Laman Webantu KM2A1: 4105 File Size: 27.9 Kb * |
TAG MT 68: Akal Budi, Komando dan Tanggungan Awam By Harun Rashid 31/3/2001 11:09 pm Sat |
TAG 067 [Tiga topik berlainan dibincangkan oleh sdr Harun kali ini, tetapi
ada sesuatu yang menggabungkan kesemuanya sekali. Satu pihak yang
teraniaya asyik menjadi mangsa tetapi pihak yang menekan dibiarkan
pula. Seperti biasa kisah benar cuba ditutup serapinya namun ia
tetap akan menjelma jua. Masa akan menentukan segalanya.
- Editor] Akal Budi, Komando dan Tanggungan Awam
(Common Sense, Commandos And Civil Liability)
Oleh: Harun Rashid Cakap-cakap perdana menteri membayangkan dia lebih ghairah melihatkan
harga purata saham di paras lebih tinggi dari harga pasaran semasa,
seolah-olah dia adalah 'seekor lembu sindi' yang, mengikut istilah
pasaran saham, bererti dia berupaya membeli sakan. Inilah yang
mencetuskan kerunsingan di kalangan pelabur Malaysia kerana mempunyai
seorang perdana menteri yang bermain besar-besaran. Memanglah bukan
satu kesalahan jenayah untuk bermain besaran di pasaran saham. Soalnya
perdana menteri menggunakan wang rakyat untuk bermain saham. Inilah
dana pencen dan segala simpanan persendirian rakyat marhaen. Memang
amat mudah menggunakan wang yang banyak untuk bermain, dengan menggunakan
wang orang lain. Semalam, ketua bank negara sudah pun membuat pengumuman mengenai lapuran
tahunan tahun sudah, sambil memberikan gambaran yang molok-molok akan
masa depan yang cerah. Tetapi, usaha itu gagal segagalnya.
Apa yang ditonjolkan ialah cadangan mengawal inflasi dengan menggunakan
piawaian konsep bekalan dan kehendak. Tidak pula disebut perkara yang
berkaitan dengan kenaikan gaji pegawai kerajaan, harga tol, petrol,
tambang bas dan kesan semua ini terhadap konsumer biasa. Bertambahnya
secara mendadak surat janji perbendaharaan seperti T-Bills (dulu cuma
setakat RM300 juta kini sudah melonjak melebehi RM 7 bilion) tidak
pula disentuh. Begitu juga halnya dengan KWSP dan dana tempatan yang
lain yang digunakan untuk menyerap segala hutang negara yang
bertimbun-timbun. Jadual pembayaran hutang negara sekitar 16% daripada KKN dianggap
rendah, tanpa mengambil kira jumlah keseluruhan hutang negara yang
semakin parah. Apabila kadar inflasi diatur secara rasminya agar
berada di tahap rendah, kadar faedah kepada pinjaman menjadi rendah
juga. Kerana itu kos perkhidmatan melunaskan hutang negara turut
menjadi rendah. Inilah yang menghenyak semua dana itu kerana akan
menerima faedah yang rendah. Sekaligus rakyat yang menabung pun akan
menerima kadar dividen yang rendah juga. Rahsia muslihat ini
terletak kepada penggunaan kadar inflasi yang rendah mengikut
perkiraan rasmi. Nampaknya para pegawai di jabatan statistik tidak
berupaya menukarnya lagi. Lapuran tahunan itu tidak memberikan jumlah sebenar yang membabitkan
pembayaran hutang negara, hanya setakat memberikan peratusan kepada
KKN sahaja. Ramai yang menganggap taktik ini sebagai tidak telus,
kerana kadar tahunan hutang negara dibayar daripada pendapatan
tahunan kerajaan pusat. Kalau berdasarkan beban hutang yang ada tentu
sekali keadaan sebenar lebih mencurigakan daripada setakat
pengistiharaan 'cuma 16% KKN' sahaja. Keseluruhan dokumen itu
menggunakan stail akrobatik yang sama untuk mengelirukan.
