Laman Webantu KM2A1: 4123 File Size: 4.6 Kb * |
Beserah: Salinan Lapuran Polis Fauzi By S. B. 2/4/2001 11:07 pm Mon |
[Lapuran ini belum dapat disahkan walaupun apa yang
tertulis nampak benar. Sila ambil perhatian.
- Editor] Saya ingin menyatakan selanjutnya bahawa YB Tan Sri Mohd
Khalil Yaakob, semasa menjadi Menteri Besar Pahang, terlibat
dengan satu penyelewengan dan salah guna kuasa yang boleh
saya istilahkan sebagai "misappropriation of State
Resources", satu penyelewengan yang jelas melibatkan beliau
atau yang mesti dipertanggunjawabkan ke atas beliau adalah
tentang pemberian kawasan pembalakan dalam hutan kekal
dengan tidak mengikut prosedur dan jelas bertentangan dengan
Dasar Perhutanan Negara. Tingkah laku beliau telah
menjejaskan sumber kewangan dan aliran tunai Kerajaan Negeri
sekarang. Ianya juga menafikan HAK rakyat kawasan DUN
Beserah serta seluruh Negeri Pahang daripada memperolehi
peruntukan yang sewajar. Tan Sri Mohd Khalil Yaakob, sebagai Menteri Besar Pahang
adalah anggota Majlis Perhutanan Negara. Majlis ini telah
menentukan kuota tahunan pada 28,000 ekar bagi Negeri Pahang
untuk ditebang. Kuota atau catuan ini adalah wajib dipatuhi
untuk bukan sahaja memastikan "sustainable forestation"
tetapi bertujuan untuk menyelamatkan Negeri Pahang, ianya
juga merupakan satu perancangan yang amat munasabah bagi
menentukan kesinambungan hasil perhutanan sampai bila-bila.
Adalah bukan rahsia lagi bahawa Kerajaan Negeri Pahang
semasa diterajui oleh YB Tan Sri Khalil meluluskan
konsesi-konsesi pembalakan dalam hutan kekal tidak
menghiraukan kuota-kuota yang ditetapkan oleh Dasar Hutan
Negara, yang mana beliau adalah ahlinya bagi kelulusan
konsesi-konsesi tersebut. Kuota-kuota berkenaan (iaitu lebih
kurang 28,000 ekar saja setahun) sering kali dilanggar dan
diketepikan oleh Kerajaan Negeri, yang diketuai oleh YB Tan
Sri Khalil Yaakob sendiri, waktu itu tanpa segan dan silu
dan tanpa rasa bersalah. Sikap tidak bertanggungjawab dan ketidak-prihatinan YB Tan
Sri Mohd Khalil Yaakob dan Kerajaan Negeri waktu itu di
bawah kepimpinannya telah membarah dengan begitu teruk dan
akibatnya adalah, semasa beliau meninggalkan Kerajaan Negeri
Pahang pada pertengahan tahun 1999 untuk bertugas dengan
Kerajaan Pusat, kuota konsesi pembalakan yang boleh
diluluskan oleh kerajaan Pahang bagi tahun-tahun 2000, 2001,
2002, 2003 dan 2004 semuanya telah habis "digunakan".
Bagaimana penyelewengan yang sebegini serius dan besar
penyakitnya boleh berlaku hanya YB Tan Sri Khalil saja yang
mengetahui dan menjawabnya. Walau apapun, satu kesan yang parah dan nyata dari
penyelewengn ini ialah Kerajaan Negeri hari ini telah
"hilang" sumber kewangan utamanya (kerana hasil dari
perlesenan konsesi pembalakan untuk Negeri Pahang adalah
lazimnya 40% hingga 60% dari hasil kerajaan negeri). Saya
menganggarkan Kerajaan Negeri akan kehilangan antara 300
juta hingga 900 juta satu tahun hingga tahun 2003 atau 2004
di atas penyelewengan Tan Sri Mohd Khalil Yaakub.
Rakyat Negeri Pahang berhak untuk mengetahui apa sebenarnya
yang telah berlaku dan dilakukan semasa YB Tan Sri Khalil
Yaakub memimpin kerajaan Negeri Pahang. Rakyat juga berhak
menuntut supaya tindakan wajar dan saksama diambil terhadap
YB Tan Sri Mohd Khalil Yaakub atas penyelewengan dan salah
laku beliau dan jika terbukti, satu dakwaan di mahkamah
keadilan dibuat. Dari satu sudut yang lebih halus, saya menganggarkan
perbuatan bekas Menteri Besar Pahang ini sebagai mempunyai
kesan sabotaj dalam erti kata ia telah membantutkan
keupayaan dan usaha Kerajaan Negeri hari ini untuk memajukan
rakyat dan negeri dan menafikan HAK mereka.
Sekaligus saya, Wakil Rakayt DUN Beserah berasa amat
terkilan kerana rakyat Negeri Pahang, khususnya DUN Beserah
dinafikan HAK mereka - iaitu kehilangan sumber peruntukan
antara RM300 juta hingga RM900 juta. Saya sangat berharap dan yakin pihak Polis Di-Raja Malaysia
(PDRM) dapat menyiasat dengan rapi terhadap aduan ini.
Terima Kasih. The original website is KOMENTAR at |