Laman Webantu KM2A1: 4113 File Size: 14.2 Kb * |
TJ MT MGG: Seorang Anwarista Dan Pemilihan UMNO [Beserah] By M.G.G. Pillai 1/4/2001 12:30 pm Sun |
MGG 7301 [Tidak salah untuk berkawan dengan sesiapa seugama walaupun
fikrah politik mungkin berbeda. Tetapi sikap Fauzi tidak disenangi
walaupun dia begitu cemerlang berkhidmat kepada rakyat melalui Umno.
Khalil dipercayai menyogok pencabar Fauzi. Ini satu kesalahan dan
Fauzi melapurkannya kepada polis berserta beberapa salahguna kuasa
yang lain. Dulu Fauzi dinafikan jawatan MB, kali ini jawatan YB pula
mahu diusik padahal dia bekerja sebegitu jerih. Jika Fauzi
dipinggirkan sekarang, sudah tentu dia akan terpinggir kemudian.
Maka Fauzi bertekad meletak jawatan ADUN Beserah secara tiba-tiba.
Sekaligus menggelabah Umno dibuatnya. Makin tertekan lagi kerana
Fauzi tidak melompat pagar keluar daripada Umno. Memang terkoyak
muka Umno kerana krisis ini menjelma di saat ia tidak bermaya dan
perhimpunan agung menjelang tiba. Seseorang perlu dikorbankan
tetapi siapa agaknya kerana semuanya penting belaka?
- Editor (biar Umno sahaja pening kepala memikirkannya)]
Seorang Anwarista Dan Pemilihan UMNO
(An Anwarista Skews The UMNO Elections)
UMNO sedang menggelabah kerana berhadapan dengan kemungkinan munculnya satu
pilihanraya kecil yang tidak diingininya. Kalau terpaksa juga, besar
kemungkinan ia akan kecundang. Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Dato'
Fauzi Abdul Rahman, tidak dapat mempertahankan jawatannya kerana 20
cawangan dalam bahagian itu tidak mahu mencalonkannya; dia hanya
mendapat sembilan pencalonan. Dia telah membuat lapuran polis terhadap
Setiausaha Agung UMNO dan mantan menteri besar, Khalil Yaacob
kerana salah guna kuasa, sambil mendakwa adanya satu konspirasi untuk
menjatuhkannya dengan menggunakan wang sogokan. Fauzi meletakkan
jawatannya sebagai seorang ahli dewan undangan negeri bahagian Beserah,
Pahang. Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad berkata bahawa 'perkara itu
tidak lojik' kerana yang melantiknya ialah rakyat dan bukannya UMNO.
Dato Fauzi mempunyai pendapat yang berlainan pula: dia telah
dilantik dengan tiket Barisan Nasional, dan kalau partinya mahu
menolaknya, dia mestilah meletakkan jawatan. UMNO tentunya tidak
senang hati apabila seorang wakil rakyatnya melepaskan jawatan
berasaskan prinsip. Dia juga bertegas bahawa dia boleh terus
bergelumang dengan politik UMNO dan di waktu yang sama menjadi
sahabat kepada Anwar Ibrahim. Malangnya UMNO berpendirian kalau
presiden parti menganggap sesaorang itu musuhnya, orang itu mesti
dimusuhi juga. Inilah gara-gara persahabatan yang lama dengan Anwar Ibrahim yang kini
menyulitkan kedudukan Fauzi. Sepatutnya dia dilantik menjadi menteri
besar ketika Khalil Yaacob beralih ke Kuala Lumpur. Dia diketepikan
di saat akhir dan dititahkan keluar dari perkarangan istana sebelum
bermulanya pertabalan Adnan Yaakub sebaik sahaja selesai pemilu 1999
dulu. Persengketaan antara Khalil Yaacob dan Fauzi bukannya satu
perkara baru. Dia sepatutnya tidak bertanding pada pemilu 1999 dulu,
kalaulah tidak ada desakan kuat dalam UMNO dan juga wujudnya
pengaruh PAS yang semakin berbisa di negeri itu. Tetapi, Barisan
Nasional menang besar dengan majoriti kerusi yang lebih banyak
walaupun sokongan akar umbi semakin ketara berkurangan dan memberikan
satu isyarat sindiran kepada BN. Walaupun menang, Fauzi telah
sengaja dipinggirkan dan kumpulan Anwaristas dipencilkan lagi. Kalau
boleh UMNO mahu menghakiskan pengaruh Anwarista di kalangan akar
umbinya dan usaha itu dilancarkan dalam pemilihan jawatankuasa
cawangan dan bahagian parti. Kini, Mahathir menghadapi tekanan yang lebih hebat lagi oleh
keingkaran Fauzi. Para pemimpin UMNO sudah dipencilkan oleh para
penyokong parti dan juga masyarakat negara ini sehinggakan mereka
terpaksa membayar fulus untuk mendapatkan himpunan manusia menyambut
kedatangan Wira Dunia Ketiga ketika beliau turun di Kampung Mulia.