Satu rancangan baru untuk meransang ekonomi negara dan menampan
kemerosotan ekonomi Amerika telah diumumkan dengan penuh gah dan suasana
ceria. Rancangan ini mengsyorkan agar pendapatan negara dibelanjakan
tanpa hadnya. Tetapi rakyat marhaen, baik yang berkhidmat di sektor
awam ataupun swasta yang membayar cukai dan lesen tidakpun merasakan
apa-apa. Mereka sedar betapa Malaysia semakin terjerat di lubuk
hutang yang dalam. Semua ini difikirkan selepas mengambil kira
pembayaran faedah kepada jumlah hutang awam yang semakin mendapat
penelitian ramai. Lapuran tahunan itu menyebut perihal kecairan yang mudah dicapai
sambil menyentuh dana yang dikatakan berada di mana-mana menunggu masa
untuk dipinjam dan dibelanjakan. Namun, keadaan mencungap untuk
mendapatkan pinjaman luar sudah semakin ketara. Satu pinjaman bernilai
US1 bilion yang amat diperlukan sedang diusahakan secara tergesa-gesa.
Kita diberitahu betapa kadar penetapan matawang adalah satu amalan
yang baik kerana sistem itu sedang berjalan dengan baik dan akan
terus dilanjutkan. Tetapi, nilai ringgit itu adalah mengikut selera
yang diingini oleh seseorang dan bukannya berdasarkan apa yang
ditentukan oleh kerajaan. Ringgit itu hanya sah diperlakukan di
Malaysia dan ia tidak boleh dibawa keluar negara. Ia tidak laku di
tempat lain dan kuasa beliannya sudah semakin menurun.
Para pelancong menggunakan ringgit seperti juga mereka yang mahu
membeli barangan Malaysia. Inilah punca utama wang asing yang semakin
berkurangan sekarang ini. Bank Negara terpaksa merencana sesuatu untuk
mendapatkan bekalan wang asing lagi. Pada tahap awalannya ia
terpaksa dilaksanakan dengan bergantung harap kepada kehendak tempatan.
Tetapi, di pasaran tempatan bukannya ada sumber wang asing. Kerana
itu keselamatan ekonomi Malaysia terpaksa bergantung kepada
pertunjukan kupu-kupu, ekspo perdagangan dan perlumbaan kereta lumba
untuk memancing pelancung asing yang membawa masuk matawang negara
mereka dan membeli matawang tempatan pada kadar pertukaran yang
ditetapkan. Semua syarikat yang dikuasai oleh kerajaan adalah merupakan komponen
penting dalam ekonomi nasional negara. Mereka terbabit dalam
perdagangan seperti juga para konsumer yang berdagang dengan barangan
mereka. Tentunya keuntungan menjadi sasaran mereka sambil bersaing
dengan syarikat biasa; sedangkan syarikat biasa itu tidak mempunyai
kemudahan ditaja oleh kerajaan. Ini bukannya satu saingan yang sehat
kerana tidak ada sebarang deraan kalau berlaku salah urusan dan
penipuan dalam perusahaan yang ditaja oleh kerajaan itu. Seorang
peniaga yang jujur tidak mampu meraih sedikit peluang yang baik
dalam pasaran yang tidak sehat itu. Lebih-lebih lagi kalau keadaan
perniagaan dikuasai oleh pasukan yang ditaja oleh perdana menteri.
Para pengunjung lakonan pentas mudah faham apabila sesuatu babak itu
berakhir maka tamatlah ilusi yang dilakonkan di pentas itu. Kini,
babak kepada lakonan yang penuh kepalsuan itu sudah pun berakhir.
Tirai pentas sudah pun diturunkan untuk menutup segala kejijikan yang
ada. Pihak pentadbiran telah mengumumkan satu keputusan untuk mengubahsuai
satu markas komando di utara. Satu perbelanjaan yang besar telah
diperuntukkan mengubahsuai markas tentera itu agar menjadi satu
kelab bersantai yang dikhaskan kepada komando yang sudah pun bersara.
