Laman Webantu KM2A1: 4131 File Size: 25.3 Kb * |
SKhinge: Konspirasi Syaitan By Steffan Khinge & Associates 4/4/2001 1:22 am Wed |
[Rencana ini diterbitkan semula untuk mengingati seorang
penulis hebat reformasi yang menggunakan nama samaran Steffan Khinge
& Associates. Perhatikan bagaimana Mahathir menukar-nukar alasan,
menyiasat dan menghukum sendiri tanpa melakukan pemeriksaan, dan
mementaskan beberapa lakunan untuk mengaibkan Anwar.
- Editor] KONSPIRASI SYAITAN Oleh: Steffan Khinge & Associates Pemecatan Anwar Ibrahim dari jawatan-jawatan Timbalan Perdana Menteri,
Menteri Kewangan, Timbalan Presiden UMNO dan sebagainya ternyata
perkembangan politik tanahair yang amat menakjubkan bagi pelbagai pihak.
Masyarakat Malaysia dan dunia tidak menyangka sama sekali bahwa
penyingkiran Anwar dengan mendadak termasuk di dalam rancangan
drastik Mahathir. Dalam sekelip mata pemimpin yang bakal menjadi Perdana
Menteri Malaysia yang ke 5 telah diisytiharkan sebagai Musuh No. 1
Negara (Public Enemy No. 1). Lantaran dari pengishtiharan perang ke atas
Anwar maka jentera konspirasi Maha Jahat memulakan rancangan
mengaibkan Anwar dengan sepenuh komitmen. Bagaikan meniru plot cerita
Hollywood, "Enemy of the State" program yang disusun telah dibuat
sedemikian rupa supaya rakyat diperdayakan dengan fitnah dan akhirnya
mempercayai bahwa Anwar adalah ancaman kepada negara. Hakikatnya
Anwar bukanlah musuh rakyat tetapi merupakan ancaman yang Maha
Bahaya bagi cucu Iskandar Kutty dan kroni-kroninya.
Pertama kali ditanya oleh wartawan mengenai alasan pemecatan Anwar,
Mahathir sekadar menjawab bahwa Anwar "tidak sesuai".
"Ketidaksesuaian" Anwar kemudiannya dikaitkan dengan isu bermoral
rendah hanya beberapa hari kemudian. Agaknya selepas 16 tahun
bersama-sama Anwar barulah Mahathir mengetahui sifat keji Pak Syeikh
yang disanjungi para intelek dunia Islam. Namun begitu apabila ditanya lagi
dalam pertemuan berlainan, Mahathir mendedahkan bahwa dia mempunyai
bukti yang Anwar sedang berusaha menjatuhkannya. Kononnya Mahathir
hanya membongkar niat jahat "Brutus" ini setelah salah laku moral Anwar
diumumkan ke seluruh dunia. Mahathir mendakwa bahwa dia amat yakin tentang kepincangan moral
"anak didik" bernama Anwar Ibrahim setelah menemuramah Azizan Abu
Bakar dan Umi Hafilda. Mahathir merasakan tidak perlu menunggu siasatan
polis selesai sebelum membuat sebarang keputusan. Bukti-bukti siasatan
dan perubatan tidak perlu diketengahkan. Mahathir yang pernah
mengamalkan kerjaya kedoktoran merasakan adalah memadai mendengar
pandangan orang lain sebelum melakukan pembedahan kritikal terhadap
pesakitnya. Penjelasan dan latarbelakang perubatan orang yang hendak
dibedah tidak diambilkira dan pemeriksaan teliti terhadap punca penyakit
tidak perlu dilakukan. Bagi Mahathir yang Maha Pintar cukuplah pengakuan
seorang bekas pemandu dan kesangsian seorang anak ustaz terhadap
kakak iparnya dan anak saudaranya. Jika mereka bersumpah bahwa Anwar
adalah seburuk-buruknya manusia maka Mahathir tidak akan
mempertikaikan walau sedikitpun pernyataan kedua-dua insan ini.
