Laman Webantu KM2A1: 4085 File Size: 19.2 Kb * |
Siri 10 MMM: B2 Kathelika Niramile By Marhain Tua 29/3/2001 8:17 pm Thu |
MMM 10 Bahagian 2/2 [Karyawan negara tidak berminat untuk mencatat sesuatu
untuk memartabatkan bangsa melayu walaupun ia begitu gemilang
satu waktu dulu. Sebaliknya cerita dongeng dan palsu (seperti
sekarang) menjadi pelaris saban waktu.
PM sendiri pula menulis bukan untuk menyedarkan orang melayu -
tetapi untuk menggambarkan betapa teruknya orang melayu agar
mudah di kenali pembaca sasarannya yang mahir bahasa inggeris
dulu. Maknanya dia menulis buku itu bukan untuk orang melayu.
Apabila menjadi PM, Mahathir melakukan tindakkan drastik untuk
meyakinkan semua bahawa dia memang boleh dipercayai dan ikhlas
membantu dan menyatukan melayu. Itulah punca dia menipu Anwar
untuk menyertai Umno dulu. Kali ini dia menaja isu bertemu
tetapi belum apa-apa keikhlasan parti PAS dan keADILan diragui
(walaupun di situ lebih ramai orang melayu beranak dan beribu).
Malah dia mempertikaikan keislaman PAS pula di saat ingin bertemu.
Pendeknya Mahathir tidak punya masa untuk berkasih dan bersayang
melainkan untuk sang kroni sehingga dia sanggup terbang malam
dan siang. Tetapi dia menghilang bila tercetus pergaduhan dan
tidak memijakkan kaki pun ke Kg hina Kg Medan. Sebaliknya dia
ke Kg mulia Sg Mulia Gombak pula untuk menonjol kesian. Inilah
penghormatan sebenar Mahathir buat penduduk setinggan Kg Medan!
- Editor] Catatan Sejarah Melayu Yang Pincang
Kegelisahan rakyat Malaysia masakini berpunca
daripada ketegangan hidup yang berlaku sejak
empat tahun yang lalu. Mahathir dan semua pemimpin
Barisan Nasional sebenarnya sedang menghadapi
segala kesan-kesan penyalahgunaan kuasa yang mereka
laksanakan sebagai pemimpin negara dan juga
pemimpin parti-parti komponen Barisna Nasional.
Kesan penyalahgunaan kuasa mereka ini boleh
dilihat di mana-mana kerana semuanya sudah
menjadi catatan sejarah yang tidak boleh mereka
ubah. Adalah satu kesalahan yang besar kalau
Mahathir mahu terus berbohong menyalahkan orang
lain kalau ekonomi negara merudum dengan teruknya
kali ini kerana walaupun ekonomi negara memang
sedang turun, banyak negara lain di negara ini
sedang hidup tenteram sambil mempunyai kemampuan
menangani cabaran pergolakan ekonomi dunia.
Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya raya
dengan hasil buminya dan sepatutnya mempunyai
banyak wang simpanan hasil daripada keluaran
minyak yang bermutu tinggi dan gas asli yang
melambak banyaknya sepatutnya tidak menerima
tekanan daripanda pergolakan yang terbaru ini.
Sejarah juga menunjukkan kemerdekaan Malaya dan
kemudiannya Malaysia adalah berputik daripada
perjuangan orang Melayu dalam mengharungi segala
peristiwa getir mempertahankan negara ini dengan
darah dan jiwa mereka. Walaupun kini orang-oang
UMNO dan juga pemimpin politik BN kerap mendabik
dada mengungkit perjuangan UMNO dalam
merundingkan kemerdekaan, British telah bersetuju
memberikan kemerdekaan itu berdasarkan perjuangan
askar Melayu dalam Perang Dunia Kedua dan cara
askar dan anggota polis Melayu yang bertugas di
Singapura yang melanggar arahan pegawai British
ketika tercetusnya 'episod Natrah' (sila baca
The Nadra Tragedy - The Maria Hertogh Controversy
oleh Haja Maideen). Dua peristiwa besar ini
mengajar British betapa orang Melayu adalah satu
bangsa yang lemah lembut, penyabar dan taat setia
HANYA selagi maruah mereka tidak tercabar.
Terdapat banyak nilai-nilai murni dalam tamaddun
orang Melayu itu yang ditulis dan digambarkan oleh
banyak pencatat sejarah bangsa asing. Cuma, sejak
kita mencapai kemerdekaan sehingga kini, belum ada
lagi catatan cendikiawan bangsa Melayu yang mahu
menyingkap tulisan sejarah ini untuk menyedarkan
bangsanya. Sehingga hari ini orang Melayu pada
keseluruhannya mengetahui sejarah bangsanya dan
kegemilangan nenek moyangnya melalui tulisan yang
lebih banyak dihasilkan oleh orang bukan Melayu
daripada oleh bangsanya sendiri.
