Laman Webantu KM2A1: 4143 File Size: 12.1 Kb * |
Beserah: Siapa Cepat - Umno atau BPR? By Kapal Berita 5/4/2001 8:49 am Thu |
The Sun: AWAS!!! BANYAK LAGI LAPURAN MENGANCAM
Banyak pihak menyangka Fauzi 'merajuk' bila menyatakan
hasratnya untuk meletak jawatan sebagai ADUN Beserah
kerana gagal mendapat pencalunan yang mencukupi. Tetapi
bila Fauzi juga membuat lapuran polis terhadap Khalil,
barulah mereka sedar Fauzi telah merancang dengan begitu
teliti gerak silatnya. Memang diketahui umum pencabar jawatan ketua bahagian itu
adalah penyokong Khalil. Wan Adnan adalah s/u politik
Khalil manakala Faizal adalah s/u negeri BN.
Menurut Fauzi, beliau mempunyai 12 perkara lagi untuk dilapurkan
kepada polis. Satu lapuran ikhlas minggu lepas sahaja sudah
menggelabah Umno baru dibuatnya - bagaimana agaknya nanti jika
12 lagi muncul dan mungkin tersebar keseluruh negara? Fauzi
menggertak akan membuat lapuran polis seterusnya jika pihak
terbabit gagal bertindak terhadap pengaduan itu.
Surat Fauzi kepada Adnan (MB) mengandungi dakwaan politik wang
yang begitu berleluasa dalam mesyuarat bahagian.
Majlis tertinggi kini telah mengarahkan semua sidang mesyuarat
delegasi di peringkat bahagian ditangguhkan sehingga semua
penyiasatan selesai. Melihat kepada perkembangan di atas, nampak seperti Fauzi telahpun
menang. Menurut Fauzi, belau tidak sakit hati gagal memperolehi pencalunan
secukupnya - tetapi begitu kesal kaedah kotor yang digunakan oleh
pencabarnya untuk menghapuskan beliau.
Hadiah hamper, rasuah, korban ternakkan sana-sini telah dilambakkan
di dalam permainan kotor ini. Fauzi begitu terkilan tidak mampu
mendapat sokongan walaupun di bahagian yang terletak di kawasan
Beserah sendiri. "Ada sesuatu yang tidak betul di sini dan jika inilah sikap pengerusi
cawangan, lebih baik saya kosongkan sahaja kerusi saya
dan beri jalan kepada jenis pemimpin yang mereka suka sangat", kata
Fauzi kepada pemberita di luar rumah Adnan Rabu lepas.
Fauzi agak baik dengan MB Adnan - dan dijangka MB Adnan akan menjai
pendamai dalam krisis ini. Akhbar NST melapurkan Faisal Abdullah, salah seorang pencabar Fauzi
sudah pun disoal siasat oleh AJK Disiplin parti mengenai aduan itu.
Tapi cuma setengah jam sahaja. (Hmmm... siasat apa kalau sebegitu
sekejap sangat. Macam bukan bertugas menyiasat sahaja). Walaupun
begitu ada lagi siasatan susulan. (Diharap bukan setengah jam lagi?)
Faisal menafikan beliau proksi Khalil atau mana-mana pihak. Beliau
juga menafikan BPR mengambil apa-apa kenyataan darinya atau
menyiasat syarikatnya. (Maknanya penyiasat BPR lebih lambat dari
penyiasat dalaman Umno..... alangkah teruknya!)
Kenapalah lembab betul BPR bertindak... patutlah banyak kucing kurap!!
Kalau begini sempatlah bukti diperap pihak terbabit berpakat agar
tidak terjerat. -TJr Kapal Berita- Rencana Rujukkan: Not Sour Grapes But Political Gripe
The Sun, Nation, 03 April 01, p10: Datuk Fauzi Abdul Rahman is never one to mince his words.
While others kept their peace when Datuk Seri Anwar Ibrahim
was sacked from the party and government posts, he spoke out
in support of his mentor. So, when it became obvious he was
not going to get enough nominations to defend his Kuantan
UMNO division chief's post, Fauzi let it be known he was
going to do something about it. SYED AZHAR reports:
By early last week, however, it became obvious it was
not joing to be so. His opponents, division deputy chief Datuk Wan Adnan
Wan Mamat obtained 20 nominations out of the 69 branches
while vice chief Datuk Faizal Abdullah led with 29.
Fauzi got a mere nine nominations -- four short of the
number needed. "The remaining branches are either in Faizal's or Wan
Adnan's hands," admitted Fauzi in an interview 10 days ago.
Back then, it was obvious Fauzi had something in mind.
When he submitted his letter to Mentri Besar Datuk
Adnan Yaakob on his intention to quit his Beserah state
seat, many UMNO insiders dismissed it as "sour graps and
'merajuk'" that he did not get enough nominations.
However, when he lodged a police report against Tan Sri
Khalil Yaakob, the party's secretary-general and former
mentri besar, they realised that Fauzi had it well planned.
Wan Adnan is, after all, Khalil's political secretary
while Faizal is the state Barisan Nasional secretary.
Both are Khalil supporters and Fauzi saw their
finishing ahead of him in the nominations race as a move by
the former mentri besar to "finish" him off politically.
Fauzi's police report contained allegations concerning
the misuse of state wealth. He claimed that there were 13 other matters he could
lodge police reports about, saying last week's was just the
first. He threatened to continue to lodge more reports if the
party did not act on his complaints. Fauzi's letter to Adnan contained allegations of
rampant money politics in the run-up to the branch meetings.
The party supreme council has responded by ordering
divisional delegates meeting to be postponed until
investigations into Fauzi's allegations are completed.
