Laman Webantu KM2A1: 4080 File Size: 17.9 Kb * |
Setelah Dimalukan Raja, Mahathir dan Umno Meraung Bagai Orang Gila By CDB 29/3/2001 12:09 am Thu |
[Isu amanat Hj Ab Hadi ditimbulkan kembali agar PAS tidak dapat
beroperasi lagi dengan label Islam kerana kununnya mencemar fatwa
bersyarat tempoh hari. Mahathir sendiri telah menuduh PAS menyeleweng
beberapa kali - dan kali ini dia begitu geram mahu PAS musnah sama sekali
dengan mengirim bom yang lama ini kerana termalu dipijak raja tempoh hari.
Namun begitu mungkin Umno sendiri yang menjadi mangsa pengeboman ini
kerana semua pintu sudahpun terkunci dan rakyat sudah tidak sebodoh
yang disangkanya itu lagi. Biarkan Mahathir menggila sendiri....
dan Umno hancur berkecai mati. Bagi saya, tiada sesuatu yang paling memalukan melainkan apabila sesuatu
yang telah kita hebohkan tetapi akhirnya tidak menjadi kenyataan. Ibarat
orang yang bertunang dan mencanangkan akan kahwin tak lama lagi, tetapi
tiba-tiba pertunangan itu dibatalkan atau tak menjadi, tentulah malu besar
terutama bagi pihak perempuan. Ini cuma suatu perumpamaan sahaja. Saya nak
mengaitkannya dengan 'kemaluan' besar yang diterima oleh Mahathir ekoran
niat jahatnya untuk mengharamkan penggunaan perkataan 'Islam' pada mana-mana
pertubuhan atau parti politik itu tidak kecapaian.
Untuk merealisasikan niat jahat kegembiraan Yahudi tuannya itu, Si Belukang
Darat Pembakar Jambatan telah diminta mengkaji pelbagai sudut dan ruang yang
ada dalam konteks yang mungkin diperbolehkan oleh undang-undang untuk
mencari jalan bagaimana perkataan 'Islam' pada parti PAS dapat dihapuskan.
Semenjak berakhirnya perhimpunan agung UMNo setahun lalu, Si Belukang Darat
tersebut berhempas pulas mahu menggembirakan tuannya dengan mencari pelbagai
helah dan dalil bagi mencapai niat jahatnya itu.
Akhirnya terjumpalah ruang untuk menggunakan Majlis Fatwa Kebangsaan melalui
Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu untuk mengkaji penggunaan perkataan
Islam tersebut. Malang seribu kali malang, raja-raja Melayu kini sudah
nampak sedikit kecerdikan mereka daripada berterusan diperbodohkan oleh Si
Mamak Tongkang tersebut, lalu para baginda yang bermesyuarat itu menolak
secara 'berhemah' permintaan UMNo dan pemimpin gilanya yang mahu
mengharamkan perkataan Islam itu. Barangkali inilah perbuatan gila yang
paling gila yang telah wujud dalam diri Mahathir setelah beliau gila
selepas memecat Dato' Seri Anwar Ibrahim lebih dua tahun lalu. Manakan
tidak, penjajah Inggeris yang telah menjajah negara ini beratus tahun pun
tidak pernah mengusik agama dan adat resam orang-orang Melayu, tiba-tiba
'penjajah paria' dari Benua Keling yang hanyut tongkang pecah itu berani
mencabar sensitiviti penganut Islam sendiri. Walhal isu 'Islam' teramat
sensitif bagi umat Islam dan orang sanggup mati demi mempertahankannya.
Mujurlah raja-raja Melayu bertindak bijak dan tidak terpedaya dengan politik
Yahudi ala Mahathir itu. Kalau tidak, mungkin bumi Malaysia hari ini sudah
dibanjiri darah dan kepala orang-orang UMNo barangkali banyak yang sudah
ditebas dan dilempar ke sungai oleh orang-orang Islam yang marah dengan
pengharaman tersebut. Mahathir bukan sahaja cuba bermain api, malah cuba
meletupkan 'bom nuklear' ke atas kepala umat Islam negara ini. Dalam soal
ini juga, saya ingin mengucapkan 'syabas' kepada Ketua Polis Negara kerana
berterusan membiarkan Mahathir mengeluarkan ucapan yang menghasut dan
menyentuh sentimen agama umat Islam, selain meniupkan api perkauman yang
merbahaya kepada kehidupan harmonis rakyat pelbagai kaum di negara ini.