Dalam mana-mana sistem keadilan seantero dunia seseorang itu dianggap
tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Di negara Malaysia yang
serba boleh ini tidak lagi perlu bagi orang yang membuat tuduhan untuk
mengemukakan bukti. Malaysia era Mahathir menuntut orang yang dituduh
"membersihkan" dirinya dari tuduhan yang dilemparkan. Mengikut kaedah
jenayah Mahathir ini adalah wajar benar bagi Abdul Rahim a/l Thamby
Kechik tampil ke hadapan umum membuktikan bahwa dia tidak pernah
mengadakan hubungan seks dengan cucu Puan Pendek dan anak yang
dilahirkan bukanlah hasil perkongsian haram mereka berdua. Sekiranya
anak Thamby Kutty sanggup melakukan ujian DNA oleh badan yang
berkecuali dan nyata bahwa anak kecil itu bukan zuriatnya barulah
masyarakat Malaysia akan memohon kemaafannya dan akan bersihlah
namanya buat selama-lamanya. Begitu juga halnya dengan Leftenan setia
Mahathir, Megat Junid. MJ si Mata Keranjang juga perlu membersihkan
namanya dan membawa bukti-bukti nyata yang melepaskannya dari terus
dituduh terbabit dengan pembunuhan seorang wanita bernama Mustakizah.
Azizan Abu Bakar amat beruntung dapat berkawan dengan Monica
Lewinsky Malaysia yang muncul dalam hidupnya bagaikan rahmat dari
langit. Kalau Azizan membuat tuduhan terhadap Anwar secara bersendirian
tiada siapa akan mempercayai bekas drebar yang paling berkarisma di
dunia. Maka bersyukurlah Azizan ke hadrat Ilahi bahwa ada insan bernama
Umi Hafilda yang sudi membantunya. Umi Hafilda mengenali Anwar melalui
penglibatan abangnya Azmin. Umi juga mengetahui bahwa Azmin
sekeluarga sangat akrab dengan Anwar. Cuma Umi sangsi terhadap kakak
iparnya, Shamsidar dan anak saudaranya, Affifa. Puas Umi berfikir mengapa
Affifa memanggil Anwar "Uncle Papa" tetapi tidak terlintas pula di kepala
Umi apa sebabnya anak kecil ini menggelarkan Dr Wan Azizah "Auntie
Mummy". Akhirnya Umi "Lewinsky" mendapat ilham sensasi sewaktu
menatapi gambar "Uncle Papa" bahwa ada kemungkinan anak saudaranya
hasil perkongsian haram Anwar dan Shamsidar! Lagipun Umi merasa irihati
terhadap hubungan mesra kedua-dua keluarga Anwar dan Azmin. Umi tidak
dapat tidur lena mengenangkan perasaannya terhadap "Uncle Papa". Oleh
kerana "Uncle Papa" tidak membalas perasaan cintanya yang sejati maka
Umi bertekad untuk memastikan supaya tiada wanita lain boleh memiliki
Anwar. Menyedari tanggungjawabnya terhadap "agama, bangsa dan negara" maka
Umi berjaya menyakinkan Azizan bahwa sudah tiba masanya untuk
didedahkan kepada umum sifat keji dan munafik "anjing" bernama Anwar.
Yang peliknya bagaimana kedua-dua pendokong "Negara Kita,
Tanggungjawab Kita" ini dapat diketemukan. Azizan telah berhenti menjadi
drebar Dr Azizah hampir 10 tahun lamanya kerana menceburkan dirinya
yang keparat dalam alam korporat. Pertemuan mereka ini berlaku pada
tahun 1997. Barangkali "takdir penentu segalanya" ataupun disebabkan Umi
kenal rapat Datin Norziela Jalil. Mungkin juga suatu kebetulan
(coincidence) Datin "Tarzan Rimba" ini merupakan isteri kedua Dato' Megat
Junid "Yob Gigolo". Dato' Megat J. dan kembar tidak seirasnya, Dato' Seri
Sanusi J. memang sudah lama menjadi hulubalang "kamikaze" Mahathir.