Di Malaysia, para komando adalah satu unit gerak khas di antara
tentera biasa yang digunakan oleh para panglima tentera laksana
unit gerak khas pasukan polis negara. Pada 7 April nanti, sudah
dijadualkan satu perjumpaan dengan perdana menteri. Kalau kadet polis
boleh diarahkan agar mengikuti arahan parti yang sedang berkuasa,
perdana menteri dijangka memberi ingatan kepada para komando itu
betapa taat setia mereka adalah kepada kerajaan, yang bermakna kepada
beliau juga. Ada dua anggota bekas komando yang tidak akan hadir. Sebaik
sahaja menerima jemputan itu, Raja Kamaruddin telah memberitahu
semua rakan-rakannya betapa dia tidak akan hadir. Dia mengulang
kembali sikapnya ketika memberi keterangan dalam kes pengadilan Anwar
Ibrahim dulu. Ketika itu dia memberitahu Hakim segala butir
konspirasi yang memusnahkan kerjaya Anwar Ibrahim. Dia juga telah
menjelaskan peranan utamanya dan juga pembabitan menteri kewangan dan
ramai lagi pegawai atasan di pihak pentadbiran negara. Hakim telah
memperlekehkan segala perakuan beliau, mungkin kerana lebih rela akur
kepada kehendak nafsu-nafsi penghuni agong di Putrajaya.
Seorang lagi komando yang tidak akan hadir ialah Matthew yang juga
dikenali dengan nama Medan, seorang pemuda kelahiran Sarawak. Beliau
mati terkorban ketika berkhidmat kepada negaranya di medan pertempuran
Bukit Jenalik. Pihak media melapurkan betapa dia telah diseksa dan
kakinya telah dibaham oleh tembakan peluru. Pada hari pengadilan, satu
kenyataan telah dibaca mengatakan Medan telah ditembak di bahagian
belakang. Malangnya, saksi yang membuat kenyataan itu, Jaafar Putih,
telah turut mati juga, setelah dia meraung kerana kesakitan perutnya
sebaik sahaja keluar (selepas makan) daripada balai polis Lenggong.
Dia keluar itu selepas diperam selama sepuluh hari setelah dibebaskan
daripada kes penculikan (Al Maunah - penterjemah). Kenyataannya itu
dirakamkan bertepatan dengan waktunya. Keadaan yang menyebabkan
kematian Jaafar Putih itu adalah satu misteri yang sama peliknya
dengan kematian komando Medan. Seorang pegawai khas (SB) polis yang telah ditahan selama empat hari
sebagai tebusan yang terikat di sebatang pokok durian, bernasib baik
tidak diapa-apakan. Pada mulanya dia berkata tidak melihat apa-apa.
Kemudian dia mengaku pula mampu melihat keadaan sekelilingnya yang
menyeluruh kawasan berbukit-bukau sehinggalah bahagian gaung di mana dia
telah melihat sesaorang yang telah ditembak. Apabila dibenarkan keluar
di sebelah petang, dia gagal menyebut betapa dua orang yang hilang
itu telah ditanam beberapa kaki jaraknya daripada tempat dia diikat.
Dia telah dianugerahkan pangkat kerana keberaniannya. Kubur si mati
telah dijumpai secara tidak sengaja oleh seorang polis di waktu gelap
di malam hari. Polis itu juga telah terjumpa senapang raifel yang
telah tidak dapat dikesan oleh satu rejimen askar yang mencarinya di
siang hari. Yang lebih pelik lagi, di kemah bertahan yang dihuni oleh
satu pasukan pengamal agama yang kuat pegangannya, tidak ada terjumpa
sebarang tikar sembahyang, kain sarong dan juga songkok. (Di malam
hari mereka memasang unggun api untuk bersalai sedangkan kawasan
sekeliling dikepung oleh ribuan tentera kerajaan - penterjemah).
Tidak lama kemudian, satu majlis khas telah diadakan di Ipoh untuk
Unit B UTK Polis di mana ketua unit B itu telah dianugerahkan
pangkat di hadapan satu perbarisan khas sebagai mengenang jasa dan
keberaniannya di Bukit Jenalik. Setelah dinaikkan pangkat dia
ditukarkan ke Melaka di mana dia diharapkan terus berkhidmat taat
setia kepada pegawai tinggi parti yang berkuasa.
