Laman Webantu KM2A1: 4114 File Size: 6.9 Kb * |
TJ MT MK: Pelajar Dibayar RM 10 untuk mendengar ucapan PM By Ajinder Kaur 1/4/2001 1:36 pm Sun |
MGG 7401 [Jika Mahathir memang popular, dia tidak perlu mengangkut
pelajar dari kampus dengan percuma siap dengan upah RM10 dan
cenderhati berlogo wajahnya. Itu berkempen namanya.
Lagipun kerajaannya selama ini tidak ingin pelajar mencampuri
hal-ehwal politik. Ucapannya di Gombak lebih merupakan satu
ucapan politik yang bercampur baur dengan menghasut membenci.
Padahal dia juga menaja isu perpaduan dengan pihak yang
dikutuknya ini. TG Nik Aziz melawat kerana dijemput oleh masyarakat tempatan.
Malah beliau tidakpun memberi apa-apa janji balas buat penternak
khinzir. Pembangkang dituduh memecah-belahkan masyarakat tetapi
tidak ditangkap dan disabitkan pula? Tidakkah rakyat di dua
negeri di pantai timur itu hidup aman dan sentosa? Sebaliknya
Kuala Lumpur yang ditadbir Umno sekian lama asyik bertempur
dan tegang sahaja. Dan Kg Medan yang bertahun-tahun di wakili
Umno bergaduh pula? Ahli Umno sendiri bergaduh sesama sendiri
sehingga melayang penumbuk dan kerusi dibuatnya. Malah pistol
pun diacukan juga. Khamis 29 Mac, 2001. Oleh: Ajinder Kaur Salah seorang pelajar yang tidak mahu namanya disiarkan telah
memberitahu malaysiakini hari ini betapa jabatan Halehwal Pelajar maktab
itu telah menyuruh para pelajar menghadiri himpunan rakyat itu.
Dia telah berkata betapa beberapa poster telah dipasang siap di kampus
meminta para pelajar mengambil bahagian. Dia membuat keputusan hadir
setelah digalakkan oleh kawan-kawannya.
"Kami hanya diberitahu bahawa ada ceramah PM. Tidak pula ada
maklumat lain. Pada hari itu lebih kurang 500 pelajar telah
berkumpul di padang maktab. Dua belas bas telah mengangkut kami
pergi ke Gombak. Dalam perjalanan, dua kakitangan jabatan halehwal
pelajar telah mengagihkan sarung surat berwarna coklat yang berisi
RM10 dan baju kemeja-T yang berlogokan wajah perdana menteri kepada
semua pelajar yang ada." Demikian beliau menjelaskan.
"Tetapi, saya rasa cara semacam ini adalah satu bentuk rasuah agar
kami para pelajar menyokong kerajaan. Kami adalah pelajar yang tidak
sepatutnya terbabit dalam politik. Apakah alasannya maktab menyuruh
kami pergi mendengara ceramah itu?" Tanya dia pula.
Upacara itu adalah tajaan K3P yang diwujudkan oleh Kementerian
Penerangan untuk menjalin hubungan rapat di antara kerajaan dan
rakyat. Di majlis itu Mahathir telah memperlekehkan parti pembangkang
dan menuduh mereka cuba menggulingkan kerajaan secara menganjurkan
demonstrasi jalanan. "Dengan terus berkempen selepas pemilu 1999 dulu, parti pembangkang
memecah belahkan rakyat, terutama sekali dengan berkhutbah di masjid
untuk mempengaruhi umat Islam," katanya.
Dia juga memperlekehkan pemimpin PAS Nik Aziz Nik Mat kerana
membuat lawatan dua minggu dulu, berjumpa penternak khinzir Bukit
Pelanduk yang menjadi punca merebaknya wabak Nipah pada 1999 dulu.
Dia merungut betapa PAS enggan bekerjasama dengan UMNO kerana parti
itu bertegas bahawa ia berusaha terhadap perpaduan nasional dan
bukannya perpaduan Melayu. Rencana Asal: http://www.malaysiakini.com/News/2001/03/2001032907.php3
Thursday March 29, 2001 Students paid RM10 to attend PM's speech
Thu: About 500 students of the Tunku Abdul Rahman (TAR)
College in Setapak [Kuala Lumpur] were given RM10 [US$3]
each by the campus administration to attend Prime Minister
Dr Mahathir Mohamad's meet-the-people session in Gombak
yesterday. One of the students who spoke on condition of anonymity to
malaysiakini today said that the college's Student Affairs
Department had called on its students to attend the event.
He said that there were posters on campus urging students to
participate. He added that he decided to go to the function
after he was encouraged by his friends.
'We were only told that it was a PM's ceramah (talk). We
were not given any other information. On the day of the
function, about 500 students gathered at the college
grounds. 'Twelve buses then took us to Gombak. During the journey,
two staff from the Student Affairs Department distributed
sealed brown envelopes with RM10 in it and T-shirts with the
prime minister's photo on it to all the students,' he said.
He added that none of the students enquired about the money
and the T-shirts while on board of the buses. Asked if the
students were told to wear the T-shirts, he said 'no'.
'But I feel that this is some kind of bribery for us to
support the government. We are students and are not supposed
to be involved in politics. What is the reason for the
college to ask us to go to the ceramah?' he said.
Political speech Yesterday, Mahathir gave a political speech to about 10,000
people at a rally in Kampung Mulia, Km-4, Jalan Gombak.
The event was organised by the Listeners, Viewers and
Readers Group established by the Information Ministry to
foster rapport between the government and the people.
At the function, Mahathir lambasted the opposition for
allegedly seeking to overthrow the government by staging
street demonstrations. 'By continuing campaigns right after the 1999 general
elections, the opposition is dividing the people, especially
by giving their khutbah (sermons) in the mosques to
influence the Muslims,' he told the crowd.
He also took PAS spiritual leader Nik Aziz Nik Mat to task
for visiting former pig farmers in Bukit Pelanduk - the
epicentre of the 1999 Nipah virus outbreak - two weeks ago.
He lamented the fact that PAS has refused to work with Umno
as the party claims it is working for national unity, not
Malay unity. |