Laman Webantu KM2A1: 4118 File Size: 18.2 Kb * |
TJ MT MGG: Ekonomi Amerika Merosot, Terpaksalah Kita Berbelanja By M.G.G. Pillai 2/4/2001 12:49 am Mon |
MGG 7201 [Mahathir sebenarnya membentang kepada pemberita, bukannya
kepada ahli parlimen rancangan merangsang ekonomi baru-baru ini.
Tentu ada misteri beliau melakukan sebegini - beliau tidak ingin
diserang kembali sehingga menjunam kredibiliti. Kerana negara
sebenarnya sedang menuju satu gaung kemusnahan yang amat ngeri
akibat salah-urus ekonomi. Sebagai seorang berkelulusan doktor Mahathir seharusnya mengerti
seseorang yang sakit tenat tidak akan mampu berdiri walaupun
dirangsang banyak kali selagi sakit itu belum sembuh lagi.
Masalahnya dia tidak ingin memperakukan negara begitu tenat
kerana bimbang dia tertendang nanti. Selalunya, doktor yang sewel
seperti ini hanya akan mempercepatkan si pesakitnya mati.....
- Editor] (An American Recession, So Let's Spend)
Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamed, berkata rencananya menyuntik RM
7.7 bilion adalah usahanya menampan kesan ekonomi AS yang merudum.
Menteri kewangan, Daim Zainuddin telah mencadangkan cara lain, dan
gabenor Bank Negara, Zeti Aziz pula memperakukan bahawa semuanya
berjalan dengan baik. Namun semuanya itu boleh dipertikaikan kerana
terlalu banyak yang boleh disangsikan. Dr. Mahathir memilih membuat
pengumuman itu bukannya di Parlimen. Cuma di satu persidangan akhbar
di bangunan parlimen. Kalau dia tidak memberikan keyakinan kepada
parlimen bagaimanakah rakyat Malaysia boleh mempercayainya?
Cara semua tindakan yang dicadangkan itu diputuskan, tanpa sebarang
perundingan dan perdebatan adalah laksana putarbelit yang dilakonkan oleh
seorang silap mata dengan topi ajaibnya. Memperlekehkan parlimen sudah
tentu bertujuan untuk menyorokkan sesuatu. Pada 1997, ketika Asia
bergelora kerana keadaan kewangan yang menjerutnya, Dr. Mahathir dan
Daim Zainuddin melakukan tindakan yang serupa seperti yang baru
dilaksanakannya. Mereka telah membelakangkan parlimen dan membuat
pengumuman kepada seluruh dunia seolah-olah mereka sudah menemui ubat
mujarab kepada peranan Amerika Syarikat dalam ekoonomi Malaysia.
Kenapakah Mahathir dan pentadbirannya beranggapan hanya mereka sahaja
yang mengetahui semua jawapannya? Kenapakah sebabnya rencana terbaru ini
disangsikan dan dianggap tidak ada kena mengena dengan keadaan ekonomi
AS. Apa perlunya rakyat marhaen berbelanja sakan di pasaran saham
ataupun di kompleks membeli belah sedangkan tidak ada satu usaha
untuk menyanggah bahawa alasan Perdana Menteri dan juga menteri
kewangan itu adalah alasan yang boleh dicabar sebagai sesuatu yang
tidak benar. Beberapa cadangan projek ekonomi dan kewangan yang diumumkan termasuklah
sabsidi penanaman semula kelapa sawit berjumlah RM600 juta, pembinaan
sekolah satu sessi berjumlah 200 unit semuanya, 193 buah maktab,
empat universiti dan 6,600 unit rumah untuk anggota angkatan tentera,
pinjaman kereta kepada kakitangan kerajaan bagi setiap lima tahun dan
tidak lagi tujuh seperti dulu. Rakyat marhaen digalakkan untuk
berhutang dengan menggunakan kad kredit sambil menjadikan Kuala
Lumpur sebagai pusat pelancongan.
