Laman Webantu KM2A1: 4138 File Size: 19.3 Kb * |
TJ MT MGG: Mahathir Layak Menerima Kekebalan By M.G.G. Pillai 5/4/2001 1:59 am Thu |
MGG 7801 [Telatah Mahathir kerap mempamirkan ciri-ciri mahu menandingi
sesiapa sahaja, termasuk ketinggian menara, kehebatan istana,
populariti pembangkang dan kekebalan raja. Malangnya ia tidak
seindah rupa dan mengheret banyak belanja serta mala petaka.
Kehebatan seseorang negarawan tidak terletak di situ sebenarnya -
sebaliknya ia hanya akan memusnahkan dirinya jua.
Pindaan perlembagaan negeri Kelantan dan skandal balak istana Pahang
dan UMNO kini menjerut Mahathir akibat sentuhannya sendiri kepada
maslahah kekebalan. Dia sudah termasuk ke dalam jerat yang dia sendiri
memasang. Seseorang akan terkorban tetapi seluruh keaiban itu akan
terpalit kepada dirinya seorang. Malangnya tiada siapa yang waras akan
mengucap kesihan. (MGG: Mahathir Deserves Immunity) Selama 20 tahun memegang tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri, dia
memang telah melaksanakan pelbagai tugas yang boleh dipuji. Suaranya
lantang mempertahankan hak dunia ketiga dan berani menjulang martabat
negaranya di mata dunia. Dia telah diterima sebagai seorang negarawan
sedangkan itu bukannya calang-calang penghormatan. Demikianlah semua
penghormatan itu yang sepatutnya dikalongkan pada nama peribadinya
seandainya beliau telah bersara dengan megah lima tahun yang lalu.
Malangnya, semua jolokan itu sudah terlepas juga. Semua itu gugur
gara-gara ketabsuban beliau menghina dan memusnahkan mantan timbalan
perdana menteri, Anwar Ibrahim.
Mahathir diperlekehkan kini sebagai seorang ahli politik yang remeh-temeh
dan pendendam sehinggakan semakin berkurangan manusia, termasuk mereka
yang menganggotai kabinetnya dan keahlian parti UMNO yang bersedia
mendengar tutur katanya. Dia terpaksa berbelanja besar untuk
mengumpulkan manusia sebagai bukti dia masih lagi popular di kalangan
rakyat jelata. Minggu lalu dia melawat Gombak dan akhbar telah
menggembar-gemburkan betapa 10,000 manusia berhimpun untuk meraikannya.
Malaysiakini telah melapurkan betapa pelajar maktab TAR telah dibayar
RM10 setiap seorang untuk menghadirkan diri. Berita yang sama diterima
juga untuk mendapatkan penyertaan kanak-kanak sekolah peringkat
menengah untuk turut serta. Banyak kenyataan Mahathir yang menggambarkan ciri-ciri politik kepartian
sedangkan dia harus menumpukan kepada martabat kenegaraan. Dia meneliti
setiap tindakan pihak pembangkang termasuk mereka yang tidak bersetuju
dengannya sebagai musuh negara sedangkan itu bukan perkara sebenarnya
kerana tak mungkin mereka itu bersifat demikian. Tidak ada sebab kenapa
pertimbangan diri sudah mula menjauhi dirinya sehinggakan dia sudah semakin
kehilangan pengaruh untuk berkuasa. Pernah di satu wawancara dia
menjawab satu soalan betapa dia tidak peduli apa yang akan dicatatkan
oleh sejarah mengenainya. Pada waktu itu dia sudah mencalonkan dirinya
untuk dilonggokkan dalam himpunan daki-daki sejarah sahaja.
Segala tindakan Mahathir yang lalu, kini muncul semula laksana hantu.
Bukankah beliau yang mendabik dada memaksa parlimen dan dewan undangan
negeri yang dikuasai Barisan Nasional melaksanakan pindaan melucutkan
hak kekebalan raja-raja? Saya menentangnya ketika itu seperti juga saya
menentang sebarang usaha kini untuk mendera beliau kerana tindakannya
semua itu, dan menganggapnya sebaris dengan Presiden Suharto di
Indonesia dan Presiden Estrada di Filipina.
