Laman Webantu KM2A1: 4136 File Size: 24.5 Kb * |
Siri 1 G14: Mencari Geliga Dalam Gelita By Marhain Tua 4/4/2001 11:43 pm Wed |
G14 B1/B7 [Siri ini diterbitkan kembali sempena detik bersejarah 14 April
yang bakal tiba nanti. Sila maklum tulisan ini ditulis setahun lepas
dan tulisan terkini Pak -MT- sudah banyak berubah sejak itu.
Pembangkang dan reformis kerap dikaitkan dengan keganasan
tetapi TIADA seorang pun di antara mereka ditangkap kerana
jelas TERBUKTI melakukan kekacauan atau kerosakkan. Sebaliknya
yang terpapar pula ialah gambar dan bukti polis sendiri melakukan
rusuhan dan memukul rakyat sehingga bersembur darah di atas jalan.
Orang melayu masih lembut walaupun dikasarkan kerana kerapkali
kelembutan itu akan menewaskan kekasaran di mata yang memandang.
Inilah mesej perjuangan reformasi yang jauh terpendam. Inilah
juga sinar di dalam kelam ataupun geliga di dalam gelita. Patutlah
Mahathir cukup bimbang bila ada perhimpunan walaupun aman sekalipun.
- Editor] (Satu Tribut kepada rakyat marhain yang akan keluar secara aman
menyuarakan hasrat yang sekian lama terpendam mahukan Mahathir al
Kutty merelakan dirinya ke Mahkamah) Dalam sehari dua ini Mahathir Mohammad akan pergi ke Cuba untuk
berlagak sakan. Maklumlah beliau telah disembah oleh perwakilan
Fidel Castro yang menjanjikannya ruang istimewa untuk menonjolkan
diri sebagai Wira Dunia Ketiga. Tentunya Jet Pribadi Global Express
yang akan membelah angkasa biru dengan belanja besar yang
sepatutnya digunakan untuk menaikkan taraf rakyat miskin akan muncul
di Havana menonjolkan imejnya. Orang Cuba akan terpesona dengan
kekayaan yang dipertontonkan oleh seorang pemimpin terunggul
UMNO yang pada sangkaan mereka adalah seorang pemimpin besar
yang disanjungi oleh rakyatnya. He..he..he..!
Kita tahu bahawa si diktator tua itu sudah mempunyai agenda yang rapi
untuk terbang meninggalkan Kuala Lumpur. Satu agenda mantap
setibanya di Havana ialah untuk terus melonjakkan egonya sebagai
seorang ketua negara termaju di antara yang sedang mahu maju.
Tentunya beberapa keping VCD yang menunjukkan keindahan
Malaysia sudah lama dihantar ke Cuba untuk ditayangkan di TV
Havana. Semestinya, Menara Kembar Tercanggih di dunia menjadi
fokus yang baik, walaupun tidak sebaik 'Mahligai Airmata Rakyat'
berharga 17 juta Ringgit sahaja (he..he..he..). Begitu juga dengan KLIA,
Gelanggang Formula One, Menara Kuala Lumpur dan segala deretan
bangunan tinggi dan deretan rumah terapung yang meminggiri pantai
Langkawi dan Pangkor akan diselitkan sama. Kepada orang Cuba yang
merupakan salah satu negara termiskin di dunia, semua gambar
'Malaysia Indah' yang akan mereka lihat itu akan merupakan satu
syurga dunia, kerana semua itu amat 'alien' kepada mereka. Namun,
mereka sudah biasa juga melihat keindahan yang lebih baik daripada
itu kerana ramai saudara mara yang berhijrah ke Florida dan kota
besar Amerika memang kerap mengirimkan gambar demikian kepada
mereka. Kita dapat bayangkan setibanya Global Express di Havana seluruh
dunia akan menyaksikan pertemuan dua diktator tua dunia. Laksana
satu episod 'The East meets the West' pertemuan itu pasti mendapat
liputan luas oleh media massa kedua-dua negara. Inilah gambar
posing yang berharga untuk propaganda, menegapkan imej kedua
diktator tua. Apakah mesej sebenar pertemuan itu hanya Allah sahaja
yang mengetahuinya. Di sebalik propaganda yang dirancang rapi
tentunya episod itu ditafsirkan juga sebagai pertemuan 'The
Eastern-West meets the Western-East' kerana dua-dua diktator tua itu
adalah lambang betapa mereka sudah jauh menyimpang daripada ikrar
mereka memimpin negara dulu. Kita tidak mahu tulis tentang agenda pemimpin terulung UMNO ini bila
berada di Havana. Cuma kita mahu ingatkan para pemberita akhbar
bangsa kita membuat 'homework' ketika berada di sana dan buat sedikit
kajian akan sejarah orang Cuba di zaman Fidel Castro. Saudara
sekelian akan dapati banyak persamaan cara Casto memerintah
Santiago de Cuba sejak 1959 dulu sehingga kini.