Agaknya Azizan merasa amat bertuah kerana dapat mengenali si Umi
Hafilda tokoh Karisma Advertising yang ada laluan terus (direct access)
kepada orang bawah dagu Mahathir. Umi terhutang budi kepada Dato'
Megat J. kerana semasa MJ menerajui Pemadam dapatlah Umi kontrak
yang tidak kurang lumayan dari badan berkenaan. Lagipun Karisma
Advertising memerlukan "suntikan modal" buat melangsaikan hutang tidak
berbayar (NPL). Maka sedikit "duit poket" dari mana-mana pihak sangat
dihargai oleh Umi si "Walking Wardrobe". Umi juga bertuah kerana
mendapat sokongan Mastermind Agung Maha Kroni, Abdul Daim Zainuddin
yang siang-malam membuat duit.
Tuduhan-tuduhan melulu kedua-dua pelakon utama dibukukan oleh
seorang lagi mamak tongkang bernama Khalid Jafri Bakar Shah. Buku
kumpulan surat-surat layang ini diberi tajuk "50 Dalil Mengapa Anwar
Tidak Boleh Menjadi PM". Khalid Jafri adalah seorang bekas wartawan
yang hampir muflis. Kalaulah Salman Rushdie laknatullah tergamak menulis
buku "Surah-surah Syaitan" (The Satanic Verses) maka buku Khalid
"Rushdie" ini sepatutnya dinamakan "Pembohongan Syaitan" (The Satanic
Lies). Kandungan kitab fitnah tulisan Khalid sebenarnya hanya layak
sebagai bahan bacaan kelakar kerana "dalil-dalil"nya ternyata
berdasarkan tuduhan yang tidak berasas dan sengaja direka-reka. Sebagai
contoh, antara satu "dalil" yang dikemukakan oleh Khalid Al-Terpalit ialah
nama Anwar yang didakwa membawa erti seorang yang suka berperang :
An-War! Sayugia diingatkan bahwa Mahathir adalah seorang yang pragmatik
samalah seperti binatang "chameleon", seekor cengkarung yang boleh
mengubah warna kulitnya mengikut keadaan sekeliling. Bukanlah sesuatu
yang aneh bagi Mahathir untuk melakonkan sandiwara semata-mata untuk
mengaburi mata dunia. Lihatlah bagaimana pada mulanya Mahathir menolak
dakwaan salah laku Anwar yang dikarang bersama oleh Umi Hafilda Si Kaki
Hutang dengan bantuan "mangsa l*wat" bernama Azizan. Begitu juga
dengan Bekas Ketua Lanun Negara, Rahim Noor yang mengatakan
semuanya adalah karut belaka. Samalah halnya dengan Bekas Pengarah
Cawangan Khas (SB - Syaitan Bisu), Said Awang yang menyifatkan
dakwaan berkenaan sebagai "too good to be true" dan sengaja
direka-reka. Mengapakah Azizan, Umi Hafilda dan Khalid Mamak Tongkang sanggup
melakukan pendustaan terhadap Anwar? Apakah mereka ini tiada lagi
maruah? Tergamakkah Trio Fitnah ini menjual maruah demi wang?
Sebenarnya pengabdian diri segelintir manusia terhadap wang mampu
melampaui batasan moral, maruah dan agama. Kalau ada penjahat yang
bersetuju membunuh hanya dengan upah RM 50,000 maka tidak sedikit pun
menghairankan ada yang sanggup memfitnah jika bayaran yang ditawarkan
tersangat lumayan. Apatah lagi dengan mendapat jaminan perlindungan
dari orang-orang yang sangat berkuasa di dalam negara. Berapa lamakah
seseorang itu perlu bekerja untuk memperolehi wang sebanyak RM 1 juta?
Katakanlah seorang drebar macam Azizan menerima gaji RM 1,500
sebulan. Untuk mengumpul RM 1,000,000 maka dia terpaksa bekerja
selama hampir 60 tahun! Tidak mungkin si drebar pelupa ini akan dapat
mengecapi nikmat dunia ini sepanjang hayatnya.