Mahathir berada dipuncak kegemilangan dengan penuh nafsu kerana rakyat
yang membiarkan dia lama di situ. Dia melaksanakan tugasnya dengan
rakus kerana rakyat membenarkanya tanpa sanggup berdengus. Kini rakyat
mahukan darah dan bulu hidungnya; di saat-saat dia sudah ternyata semakin
menggelonsor untuk tersungkur. Kini rakyat mahu membetulkan kepincangan
diri dengan bagak dengan cara mencemuh beliau sebagai penyangak.
Sebagai seorang ketua kepada sebuah kerajaan, sepatutnya dia dibekalkan
dengan tangkal kekebalan. Kewajaran berpolitik, yang kerap diputuskan atas
desakan kesempitan masa tidak menyerlahkan akal budi yang unggul setiap
kali sasaran kemarahan itu lenyap begitu sahaja. Perkara ini tentu
sekali telah disedari oleh Mahathir masakini. Malangnya adalah sesuatu
yang janggal kalau diwujudkan satu sistem betapa raja dan sultan
dinafikan hak kekebalan, sedangkan hak itu diberikan kepada seorang perdana
menteri. Kalau raja-raja telah dinafikan kekebalan itu, adalah sukar untuk beliau
memiliki hak yang sama. Dengan lain perkataan Mahathir kini sedang
terkangkang dalam satu jurang dalam yang dia sendiri rancang. Apatah
lagi kalau dia masih berdegil mencampuri kerenah politik UMNO di
Kelantan, yang melalak mengatakan cadangan meminda perlembagaan negeri
untuk menyeragamkan intipatinya dengan perlembagaan pusat adalah sesuatu
yang bersalahan. Kekuasan yang lama dinikmati memang mudah memabukkan. Tetapi, negara
memang ada sistem perundangan untuk menambat dan mengimbang. Di
Malaysia sistem inilah yang telah dihancurkan tanpa banyak soal dan
sesiapa yang sanggup mencabarnya. Contohnya ialah penghakiman yang
kini mengaibkan negara apabila rakyat biasa mendapatkan pampasan
RM100 juta ataupun lebih lagi dalam tuntutan rugi terhadap institusi
spara kerajaan seperti stesen TV. Yang Kemas Dan Kematu Segala tindakan melulu yang dilaksanakan dulu sudah menjadi semacam
satu pengunci yang kemas yang tidak membolehkan sesuatu yang terkunci
untuk lepas keluar darinya. Selalunya orang yang berfikiran mudah
menggigil menjadi kematu kerana terasa betapa hinanya apabila ada ketua
kerajaan dan negara dihadapkan ke mahkamah laksana seorang penjenayah.
Masalah Barisan Nasional dan UMNO menjadi mencelaru di Pahang apabila
Sultan negeri itu dihadapkan ke mahkamah khas berkaitan satu urusan
tanah yang dipertikaikan. Kes telah dibuang begitu saja namun suasana
yang sudah tercemar dibuatnya; menyebabkan kemasukan PAS dalam arena
politik negeri menjadi lebih mudah lagi.
Inilah jadinya nanti apabila Perdana Menteri dikehendaki
bertanggungjawab ke atas setiap tindakannya. Kita seharusnya melihat
sejarah negara ini lebih ke hadapan daripada apa yang ada di depan
mata. Situasi yang terdedah kini menunjukkan kita rakyat Malaysia
telah berjalan meraba-raba ketika tidur selama setengah abad kemerdekaan
negara, dan kini tiba-tiba merasa bersalah dan mahu memperbetulkan
kesilapan yang ada. Ini adalah satu fahaman yang silap. Dr. Mahathir
tentu setuju dalam hal ini, seperti juga dia akan bersetuju betapa
dia tersilap dalam melakukan pindaan kepada perlembagaan yang
menafikan hak raja dan sultan kepada tangkal kekebalan.