Bagaimana Castro menyingkirkan presiden pertama kerajaan yang
menumpaskan rejim Batista dan akhirnya menjadi presiden parti itu.
Memang ramai yang tidak mengetahui cerita sebenar kenaikan Castro
kerana kita kerap terbaca tulisan dalam Bahasa Melayu betapa Fidel
Castro adalah seorang bapa kemerdekaan Cuba. Sebenarnya tidak,
dia hanya dilantik sebagai Ketua Tentera Kerajaan kebebasan Cuba
selepas jatuhnya rejim Batista. Orang yang betul-betul mengepalai
revolusi rakyat untuk menggulingkan rejim itu ialah Che Ernesto
Guivera. Di bawah Ketua Tentera ketika itu ada seorang presiden dan
juga seorang perdana menteri. Namun, akhirnya presiden silih berganti
dan perdana menteri pun silih berganti sebelum Castro meletakkan
jawatannya kerana tipu helah untuk mendapatkan simpati rakyat yang
dipukau dengan janji manis dan cakap kosongnya. Dari situlah beliau
berjaya memegang jawatan presiden yang diidamkannya itu. Sejak itu
beliau menjadi ganas dan bertukar menjadi seorang diktator.
Cara beliau menangkap dan memenjarakan beribu penyokong setia
Parti Orthodoxo (boleh disamakan dengan UMNO) ketika pelancaran
revolusi adalah menakjubkan. Malahan ada seorang pejuang yang
popular seperti Anwar Ibrahim yang telah dipenjarakannya selama 22
tahun kerana menuduhnya menyimpang daripada perjuangan parti.
Jalan ceritanya adalah lebih kurang sama dengan cara seorang
diktator tua yang naik menjadi perdana menteri dan akhirnya menjadi
simbol ketuanan Melayu tajaan UMNO.
Cukuplah dulu setakat itu kerana kita mahu menulis khusus untuk para
reformis yang akan berdepan dengan April 14 nanti.
Pemimpin terulung UMNO itu sudah tidak punya banyak pilihan. Dia
tahu majoriti orang Melayu sudah menganggap beliau laksana anak
ayam yang melihat hampas kelapa kering. Mematuk untuk mencubanya
pun tidak, malahan digunakan sahaja sebagai pengalas apa yang
dilepaskan di bahagian punggungnya sahaja. Ayam jantan dewasa
akan menggunakan longgokan hampas kering itu hanya sebagai bahan
kuitan untuk menjebak ayam betina, seolah-olah di bawah kuitanya itu
ada sejenis makanan yang paling lazat.
Kerana itu, walaupun dia akan pergi ke Cuba, hatinya akan terfokus
kepada pergolakan yang mungkin tercetus di Kuala Lumpur. Dia tahu
masa-depannya bergantung kepada apa yang akan terjadi di Kuala
Lumpur pada 14 April hingga 16 April nanti.
Dari apa yang kita baca dan kita ketahui pada penganjur Gelita 14 itu,
pare reformis akan keluar beramai-ramai secara aman (saya tekankan
frasa 'secara aman') untuk "MEMPERINGATI KEZALIMAN
MAHATHIR". Pengajur rapat raksasa itu menganjurkan penyertaan
manusia yang cintakan kebebasan dan keamanan untuk bersama
mereka di seluruh negara dan menaikki tren pergi ke Kuala Lumpur.