With all these developments, Fauzi, it would seem, has
gained the upper hand at the moment. Khalil, who replaced Fauzi as the MP for Kuantan in the
1999 general election, is obviously upset with the
allegations. Prior to the switch of seats, Khalil and Fauzi were
said to be the best of friends and political allies.
When Khalil was mentri besar, Fauzi was his link with
federal leaders, especially Anwar, who was then party deputy
president and deputy prime minister. Fauzi had intervened on behalf of Khalil for the state
at the federal level. Khalil, in turn, protected Fauzi. Once when Fauzi was
defeated in a branch election, Khalil ensured that Fauzi won
the division chief's post. When Fauzi allegedly spoke out in defence of Anwar at
several division meetings, Khalil downplayed the problem.
"It is so strange how the two men have fallen out.
"They used to be the best of friends and were often
seen together," said a former division leader who claimed he
was ousted by a joint Khalil-Fauzi effort.
However, Fauzi refused to be drawn into why he had
fallen out with Khalil, except to say that he was upset with
the way the branch meetings had been handled.
"I came to see Adnan and tell him why I lodged a police
report against Khalil and expose the work of my adversaries
who were playing money politics to ensure that I did not
qualify to defend my post. "I am not sore that I failed to secure the nomination
but it is the method used by my challengers to ouste me.
"Hampers, bribery, cattle slaughtering here and there
is the name of the game and what irked me most is that I
could not even get the support of branches within the
Beserah area. "Something is wrong here and if this is the attitude of
the branch chairmen then it is only fair that I vacate my
seat and give way to the type of leaders they want," he told
newsmen outside Adnan's house on Wednesday.
A state UMNO leader noted that Adnan was the only
friend that Fauzi had left at the moment, citing the reason
why the letter of resignation was handed to Adnan as the
Pahang UMNO liaison committee chairman.
Although Adnan had said that he would not get involved
in the division contests, he was the first to get in touch
with Fauzi as soon as he heard that the latter had lodged a
police report against Khalil. "Adnan is trying his best to talk to Fauzi into
retracting his letter but a deal has to be struck to find a
formula to appease both sides (Khalil and Fauzi)," the
state leader said. After the Sanggang byelection last year, Pahang UMNO
does not relish another one, not after reports from the
ground is not an easy seat to win. Party insisders said a byelection would be Adnan's last
option and his priority now was to convince Fauzi to
withdraw his letter as well as the police report.
An aide to Adnan said one way was to persuade Wan Adnan
and Faizal to give way to Fauzi since the Beserah state
assemblyman could still qualify. But this may not be enough for Fauzi who is may be
heading towards collision course with Khalil.
"Adnan will have to avoid the situation where either
man says 'if he stays - I will go'. "But for Adnan, he will rather try and patch up the
differences between the two men than face the prospect of
another by-election," said the aide. For the moment, the supreme council has given Adnan
some time to work on a solution acceptable to both sides
http://www.emedia.com.my/z/Current_News/BH/
Thursday/Mukadepan/20010404221414/Article/pp_index_html
Naib ketua bahagian Umno Kuantan disoal
Faisal, yang enggan mendedahkan nama ahli jawatankuasa itu
berkata, pertemuan selama satu setengah jam itu diadakan di
sini, akhir minggu lalu. 'Saya sudah selesai melalui siasatan peringkat pertama
Lembaga Disiplin Umno berhubung dakwaan Fauzi mengenai
politik wang yang dikatakan berlaku di bahagian Kuantan.
'Saya masih menunggu tiga lagi ahli jawatankuasa itu menemui
saya bagi tujuan yang sama,' katanya ketika dihubungi di sini,
hari ini. Dalam pencalonan merebut jawatan ketua bahagian yang
berakhir 31 Mac lalu, Faisal menerima 31 pencalonan, Timbalan
Ketua bahagian, Datuk Wan Adnan Wan Mamat (24), manakala
Fauzi yang juga penyandang jawatan, hanya menerima 10
pencalonan. Berikutan kekurangan pencalonannya, khususnya di DUN
Beserah, Fauzi menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai
Adun kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, dengan
mendakwa wujud politik wang di bahagiannya.
Majlis Tertinggi (MT) yang bersidang petang Sabtu lalu,
menubuhkan satu jawatankuasa khas sementara bagi menyiasat
dakwaan Fauzi. Jawatankuasa itu diketuai bekas Menteri Luar, Tan Sri Tengku
Ahmad Rithauddeen. Mesyuarat Umno bahagian Kuantan juga
ditangguhkan sehingga penyiasatan selesai.
Faisal meminta semua cawangan yang mencalonkannya
memberi kerjasama kepada jawatankuasa siasatan itu, jika
diminta berbuat demikian. 'Biarlah siasatan menentukan sama ada tuduhan Fauzi benar
atau sebaliknya. Saya merayu cawangan yang mencalonkan
saya supaya bersabar dan lihat hasil siasatan nanti.
'Setakat ini, kita memberi kerjasama yang baik kepada semua
pihak yang terbabit dalam siasatan isu ini. Saya bertanding
secara sukarela. Saya bukan proksi Tan Sri Mohd Khalil Yaakob
dan saya tidak ditaja mana-mana pihak,' katanya.
Beliau yang juga Pengarah Urusan Rangkaian Delima Sdn Bhd,
menafikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengambil beberapa
dokumen dari pejabat syarikat itu. 'Sampai hari ini, tidak ada pegawai BPR mengambil dokumen
syarikat, malah saya pun tidak didatangi pegawai berkenaan
untuk diambil kenyataan. Saya bekerja dengan syarikat itu dan
bila syarikat mahu disiasat, saya sedia bekerjasama. Tetapi
setakat ini, perkara itu tidak berlaku.
'Saya sendiri tidak tahu syarikat mana yang dimaksudkan Fauzi
dalam aduannya,' katanya. |