Setiap kesalahan jenayah selalunya dirujukkan kepada hukuman yang
ditentukan dan apabila seorang penjenayah itu mengaku salah, jatuhlah
hukuman dan dia pun dimestikan menjalani hukumannya itu. Beginilah
hukumannya kepada semua. Pihak polis ataupun ahli politik kepada parti
yang berkuasa tidak dikecualikan daripada hukuman ini. Seandainya
berlaku kecederaan dalam perlakuan jenayah itu, seperti satu penderaan,
maka tuntutan sivil boleh dikenakan terhadap pihak ataupun beberapa
pihak yang beranggungjawab. Jikalau pesalah itu adalah seorang pegawai
kerajaan yang menjalankan tugasnya, maka semua ketuanya dan juga
kerajaan pun turut terlibat untuk dikenakan tindakan sivil dalam
tuntutan gantirugi. Kalau si pesalah itu seorang pegawai polis ia
patut dicela kerana mereka yang menguatkuasakan undang-undang memang
tidak dijangka melanggar undang-undang itu.
Kerajaan Malaysia sedang memenjarakan Anwar Ibrahim sebagai seorang
tokoh banduan dalam penjara, secara bersendirian. Dia telah dibaham
sehingga teruk ketika dalam tahanan ibupejabat polis gara-gara gelagat
ketua polis negara. Pegawai ini bertindak dengan kekuasaan yang ada
padanya ketika itu. Akhirnya dia telah dipaksa oleh Suruhanjaya
Siasatan Diraja untuk mengaku membuat kelakuan biadap itu dan telah
dikenakan hukuman selama dua bulan. Sehingga kini, setelah dua tahun
berlalu, dia belum lagi merasakan pengalaman dipenjarakan waima sehari
lamanya. Banduan yang terpenjara itu belum dibenarkan keluar lagi. Dia
telah dinafikan sebarang jaminan, walaupun dia berhak kepada kemudahan
itu mengikut peraturan perundangan negara. Orang yang dituduh kerana
membunuh sengaja memperlekehkan undang-undang Malaysia, mereka diberikan
jaminan polis secara mudah sekali kerana dibenarkan oleh seorang
pegawai kanan di jabatan Ketua Peguam Negara. Inilah pegawai
pendakwaraya yang sama merencana kedua-dua kes yang membabitkan Anwar
Ibrahim. Tujuannya yang sebenar memang boleh dipertikaikan.
Kini, Anwar Ibrahim memerlukan satu pembedahan tulang belakang yang
sungguh menyulitkan kerana kecederaan yang ditanggungnya. Pengakuan
bersalah (ketua polis negara -penterjemah) mendedahkan adanya tanggungan
awam yang perlu ditanggung oleh polis penjenayah itu dan juga
kerajaan Malaysia. Kerajaan enggan membenarkan layanan perubatan yang
diperlukan dan ini merumitkan lagi tanggungan tugas para pegawai yang
menidakkan rawatan itu. Seandainya menteri hal ehwal dalam negeri
didapati orang yang utama bertanggungjawab dengan membuat keputusan itu,
makanya dia bersama kerajaan terpaksa menanggung beban kesan
perundangan sekiranya keadaan Anwar Ibrahim menjadi lebih teruk lagi.
Keadaan semasa menunjukkan adanya kegagalan di pihak penasihat yang
sepatutnya memberikan pandangan yang lebih arif kepada pemimpin
kerajaan yang ada. -Harun Rashid- Rencana Asal: by Harun Rashid The prime minister says he does not understand the stock
market. That is not much problem for most, as it is widely
agreed that no one else understands it either. The prime
minister attracts attention because it is unusual to hear
him utter humility. Perhaps his habitual cynical levity
lurks behind the literal words. He is capable of consciously
crabbing to confound a contradictiion.
Taken at face value, his statement implies that he values
the average stock on the KLSE at a higher price than the
market, which makes him a roaring bull, in market parlance.
