Laman Webantu KM2A1: 4106 File Size: 7.3 Kb * |
Beserah: Umno Menebang Pokok Sendiri! By Dahlia 1/4/2001 3:53 am Sun |
[Pahang dilanda konflik lagi kerana banyak campur-tangan
pihak yang berkepentingan diri. Dengan berundurnya Fauzi
(jika direstui perdana menteri) hanya penyangak sahaja yang
akan mewarisi kerusi MB. Balak akan ditebang rakus lagi jika
rakyat berdiam diri. Negeri yang begitu kaya dengan hasil mahsul balak dan judi
ini telah melahirkan banyak anak bermisteri tanpa perlu berbini.
Yang perlu cuma secebis warkah dari istana dan watikah restu
perdana menteri. Tidak perlu kelayakkan lain lagi walaupun
panjang berjela seperti yang dimilikki oleh Fauzi.
-Editor] KERUSI MB YANG ASYIK LARI Takhta MB Pahang silih berganti tetapi ia kerap diisi oleh
orang yang banyak menebang sana-sini. Kali ini nampaknya
ia tertebang pokok yang jati berdiri. Fauzi adalah tokoh muda Negeri Pahang yang begitu menyerlah satu
ketika dulu. Malah pernah digembar-gemburkan bakal menjadi seorang
MB. Tetapi kerusi yang mungkin diimpikan itu semakin jauh meninggalkan
Fauzi. Ada jejari yang membawanya lari.
Apa yang ketara dan jelas, kerusi MB Pahang memang teramat panas.
Ia bermula sejak sejarah hitam persengketaan antara Rahim Bakar
(bekas MB Pahang) dengan Sultan Pahang lagi. Sehingga kini kerusi
MB Pahang tetap menjadi fokus dalam dan luar negeri.
Ketika Khalil berpindah ke Pusat, Adnan mengambil-alih kerusi Khalil
walaupun Dato Hasan Arifin selaku Timbalan Menteri Besar ketika itu
dilihat sebagai calon yang paling berwibawa. Ketokohan dan kesederhanaan
Dato Hasan Arifin dalam pelbagai aspek memang sukar dinafikan sesiapa.
Tetapi apa nak dikata, sepatah kata rakan dari Pekan, Pahang
memberitahu saya dalam perbualan telefon dengan saya malam tadi,
Dato Adnan Yaakob adalah pilihan Istana walaupun Dato Hasan Arifin
menjadi pilihan rakyat. Terpaksalah Dato Hasan Arifin menunggu lagi.
Masakan termampu melawan nafus serakah Sultan Pahang yang
berbinikan Kalthom si anak Pakistan. Entahlah Pahang, "Negeri
Pahang yang aman sentosa, Kaya dengan tubuh-tumbuhan", seperti
kata seniman P. Ramlee dalam lagu Joget Pahang. Tetapi ternyata
Negeri Pahang tidak pernah aman dan tidak pernah sentosa, selagi
Istana terus campur tangan dalam urusan politik negeri. Kekayaan
tumbuh-tumbuhan yang dibangga-banggakan selama ini hanyalah
sekadar rotorik dan indah khabar dari rupa, yang tinggal kini cuma
batang-batang balak kemetut dan tercedera kerana sebahagian besar
kayu balak yang sihat dan walafiat itu sudahpun terjual kepada
bapak-bapak balak yang bergelar Datuk dan Tengku Wong sejak
bertahun lamanya dulu! Ternyata kini, Fauzi mendapat tekanan di kiri dan kanan sejak isu
perlucutan jawatan Sdr Anwar Ibrahim lagi. Macam-macam dilakukan
terhadap ADUN Beserah ni. Beliau ditolak ke situ untuk memberi
laluan kepada Khalil Yaakob yang dianggap MB yang sangat taat kepada
Istana tanpa perlu bermurka. Banyak tanah negeri dijual atau dipajak
kepada tokey Cina dengan bijaksana sehingga sukar ditelahi sesiapa.
Demi menjaga hubungan baiknya dengan Istana dia akur apa saja titah
yang menjelma dari istana. Ramai yang bertepuk tangan apabila Fauzi Rahman letak jawatan. Paling
seronok ialah Dato JJ (Jamaludin Jarjis). Beliau adalah seteru utama
Fauzi Rahman, kerana sudah terlalu lama mengidam untuk balik ke negeri
Pahang menduduki kerusi empuk MB juga. Malah Dato JJ sering menggunakan
pelbagai cara halus dan memutar isu untuk mengaibkan beberapa tokoh
umno Pahang, termasuk Dato Hasan Arifin. Dia mahu memastikan Dato Hasan
Arifin terus tersingkir dari sebarang jawatan di negeri maupun pusat.
