Laman Webantu   KM2A1: 4150 File Size: 23.5 Kb *



TJ MT MGG: Penangan Internet Di Malaysia
By M.G.G. Pillai

6/4/2001 8:47 am Fri

MGG 8101

[Internet kini menjadi sumber maklumat penting dalam perjuangan rakyat marhain yang asyik dicengkam di Malaysia. Ia berjaya mendidik dan merangsang rakyat tanpa kerajaan dapat berbuat apa-apa untuk menyainginya melainkan dengan cuba mengaibkannya. Kerajaan kerap menggunakan akta dan mahkamah untuk menekan kebebasan bersuara di dunia cetak tetapi di alam siber kebenaran lebih berkuasa.

Dengan merosotnya edaran akhbar perdana dan tersedak kerajaan dibuatnya wacana di internet sudahpun mengena sasarannya. Sasaran seterusnya sedang bergoyang dan akan tumbang bila tiba waktunya. Yang ajaibnya kuncinya cuma terletak pada jejari yang memegang kekunci sahaja tetapi mampu menggerakkan ribuan manusia dengannya. - Editor ]


Penterjemah: -MT-


Penangan Internet Di Malaysia

(The Internet Wags The Media Dog In Malaysia)


Ketika rakyat marhaen bangkit dalam 'Kebangkitan Tienanmen', seluruh dunia mengikutinya melalui mesin faks. Di Indonesia, kejatuhan Presiden Suharto telah dipermudahkan oleh emel. Di Filipina sistem pesan-memesan yang disedikan oleh telefon mudahalih telah menyatukan rakyat jelata berhimpun di Manila untuk memaksa Presiden Estrada melepaskan jawatannya. Di Malaysia, peranan semua alat komunikasi itu sudah diambilalih oleh internet pula.


Internet (Net) telah menjadi satu kuasa politik kerana sokongan kerajaan Dr. Mahathir Mohamad terhadap MSC (Multmedia Super Corridor: Lebuhraya Multimedia), sebuah Lembah Silikon Asian yang keluasannya sebanyak 650 kilometer persegi adalah lebih besar daripada Pulau Singapura. Pihak parti pembangkang, dan mereka yang mempunyai perndapat berbeza dengan kerajaan, telah menyesuaikan diri dengan teknologi baru ini laksana itek yang dilepaskan ke air. Mereka telah menyerap pengetahuan IT dan menyebarkan pengalaman dan pesanan melalui dunia siber.


Ironinya, keghairahan mereka itu telah dipermudahkan oleh iltizam kerajaan yang tidak pun mengenakan sebarang hambatan dalam urusan dunia siber. Malahan di waktu yang sama pada 1996 itu, saya memulakan satu kumpulan siber untuk bertukar fikiran dalam dunia politik yang diberi nama 'Sang Kancil'. Saya memang merupakan penulis yang 'disekat' daripada menyumbang kepada akhbar perdana yang dikuasai oleh kerajaan Malaysia kerana pandangan saya menjadi bahan igauan kepada mereka yang berkuasa. Namun, nukilan saya masih tersiar seperti biasa dalam akhbar-akbar Melayu yang bukan bertaraf perdana. Memanglah tidak ada sebarang pengharaman kepada penulisan saya itu, namun saya telah diberitahu sejelas-jelasnya bahawa tulisan saya itu tidak diterima oleh media perdana.


Sejurus selepas saya lancarkan Sang Kancil, seorang peniaga telah mengenakan tuntutan gantirugi dan menuntut RM 100 juta (bersamaan $US 40juta, kini sekitar $25 US juta sahaja). Mahkamah Agong Malaysia (disebut disini dengan panggilan Mahkamah Persekutuan) akan mengadili kes saya minggu hadapan (April 9) untuk mengenepikan penghakiman dalam satu lagi kes tuntutan libel, berasaskan sikap Ketua Hakim yang ternyata 'bias' (sikap berpihak-sebelah)


Kini, Sang Kancil merupakan satu forum perbincangan yang sungguh popular mengenai suasana politik Malaysia dengan jumlah penyumbang yang sudah pun mencecah 2,200 orang. Artikel saya daripada forum ini muncul dalam sekurang-kurangnya 30 lagi laman web di Malaysia. Nukilan saya dalam Bahasa Inggeris diterjemahkan dalam Bahasa Melayu dan disiarkan dalam bentuk Rumi dan Jawi. Ia diedarkan pula ke pelusuk negara tidak kira betapa jauh ceruknya. Insan perseorangan telah menterjemah dan mengagehkan secara sukarela sebagai satu usaha kemasyarakatan gamaknya.