Such a bull buys all the way down. This is somewhat
worrisome to the average Malaysian, because the prime
minister is a big player. Ordinarily it is not a crime to be
a big player in the market, but the prime minister is
playing with the public purse, employee pension funds, and
the personal savings of private citizens. It is easy to play
big with another man's money. The head of the central bank released the annual report for
last year yesterday, and it attempts to paint a comforting
picture of things to come. It fails. The discussion argued
the possibility of managing inflation by using standard
supply and demand concepts. There was no mention of the
government salary increase, the toll, the petrol, the bus
fare increase and the effect these have on the average
consumer. The huge increase in treasury paper (RM 300
million went to over RM 7 billion) was not commented upon,
nor the fact that the EPF and other domestic funds absorbed
almost all of this debt. The Federal debt service at 16% of GDP was considered low,
without a mention of the amount of the combined state debts.
Because inflation is officially low, the interest rates may
be made low, and the interest costs of servicing the
national debt are thereby less. This is unfortunate for the
funds, which will receive the lower rate, as well as the
public who will receive a lower dividend. The key is the
officially stated low rate of inflation. Apparently the
statistical department employees do not commute.
The annual report does not give the actual amount of
servicing the national debt, giving it as a percentage of
GDP. Many may feel this a bit slippery, since annual
interest on public debt is paid from annual federal income,
and on this basis the interest burden is far more alarming
than to say it is "only 16% of GDP." The same acrobatic
style pervades the entire document. The new contingency plan, to offset local effects of any US
economic decline, is presented with excitement and smiling
exuberance. It calls for overspending the federal income
into the far future. But the tax and licence fee payer,
whether private or corporate, finds little to applaud.
Malaysia is going deeper into debt. This in spite of the
fact that interest payments on the total public debt are
already a serious concern (or should be).
The annual report makes much of the liquidity to be found,
referring to money lying about everywhere, crying to be
borrowed and spent. Yet there is feverish activity to find
foreign money. A loan of $1 billion US is sought
immediately. We are told the peg is a good thing, and that
it is working fine, and will be continued. So says the
annual report. But the ringgit is worth what someone is
willing to pay for it, not what the government says it is
worth. The ringgit is legal tender only in Malaysia, and it
is not allowed to be taken out of the country. It is
worthless anywhere else, and it buys less and less at home.
Tourists trade for ringgits, as do those who wish to buy
Malaysian goods. These are the major sources of foreign
funds. Both are diminishing by the day. The central bank
must find means of making up the difference. It is to be
done primarily by relying on domestic demand. But there is
no domestic source for foreign funds. The economic security
of Malaysia thus bets on butterfly exhibits, trade fairs and
raucous car races to entice enough tourists to come and
trade their francs and pounds for the national currency at
the pegged rate. The administration headed by the prime minister holds the
reins of most corporate enterprises in the country, one way
or another. Many millions of shares are in held in hock, and
their value must stay high to avoid a margin call. The
market is rife with manipulation. This leads to the present
situation, which the prime minister is referring to when he
says, "ours will always be thought of as a Mickey Mouse
stock market." The government-controlled companies are important components
in the national economy. They participate much as consumers
do, buying and selling goods. They are out to make a profit,
competing with all other companies, though not enjoying the
benefits of government sponsorship. It is not a fair
competition, as there is no penalty for mismanagement and
fraud in government aligned enterprises. The honest
businessman has little chance in this unfair market,
dominated as it is by the prime minister's party. Playgoers
know that when the set falls, the illusion is destroyed. The
set has fallen on this palsied play. The curtain closes in
shame. Commandos Coming To Camp The administration has announced a decision to refurbish a
commando camp in the north. The appearance is the camp is
being converted, at great cost, into a country club for
retired commandos. In Malaysia, commandos are a special
function unit of the regular army, used by generals somewhat
as the UTK is used as a swat team by the national police.
There is to be a meeting of ex-commandos in Malacca on April
7, attended by the prime minister. Just as police cadets are
told they must obey the orders of the party in power, the
prime minister will remind the commandos that their loyalty
is to the government, meaning himself. He hopes that they
may be relied upon should he need them. But the King
controls the army. His ambitious deputy, who as home
minister heads the national police force, watches warily.