Tetapi, apakah yang dikatakan oleh si kaki kelentong itu akan rencana
ini? Utusan Meloya menggunakan tajok di muka depannya frasa ini:
"RANCANG RUSUHAN GANAS":.. .... "Dr. Mahathir Mohammad melahirkan kebimbangannya terhadap
trend terbaru parti pembangkang yang kian ghairah mahu mencetuskan
huru-hara termasuk ingin melihat berlakunya pertumpahan darah dalam
negara. Beliau mempunyai maklumat bahawa penyokong-penyokong
Parti Keadilan Nasional (Keadilan) merancang untk melakukan rusuhan
ganas di ibu negara, 15 April ini. ..."
Demikianlah jijiknya pembohongan seorang Raja Kelentong yang
menjadi pemimpin terulung UMNO. Kita tidak lagi mahu mengiktirafnya
sebagai pemimpin terulung Melayu kerana beliau sudah gugur taraf
dan tidak layak lagi diberikan penghormatan seperti itu. Terlalu banyak
pembohongannya. Bukan sahaja Nabi yang diperlekehkannya, bukan
sahaja Raja-raja yang dihinanya, bangsa Melayu itu pada
keseluruhannya sudah menjadi bahan permainannya. Kini, orang
UMNO yang masih terpaksa menebalkan muka menjadi ahli parti itu
sudah sedar betapa mesyuarat bahagian dan cawangan yang
diadakan sebenarnya melanggar perlembagaan parti. Semua itu
dihalalkan semata-mata untuk mencalonkan para gurkha dan
jongos-jongos yang akan terus mengampu si diktator tua itu untuk terus
menjadi presiden parti sehingga dia mati.
Kalau kita lihat jadual yang diterangkan oleh pengajur Black 14 (kita
lebih berminat menggunakan frasa Gelita 14) itu terdapat jadual betapa
beberapa pemimpin Barisan Alternatif yang akan menaikki tren dari
beberapa perhentian terpilih di seluruh negara. Apakah ini satu
kumpulan manusia yang akan mencetuskan huru-hara? Apakah ini
yang patut disekat ? Apakah kumpulan begini yang sebenarnya mesti
dihalang oleh FRU dan polis sebelum terlambat? Inilah taktik putar alam
Mahathir yang amat mudah menuduh kumpulan luar melakukan apa
yang mahu dilakukannya sendiri. Inilah taktiknya yang sudah lama
sangat diamalkannya untuk menipu rakyat yang selama ini amat
mempercayainya. Orang Utusan yang membuat laporan itu menulis:
.. "Difahamkan pihak tersebut mahu melakukan tindakan agresif itu
bertujuan mendapatkan semula perhatian rakyat setelah merasakan
pergerakan mereka semakin tidak mendapat sokongan."
Tetapi Raja Kelentong itu berkata: ... "Saya dengar Keadilan hendak ada demonstrasi pada 15 April ini
dengan tujuan nak memperingati tentang sesuatu dan mereka sedia nak
pukul polis, nak bawa senjata...kayu dan Molotov c##ktail (bom botol).
Oleh itu kalau nak buat apa-apa pun kenalah buat sekarang, sebelum
melarat." Eh wah.... alangkah cantiknya gambaran yang diberikan oleh seorang
diktator tua yang menganggap rakyatnya masih lagi mundur dan tidak
berpelajaran seperti ketika dia mula menipu dulu. Apakah dia fikir
cakap-cakapnya itu boleh ditelan mentah-mentah oleh rakyat negara
ini seperti dia menelan berbiji pil untuk menahan badannya daripada
kendur kecut mengikut usianya yang sebenar?