Oleh kerana orang Melayu tidak ada satu pemimpin
yang berkelas negarawan yang berkuasa dan menjadi
pemimpin unggul UMNO sejak kematian Tun Abdul
Razak dan Tun Ismail, makanya bangsa melayu itu
kini berada dalam satu keadaan terumbang-ambing
kerana mindanya yang telah terpusing. Keadaan ini
menjadi semakin ketara sejak lima belas tahun
yang lalu, kerana ketika itulah Mahahtir sudah
berani merancang untuk berbelanja besar menggunakan
segala khazanah negara untuk memenuhi nafsu
kerakusannya. Salah satu usaha mengabui minda orang Melayu
sekarang ini ialah tulisan-tulisan dan rencana TV
dan radio mengenai kejayaan Mahathir dalam
membangunkan negara. Tetapi, kebanyakan artikel dan
rencana itu seolah-olah lupa akan catatan
sejarah. Sebagai perbandingan saya turunkan satu
catatan diari seorang wartawn mengenai penglibatan
Mahathir (dan tibalannya Musa Hitam) sebaik
sahaja mereka menubuhkan kabinet baru:
Mahathir Dulu Dan Mahathir Sekarang
Catatan K. Das itu menunjukkan betapa dalam masa
empat bulan selepas memegang kuasa banyak
perkara yang tegas dirancang oleh Mahathir untuk
meyakinkan rakyat marhaen betapa dia boleh
dipercayai untuk membawa Malaysia menjadi satu
negara yang kaya raya. Orang Melayu pun ketika
itu menjadi bersemangat untuk memberikan kesetiaan
kepadanya tanpa berbelah bagi. Sayang, Mahathir
mudah lupakan sejarah. Dalam masa empat bulan
dia merancang dan melaksanakan pelbagai usaha
untuk menunjukkan ketokohannya seolah-olah dialah
orangnya yang akan memperkayakan Malaysia. Semua
itu berkecai akhirnya. Sejarah menunjukkan kini, Mahathir telah meludah
ke langit dan sedang menampung mukanya untuk
menadah segala ludah yang dilontarkannya dulu.
Dia ternyata telah mungkir janji dan hanya
mementingkan dirinya dan tembolok anak-anaknya.
Segala kerja-kerja molek-molek yang dirancangnya
jatuh terperusuk kerana kegagalan. Dia cuba menakutkan rakyat Malaysia kerana mahu
terus berkuasa seolah-olah hanya dia yang boleh
menyatu-padukan rakyat Malaysia. Tetapi, kalau di
ladang-ladang dulu di mana orang India lebih
ramai daripada orang Melayu, bagaimanakah mereka
boleh hidup aman damai. Sebaliknya, bagaimanakah di
perkampungan setinggan orang India boleh
mencetuskan huru hara? Sejak bilakah rakyat
Malaysia menggunakan bom molotov menghancurkan harta
benda? Mahathir cuba meraih sokongan orang Melayu dengan
memburukkan PAS dan kini melancarkan kempen 'Amanat
Hadi' sebagai satu alat tipu muslihatnya. Tetapi,
apakah orang Melayu menganggap 'Amanat Hadi' itu
sebagai menyelewengkan aqidah mereka? Jawapannya
tidak, dan kini masyarakat Melayu berbangga kerana
Pas menangguhkan persidangan perpaduan Melayu itu.
Sepatutnya PAS membatalkannya sahaja kerana kalau
UMNO terus mempertikaikan PAS dan keislamannya,
eloklah PAS menjauhkan diri daripada UMNO.
Biarlah orang Melayu itu menjadi hakim yang
sebenar untuk menilai siapakah yang lebih layak
memimpin orang Melayu: UMNO ataupun PAS.
Usaha Terakhir Mahathir Untuk Terus berkuasa
Mahathir sudah tersepit. Kini, dia menambahkan
belanjawan negara kerana mahu menyuntik aktibiti
rakyat berbelanja sebagai satu pakej rangsang
ekonomi. Inilah 'langkah mengekang kesan
kelembapan ekonomi AS'. Bukankah pelik dan bodohnya
kelentongan itu. Hanya beberapa bulan yang lalu
Mahathir dan Daim mengatakan ekonomi negara
sudah pulih. Sejak itu, Rafidah Aziz telah
mengelilingi dunia untuk mengajak pelabur luar
datang melabur. Di waktu yang sama kita sudah
melihat pengisytiharaan Putrajaya dan Ekonomi negara ini lembap kerana salah urusan.