'Keberanian' Norian membiarkan Mahathir bermaharajalela sebegitu akan
menambahtebalkan lagi 'kekebalan' yang dimiliki oleh Perdana Menteri yang
paling berkuasa di dunia itu. Inilah susahnya bila polis sudah tidak tahu
membezakan antara 'maruah dan kehormatan' dengan 'rasuah dan kebejatan'
dalam menjalankan tugasnya secara profesional.
Saya ingin berbalik kepada isu penolakan cadangan UMNo untuk mengharamkan
penggunaan perkataan Islam oleh Majlis Raja-Raja pada minggu lepas.
Penolakan tersebut telah mendatangkan malu yang bukan kepalang kepada
Mahathir kerana ianya telah memberikan kemenangan moral dan politik yang
amat besar kepada PAS. Dengan penolakan oleh Majlis Raja-Raja itu juga
telah mengesahkan kebenaran perjuangan PAS selama ini dan penerimaan
majoriti rakyat terhadap PAS semakin dapat diperkukuhkan dengan keputusan
Majlis Raja-Raja tersebut. Jelas kini bahawa Mahathir sudah keseorangan
dalam mengambil apa jua keputusan dan tindakannya. Majoriti rakyat sudah
menolak kepimpinannya, kini raja-raja Melayu pula telah menzahirkan wajah
mereka yang sebenar terhadap Mahathir. Masih belum sedarkah muka tebal yang
tak tahu malu itu? Merasa marah dan berang dengan penolakan raja-raja Melayu tersebut,
Mahathir kini berhelah lagi bagai si gila yang terlepas pasungan. Isu Amanat
Hj Hadi yang telah berkubur 20 tahun lalu digali semula dan dipukul gong
oleh media penjilat dan pengampu saban hari. Di waktu malam saluran-saluran
tv diarah supaya menemuramah si polan dan si polan manakala di siang hari
akhbar-akhbar pembelit di suruh menyiarkan kenyataan si anu dan si anu,
mengatakan Amanat Hj Hadi itu menyeleweng dari Islam. Rakyat majoriti
sebenarnya dah faham benar dengan kerenah si gila di Putrajaya itu. Dalam
dok merayu mendayu-dayu kepada PAS supaya berjumpa dengannya, namun dalam
masa yang sama meminta media menghentam PAS tanpa belas kasihan. Bagai nak
runtuh gunung dibuatnya menyerang PAS siang dan malam, seolah-olah PAS dan
Hj Hadi itu sudah terlebih sesat dari Kumpulan Hassan Anak Rimau dahulu.
Isu Amanat Hj Hadi sengaja dihidupkan kembali dengan penonjolan yang
luarbiasa semata-mata untuk mencari ruang dan peluang kalau-kalau PAS boleh
diharamkan, dengan bersandarkan kebenaran 'bersyarat' yang diberikan oleh
Majlis Raja-Raja minggu lepas. Macamlah rakyat Malaysia ni bengap sangat
sampaikan tak faham langsung penolakan berhemah Majlis Raja-Raja tersebut.
Lainlah dengan orang-orang UMNO yang sememangnya bengap dan bebal
mengalahkan ikan belukang pasir itu. Sebab itu apa juga yang diucapkan oleh
Mahathir dah jadi macam 'hadith' bagi mereka. Mahathir berkokok, maka
berkokok lah dua tiga ekor lagi ayam pondan di belakangnya. Inilah perangai
hodoh orang-orang UMNo. Bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut.
Bangangnya tak habis-habis. Kadang saya terfikir, bilalah orang UMNo ni nak
jadi cerdik sampaikan Mahathir kentut pun dikatanya Mahathir sendawa.