Setiap kali beliau berpergian, memang ada sahaja agenda
menganyang rakyat yang direkanya untuk dilaksanakan oleh
pemangkunya. Sebagaimana biasa orang yang menjadi Timbalan
Presiden UMNO akan melakukan semua kerja-kerja itu. Tidak kiralah
samada tugas tersebut akan menghimpit rakyat ataupun tidak. Tidak
juga kira apakah kabinet sudah merestui kerja jijik tersebut. Tetapi,
apakah peranan kabinet sebenarnya di mata diktator tua ini, selain
daripada menjadi tukang angguk yang tidak pun berkuasa meletakkan
cap jari kepada dokumen yang di'sahkan'?
Sejak Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi kita telah
menyaksikan betapa semua kerja jijik untuk menghapuskan para
penentang diktator tua ini dilakukan ketika beliau berada di luar negara.
Seperti satu drama lagaknya segala agenda mengganyang rakyat
dilaksanakan. Laksana satu program yang sungguh baik dirancang,
agenda itu dipatuhi dengan satu 'precision' tanpa ada tangguhnya.
Rakyat juga yang menderita, dan warga negara (polis, perisik tentera,
SB, FRU, penerangan, waratawan) yang diperintahkan menjalankan
tugas yang jijik itu juga yang merana mentalnya.
Secara tidak lansung, keluarga para 'implementor' ataupun
penglaksana kerja-kerja jijik itu pun terpalit akan dosa dan bala yang
datang secara tidak disangka. Namun, mamak tongkang terus garang,
kerana sudah tidak ada sekelumit sesalan kepadanya akan dosa yang
ditanggung selama itu. Saluran jantung yang dicuci beberapa kali,
getaran dada yang berdenyut dengan bantuan bateri, fungsi telinga
yang semakin tuli bukannya ingatan yang sesuai untuk bersedar diri.
Dia seolah-olah tidak peka akan semua itu kerana lagak bodohnya
yang diberikan keutamaan telah menguasai dirinya. Yang penting
sekali diktator tua ini sudah menungkat langit seolah-olah langit tidak
akan runtuh selagi dia masih bernyawa dan bateri di dada masih utuh..
Taktik menganyang rakyat adalah satu taktik terbaru di alaf baru. Inilah
taktik agar rakyat tidak boleh hidup senang. Otak mereka mesti
mencelaru memikirkan apa akan jadi kalau ada huruhara. Apa akan
jadi kalau harga makan terus naik, harga tol terus naik dan tambang
bas sekolah terus meninggi. Inilah taktik mengganyang minda yang
dilancarkan di alaf baru. Inilah taktik yang semua rakyat mesti tahu.
Inilah taktik pecah dan perintah. Kalau rakyat tidak berpecah, rakyat
tidak akan ikut arahan pemerintah dan akan bersatu menukar sistem
pemerintahan. Untuk satu waktu yang lama perhatian Mamak Tongkang ini banyak
tertumpu kepada sejumlah 2000 orang Melayu yang menjadi perwakilan
UMNO. Inilah manusia yang mesti dijaga dan dibelai laksana pasu
bunga di taman nirwana. Inilah insan-insan yang menentukan siapa
yang patut berada di atas pentas dewan persidangan UMNO setiap kali
hari pengundian dilakukan. Kali ini Mei 11 nanti, para wakil ini tidak
lagi perlu menaruh undi untuk menentukan siapa menjadi presiden parti
dan pembantunya. Kerana itu kedua-dua jawatan teratas akan
dicatatkan sebagai 'jawatan yang dimenangi tanpa beranding.
Sedangkan frasa sebenarnya adalah jawatan yang tidak boleh
ditandingkan. Siapakah yang akan berani mengungkit perkara ini nanti?
Demikianlah perencanaan seorang diktator tua untuk terus berkuasa.