Kalau semua itu memang yang dimaksudkan, sudah tentu semua itu sudah
diambil kira dalam cadangan perbelanjaan negara tahun ini. Ini juga
membuktikan bahawa perdana menteri dan menteri kewangan benar-pbenar
memikirkan kesan kemerosotan ekonomi Amerika itu. Cuma, keadaan ekonomi
Amerika itu digunakan sebagai dalil untuk membuat pengumuman itu sebagai
helah yang tidak ada kena mengena dengan keadaan sebenar negara. Mungkin
juga ada alasan lain. Tetapi, apakah penting semua itu kalau pasaran
dan negara mentafsirkannya begitu? Pada persidangan akhbar itu Mahathir telah menokok RM3 bilion lagi
kepada jumlah RM28.8 bilion yang telah diluluskan untuk
perbelanjaan negara. Dia tidak pun mengumumkan berita ini kepada
Parlimen, sedangkan sessi parlimen sedang berjalan sekarang ini. Tidak
pula bagaimana Malaysia dapat menampan kemerosotan ekonomi Amerika itu
dengan cara rakyat berbelanja sakan pula? Sepatutnya apabila keadaan
menjadi sukar, kadar penabungan sepatutnya menjadi sasaran untuk
dipergiatkan lagi. Tetapi sebaliknya, kita digalakkan berbelanja sakan
seolah-olah esok sudah tiada lagi.
Apakah ini satu usaha agar rakyat Malaysia menjadi tertarik semula
melabur di pasaran saham supaya mereka yang mahu melepaskan
pegangan saham mereka (yakni para juak, anak-anak, para kroni dan
sebagainya) mampu melakukannya kepada pelabur runcit yang tidak
menyedarinya? Inilah yang berlaku pada 1997. Tetapi, takkan pisang
berbuah dua kali, terutama sekali apabila ada usaha untuk melambakkan
saham-saham kepunyaan syarikat para kroni di pasaran sejak kebelakangan
ini dapat dihidu sehingga kegagalan menyauk keuntungan besar sudah
pun berlaku. Kini muncul pula soalan cepu kencana: Daripada mana pula wang akan
dicari untuk semua rencana ini? Segala projek yang diumumkan oleh
menteri kabinet secara rakusnya itu sudah pasti akan menjerumuskan
Malaysia ke lembah kesulitan seperti yang dialami sekarang.
Kerja-kerja 'bailout' (penyelamatan) terhadap syarikat kepunyaan para
kroni, anak-anak dan para juak sudah pasti menghimpunkan bebanan hutang
yang tidak terbayar. Semua projek yang berharga berbilion ringgit
diumumkan tanpa mengambil kira bagaimana semua itu akan dilunaskan.
Bebanan hutang yang semakin bertapuk disebabkan gelagat para kroni yang
rakus semakin mengancam sistem perbankan negara untuk tenggelam sama.
Memang tidak salah menanggung hutang bertimbun kalau ada satu sistem
pengurusan yang efisen dan arif dengan cara menguruskannya. Tetapi
inilah yang disangsikan. Kebanggaan Malaysia terhadap kepintaran
mengurus adalah berasaskan kepada suasana ketika ramai yang muncul
memberikan bantuan modal yang mencurah-curah yang tidak pun
menghasilkan apa-apa selain hutang bertapuk dan kemuflisan bertokok.
Kini, Malaysia sedang didera kerana terlalu taksub mempercayai satu
anggapan bahawa apa yang naik melonjak tidakkan turun mencanak.
Cadangan Dr. Mahathir itu hanyalah satu ilusi sahaja, kerana dia tidak
akan dapat melaksanakannya. Dia mengharapkan rakyat marhaen akan
merasa lega betapa masa berseronokan itu masih ada lagi untuk dinikmati.
Keadaan pasaran saham terus jatuh merempat di sebalik segala usaha
memutarbelit pegerakannya di saat akhir waktu niaga akan tamat. Telekom,
Tenaga dan Malayan Banking sebenarnya mempunyai kudrat bebanan
sekitar 35 persen di antara sejumlah 100 saham yang mempengaruhi Indeks.