Apabila institusi negara dicemari martabatnya, sistem kenegaraan pun
merudum sama. Selama 20 tahun berkuasa, Dr. Mahathir mempunyai banyak
peranan untuk menjawab kenapa. Namun, semua itu tidak mampu
dilakukannya tanpa kerelaan kita. Sistem perundangan yang dicabulnya
adalah bukan cerita baru; betapa keadaan sedang diperbetulkan tidak
semestinya membebaskan para hakim yang terlibat dalam pencabulan itu
terlepas daripada pengadilan. Kiasan cerita mengenai tertidur sambil
berjalan meraba-raba tidak melibatkan segelintir ahli masyarakat tertentu
sahaja. Kekebalan kepada ketua kerajaan dan negara adalah satu hadiah yang
kecil untuk menentukan keselamatan negara. Kalau dicetuskan juga kisah
tanggungjawaban ia mesti dipertikaikan kepada orang lain juga. Tetapi
itu adalah soalan yang perlu difikirkan oleh seorang manusia bernama
Dr. Mahathir dan tidak semestinya oleh perdana Menteri Mahathir. Dia
perlu bertaubat secepat mungkin. Inilah yang nanti menjadi satu tragedi
persendirian dan tidak semestinya membabitkan negara. Malangnya ini
adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Saya tidak sanggup menerima cadangan bahawa satu contoh perlu dilakar
untuk menghalang orang lain melakukan kebajingan yang serupa. Ini adalah
sesuatu yang saya anggap tidak ikhlas. Hukum bunuh tidak pernah
menghalang orang lain melakukan pembunuhan, tidak juga penghapusan hukuman
itu menjamin berkurangnnya pembunuhan. Mewujudkan lebih banyak lagi hukum
perundangan tidak bermakna jenayah akan berkurangan. Sikap tidak perihatin
kepada keadaan sekeliling yang membuat sesaorang itu hidup dengan
pemikiran berbeza daripada orang lain.
Dalam perjalanan sejarah, ramai pemimpin yang pintar berlakon; jatuh
juga tersungkur dan terpinggir. Tetapi, itu tidak bermakna semua orang
yang mempunyai perwatakan seperti itu akan turut menerima nasib yang
serupa. Kalau kita perteguhkan institusi kita yang ada, dan kurang jalan
meraba ketika tidur, dan laksanakan hak demokrasi kita, segala kebajingan
itu dapat disekat tanpa menggunakan sebarang unsur perundangan. Apa
yang berlaku di Malaysia setakat ini adalah tanggungjawab kita dan
merupakan gambaran kebajingan kita juga. Menghukum perdana menteri agar
dia bertanggungjawab ke atas semua kebajingan itu tidak akan
menyelesaikan suasana yang sudah pun mencemarkan maruah negara.
Hak kekebalan mesti merupakan sesuatu yang mutlak. Bagaiman cara ia
dikuatkuasakan adalah cerita lain pula. Yang menyulitkan perkara ini
ialah keengganan kerajaan membincangkan perkara-perkara penting secara
tidak formal supaya dapat dicapai satu titik persetujuan untuk
mengheningkan keadaan. Sebarang cadangan menuduh Mahathir bertanggungjawab
adalah satu laungan terhadap peribadinya. Ada banyak cara lagi untuk
menangani perkara ini tanpa menggadaikan maruah dan martabat negara.
Itu sebabnya tindakan terhadap perkara ini, seharusnya tidak
diperpanjangkan lagi, lebih dari yang ada.
-MGGPillai- Rencana Asal: 02 April 01 He is viewed now as a petty, vindictive politician few,
even those in his UMNO party and in his cabinet, listen to.
He needs to pay for crowds to prove he is still popular as
Malaysia's leader. When he visited Gombak last week, it
fell flat even if newspapers crowed about the 10,000 who
turned up. Malaysiakini reported that TAR College students
were paid RM10 each to turn up, and others said of secondary
school students similarly paid. Why should he when he competes with no one. And the
big crowds would prove nothing, and does not reflect his
relationship with the ground. That is bad for he wants to
upstage the crowds the opposition collects. Instead of
reacting to it as a statesman, he descends into petty
politics and one upmanship. That brings about his worst
nightmares. His statements reflect party politicking than national
resilience. He views every action of the opposition and
those who disagree with him as enemies of the state. They
are not; they cannot be. His reason deserts him, and loses
control. He should not. When he says, as in an interview,
he does not care how history depicts him, he becomes a
candidate for history's dung heap. His past actions catch up with him. It was he who
forced through Parliament and National Front controlled
state assemblies constitutional amendments to strip the
rulers of their immunity. I was against it then, as I am
now of moves to make him accountable for acts of ommission
and commission, as President Suharto of Indonesia and
President Estrada of the Philippines. Blame Of The Blameless It is the people who put him there and allowed him to
do as he liked. He would have gone as far if he had been
checked; now the people want blood but only when are sure
he slips down the greasy pole of power. And over
compensates for their impotence by damning the man.