Tetapi, nanti dulu.......apakah kemungkinannya di hari persidangan itu
nanti ada sekumpulan manusia yang mengemukakan cadangan
tergempar meminta sesuatu yang akan menggugat impian indah diktator
tua itu? Apa kata kalau kumpulan yang garang ini berjaya dengan
tindakan mengejut mereka? Sekarang ini UMNO nampak tenang. Tetapi, air yang tenang jangan
sangka tidak ada buaya. Mamak tongkang amat faham akan perkara ini,
jadinya dia mahu tentukan perkara ini tidak akan berlaku. Saya telah
diberitahu bahawa sudah terdapat beberapa bahagian dalam UMNO
yang amat marah dengan dakwaan bahawa orang Melayu itu sudah
berpecah. Malahan, sudah ada beberapa puak dalam UMNO yang
amat marah apabila raja-raja diminta untuk turun padang berbincang
dengan rakyat masalah perpecahan itu. Kepada para veteran UMNO
pengakuan dua fenomena ini sebenarnya sudah menjadi bukti yang
cukup betapa kepimpinan UMNO itu yang sebenarnya pincang. Bukan
orang Melayu yang berpecah sebenarnya.
Pendedahan Tuan Guru Nik Aziz bahawa persidangan raja-raja yang
berlalu tidak pun membincangkan secara rasmi hal perpecahan orang
Melayu. Ini bererti Raja Kelentong menipu lagi apabila beliau
mengatakan perkara itu ada dibincangkan. Sekali lagi Mamak
Tongkang sudah mencabar kesabaran orang Melayu. Kali ini dia
melakukannya melalui persidangan raja-raja pula. Inilah isu yang
digunakan sebagai senjata berbisa ketika berkempen di Sanggang
dulu. Inilah juga yang digunakan kepada orang bukan Melayu agar
mereka terus memangkah Barisan Nasional di Sanggang.
Pendedahan TG Nik Aziz yang disokong oleh Mustafa Ali yang
mewakili TG Awang Hadi telah disahkan juga oleh beberapa sultan dan
wakil raja secara senyap-senyap. Inilah yang mengejutkan para
veteran UMNO sehingga ada yang mengatakan: "Sah, Mamak
Tongkang Sudah Nyanyok dan gila kuasa." Ada yang melenting dan
bersemuka dengan beliau dan cuba menasehatinya agar bertaubat
sebelum terlambat. Bukankah ini yang dikiaskan oleh Penghulu Ulu
Tembeling dalam Celoteh 25: "Yahudi Memang Pandai Putar Alam" ?
Mahathir amat faham dengan sentimen orang Melayu masakini. Dia
tahu kemenangan di Sanggang bukannya gambaran yang jelas apakah
orang Melayu itu benar-benar menyokong UMNO. Malahan, tidak ada
apa yang boleh dibanggakan dengan kemenangan Sanggang selain
menentukan pihak pembangkang tidak bertapak secara rasmi.
Walaupun beliau dan Paklah sudah menang jawatan yang tidak boleh
dipertandingkan, hatinya masih kecut lagi. Dia amat takut kalau-kalau
orang-orang pilihannya akan tumpas. Besar kemungkinan ini akan berlaku sebagai undi protes para
perwakilan. Kerana itu dia mahukan satu bahan yang boleh dijadikan
satu 'unifying factor' untuk menentukan orang pilihannya terus menang
Mei nanti. Dengan lain perkataan dia amat inginkan adanya satu agenda mantap
yang dapat mempengaruhi semua perwakilan nanti agar terus
mempercayai kepimpinannya. Dia mahukan satu faktor yang boleh
membuatkan para perwakilan menjadi 'ngam' dengan tipu helah
terbarunya nanti. Namun, berdasarkan pergolakan yang berlaku kini,
dia tahu masa depannya amat gelap dan gelita sekali. Mungkin lebih
gelita daripada yang dihadapi oleh beberapa musuh politiknya.
Siapa boleh sangka apabila dia tidur dia akan diulit mimpi ataupun
igaun yang ngeri? Tentu sekali bukan Mahathir. Dia tidak sehebat itu.
Dia tahu perkara ini kerana itu dia amat takut akan apa yang akan
berlaku. Mahathir tahu bahawa semua orang tahu betapa takutnya
beliau menghadirkan dirinya ke mahkamah. Kerana itu sapina yang
dikeluarkan akan ditentangnya habis-habisan selagi dia berada dalam
negara. Satu ketika dulu, dialah manusia yang berhati syaitan yang
berlagak sakan melolong seluruh dunia betapa dia rela disapina.
