Laman Webantu KM2A1: 4128 File Size: 15.0 Kb * |
TAG MT 70: Anwar Ibrahim Dan Tanggungan Sivil By Harun Rashid 3/4/2001 3:27 pm Tue |
TAG 070 [Anwar asyik didera dimana sahaja beliau berada sejak
dipecat daripada kabinet dan Umno. Beliau dinafikan ikatjamin,
rawatan segera selepas dibelasah pengsan dan lebam, penghakiman
yang adil, gantirugi akibat kecederaan, dan kini rawatan penting
juga akibat penderaan. Ia umpama satu pembunuhan imej dan nyawa
yang dilakukan dengan perlahan untuk melenyapkan beliau diam-diam di
dalam kesakitan yang amat menyiksakan. Di sini semua insititusi
kerajaan terbabit telah dirobotkan oleh beberapa tangan yang berhati
setan tanpa peri kemanusiaan. Pendeknya kerajaan telah melakukan satu sikap yang amat tidak
bertanggungjawab kepada Anwar seolah-olah segala deraan dan hukuman
selama ini masih belum memadai. Tetapi Anwar masih belum lumpuh
ataupun tertewas kerana ada sesuatu yang membelanya dan ia tidak akan
padam kerana terlalu banyak nyawanya.... Apa yang muncul di Beserah
sahaja sudah cukup untuk membuat Umno menggelabah gila.
- Editor ] (Anwar Ibrahim and Civil Liability) Oleh: Harun Rashid Mac 31, 2001 Terdapat beberapa contoh di mana seorang pembunuh terlepas hukuman
disebabkan kegagalan pendakwaan, tetapi terpaksa kemudiannya menangani
hukuman berat dalam tindakan sivil yang dikemukan oleh keluarga
mangsanya. Kelakuan anti-sosial kerap mencetuskan kebertanggungjawaban
undang-undang. Adalah tugas mahkamah menentukan agar pengadilan
dilaksanakan. Apabila sesuatu tindakan mengundang tuduhan jenayah, tertuduh diberikan
peluang untuk mengaku salah. Pengakuan tidak bersalah memberi ruang
dimulakan tuduhan jenayah oleh pendakwaraya yang perlu mennggembeling
segala pengalamannya, latihan dan bakat untuk mengemukakan bukti yang ada
secara jelas kepada hakim. Pendakwaraya tidak seharusnya memihak kepada
si tertuduh. Seandainya pendakwaraya memihak kepada si tertuduh, dengan
tidak mengemukakan bukti yang ada, ataupun mengemukakan bukti yang
palsu, pendakwaraya itu sebenarnya melakukan satu jenayah pula.
Pendakwaraya mempunyai tugas yang sama dalam mengemukakan sebarang
bukti yang boleh membebaskan tertuduh dan sebarang tanda berlakunya
perkara ini adalah mencukupi untuk mencemar kes itu sehingga
menggugat usaha pendakwaan. Seorang pendakwa yang menunjukkan gelagat
menyorokkan bukti ataupun menggalakkan saksi menyorokkan bukti
sebenarnya gagal dalam menjalankan tugasnya. Kalau ada bukti yang sahih
menunjukkan seorang pendakwa (ataupun hakim) telah diarahkan untuk
mengelak keadilan oleh ketuanya, ataupun telah menerima janji untuk
dinaikkan pangkat ataupun menerima imbohan sebagai satu rangsangan,
sabitlah perkara jenayah dan tanggungan sivil itu.
Sesuatu tindakan jenayah selalunya dikaitkan kepada hukuman yang
khusus, dan apabila seorang penjenayah mengaku kepada kesalahan itu
dengan membuat akuan bersalah, hukuman itu pun dijatuhkan dan terserahlah
kepada cara menjalani tempoh hukuman yang dikenakan. Undang-undang adalah
menyeluruhi semua orang, dan pegawai polis serta ahli politik kepada
parti yang sedang berkuasa tidaklah mempunyai hak kekebalan daripada
hukuman undang-undang. Apabila mudarat berputik daripada cetusan tindakan jenayah, seperti
berlakunya serangan ataupun serbuan, tindakan sivil boleh dikenakan
terhadap pihak yang melakukannya. Seandainya pesalah itu adalah seorang
pegawai kerajaan, menjalankan tugas secara rasminya, maka semua ketuanya
dan kerajaan pun boleh didakwa dalam tindakan sivil untuk mendapatkan
gantirugi. Seandainya pesalah itu seorang pegawai polis ia patut dicela
lagi kerana mereka yang bertugas menguatkuasakan undang-undang tidak
dijangka akan mengingkarinya. Kerajaan Malaysia sedang menahan Anwar Ibrahim, seorang yang terkenal
ketokohannya sebagai banduan, dalam pemenjaraan bersendirian. Dia telah
menanggung kesakitan ketika diperam di ibupejabat polis gara-gara gelagat
ketua polis negara. Pegawai ini bertindak atas sifat peribadinya
ketika itu. Akhirnya dia telah dipaksa oleh Suruhanjaya Siasatan
Diraja untuk mengaku bersalah kepada penderaan itu, dan menerima
hukuman penjara selama dua bulan. Sehingga kini, walaupun sudah dua
tahun berlalu, dia masih belum mejalani hukuman itu.