Apa yang keluar dari mulutnya tidak berkesan lagi melainkan
kata-katanya itu diulang-ulang sebagai satu penekanan oleh timbalan
perdana menteri. Para penyokongnya adalah mereka yang mengharapkan
keuntungan kewangan dan mereka yang akan menjadi bahan makanan
serigala lapar sebaik sahaja dia diterajang keluar. Lagi lama dia
bertahan pada jawatannya, lagi teruk tekanan yang dihadapi oleh UMNO
dan Barisan Nasional serta parti komponennya. Pada satu ketika dulu
akar umbi UMNO mahukan dia keluar bersama menteri kewangan, Daim
Zainuddin. Kini, tidak lagi. Mereka menuntut agar timbalan perdana
menteri dan juga menteri penerangan turut keluar sama. Kalaulah
Barisan Nasional menang lagi tetapi dengan angka majoriti yang kecil
ataupun kalah, para pemimpin UMNO di Kuala Lumpur sudah tentu akan
menjadi parah. UMNO memang sudah lemah di peringkat negeri sejak lama
dulu lagi. Pengaruh PAS di Pahang memang sudah naik melonjak dan
berkemungkinan akan menang besar kali ini. Seorang bekas exco Pahang
sudah pun menubuhkan cawangan PAS di Ampang Jaya. Di peringkat awalan
di menjangka sokongan yang kecil sahaja, yang datang berjumlah
ratusan banyaknya. Pada pemilu 1999 dulu dia berkempen untuk PAS.
Kali ini di Beserah, dia akan melakukan perkara yang sama. Memang
teruklah UMNO kali ini nampaknya.
-MGG Pillai- Rencana Asal: UMNO is in a spot. It does not want a by-election. But it
faces one it can lose. The UMNO Kuantan division chief,
Dato' Fauzi Abdul Rahman, cannot defend his post because 20
branches in the division would not nominate him; he only
got nine. He lodges a police report against the UMNO
secretary-general and former mentri besar, Tan Sri Khalil
Yaacob of abuse of power, alleges a conspiracy to unseat him
with bribery, resigns as state assemblyman for Baserah in
Pahang. The Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed,
says it is "illogical" for him to do it since the people,
not UMNO, elected him. Dato' Fauzi looks at it differently:
he was elected on a National Front ticket, and if his party
disowned him, he must, in conscience, resign. UMNO is upset
a state assemblyman resigns on principle; he insists he can
remain in UMNO politics and remain a friend of the jailed
former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
UMNO insists that its president's enemy must be yours too.
His friendship with Dato' Seri Anwar has cost him
plenty. He was to be mentri besar when Tan Sri Khalil moved
to Kuala Lumpur, but sidelined at the last minute and
ordered to leave the palace minutes before the swearing-in
of Dato' Adnan Yaakub after the 1999 general elections.
The bad blood between Tan Sri Khalil and Dato' Fauzi is not
new. He would not have contested in 1999 but for the Anwar
pressure group within UMNO and PAS incursions in the state.
But the National Front was returned with a bigger majority
of seats while losing ground, a quirk in the first-past-the
vote electoral system, and felt it overreacted. Dato' Seri
Fauzi was sidelined, and the Anwaristas isolated. UMNO
wanted to remove, if possible, the Anwarista influence in
its ranks, and this year's branch and division elections was
where it would. It was easier, on paper, now, to weed them out in
branch elections. To make sure UMNO top leaders are
unchallenged, candidates must obtain a minimum number of
nominations to run for office. It entrenched the leaders
but it also made them so insecure, after the 1999 general
elections, but when they wanted to abolish them, in November
last year, UMNO delegates disagreed. The UMNO ground is fed
up, and dared UMNO leaders to lead without their support.
The rules now haunt UMNO. Dato' Fauzi's resignation throws
UMNO out of gear. The man UMNO leaders wanted out of this
elections is, willy nilly, one to watch. UMNO leaders had
assumed no Anwarista sidelined would dare come into the
open. Now that one has, it cannot allow any more show of
independence. So, it has to ensure the divisional elections
which begin tomorrow, would not upset the status quo. The
Anwaristas would be left untouched, which they would, no
doubt, try to fight their way into the General Assembly.
The Malay is reluctant to confront, so he bides his
time before he rebels. In Malay feudal tradition,
challenging the feudal leader is "derhaka" (treachery), and
so he masks his rebellion with a surface calm until when he
can take it no more rebels. Often it is with frightening
results. It is not without reason that amok is a Malay
word. This surface calm misleads those who believe Dato'
Seri Mahathir is in total control. At the November meeting
to amend the party's constitution, he had to prod delegates
to clap at several points in the speech. Even then it was
subdued beyond belief. This time around, the anger, and the
stakes, are higher. How delegates react to his speech at
the General Assembly would decide how long he would remain
in office. Which is bets are placed --
one for RM200,000 that he would not be Prime Minister in
August; another for RM50,000 that he would leave early
July. No one believes him when insists he leaves in 2004.
He faces more pressure with Dato' Fauzi's defiance.
UMNO leaders are so isolated from its members, and the
country at large, that they must pay for a full crowd when
its president visits a predominantly Malay area of Kuala
Lumpur. What he says carry no weight unless the deputy
prime minister endorses it. His only backers are those who
expect financial gains, and those who would be fed to the
wolves should he leave. The longer he stays in office, the
more the pressure upon not just him but UMNO and National
Front. The UMNO ground once wanted him and the finance
minister, Tun Daim Zainuddin, out. Not any more. They want
the deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi,
and the information minister, out as well. Should National
Front be returned with a smaller majority or is defeated,
UMNO leaders in Kuala Lumpur would be more out of kilter.
UMNO is weaker in the state since then. PAS influence in
Pahang has grown by leaps and bounds, and could well emerge
the winner. A former Pahang state executive councillor
today forms a PAS branch in Ampang Jaya. He expected a
small gathering, but he expects it now to be in the
hundreds. He campaigned for PAS in the 1999 general
elections. As no doubt in Baserah. To UMNO's discomfiture.
M.G.G. Pillai
|