Apa jadinya kini? Dia enggan hadir lagi kerana alsannya dia tidak
mempunyai bukti akan apa yang terjadi. Malahan, affidavit orang
suruhan nombor satu yang bernama Megat Joned pun diubahsuai agar
mengurangkan tekanan terhadapnya. Inikah yang dikatakan Wira Dunia
Ketiga? Bukankah semua ini membuka tembelang betapa dayusnya pemimpin
terulung UMNO masakini yang perlu disanjung setinggi-tingginya?
Jikalau manusia semacam ini perlu disanjung-sanjung di manakah
akidah para ahli UMNO terutama sekali pemimpin lama yang
berpengaruh lagi dalam parti itu? Dalam hal ini saya ingin memetik
sedikit satu tulisan yang sesat lagi menyesatkan yang ditulis oleh
seorang mamak muda bernama Ab. Jalil Aboo Backer daripada
Universiti Malaya yang disiarkan di Utusan Melayu pada Sabtu 8 April
di bawah tajuk "Di mana Melayu tahun 40-an hinga awal-80-an.".
Beliau ada berkata di bahagian akhir tulisannya:
..... " Apapun satu tindakan pembetulan hendaklah dilakukan untuk
mengembalikan cerita sebenar jasa Dr. Mahathir dan UMNO kepada
generasi muda. Dr. Mahathir mungkin merasakan ia tidak penting. Tapi
ia amat penting kepada akidah orang Islam dan survival UMNO.".....
Nauzubillah....apakah yang sudah jadi, wahai bangsaku ?. Inilah tulisan
seorang anak muda hingusan yang sekandang dengan seorang ulama
UMNO yang bernama Astora Jabat. Cara Mahathir memburuk-burukkan bangsanya sendiri dengan
memfitnah akan adanya huruhara adalah satu kerja yang amat jijik
yang menggugurkan haknya dipanggil sebagi seorang pemimpin
Melayu terulung masakini. Faktor ini diperkuatkan lagi oleh beberapa
tulisan yang cuba memukau golongan muda Melayu agar terus taksub
dengan kepimpinannya. Begitulah taksubnya segelintir orang Melayu
itu sehinggakan ada yang menulis dan menganggap Mahathir itu
adalah Wali Allah. Apabila sekumpulan insan sesat menulis
panjang-panjang dan bertali arus memuji-muja mamak tua ini sambil
mengenepikan ajaran Islam, apakah mereka juga tidak sesat dan
mengerjakan kerja-kerja yang menyesatkan? Kenapakah tidak ada
sebarang tindakan yang dikenakan terhadap mereka?
Semalam, Keadilan telah mengadakan satu sambutan ulangtahun di
Taman Pinggiran Batu Caves. Saya ingin merakamkan satu catatan
yang dibuat oleh seorang insan bernama Marzuki Mazlan yang saya
petik di laman FGR bertarikh 10 April:
... " Polis dan FRU telah dikerah untuk mengawasi kawasan berkenaan
dan pada malam Sabtu mereka telah merobohkan pentas ceramah
berkenaan. Sambutan tetap juga diadakan di Desa Melawati dengan
kehadiran Polis, SB dan FRU. Berlaku kekecohan pada jam 11.30 pagi
dan diarahkan bersurai sehingga jam 12.00 tengahari selepas acara
tarik tali diadakan. Tiga trak FRU dikejarkan untuk bersiap sedia
berbanding dengan pesta liar hanya 5 anggota polis yang berkawal
sehingga pagi..." Pesta liar yang dimaksudkan ialah pesta hingga 9.000
pagi yang diadakan di Kem Ghafar Baba sedikit hari yang lalu. Taktik
menggempurkan FRU dan SB adalah taktik yang sama dilakukan ketika
kempen di Sanggang dulu. Inilah taktik untuk menakutkan rakyat betapa
besar kemungkinan tercetusnya huruhara. Kita dapat lihat,
kebelakangan ini sebelum Mahathir pergi ke Cuba dan ketika beliau
berada di luar negara tema ucapannya kepada pemberita akhbar
adalah berpaksikan huruhara di negaranya sendiri. Siapakah yang
mencetuskannya kalau bukan penyokong parti pembangkang.