But he as head of government should have immunity, as
the head of state. Political correctness, often decided on
the spur of the moment, does not make good sense, once the
target of ire disappears. Dr Mahathir surely must realise
that now. There cannot also be a system, unfortunately,
when the King and sultans are bereft of immunity, but not
the Prime Minister. So if the rulers are denied immunity, it is difficult
for him to have it. He is, in other words, caught in an
abyss he created. And insist, as in UMNO petty-politicking
in Kelantan, that the proposed constitutional amendments to
bring the state in line with the centre and the other
states, is wrong. It is important its head of state and government not
look over their shoulders before acting in the national
interest. This includes acts that could put you and me in
jail. In the exercise of power, this is inevitable. But
Malaysian courts, in the Anwar trial, insist it cannot be.
And this haunts Dr Mahathir. Yes, long years in power evince misuse. But the state
has checks and balances, which in Malaysia was
systematically destroyed, with few questioning or
challenging it. Like the huge defamation awards in the
Malaysian courts now haunt authority when ordinary men- and
women-in the street obtain RM100 million and more in
defamation damages from government-controlled bodies, like
television stations. In Gridlock And Apoplexy What these ill-thought-out actions cause is a gridlock
from which escape is well nigh impossible. Normally
sensible people froth in apoplexy when it is suggested that
we are demeaned when our head of government or state are
brought, like common criminals, into court. The National
Front's, and UMNO's, problems worsened in Pahang when the
Sultan was brought before a special court over a land deal
that went sour. The case was dismissed but the bitter
after-taste made PAS's entry into the state that much
easier. So it would if the Prime Minister is made to account
for his actions. We must look at a country's history beyond
the immediate. What the present situation reveals is that
Malaysians sleep-walked through the first half-a-century of
its independence, feel guilty about it, and
over-compensates. That is wrong. As Dr Mahathir would no
doubt agree, he was wrong in the constitutional amendments
which took away the rulers' inherent immunities.
When institutions are hacked into irrelevance, the
sytem collapses. Dr Mahathir, in his 20 years in power, has
much to answer for that. But he could not have done this
without our acquiescence. The rape of the judiciary is well
known; that it is now on the path to redemption cannot
excuse those judges who by their inaction allowed this to
happen. The point about sleep-walking did not affect only
one or two sections of society. Immunity to the head of state and government is too
small a price for a nation's well-being. If there must be
accounting, it must be of everyone else. The Prime Minister
himself should be immune, but not his family or cabinet:
their role in this is as his agents and do not have the
sovereign immunity he has for his acts.
One man I respect told me this would redound on the
Prime Minister if it is taken to its logical conclusion.
Yes, it would. But that is one Dr Mahathir, and not Prime
Minister Mahathir, would have to reflect upon, and expiate
as best he can. That becomes then a private tragedy, not a
national one. That unfortunately is inevitable.
Spiting the Face I do not accept the argument that an example must be
made of, to prevent others from going the same route. This
is spurious. Capital punishment has not prevented people
from murdering, nor the absence of it ensures fewer murders.
More laws does not mean less crime, nor vice versa. It is
an inexhorable march through life that determines how one
man behaves as another would not. In the march through history, even leaders of utmost
probity fall by the wayside; it does not therefore mean
everyone of similar character would. If we strengthen our
institutions, are less prone to sleep-walking, and act out
our assigned democratic roles, it would be curtailed without
have to impose the laws. What happened in Malaysia is one
we are all party to, one for which we are as much to blame
for. Punishing the Prime Minister to make him more
accountable does not resolve that blight on our national
character. The immunity must be absolute. How it could be
enforced is another matter. What makes it difficult is the
government's refusal to discuss such matters of importance
informally and reach a common agreement to set matters
right. This proposal that Dr Mahathir be called to account
is directed at him personally. There are other ways to deal
with it without mortgaging our national self-respect. That
is why it should be taken no further. M.G.G. Pillai |