Menghidupkan kembali isu Amanat Hj Hadi itu sebenarnya menampakkan lagi
ketololan UMNO dan para pemimpinnya. Orang PAS kini sudah tiada lagi yang
menyebut soal 'amanat' tersebut. Tidak timbul sama sekali orang PAS
mengkafirkan UMNo. Bila orang UMNO sendiri yang bersungguh-sungguh berminat
dengan 'amanat' tersebut dan mahu PAS mengesahkan 'kekafiran' mereka (UMNo),
maka seolah-olah memang orang UMNo redha mahu menjadi kafir. Walhal dalam
Islam, jangankan menyebut mahu jadi kafir, terlintas dalam hati pun barang
dijauhkan Allah s.w.t. Orang PAS dah senyap tak menyebut pun soal
'kekafiran' UMNo itu, tetapi pemimpin UMNo sendirilah yang beriya-iya
meminta PAS 'mengkafirkan' mereka dengan menghidupkan kembali soal amanat
tersebut. Inilah bodohnya UMNO dan para pemimpinnya. Dahlah jahil murakab,
bebal pulak satu hal. Tak tahu nak bezakan soal politik dengan soal akidah.
Sepatutnya persoalan yang menyentuh akidah sebegitu tak perlulah
disebut-sebutkan lagi setelah ia dianggap selesai 20 tahun dahulu. Bila UMNo
meminta 'pengesahan' dari PAS berhubung isu kafir mengkafir itu, seolah-olah
UMNO bersetuju yang selama ini mereka sememangnya kafir (??). Kalau dah
setuju nak jadi 'kafir', terima ajelah, tak usah nak mintak orang lain pulak
mengesahkannya. Inilah perangai bodoh pemimpin UMNO yang susah nak difahami.
Apa yang saya nampak, perbuatan Mahathir menghidupkan semula isu Amanat Hj
Hadi itu semata-mata nak 'menutup' rasa malu dan berangnya terhadap
keputusan Majlis Raja-Raja menolak permintaannya supaya mengharamkan
penggunaan perkataan Islam pada PAS. Tak dapat tanduk, telinga dipulas.
Sebab itulah apa jua yang dirasakan boleh memberikan imej yang buruk dan
hodoh kepada PAS, akan dijadikan isu supaya rakyat dapat digambarkan dengan
gambaran yang negatif kepada PAS. Bagai si gila yang meraung-raung dalam
pasungan, Mahathir meminta media penjilatnya supaya memainkan isu Amanat Hj
Hadi supaya rakyat terus melupakan dosa-dosanya selama ini. Pengalihan
kepada isu-isu sensasi untuk mengaburi mata rakyat adalah fenomena biasa
yang gemar dilakukan oleh para diktator untuk terus mengekalkan sisa-sisa
kekuasaannya. Isu Kg Medan sebelum itu juga sebahagian daripada strategi
untuk melencongkan perhatian rakyat dari memberikan tumpuan terhadap
kedurjanaannya dalam apa jua perkara yang dianggap menyeleweng. Bukanlah
sesuatu yang pelik bagi manusia seperti Mahathir itu untuk terus melekakan
rakyat daripada memberikan tumpuan kepada kejahatannya dengan ciptaan dan
cetusan pelbagai isu gempar. Saya percaya isu Amanat Hj Hadi ini akan reda dalam seminggu dua lagi
setelah rakyat yang cerdik dan bijak tidak melayan telatah bodoh dan kurang
akal pemimpin-pemimpin UMNo itu. Biasalah kan, orang gila kalau dia meraung
dan meronta-ronta tu kalau kita tak layan akhirnya dia akan diam sendiri.
Bila penat berhentilah dia mengomelnya. Lainlah kalau kita nak jadi gila
sepertinya juga, patut jugalah kita melayannya. Kadang saya merasa kesian
bila melihat tv-tv UMNo menemuramah beberapa orang kampung yang 'berkarat
hijau' dengan UMNonya, bertanya tentang 'Amanat Hj Hadi' itu. Saya percaya
majoriti rakyat kita yang dah cerdik tak akan terpengaruh dengan beberapa
patah butir perkataan yang 'kurang jelas' yang diucapkan oleh pakcik dan
makcik di kampung-kampung itu. Apa yang saya perhatikan, orang kampung dia
orang akan merasa seronok kalau muka dapat masuk tv, satu negara akan kenal.
Bila jumpa sedara mara atau kawan-kawan, mereka akan diusik atau diacah
dengan puji-pujian. Jadi mereka rasa gembira kalau masuk tv. Sebab itulah
bila tv UMNo masuk kampung dan mahu menemubual mereka dengan isu yang mereka
sendiri tak tahu apa kebendanya, maka bukan main 'excited' lagi mereka
mengadap kamera tv. Bila pemberita UMNo bertanya pasal Amanat Hj Hadi ke apa
ke, maka mulalah merepek dan merapu pakcik dan makcik tersebut sebab gembira
muka akan masuk tv. Inilah kerja orang UMNo memperbodohkan orang kampung.