Putar belit menyangga indeks memanglah satu kesalahan tetapi
Suruhanjaya Sekuriti dan juga BSKL sentiasa bersedia menutup sebelah
matanya dalam tipu muslihat itu. Jadi, kita kini berhadapan dengan kenyataan. Apakah benar kerajaan
mempunyai daya kekuatan menguruskan ekonomi dan menyelamatkan negara
daripada tekanan yang menjerut kesejahteraannya. Cuma kerajaan sahaja
yang yakin bahawa ekonomi boleh melonjak naik apabila rakyat yang
ada pekerjaan diberhentikan sedangkan dunia perniagaan merengek dan
merangkak ke bibir gaung kemuflisan. Negara ini sedang diasak oleh
kecelaruan ekonomi yang sungguh dahsyat tetapi yang lebih dahsyat lagi
ialah wujudnya sebuah kerajaan yang tidak sedar apakah ia masih
wujud secara berkesan. UMNO yang menunjangi kerajaan Barisan Nasional sedang dihayun masalah
dalaman yang akan melenyapkannya. Sebagai presiden parti, Dr. mahathir
masih berdegil melawan arus untuk merangkul kuasa terus sedangkan orang
Melayu sudah naik malas menyokongnya lagi dan sanggup membiarkan parti
terhegeh-hegeh ke jalan mati. Pemilihan di peringkat cawangan dan
bahagian menunjukkan parti itu tidak berminat untuk melaksanakan
perubahan. Sikap melaksanakan reformasi dalam parti memang tidak ada
sehinggakan sanggup membiarkan kaedah lama terus bernafas begitu sahaja.
Inilah alamat parti itu menghampiri zaman kemusnahannya.
Kepincangan UMNO menegakkan kewibawan menguruskan negara disebabkan
kerakusan berpolitik yang mementingkan nafsu-nafsi, menjadikan kereputan
parti itu tidak boleh dielakkan lagi. Keadaan yang menghanyutkan itu
begitu menonjol seperti yang tersembur daripada mulut Mahathir sendiri.
Dia mengeluarkan kata-kata seolah-olah dia masih menguasai keadaan. Kuasa
yang dia fikir masih ada di tanganya itu sudah lama terhakis sedikit
demi sedikit sejak direncanakannya proses pengaiban terhadap mantan
timbalannya Anwar Ibrahim. Pertelingkahan di antara David dan gergasi Goliath yang dilakonkan
oleh Anwar dan Dr. Mahathir itulah yang menyebabkan kerajaan Barisan
Nasional menjadi lalai terhadap peranannya yang sebenar. Keadaan
sudah menjadi begitu serius sehingga mencetuskan suasana yang sama
peritnya kalau mahu diusahakan agar keadaan berpatah balik. Apa yang
cuba dinyatakan oleh Mahathir dan juga Daim bukannya satu kenyataan
yang hakiki sebenarnya. Ia cuma satu sikap berani yang bermuka-muka
yang mereka harapkan dapat menjadi perisai untuk mereka terus berkuasa.
Sebenarnya kewujudan mereka itu sudah laksana diberi pilihan untuk
dibakar oleh api ataupun terjun masuk mulut buaya.
Dr. Mahathir sudah ketandusan pilihan untuk terus berkuasa. Tidak ada
perubahan yang boleh dilakar yang mampu menyelamatkannya. Apa cara yang
diusahakannya dia sudah pun dijerut oleh keaiban. Yang lebih
menyukarkannya ialah cara dia dipinggirkan oleh negara, kerajaan dan
juga partinya. Dia mengharapkan semua dasarnya dulu dapat meraih sokongan
akar umbi yang telah melarikan diri sejak September 1998 lagi. Dia
terlalu mengimpikan satu pentadbiran yang rancak yang pernah
dibanggakannya. Masa itu semua sudah lama berlalu. Dia telah
dihimpit keresahan oleh segala tekanan itu. Apa juga yang
ditonjolkannya, baik dalam bentuk ucapan mahupan dasar pentadbiran -
sudah tidak laku lagi. Segala rencana ekonomi dan kewangan yang
terbaru diusahakannya itu adalah contoh himpitan yang akan
menyesakkan pernafasannya lagi.
Rencana Asal: malaysiakini (www.malaysiakini.com) 29 March 01 The speed with these measures are decided upon, without
consultation and debate, as if out of the magician's hat,
and to ignore Parliament, makes it doubly suspicious. In
1997, amidst the Asian financial meltdown, Dr Mahathir and
Daim Zainuddin reacted as now, keeping the nation and
Parliament in the dark and announcing to the world as if
they had discovered the panacea for the United States'
dominant role in the Malaysian economy.
Why does Dr Mahathir and his administration assume that
they, and they alone, have all the answers? What makes the
present exercise suspect -- and has something to do not with
the US economic but to encourage Malaysians to go on a
spending spree, if not at the stock markets then at the
shopping malls, is this challenged belief that if the Prime
Minister of the finance ministers says it, it must be true.