Sebagai seorang banduan, Anwar masih lagi tidak dibebaskan waima sehari
pun sejak dia ditangkap. Dia dinafikan jaminan walaupun dia berhak kepada
kemudahan itu di bawah hukum undang-undang. Orang yang dituduh membunuh
memang kerap memperlekehkan undang-undang Malaysia, dan mendapat peluang
dijamin berterusan daripada seorang pegawai kanan di jabatan Ketua
Peguam Negara. Inilah pegawai yang sama yang telah merencana dua kes
pengadilan Anwar Ibrahim dan beberapa kes lain di mana para banduan
diberikan layanan yang mengaibkan. Tindakannya memang boleh dipersoalkan.
Anwar Ibrahim telah menjalani dua kes pengadilan di Malaysia. Kes
pertama memang merupakan satu sarkas sahaja, lebih digembar-gemburkan oleh
tilam yang diusung untuk mengabui mata. Pihak pendakwa dan hakim
sepatutnya dikutuk kerana berperanan dalam lakonan itu. Pengadilan yang
kedua berakhir dengan keputusan bersalah. Keputusan itu telah dicapai
setelah orang yang dikatakan telah diliw*t menafikan perilaku itu
sebanyak tiga kali di hadapan hakim. Seorang saksi telah memberi
keterangan dia ada mengambil bahagian dalam satu konspirasi politik untuk
mengemukakan keterangan palsu sambil memberikan nama semua rakan
konspirasinya itu. Hakim itu belum lagi mengemukakan keputusan bertulis
mengenai keputusan pengadilannya, walaupun dia sudah diberikan kes lain
untuk diadilinya. Undang-undang memerlukan para pendakwa yang bertindak semata-mata untuk
kepentingan awam dan para hakim yang mengamalkan kebijaksanaan dalam
menterjemahkan hukum perundangan dalam mengadili kes yang dikemukakan.
Undang-undang adalah berasaskan tafsiran dan logic dan para hakim
mestilah berupaya menulis dengan jelasnya segala dalil dan alasan di
sebalik segala keputusan pengadilan mereka. Segala hasil tulisan mereka
merupakan asas perundangan dan dengan nama undang-undang itu makanya
pengadilan mesti diserlahkan dengan cara yang wajar.
Di Malaysia, menepati masa bukannya satu kemestian. Banyak kes yang
mustahak sengaja dibiarkan meleret-leret tanpa ada sebarang penghakiman
yang dituliskan. Kini ada seorang hakim di mahakamah paling tinggi yang
tidak pernah menulis sebarang keputusan penghakiman. Tidak pula sesiapa
yang mengetahui apakah dia mampu menulis keputusan penghakiman. Dia
memang terkenal kerana gelagatnya sebagai seorang pendakwa, dan sebagai
seorang teman bersantai kepada ketua hakim negara (yang baru bersara).
Dialah Ketua Peguam Negara yang mengarahkan pendakwaan kedua-dua kes
Anwar Ibrahim. Kini, Anwar Ibrahim memerlukan satu pembedahan yang rumit keatas
tulang belakang disebabkan penderaan yang dialaminya. Akuan bersalah
memperakukan tanggungan sivil di pihak pegawai polis yang menderanya dan
juga di pihak kerajaan Malaysia. Kerajaan telah enggan mengizinkan
beberapa rawatan perubatan dilaksanakan, dan inilah yang menambahkan
tanggapan tanggungan para pegawai yang menafikan rawatan itu.
Seandainya menteri halehwal dalam negeri didapati merupakan pegawai utama
yang membuat keputusan, bererti dia bersama dengan beberapa pegawai
kerajaan yang lain, akan dikira bertanggungjawab kepada sebarang
tambahan mudarat yang mungkin melanda Anwar Ibrahim. Beberapa peristiwa
yang terjalin menunjukkan bahawa keseluruhan tanggungan kontinjen ini
tidak dijelaskan dengan terangnya oleh para penasihat kepada pemimpin
kerajaan yang ada. Rencana Asal: Worldview: Harun Rashid's Malaysia Commentary
by Harun Rashid Apr 2, 2001 The first year of law school includes the three foundation courses
of Crimes, Torts and Contracts. A criminal act requires that it
be done with intent, and no conviction will stand if the intent
is not proven. This is not true of civil cases, in which only
harm need be shown. A man who strikes another in a rage not only
invites the attention of the police, he also makes himself
liable to his victim for the harm done by his action.