Akhbar tempatan memuatkan affadavit sensasi terhadap Dato'
Nallakaruppan di muka hadapan masing-masing. Antara kandungan
affadavit berkenaan ialah mengenai dakwaan salah laku seks Anwar
Ibrahim. Buat pertama kali dalam sejarah negara sesuatu dokumen
mahkamah telah mendapat liputan tanpa batas. Yang lebih menakjubkan
ialah affadavit ini telah disiarkan dengan begitu pantas sekali SEBELUM
mahkamah membuat keputusan membenarkan dokumen itu ditontonkan
kepada umum. Perincian butiran tuduhan-tuduhan bertaraf XXX ini
menggemparkan masyarakat Malaysia. Media tempatan yang selama ini
alim-alim kuching dengan tanpa silu menghidangkan kisah-kisah liwat dan
seks bebas. Semuanya ini dibiarkan sahaja oleh pihak pemerintah dengan
harapan rakyat akan mempercayai kepincangan akhlak Anwar.
Serangan bertalu-talu media tempatan tidak sahaja terhad kepada Anwar.
Malahan sesiapa saja yang bersimpati dengan bekas TPM dijadikan
sasaran. Kumpulan wanita kelas menengah yang berkumpul di hadapan
pintu Istana Negara dilabel sebagai "pelacur". Meskipun Ketua Polis Kuala
Lumpur menafikan pembabitan golongan perempuan sundal, Utusan
Malaysia, suratkhabar penyebar fitnah tidak langsung menyiarkan penafian
ini mahupun meminta maaf. Akhbar ini bertindak sebagai alat propaganda
Mahathir yang sengaja memutarbelitkan berita. Zainudin Maidin, khadam
setia Mahathir telah menghancurkan kewibawaan akhbar Melayu ini. New
Straits Times juga memainkan peranan yang penting dalam mencemarkan
nama baik Anwar di kalangan pembaca akhbar Inggeris. Seorang lagi hantu
raya Maha Kroni, Kadir Jasin cukup bertenaga membuat pembohongan
demi mempertahankan tuannya. TV3 milik Kumpulan NSTP bertukar wajah
dengan menyiarkan "Pembohongan Sensasi, Fitnah Terkini" dari hari ke
hari. Akhbar-akhbar lain seperti Berita Harian, The Star dan The SUN (milik
Vincent Tan) tidak kurang hebat menabur fitnah.
Rakyat yang sudah bosan dengan sandiwara pembohongan harian media
bertindak memboikot Utusan dan akhbar-akhbar lain. Akibatnya penjualan
akhbar-akhbar ini terjejas teruk. Sebagai alternatif orangramai beraleh
selera dengan merujuk kepada Harakah, media asing seperti
AFP, CNN dan BBC, dan laman-laman web pro-reformasi untuk
mendapatkan liputan berita kes Anwar dan gerakan reformasi. Sumber berita
alternatif ini berjaya menyemarakkan api reformasi ke seluruh negara
sehingga kini. Barangkali tidak lama lagi Maha Fitnah akan mengarahkan
sebuah Dana untuk menyelamatkan syarikat-syarikat media tempatan yang
kian lemas dalam gelora fitnah ciptaan sendiri.
Sejarah Kesultanan Melaka silam yang menjadi kebanggaan rumpun
Melayu sehingga kini telah melahirkan tokoh-tokoh unggul seperti
Bendahara Tun Perak dan Hang Tuah. Melaka hancur kerana fitnah dan
pengkhianatan rakyatnya yang bersekongkol dengan penjajah. Sejarah
malang kesultanan Melaka bagaikan berulang kembali apabila anak
kelahiran Serkam, Melaka bernama Abdul Rahim Noor telah bersubahat
dengan Mahathir untuk memfitnah dan menzalimi Anwar.
Rahim Noor telah mengarahkan polis menangkap orang-orang yang
dianggap pro-Anwar samada untuk disiasat, diugut atau diseksa.