Malah di Pahang sendiri sudah tiada terselindung lagi cerita bagaimana
Dato JJ berperanan memfitnah hubungan Dato Adnan Yaakob dengan Dato Hasan
Arifin. Dia pintar melakukan pelbagai cara agar kedua pemimpin tersebut
terus bermusuhan bagi memudahkan laluan untuk beliau menjadi amat berkuasa.
Dato JJ adalah antara pemimpin umno yang paling rakus dalam
sejarah kempimpinan umno Pahang, kata teman saya, seorang yang
berasal dari Pekan. Orang Pahang memang bencikan Dato JJ -
khususnya orang Pekan. Menurut teman saya, Dato JJ memang berperangai nakal sejak di bangku
sekolah (di Kuantan) lagi. Malah sikap memberi rasuah sudah dipraktikkan
ketika beliau bertanding merebut jawatan pemimpin pelajar semasa di
Univerisiti lagi. Jadi tidak hairanlah jika JJ terus merasuah dan bersikap jahat dan rakus
sehingga kini, termasuk di kawasan beliau sendiri di P85 (Parlimen Rompin,
Pahang). Nama Tan Sri Khalil Yaakob sudah hampir hilang dalam ingatan orang
Pahang, walaupun beliau dianggap baik. Tetapi beliau terlalu
banyak menyuap Istana dengan peruntukan balak dan projek mega
kepada Tokey besar Cina, termasuk Cina Singapura dan Taiwan, ia
merupakan satu malapetaka bagi Negeri Pahang. Sehingga kini,
ribuan tanah yang berharga, terutama di pinggir-pinggir pantai dan
lereng bukit sudah diberikan kepada tokey-tokey Cina untuk
diusahakan dengan beliau dan Istana mendapat comission dan
pampasan dari penjualan harta rakyat. Bila Dato Nan mengggantikan Tan Sri Khalil, Pahang sekali lagi bercelaru!
Khalil telah meninggalkan terlalu banyak najis dan masalah besar kepada
Dato Nan sebenarnya. Tambah lagi dengan perangai Dato Nan yang seperti
orang tidak siuman, rakyat Pahang terus keliru dan sudah menunjukkan
tanda-tanda kebencian yang begitu ketara kepada semua pemimpin umno
negeri Pahang. Dato Nan menjadi satu ingatan berpanjangan semua rakyat negeri
Pahang kerana menggayakan isyarat tangan yang sungguh memalukan.
Dato JJ pastinya akan menggunakan kelemahan Dato Nan untuk mencari
peluang - termasuk dengan menyengajakan kekalahan jika Dun Beserah
dipertandingkan. Ini serba mungkin kerana Dato JJ bukan orang
sebarangan. PILIHANRAYA KECIL DUN BESERAH? UMNO MENEBANG POKOK SENDIRI!
Rakyat Pahang mungkin akan menyaksikan sekali lagi saru pilihanraya
kecil di DUN Beserah jika Fauzi bertekad meletakkan semua jawatannya.
Persoalannya, mengapa Fauzi baru mahu meletak jawatan sekarang?
Sebenarnya tekanan dari Tan Sri Khalil merupakan faktor utama Fauzi
meletakan jawatan. Beliau telah memberi sokongan terbuka kepada
sebarang calon untuk menentang Fauzi bagi jawatan Ketua Bahagian.
Pelbagai cara digunakan, termasuk dengan cara ugutan.
Kita lihat dan tunggu sahaja dulu apa yang bakal terjadi.
Kepada rakan-rakan di Pahang, bersedia untuk menghadapi satu lagi
piliharanya kecil di Beserah. InsyaAllah, kita akan jumpa di sana nanti.
Banyak isu menarik yang bakal membuat bukan sahaja pihak umno Pahang
pucat lesi malah presiden umno dan istana Pahang sendiri. Kekalahan
yang teruk mungkin menyebabkan akar umbi mengamuk di perhimpunan agung
umno nanti. Jika ada yang mencampakkan kerusi tamatlah riwayat presiden
umno kali ini.
|