Laman Webantu KM2A1: 4133 File Size: 3.9 Kb * |
Ismas Saring Setaraf Dengan Mat Jenin By Amin Sapiro 4/4/2001 2:36 am Wed |
[Tidak semua orang boleh menjadi penulis kerana kerja
penulis bukan sekadar menulis tetapi untuk mengguris.
Fakta dan kebenaran perlu diolah untuk meninggalkan kesan
yang mendalam kepada pembaca sehingga terasa tidak puas menatapnya.
Jika tidak sesuatu tulisan itu akan mudah tenggelam dan hilang
sinarnya. "Insan seni amat berhati-hati, sentiasa menghalusi, sentiasa
menilai, rajin berwaras dan bersabar mengeram seusatu sebelum
mencernanya menjadi karya seni. Seniman adalah petani seni yang berfikir, disamping cepat
tersentuh oleh sesuatu angin peristiwa atau ribut pengalaman."
(A. Samad Said) - Editor] ISMAS SARING SETARAF DENGAN MAT JENIN
SEORANG teman siber kita (Ummu Natasya) menulis bertajuk 'Kesihan Ismas Saring'
di laman FeU. Ummu mengulas tulisan Ismas Saring si Bharian. Saya baca dengan hati
sedikit terimbau. Lebih-lebih lagi saya teringat email seorang kawan mengenai manusia
bergelar Ismas Saring yang sama. Saya semak semula sepotong e-mail mencuit hati yang harus dikongsi bersama,
katanya, [['Wak! Saya orang kapar, Kelang. Saya berumur 65. Mungkin Wak jauh lebih muda dari saya. Wak pula orang Johor. Tentu tak tau ceritanya Ismas Saring itu. Komen saya: Terima kasih saya ucapkan kepada Ummu Natasya sungguh baik hati menulis
mengenai seorang 'Wira Nangka bubur' UMNO yang dah tak laku di pasar malam.
Kalau Ummu cerita sikit pasal Hassan Omar, Khir Toyo, Mat Isa saya kira pasti
terangkat kita membacanya. Kalau Ummu mulakan hari ini, saya rasa esok UMNO
Kapar tak akan cukup kuoram dalam mesyuarat Cawangan yang dipengerusi-tetapkan
oleh Ismas Saring, kan? Hahaha? |