Penahanan tanpa bicara di bawah Akta Syaitan ISA dibuat dengan
sewenang-wenangnya. Ada tahanan yang dipukul, didera secara mental
dan ditelanjangkan semasa tahanan. Sebagai menjunjung titah perintah
Sultan Maha Zalim, Ketua Lanun Negara @ PIG telah melepaskan
"anjing-anjing" FRU dan PGA untuk menyerang dan membelasah tanpa
belas kasihan rakyat yang menunjuk perasaan secara aman. Apa yang
Maha Zalim takutkan sangat dengan perkataan "Reformasi"? Keganasan
polis pada 21 September, 26 September, 17 Oktober dan 24 Oktober yang
berdarah sudah menjadi sebahagian dari sejarah malang negara. Pihak
Special Branch yang cukup terlatih dan disegani berubah wajah menjadi
kumpulan samseng. Benarlah kata Anwar bahawa PDRM bertindak seperti
Gestapo dan Mossad! Martabat polis terus tercemar apabila segelintir pegawainya terlibat dengan
pemalsuan bahan bukti, peras ugut dan pembohongan. Minda rakyat
Malaysia diperlecehkan apabila pihak polis mengemukakan pengakuan
palsu liwat dan tilam sebagai "bukti" salah laku seks Anwar. Kalaulah
benar Anwar melakukan semua tuduhan salah laku seks mengapakah
sehingga kini tiada bukti video menunjukkannya memasuki "sarang seks"
bersama-sama wanita-wanita berkenaan dan melakukan kerja yang
terkutuk itu? Kepercayaan dan rasa hormat kepada pasukan polis hancur
lebur dengan sekelip mata. Polis yang berbangga dengan slogan "Cepat
dan Betul" dilihat sebagai musuh yang telah mengishtiharkan perang ke
atas rakyat. Barangkali slogan polis perlu ditukar menjadi "Sebat dan
Pukul". Perletakan jawatan Rahim Noor hanyalah sandiwara untuk
memperdayakan rakyat. Tidak menghairankan sedikitpun sekiranya
SuruhanJaya "Bebas" ke atas kecederaan Anwar akan mendapati bekas
PIG bersalah membelasah Anwar! Kemungkinan ini tidak ditolak jika
Mahathir ingin melepaskan dirinya dari dibakar oleh api kemarahan rakyat.
Seandainya ini berlaku maka barangkali ianya balasan setimpal kepada
manusia yang sanggup menggadaikan rohnya kepada Syaitan.
Penganiayaan terhadap Anwar Ibrahim telah membuktikan kepada
masyarakat dunia betapa pincangnya sistem kehakiman di bawah telunjuk
Mahathir berdarah Malbari. Malahan perbicaraan Anwar yang "diadili" oleh
Hakim Augustine Paul @ Hakim Tidak Relevan mencatat sejarah sebagai
sitcom komedi terbaik pernah dihasilkan. Kehebatan lakonan saksi-saksi
pendakwaan, kepakaran bidan terjun DNA bernama Lim Kong Boon,
ketelitian pihak polis terutamanya anak seorang ustaz bernama Musa,
kehandalan pasukan pendakwaan pimpinan Gani Patail yang menerima
bantuan dari abangnya, Wahab dan kemunculan "saksi bisu" Orthoflex
yang diusung keluar masuk berhari-hari lamanya memastikan produksi
tempatan ini menjadi bahan ketawa seluruh dunia. Di samping itu rakyat
Malaysia menerima kursus pendidikan seks percuma menerusi media
tempatan yang melaporkan setiap isu dengan penuh berahi. Liputan meluas
ini mendapat restu Menteri Penerangan yang Maha Bulat Ketaatannya
kepada Mahathir. Sesungguhnya penulis-penulis skrip saga Anwar ini patut menerima pingat
atau anugerah terhormat di atas kreativiti mereka. Inspirasi mereka sudah
tentunya datang dari negara yang berbangga dengan industri hiburan di
Hollywood. Mereka menciplak ide daripada kes skandal seks Presiden Bill
Clinton. Kalau Monica Lewinsky menyimpan baju biru yang terdapat kesan
kelelakian Clinton maka konspirator serba boleh kita mengilhamkan tilam
yang dirampas dari kondominium eksklusif. Akan tetapi penulis skrip tidak
menyangka akan timbul pita rakaman Dato Sng dengan Umi "Lewinsky".