Kalau beginilah cara dan sikap UMNo dan Mahathir mahu mengajak PAS duduk
semeja atas nama perpaduan Melayu kununnya, baik terjun perigi buta lagi
baik daripada jumpa si Mamak Gila tu. Sudahlah gila, nak suruh orang lain
pun gila sama macam dirinya. Orang, kalau ikhlas nak berdamai atau
berbincang benda yang baik-baik, buatlah cara baik. Tunjukkanlah sikap dan
perangai yang baik. Berikan keyakinan dan harapan bahawa niat kita
sememangnya ikhlas dan baik. Tapi kalau tangan kanan dihulur tapi tangan
kiri memukul, ikhlas apa ke jadahnya namanya. Itulah saya kata, Mahathir tu
memang dah gila. Kalau tak gila babi pun, mungkin babi gila kut. Hari tu
masa Ustaz Fadzil pergi Mekah buat haji, sampai berdoa-doa si mangkuk ayun
tu minta Tuhan bukakkan pintu hati Ustaz Fadzil kat depan Kaabah supaya
bersetuju jumpa dengannya. Wahh, banyak cantik muka awak tu. Kulit leher dah
berkedut-kedut macam leher kerbau tua, ada hati pulak nak merayu-rayu kat
orang. Yang saya sakit hati tu, dalam masa duk merayu dan mengharap PAS
jumpa itulah disuruhnya surat khabar dia dan tv dia mengutuk dan menghentam
PAS. Ini kerja orang siuman kah ? Kepala bapak betul punya mamak sekor ni.
Dia ingat orang PAS ni jenis bodoh macam orang-orang UMNo jugakkah?
Ni hah, apa ke jadahnya dibangkitkan semula isu Amanat Hj Hadi nih kalau
bukan kerana dek termalu dengan penolakan raja-raja Melayu minggu lepas.
Dia ingat dengan mengembar-gemburkan isu amanat Hj Hadi tu rakyat semakin
membenci PAS ke? Opps. mintak maap ler Tuan Hj Mahathir Al Kutty ooii,
sangkaan awak tu meleset sama sekali. Sebaliknya dengan pendedahan meluas di
dalam media UMNo tu, akan semakin mempopularkan lagi PAS. Rakyat yang selama
ini tak tahu pun apa binatangnya Amanat Hj Hadi tu, kini mungkin sudah
berminat nak membaca dan mengkajinya. Bila dikajinya, mungkin akan
terserlahlah kebenaran kata-kata Hj Hadi di dalam apa yang dikatakan
'amanat' oleh puak-puak Umno tu. Budak yang 20 tahun dahulunya baru berumur 5 tahun dan tak tahu apa bendanya
Amanat Hj Hadi tu, kini bila media-media penjilat memainkannya semula,
budak tersebut dah pun berumur 25 tahun dan dah layak mengundi pun. Orang
yang kini dah berumur 25 tahun, 20 tahun dulu tak tahu pun kewujudan Amanat
Hj Hadi tu, tiba-tiba kini bila ada orang riuh rendah satu kampung bercakap
pasal amanat Hj Hadi, tentulah budak yang dah dewasa dan mampu berfikir
sendiri itu akan mengkaji apa ke bendanya amanat tu. Bila dia mengkaji dan
masuk dalam akalnya betul apa yang ada dalam amanat tersebut, kan dah jadi
satu kredit kepada PAS?. Haa, kan haru dibuatnya. Kalau UMNo tutup cerita
benda yang dah berkubur 20 tahun dulu, dah tentu budak yang sewaktu amanat
tersebut diucapkan baru berumur 5 tahun kini tidak akan menyedari
kewujudannya lagi setelah dia berumur 25 tahun. Macam lagu dan cerita P.