The latest slew of economic and financial projects
include RM600 million in oil palm replanting subsidies, the
building of 200 single-session schools, 193 community
colleges, four universities, and 6,600 houses for the armed
forces; car loans for government servants one in five,
instead of seven, years; Malaysians encouraged to go
further into debt by persuading them to use their credit
cards; make Kuala Lumpur the regional hub for tourism.
Tight Times If this was intended, then it would have been in this
year's budget proposals. It also shows that neither the
Prime Minister or the finance minister considered the impact
of the US slowdown then, that the US economy is but an
excuse to announce all this for reasons that has nothing to
do with the country's well-being. It may not be. But does
it matter if this is how the market and country interprets
it? Mahathir, at his press conference, adds RM3 billion to
the RM28.8 billion approved for the current budget year.
He does not announce this first in Parliament. Especially
when it is in session. Nor does he explain how Malaysia
could overcome the impact of the US recession with a
shopping spree? One would have thought that in tight times,
the savings rate should be the highest possible. Instead,
we are encouraged to buy as if there is no tomorrow.
Or is this an attempt to make Malaysians more
interested in getting into the stock market so that those
who need to unload the shares -- of highly-leveraged
courtiers, siblings, cronies -- on an unsuspecting public.
This is what happened in 1997. But lightning does not
strike twice, especially when its own attempt to unload
crony companies on the stock market has met with scant
success in recent months. Hence the perennial question: where is the money for
this coming from? The projects cabinet ministers have
announced, recklessly as usual, will land Malaysia into more
financial trouble than she already is in. The bailout of
the cronies, siblings and courtiers ensures a public debt
cannot be repaid. The billion-ringgit projects are
announced with no thought on how they are to be paid for.
The banking system is under strain, with the debts to those
close to the centre of power threatening to sink it.
Wish List There is nothing wrong with huge debt if there is a
competent management which knows how to manage it. That is
in doubt. Malaysia's claim to prudent and successful
management of its resources is based at a time when everyone
was beating to its door, pouring in Croessus-like sums of
money that produced nothing now but debt and bankruptcy.
Malaysia now pays for the arrogant belief that what goes up
must stay up. Dr Mahathir's proposals therefore is a wish list, not
what he can implement. He hopes this would make the people
feel that good times are around the corner. But with the
Kuala Lumpur Stock Exchange continuing to slide despite a
deliberate prime pumping the KL Consumer Index in the last
few minutes of trading of the three stocks -- Telekom,
Tenaga and Malayan Banking, with a weightage of 35 per cent
of the KLCI's 100 stocks. This is an offence, but the
Securities Commission and the KLSE turn a blind eye.
So, we come back to how reliable the government is in
managing the economy, and to turn the country out of its
lethargic economic conditions. It is only the government
which believes that the economy leaps higher when people are
retrenched as business tether at the edge of bankruptcy.
The country is in deep economic trouble, but what makes it
worse is a government that does not whether it comes or
goes. UMNO, the main party in the governing National Front
Coalition, is in the throes of internal irrelevance. Dr
Mahathir, as its president, insists on leading it against
all odds, and the Malay is fed up with it all to leave it to
its own devices. Its divisions and branches elections show
not a desire for change and reformation but for the tired,
unworkable status quo. It suggests a party about to
self-destruct. Bold Front When it cannot safeguard its own back, with politicial
clout more interested in this than the larger management of
the country, the drift is unmistakeable. It is so blatant
that all it needs to show it is for statements as Dr
Mahathir made yesterday. There are made as if he is in
total control. He is not, and is damaged by the continuing
erosion of support over the humiliation of his former deputy
prime minister, Anwar Ibrahim. It is this David-and-Goliath struggle between Dr
Mahathir and Anwar that forced the National Front government
to lose its sure touch. So serious is this that it is as
painful to go forward as to return. What Dr Mahathir's, and
Daim's, statements reflect is not confidence but a bold
front which they hope would steel them to move forward.
They are, in other words, between the devil and the deep
blue sea. Dr Mahathir cannot make the changes he must to survive,
not not make them. Either way, he is damned. What makes it
worse is his isolation -- from the country, the government,
and his party. His policies, he hopes, would cause the
return of the support he lost sharply in September 1998, and
a return to the vibrant administration he once proudly led.
But he is beyond that. He is squeezed in with these
pressures, and what he delivers -- speeches and policies --
are disbelieved. The latest economic and fiscal measures
are but the latest of this. M.G.G. Pillai |