Barangkali panel skrip terlupa akan episod pita-pita rakaman Linda Tripp,
sahabat Monica dalam kes skandal Clinton. Walaupun begitu sandiwara
arahan Mahathir diteruskan juga dengan bantuan padu Hakim Tidak
Relevan yang dengan sewenang-wenangnya menolak pita-pita berkenaan
sebagai bahan bukti. Augustine a/l Sinappan kerap menangguhkan
keputusan mengenai beberapa hal kes untuk merujuk kepada tuan-tuan
beliau. Apabila tamatnya episod Anwar ini S. Augustine Paul akan menjadi
tidak relevan dalam sejarah negara sepertimana Hakim Ajaib Singh hilang
keajaibannya selepas memainkan peranannya dalam pemecatan Tun Salleh
Abbas. Pindaan minit terakhir pihak pendakwaan kepada keempat-empat
pertuduhan terhadap Anwar sememangnya berniat jahat. Ramai yang
melihat tindakan ini sebagai cubaan terdesak menyelamat kes pendakwaan
yang hampir punah. Namun begitu percayalah bahwa pendedahan tuduhan
salah laku seks Anwar sememangnya telah dirancang dari mula lagi.
Tujuannya untuk memalukan Anwar dan menghilangkan kepercayaan
rakyat terhadapnya. Usaha ini samalah seperti penyiaran affadavit dakwaan
terhadap Dato' Nalla menerusi media dan pengakuan palsu Sukma dan Dr
Munawar. Bagi Mahathir dan syaitan-syaitan ikutannya jika tipu helah
sebegini berjaya memalingkan rakyat dari Anwar maka rancangan jahatnya
sudah mencapai kejayaan. Pemulauan Anwar oleh rakyat sudah pasti akan
membunuh karier politiknya buat selama-lamanya.
Yang pasti kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman berada di
tahap yang paling rendah di dalam sejarah negara semenjak mencapai
kemerdekaan. Sistem kehakiman yang diterajui oleh Ketua Hakim Negara,
Eusoff Chin bagaikan sisa pintu gerbang Kota A Fomasa di Melaka yang
hanya tinggal serpihan kegemilangannya. Gambar-gambar seorang anak
Melaka yang menjawat jawatan Peguam Negara, Mohtar Abdullah
melancong ke Eropah bersama-sama seorang kroni Mahathir bernama
Vincent Tan menimbulkan tanda tanya mengenai dasar berkecuali sistem
yang pernah disanjungi di seluruh Komanwel.
Sekali pandang kontroversi yang dicetuskan oleh Mahathir seolah-olah
tertumpu terhadap masalahnya dengan Anwar. Walaubagaimanapun jika
dihalusi keseluruhan episod ini nyatalah ianya melibatkan monopoli
kekuasaan yang bertunjangkan mempertahankan kepentingan segelintir
individu. Golongan tamak ini tidak mahu melepaskan cengkaman ke atas
pembolotan kekayaan negara untuk kesejahteraan mereka. Ini
menyebabkan penyamun-penyamun ini tergamak untuk menipu rakyat
jelata secara terang-terangan berselindungkan pemerintahan kuku besi elit
pemerintah. Dominasi kerajaan Barisan Nasional sekian lama menyebabkan
rasuah, penganiayaan dan penipuan sudah bermaharajalela tanpa kawalan
di segenap lapisan hiraki kepimpinan BN. Menyedari betapa perlunya
"status quo" ini dikekalkan maka barisan pemimpin yang diberikan mandat
untuk mentadbir negara oleh lebih separuh pengundi bersedia melakukan
apa saja tindakan. Penganiayaan terhadap Anwar Ibrahim bukannya setakat menjatuhkan
maruah dirinya dan ahli keluarganya. Ianya bukan juga sekadar percubaan
membunuh karier politik Anwar. Isu terpenting ialah mengenai keadilan
untuk sekalian rakyat. Jenayah elitist ini menunjukkan betapa keseluruhan
institusi-institusi negara yang berperanan untuk melindungi rakyat telah
disalahgunakan pada tahap tertinggi untuk memfitnah, mengaibkan,
mengancam keselamatan dan menghukum orang no. 2 dalam negara
semata-mata mengikut telunjuk seorang pemimpin otokrat. Andaikata
rancangan jahat ini dapat dijayakan dengan sewenang-wenangnya maka
amat malang nasib rakyat biasa. Sekarang pun kita sudah berada dalam
suasana Negara Polis (Polis State) apabila terlalu banyak sangat
undang-undang yang diwujudkan untuk menyekat kebebasan bersuara.