There are famous cases in which a murderer escaped conviction
when the case was not successfully prosecuted, only to later
face large penalties in a civil action brought by the family
of the victim. Anti-social conduct always carries both aspects
of legal accountability. It is the purpose of the courts to see
that justice is done. When an act brings criminal charges the suspect is given a
choice of plea. A not guilty plea calls for a criminal
trial to be brought by the public prosecutor, who must use all
his experience, training and aptitude to present all the evidence
fairly to the judge. The prosecutor must not favor the suspect
by failing to bring out evidence, nor cause harm by introducing
false evidence. If he does this, the prosecutor himself commits
a crime. The prosecutor has a like duty to present any evidence which would
exonerate the accused, and any showing that this has occurred will
sufficiently taint the case as to foil the prosecution. A prosecutor
shown to be hiding evidence, or inviting witnesses to lie or hide
evidence, he not only fails his public duty, he commits a crime. If
it can be shown that a prosecutor (or judge) has been instructed by
superiors evade justice, or has accepted promises of promotion or
other emolument as inducement, the question of criminal and civil
liability become germane. A criminal act usually has the penalty specified, and when a criminal
admits to the offense with a plea of guilty, the penalty is applied
and there is but to serve out the term of the sentence. The law
applies equally to all, and police officers and politicians of the
party in power are not immune from punishment.
When harm results during the commission of a crime, such as from
an assault, then civil damages may be brought against the party or
parties responsible. If the offender is an officer of the government,
acting in an official capacity, then all superiors and the government
itself may be sued in a civil action for damages. If the offender is a
police officer it is the more reprehensible, as those responsible for
enforcing the law are not expected to break it.
The government of Malaysia holds Anwar Ibrahim, a high profile
prisoner, in solitary confinement. He has suffered injuries in the
national police headquarters at the hands of the head of the
national police department. The officer was acting in his official
capacity at the time. He eventually was forced by a Royal
Commission of Inquiry to enter a plea of guilty to the assault, and
subsequently received a two-month sentence. He has yet, over two years
later, to serve a day inside a cell. The prisoner Anwar, however, has never been out of detention
since the day of his arrest. He was not given bail, even though
clearly entitled to it under the law. Murder suspects make a
mockery of Malaysian law, receiving bail repeatedly from a senior
officer of the Attorney General's office, the same prosecutor who
engineered the two trials of Anwar Ibrahim and other trials in which
prisoners were similarly mistreated. His motives are in question.
Anwar Ibrahim has had two public trials in Malaysia. The first was
a circus trial, highlighted by the use of a mattress as a safety
net. Both prosecutor and judge are to be severely criticised for
their roles in this charade. The second trial also resulted in
a guilty verdict. This verdict was delivered after the s###mee
denied the act three times in the presence of the judge. A witness
testified that he was a party to the political conspiracy to
present false evidence, naming his co-conspirators. The judge
has not written the grounds for his verdict, and yet he has been
given responsibility for new trials. The law expects prosecutors to act solely in the public interest
and judges who exercise reason in applying the law to the cases
before them. The law relies on literacy and logic, and judges
must be able to write clearly and concisely the grounds and
reasoning behind their verdicts. These writings form the foundation
of the law, and in the interests of justice must be presented in
a timely manner. In Malaysia the timeliness is become optional and slipshod. Many
important cases have gone for years without grounds being written.
There is now a judge in the highest court who has never been known
to write a judgement. He has been selected though he has never
demonstrated that he is capable of writing a learned judgement. He
is known for his activities as a prosecutor, and as a vacation companion
of the Chief Justice (now retired). He previously served the party
in power as Attorney General. He directed the prosecution of both
Anwar Ibrahim trials. Anwar Ibrahim now requires delicate spinal surgery as a consequence of
his injury. The plea of guilty establishes the civil liability of both
the police assailant and the Malaysian government. The government refuses
to allow necessary medical treatment to be performed, and this adds to
the perceived liability of the officers who deny the treatment.
If the home minister is found to be the primary official making the decision, then he, along with the government, will be held legally responsible for any further harm that may come to Anwar Ibrahim. Events suggest that the full nature of this contingent liability has not been made clear by the advisors to the leaders of the government. |