Ramlee lah. P.Ramlee dah meninggal dah lebih lama daripada 'kelahiran'
Amanat Hj Hadi itu. Tapi bila tv dan surat khabar asyik menayangkan cerita
dan berita tentang P. Ramlee, maka budak yang baru berumur 5 tahun pun dah
kenal dan minat dengan P. Ramlee. Jadi, kalau PAS semakin bertambah popular
dan diminati rakyat selepas ini, jangan salahkan PAS sebab yang tolong
mempopularkan PAS ialah UMNO sendiri. [Hehehhehehhehe! dalam dok benci,
sayang jugak UMNO kat PAS yerk ?]
Sebab itulah saya kata, pemimpin UMNo ni memang bodoh dan gila. Dalam dok
benci kat PAS dan mahu memaksakan kebencian itu ke dalam hati rakyat, tetapi
sebenarnya turut membantu mempopularkan PAS. Cuba mereka dok buat senyap dan
diam sahaja kat PAS, mungkin orang buat tak kisah sahaja. Anak-anak muda ni
kadang kalau sesuatu itu saban hari disogok dan disensasikan kepada mereka,
keinginan nak tahu itu tetap ada. Jadi, bila media penjilat UMNo saban hari
duk asyik menyiarkan isu Amanat Hj Hadi yang dah lapuk itu, mereka tentulah
akan 'excited' nak tahu apa bendanya amanat itu. Jadi, bila timbul keinginan
sedemikian, akan berlakukan konflik dalaman yang akhirnya akan membawa
mereka mendekati PAS. Inilah bodohnya Mahathir yang dipuja sangat oleh
taik-taik UMNo tu. Begitu jugaklah dengan isu Dato' Seri Anwar. Ni satu lagi kerja bodoh
Mahathir dan penjilat-penjilatnya. Yang hangpa duk menekan dan menindas
sangat kat Anwar tu hangpa ingat dapat meraih sokongan kat hangpa ka? Eh,
awat ler bengap sangat Cek Det sekoq ni. Orang Melayu ni dah jadi perangai
depa, kalau nampak orang lain kena lanyak teruk-teruk, depa bukan nak sokong
orang yang melanyak, tapi orang yang dilanyak itulah. Cara regim Mahathir
melayan Anwar sama sekali tidak akan menambah sokongan kepada UMNo dan BN,
tetapi akan semakin menjauhkan lagi rakyat terhadap parti reput itu. Saya
percaya kalau pemimpin UMNO bijak menangani Anwar, tahap kebencian rakyat
terhadap UMNo mungkin dapat dikendurkan. Semakin buruk layanan terhadap
Anwar sebenarnya semakin menjauhkan lagi sokongan rakyat terhadap UMNo. Tak
usah lah dicari formula apapun hatta dari hujung kaki langit pun, takkan
dapat meraih kembali sokongan terhadap UMNO selagi Anwar dilayan seperti
kucing kurap. Sebenarnya kunci kepada perpaduan dan perpecahan orang-orang Melayu kini
hanya terletak di bahu Anwar dan Mahathir . Kalau inginkan perpaduan,
bebaskanlah Anwar, nescaya bertautlah kembali orang-orang Melayu yang
kununnya dikatakan berpecah itu. Sebaliknya kalau inginkan perpecahan,
sokonglah Mahathir sampai dia mampus sebab selagi dia hidup orang-orang
Melayu sudah berpatah arang dengan UMNo. Sebab itu kalau UMNo nak supaya
orang Melayu terus membenci UMNo, layanlah Anwar dengan lebih teruk lagi,
nescaya orang-orang Melayu akan mencampakkan UMNo bersama dengan Presidennya
itu ke dalam tong taik. Inilah susahnya bagi UMNo di penghujung usia yang nazak ini berketuakan
seorang gila sebagai Presiden dan PMnya. Selepas satu isu, satu isu baru
diciptanya untuk memanjangkan hayat kekuasaannya. Hinggakan ?Amanat Hj Hadi?
yang dah berkubur 20 tahun pun digalinya semula. Sekali fikir kesian saya
dibuatnya Mahathir ni. Macam orang karam di lautan, terkapai-kapai nak capai
sesuatu untuk berpaut dari kelemasan, hatta kepala taik yang hanyut pun
dipegangnya semata-mata mengharapkan ianya boleh dijadikan objek menyambung
hayat. Inilah perbandingannya dengan apa yang sedang dan telah dibuat oleh
Mahathir kini. Selepas ini apa pula nak dibuat oleh orang tua gila ini?
Cucu Datuk Bahaman
|