Mahathir dan Daim adalah bertanggung jawab dengan
masalah ini. Terlalu banyak kelentongan dan
terlalu kerap menipu dan menyamun harta rakyat
marhaen yan g menyebabkan ekonomi merudum. Adakah
rakyat marhaen melihatkan sebarang rancangan
Mahathir membela nasib dan kehidupan golongan yang
menderita? Mahathir, Daim dan Rafidah harus baca
segala maklumat mengenai Grameen Bank yang
ditubuhkan di Bangladesh pada tahun 1976 dan mampu
menaikkan taraf hidup rakyat miskin. Inilah sebuah
bank yang memberikan pinjaman kepada rakyat marhaen
tanpa cagaran dan sehingga kini tidak ada
seorang pun peminjam yang engkar membayar
hutang mereka. Insya Allah kita akan terjemahkan
semua artikel mengenai Grameen bank ini.
[Sila Rujuk Rencana KM2: Perihal Grameen Bank - Editor ]
Tajuk ini datangnya daripada tiga perkataan
Tamil: Kathalike (Kasih-saying), Niram (masa) dan
illei (tiada) bererti 'Tidak ada masa untuk
berkasih sayang.' Inilah episod sebenar sepanjang
pemerintahan Mahathir yang dibantu oeh Daim dan
Rafidah Aziz dan disokong oleh hampir semua
pemimpin UMNO dan BN. Mereka lupa akan
keperluan rakyat marhaen sehinggakan terwujudnya
beberapa perkampungan seinggan di dalam kawasan
bandaraya Kuala Lumpur. Contoh yang terbaik ialah
satu perkampungan setinggan yang berada di Jalan
Tun Sambanthan 4. Apa yang berlaku di Kampung Medan adalah satu
catatan sejarah betapa negara ini sudah diputarkan
mindanya oleh system raksasa yang rakus yang kini
sudah turut menghantui Mahathir dan para pemimpin
UMNO dan BN. Mereka sudah terjebak dalam
perangkap yang dipasang oleh keadaan yang mereka
rencana sendiri. Kampung Medan dan keadaannya ada di mana-mana.
Luas kawasan Kampung Medan hanya sekitar 2,500
Hektar sahaja. Tetapi sebagai perbandingannya,
Selangor telah membina e-Village untuk kemudahan
Bollywood seluas 4,800 hektar. Mahathir telah
membelanjakan lebih RM 2 bilion di situ. Siapakah
yang menikmati projek itu? Oleh kerana akhbar perdana disekat untuk
menulis kenyataan yang benar mengenai episod Kg.
Medan, rakyat menjadi keliru dan berfikiran
mencelaru. Setiap hari ada berita pergaduhan,
tetapi apbila ditanya pembawa berita apakah dia
melihat pergaduhan itu dengan matanya sendiri,
jawapannya TIDAK. Di Kg. Medan pada malam hari
masih terdengar siren (semboyan) polis kerana
ambulan hospital tidak berani masuk ke tempat
itu. Tetapi, semboyan seperti itu boleh
dijadualkan. Oleh sebab segala sekatan inilah makanya kini
timbul pelbagai teori mengenai Episod Kampung
Medan. Memang tidak dinafikan bahawa sudah berlaku
pergaduhan di Kampung Medan disebabkan orang
mabuk yang berani kerana botol yang ditogok.
Tetapi, itu adalah keadaan normal yang boleh
berlaku di mana-mana. Ada satu teori mengatakan
bahawa episod Kampung Medan adalah satu
perangkap yang dipasang untuk Paklah. Musa Hitam
disingkirkan kerana tidak bijak menangani kes
Ibrahim Libya di Memali. Apakah besar
kemungkinan Kg. Medan dijadikan satu bahan untuk
memerangkap Paklah kerana 'tidak cekap' mengani
masalah melibatkan ketenteraman awam?
Ketika ekonomi negara merudum dulu, semua negara
jiran dalam Asean turut merudum sama, malahan
lebih teruk lagi. Kini, Filipina sedang naik
rancak dan Thailand sudah semakin terkenal sebagai
negara yang mampu bangkit daripada ekonomi yang
paling teruk di Asian. Seluruh dunia sudah
mengiktiraf Thailand kini sebagai sebuah negara
yang memberikan khidmat perubatan yang paling
termurah di dunia. Kos rawatan di Thailand kini
hanya merupakan 50 persen lebih murah daripada
kos di Singapura dan hanya 10 persen daripada
kos di Amerika Syarikat. Jumlah pencong di
Thailand berlipat kali ganda tanpa perlu
memperomosikan 'The Whole of Thailand Is For Sale'
ataupun mewujudkan satu litar F-1 ataupun satu
lapangan terbang yang tercanggih di dunia. Malahan,
perdana menteri Thailand dan isteri mereka (sudah
banyak kali bertukar sejak 20 tahun dulu lagi)
bukan pun berkelulusan kedoktoran dan perubatan.
Mana satu yang betul dan sampai bila orang
Malaysia mesti diugut dan bersabar kerana kerakusan
segelintir Melayu yang tidak sedarkan diri?
...tamat... |