Two ex-commandos will not be present. Raja Kamaruddin, on
receiving his invitation, gave notification to all his
comrades it was not his type of party. He said his testimony
in the Anwar Ibrahim trial still stands. He told the judge
the details of the conspiracy to destroy Anwar's political
career, describing his own central role and the
participation of the finance minister and others in the
administration. The judge managed to ignore this testimony,
perhaps preferring to nod toward the prime ministerial
premises at Putrajaya. The other commando who will not be present is Matthew, also
known as Medan, a son of Sarawak, who died serving his
country at the Battle of Bukit Jenalik. The media reported
that he was tortured, shot in the legs. At the trial, a
statement was read that Medan was shot in the back. The
witness who gave the statement, Jaafar Putih, unfortunately
was dead, having died of stomach pains just after leaving
the police station at Lenggong, where he was kept
incommunicado for ten days after release from hostage
captivity. His statement was taken just in time. The
circumstances of Jaafar Putih's death are as mysterious as
that of the commando Medan, who by a strange coincidence was
stationed at the Malacca camp where the meeting is to be
held. Perhaps Medan will be remembered.
A special branch officer held hostage for four days
survived, tied to a durian tree. At first he said he said he
saw nothing, but later said he was miraculously able to see
up and over the hill into the deep vale below, where a man
was shot within his excellent sight. When released in the
afternoon, he failed to mention that two missing men were
buried a few feet away. He received a promotion for his
bravery. The grave was stumbled upon in the dark by another
policeman later that night. He also found rifles that were
overlooked by a regiment of soldiers looking for them in
daylight. It is strange that in this camp of devout Muslims
no prayer rugs were found, no sarongs, no songkuts.
When Medan's body was recovered from Bukit Jenalik it was
taken to a hospital for post-mortem examination. The
pathologist found no wounds on the legs, and none in the
back. There was no sign of torture. The photographs taken at
the time clearly reveal that he was shot between the eyes.
Most of those who examined the corpse were subsequently
transferred to distance places. Shortly after the incident,
Medan's parents in Sarawak were generously rewarded for his
sacrifice, as was the widow of the special branch detective
Sagadevan, who was also shot between the eyes.
Later, in Ipoh, the leader of Unit B of the UTK was rewarded
in front of a battalion parade for his courageous
participation in the Bukit Jenalik affair. He received a
promotion and a transfer to Malacca, where he may be
expected to faithfully serve the elected officials of the
party in power. Civil liability A criminal act always has the penalty specified, and when a
criminal admits to the offense with a plea of guilty, the
penalty is applied and there is but to serve out the term of
the sentence. The law applies equally to all, and police
officers and politicians of the party in power are not
immune from punishment. If harm is done in the commission of
a criminal offense, such as an assault, then civil damages
may be brought against the party or parties responsible. If
the offender is an officer of the government, acting in an
official capacity, then all superiors and the government
itself may be sued in a civil action for damages. If the
offender is a police officer it is the more reprehensible,
as those responsible for enforcing the law are not expected
to break it. The government of Malaysia holds Anwar Ibrahim, a high
profile prisoner, in solitary confinement. He has suffered
injuries in the national police headquarters at the hands of
the head of the national police department. The officer was
acting in his official capacity at the time. He eventually
was forced by a Royal Commission of Inquiry to enter a plea
of guilty to the assault, and received a two-month sentence.
He has yet, over two years later, to serve a day inside a
cell. The prisoner, however, has never been out. He was not
given bail, even though clearly entitled to it under the
law. Murder suspects make a mockery of Malaysian law,
receiving bail repeatedly from a senior officer of the
Attorney General's office, the same prosecutor who
engineered the two trials of Anwar Ibrahim and other
similarly treated. His motives are in question.
Anwar Ibrahim now requires delicate spinal surgery as a
consequence of his injury. The plea of guilty establishes
the civil liability of both the police assailant and the
Malaysian government. The government refuses to allow
necessary medical treatment to be performed, and this adds
to the perceived liability of the officers who deny the
treatment. If the home minister is found to be the primary
official making the decision, then he, along with the
government, will be held legally responsible for any further
harm that may come to Anwar Ibrahim. Events suggest that the
full nature of this contingent liability has not been made
clear by the advisors to the leaders of the government.
The URL of this page is http://home.yqi.com/harunrashid1/ |