Bukankah itu yang akan dikatakannya?
Sejak kita menyambut alaf baru, kita telah disogokkan dengan seruan
betapa pentingnya negara sentiasa aman untuk meningkatkan ekonomi
yang tempang di tahun yang lalu. Rakyat diminta bersyukur dan
mengingati jasa para pemimpin yang memperbetulkan ekonomi yang
tempang itu. Taktik ini kantul kerana rakyat tahu kepada siapa mereka
mesti bersyukur. Yang pasti bukannya kepada para pemimpin politik
yang melantak khazanah negara secara terang-terangan.
Menyedari kegagalan taktik ini apa pula taktik yang dipergunakan
kalau bukan tema perpecahan orang Melayu? Mula-mula taktik ini
dibuat secara bersahaja dengan meminta para pemimpin masyarakat
bergiat cergas untuk menyedarkan orang Melayu akan masalah
perpecahan itu. Tetapi, bangsa yang manakah di dunia ini yang tidak
pernah berpecah dalam amalan berpolitik mereka? Di zaman nabi-nabi
silih berganti pun perpecahan dalam sesuatu bangsa itu pernah berlaku.
Kenapa tidak di zaman orang melayu dipimpin oleh seorang pemimpin
separa Melayu (Melayu kacokan Pakistan - he..he.he..) yang sewel?
Taktik ini kantul lagi. Masalah kegagalannya dikatakan terletak kepada
pengurusan masjid dan surau. Oleh kerana pengurusan masjid dan
surau itu bukan dikendalikan oleh orang UMNO maka dikatakan
penyebab mengapa perpecahan itu tidak dapat diperbetulkan. Inilah
analisis yang sesat lagi menyesatkan. Maka dibuat pertukaran dan
rombakan sehinggakan pengurusan masjid dan surau pun sudah
berbau UMNO. Tetapi, perpecahan masih juga berlaku kerana
perpecahan itu berlaku dalam UMNO dan bukannya dalam masyarakat
Melayu pada amnya. Semua ini berlaku disebabkan analisis menggila
yang lebih condong untuk "menentukan cerita sebenar jasa Dr.
Mahathir dan UMNO kepada generasi muda. Ia amat penting kepada
akidah orang Islam dan survival UMNO..."
Program ini kantul lagi sehinggakan untuk melaksanakan mesyuarat
UMNO di peringkat cawangan dan bahagian peraturan baru mengenai
korum terpaksa dikuatkuasakan. Tetapi perpecahan itu terus berlaku
kerana tafsiran itu dibuat oleh orang UMNO juga.
Apabila semua taktik di bawah tajuk perpecahan Melayu itu tidak
diterima rakyat, maka dikerahlah segolongan orang tua yang
majoritinya sudah berada dalam keadaan ingat-ingat lupa untuk
mendengar cerita sedih perpecahan Melayu. Inilah dia golongan
raja-raja dan sultan Melayu yang diminta (perkataan yang sebenar
ialah 'kerahan tenaga diraja' untuk turun ke padang bertemu dengan
rakyatnya) Nasib baik ada juga segelintir raja-raja yang masih muda
dan belum melatah lagi. Mereka tertanya-tanya; 'Dimanakah
perpecahan Melayu itu?' Apakah serius perpecahan itu sehinggakan
raja-raja mesti turun padang? Mamak Tongkang dan para belacinya
tidak mempunyai jawapan yang memuaskan kerana perpecahan yang
dikatakan itu sebenarnya 'TIDAK ADA'. Budak sekolah pun tahu, kalau
orang berpecah mesti ada yang bergaduh. Mesti ada huruhara. Mesti
ada yang luka muka. Mesti ada bom molotov gamaknya. Mana
dia........? -Marhaintua- |