Adalah dikhuatiri negara kita akan menuju zaman pemerintahan kuku besi
yang mutlak di mana segala kebebasan dan hak asasi manusia terjagat
akan dihapuskan. Era pemerintahan Hitler dan Marcos adalah bukti nyata
bagaimana sesebuah demokrasi berparlimen akhirnya bertukar menjadi
sistem diktator. Kontroversi pemecatan Anwar juga mendedahkan kepalsuan dan sifat-sifat
kepura-puraan Mahathir dan kaum politiknya. Islamisasi yang
dicanangkannya hanyalah sekadar memelihara kesinambungan politik
sekular yang tergugat oleh arus kesedaran semula umat Islam. Ancaman
politik yang datang dari PAS menjelma sebagai hantu raya yang
menakutkan Mahathir. PAS era pimpinan ulamak telah menjalani reformasi
menyeluruh dan menampilkan wajah Islam yang lebih menyakinkan.
Kecenderungan pergerakan belia Islam yang dikepalai oleh ABIM pimpinan
Anwar terhadap perjuangan PAS menggugat kedudukan Mahathir, UMNO
dan Barisan Nasional. Kemasukan Anwar ke dalam UMNO merupakan
adalah pra-syarat bagi Mahathir menepis ancaman pergerakan Islam.
Setelah hampir dua dekad berlalu maka berakhirlah sebuah impian dengan
sungguh mengaibkan. Sayugia diingatkan bahwa usaha mengislamkan
UMNO dari dalam tidak mencapai matlamatnya. Mustahil bagi suatu sistem
yang tidak bercirikan perjuangan Islam untuk berubah haluan kepada
menegakkan syari'at Islam tanpa membuangkan segala pegangan
sekularnya. Tiada faedahnya eksperimen yang gagal ini diteruskan lagi
kerana hasilnya adalah sama. Masanya sudah tiba untuk pembaharuan
total dilakukan demi mengembalikan keadilan sejagat kepada sesama insan.
Tuntutan Reformasi Reformasi yang diperjuangkan oleh rakyat dari segenap lapisan
masyarakat, fahaman politik dan ugama bukanlah setakat memastikan
Anwar Ibrahim mendapat pembelaan yang adil. Akan tetapi reformasi rakyat
ini menuntut agar keadilan dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat.
Negara mestilah menghormati dan mempertahankan keseluruhan
prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat. Kerajaan yang memerintah
berkewajipan memastikan setiap warganegara menikmati layanan yang
saksama, tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak yang berniat jahat
dan dapat hidup dengan aman dan bebas menurut lunas undang-undang
yang adil. Reformasi menyeluruh menuntut, antara lain:
Walauapapun kesudahan peristiwa pemfitnahan Anwar Ibrahim, reformasi menyeluruh yang disarankan wajib diteruskan. Sebarang kompromi politik mestilah ditolak kerana isu utama ialah mengembalikan keadilan kepada rakyat. Barisan Nepotisme yang didalangi oleh UMNO sudah tidak lagi relevan kepada negara. Keseluruhan warganegara Malaysia mestilah berani mengikut jejak rakyat Filipina yang menyingkirkan diktator bernama Marcos dan rakyat Jepun yang mengucapkan Selamat Tinggal kepada parti LDP yang menerajui Negara Matahari Terbit selepas Perang Dunia Kedua. Mulakanlah lembaran baru bagi Malaysia yang Merdeka!
-Steffan Khinge & Associates- |