so as not
to run foul of the party's code of ethics.
Non-members may wonder what the brouhaha is all about
but for most in the party, the division elections are no
less important than the race for supreme council seats.
Some even argue that the division election is the most
crucial because it reaffirms the strength of a leader. This
gives credence to the belief in UMNO that a leader,
regardless of his other party or government positions, is
only accepted as having grass roots support if he heads a
division. Officially, many party leaders may pooh-pooh this
notion, but one only needs to look at the list of council
members elected last year and the existing UMNO leaders who
hold government posts, be it at federal or state level to
know that this is an accepted perception.
The majority of the council's 45 members, includingn
party president Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed, his deputy
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi andn two of its three
vice-presidents are either division heads or the division
heads of Wanita or UMNO youth. The same is also true of most of the ministers, deputy
ministers and state exco members from UMNO. As for those
who are not, their names are more likely to be found in the
current list of contenders for division's number one post,
although a few names, like Entrepreneur Development Minister
Datuk Mohamed Nazri Aziz and deputy finance minister Datuk
Dr Shafie Mohd Salleh may be missing from the list because
they are said to have successfully negotiated with other
leaderfs in their respective divisions to avoid contests.
The only exception is Datuk Dr Yusof Nor who is 13th in
the council according to the number of votes received. The
Besut division head and former UMNO information chief is the
only national level leader who has announced his intention
to make way for a newcomer. Dr Mahathir has said recently that it was a tradition
in UMNO that leaders who hold government posts must contest
for division posts. The president might have stated a fact, but the reality
is, all dealings in UMNO are always governed by established
practices, one of which is that a leader must start from the
division level. The few who bypas this practice are always referred to
as "parachute" leaders. In recent years, more and more younger members in UMNO
have started questioning the practice which they see as a
hindrance to the process of rejuvenating the party.
UMNO Youth exco member Azimi Daim is among scores of
young leaders who does not see the necessity for leaders to
hold multiple posts, especially if it also includes one that
carries heavy responsibility like division head.
He says there is no reason for council members or other
national level leaders who secured their posts without
winning divisional post to change the situation by
contesting this year. "Give others the chance to expose their leadership
qualities," he said. Understandably, Azimi is quite reluctant to state his
stand when it comes to national leaders who are currently
division leaders defending their posts.
One MP from UMNO, who wished to remain anonymous,
claimed that the practice is at odds with the democratic
process and smacks of political patronage, adding that this
should be totally eradicated if the party is to regain its
credibility. The 40-something first-term MP is especially irked by
the call made by the leadership to avoid contests, saying
that healthy contests, if properly regulated, would surely
strengthen the party. "The problem in UMNO is that, many mid-level leaders
either do not understand or do not respect the spirit of
democracy. That's why any contest almost always results in
a split. "Advising members to avoid contests is not the way to
address this problem. That is a wrong signal which is now
being used by many of the incumbents to justify their
actions, however foul, as trying to preserve party unity,"
he says. In defending the no-contest call, Wanita UMNO chief
Datuk Seri Rafidah Aziz says the advance must be accepted in
the right context. "We are not stopping members from exercising their
rights. What we are saying is, if there is no compelling
reasons, why challenge the incumbents? If it can be
avoided, then at least try to confer and negotiate so that a
compromise can be reached so that contests can be avoided,"
she explained. She said democracy must be translated pragmatically,
which in the context of UMNO, should be exercised in tandem
with the spirit of negotiations and conference.
"Otherwise we will have all kinds of mavericks joining
in the fray just for the sake of exercising their rights or
people who stand for frivolous reasons or just to test the
waters. This can't be good for UMNO." "If it is for the good of the party as a whole, what's
wrong if we waive this right?" she added.
She cautioned members that promoting their
self-interest was not a compelling enough reason to
challenge the incumbents. According to her, one of the ugly sides of UMNO is the
yardstick of many grassroots members to determine the
effectiveness of a division leader. Instead of judging him on his service track record, he
was usually evaluated on how successful he had been in
getting business opportunities or "projects" for his
supporters or how much money he could spend on them.
The same concern was also raised by the MP who calls it
the "rot in UMNO which must be amputated before it totally
destroys the party". "That is why I am an active proponent of free contest
at all levels of the party. If we let the majority choose,
without first putting any barrier that can be abused by
those who are already in power, I don't think we can do much
worse than what is happening today." "But first UMNO must abolish the nomination percentage
for prosepctive contendes which is incongruous with
democratic practices. Why maintain that when the party can
abolish all other barriers?" he argued.
On his party, Azimi took issue with division heads who
had overstayed their welcome. Some he said had been hanging
on to their pots for more than 30 years, remaining
entrenched by using dirty tactics and repressing any
promising member from rising up the ranks.
"In the context of the division election, I don't
believe that contests will create havoc. In fact, it is a
healthy exercise to introduce new faces," he said.
Azimi was, however, quick to point out that new faces
should not necessarily mean young faces, but new blood,
irrespective of age, who could bring a new perspective which
could be blended with established UMNO tradition.
The anonymous MP also concurred with Azimi, saying that
the time has come for the party to review its criteria for
leaders or candidates for the general election so that posts
would not be monopolised by division leaders.
He said the leadership must make it clear to members
that in choosing a leader, merit and ability would be the
governing factors and not his or her perceived influence at
grassroots level. "Dr Mahathir has shown that tradition is not sacred by
choosing Datuk Seri Dr Khir Toyo who is not even a division
head as the new Selangor mentri besar over many other more
influential leaders." "There is nothing that stops the leadership from using
the same approach when it comes to choosing political
leaders. Everyone knows that in UMNO, the voting pattern
almost always follows the advice from the top leaders.
"I believe it is still not too late for the leadership
to give clear guidelines on what to look for in a good
division leader so that delegates will be guided by wisdom
rather than self-interest or financial gains when they cast
their votes next month," he added. In the final analysis, despite all the talk about
restructuring, rejuvenating and democratisation in UMNO, the
majority of UMNO members may not even raise their eyebrows,
if most of the incumbents are returned unopposed or get
re-elected. To date, at least one incumbent, Datuk Ibrahim Ali of
Pasir Mas, has been returned unopposed after all 145
branches nominated him. |