Di tahap awalannya selama dua tahun, Sang Kancil bernafas sederhana dengan beberapa ratusan keahlian sahaja. Ia bergerak secara bersahaja semata-mata dengan komen harian saya mengenai suasana poltik. Tetapi pada September 1998, seluruh sinario berubah rupa. Perdana Menteri Mahathir baru sahaja memecat timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim dengan menangkap dan menuduhnya berkelakuan sumbang dan bersikap rasuah. Ketua Polis Negara telah turut memainkan peranan utama dengan menghayun beberapa pukulan karate untuk menghenyak beliau. Mahkamah telah menghukum Anwar dipenjarakan selama 15 tahun. Inilah satu tindakan mahkamah yang dianggap oleh majoriti rakyat marhaen sebagai satu vendata untuk membalas dendam sahaja.


Para penyokong Anwar bertindak berpiket di jalanraya dalam satu konfrontasi politik yang akhirnya menjadikan Dr. Mahathir bertukar laksana seekor itik yang tempang. Mereka telah dirangsang oleh kemudahan internet. Ratusan laman Web telah muncul untuk memberikan sokongan kepada tokoh politik yang diaibkan dengan tahanan itu sambil semua telunjuk sumpah seranah dihalakan kepada Dr. Mahathir dan kerajaannya. Kerajaan tidak pun berbuat apa-apa, ia sudah pun berjanji sebelum itu untuk tidak melakukan sebarang penapisan. Cuma ia tersilap langkah kerana tidak bertindak membuka laman Web sendiri untuk memerangi kebanjiran internet rakyat marhaen.


Oleh kerana rakyat marhaen ketandusan maklumat sahih mengenai krisis politik, mereka telah bergantung harap mendapatkannya di Laman Web. Sang Kancil berjaya menyumbang satu bentuk maklumat yang mengimbangi segala cerita mengenai keadaan yang berlaku. Tetapi, satu akhbar siber yang diberi nama 'Malaysiakini' muncul tahun lalu untuk mencetuskan perubahan yang besar. Akhbar itu bermula dengan bantuan modal daripada satu kumpulan kebebasan akhbar antarabangsa, membolehkannya membuka laman web dalam Bahasa Inggeris dan Melayu. Kerana kekurangan modal yang besar, kelahirannya jelas tercungap dan lesu. Tidak lama kemudian, muncul pula AgendaMalaysia, satu lagi usaha yang kekurangan modal yang cepat ketandusan peluru untuk terus bernyawa dan terpaksa ditutup dulu sebelum diusahakan semula baru-baru ini. Ada juga akhbar siber lain seperti saksi.com. Mereka ini memberikan pemberitaan alternatif kepada berita yang diusahakan oleh akhbar perdana.


Ketua pengarang Malaysiakini, Steven Gan telah memberitahu mengenai usaha penerokaanya: 'Kami masih lagi berperanan laksana koboi. Kami mempunyai sekitar lapan orang wartawan berbanding ratusan yang digaji oleh akhbar perdana. Namun, kami diadili kerana kewibawaan laman Web yang memberikan berita yang tidak mampu disiarkan oleh akhbar utama.' Ironinya, kebanyakan berita 'eksklusif' Malaysiakini adalah berita yang dibakul-sampahkan oleh akhbar perdana.


Pelancaran akhbar onlain (talian siber) yang bebas mencetuskan satu kesan yang sungguh mengejut. Jumlah pengedaran (penjualan) akhbar perdana jatuh merudum. Sebahagian besar fenomena ini adalah disebabkan pemboikotan para penyokong Anwar. Lapuran di internet semakin diminati dan para pembaca mencetaknya pula untuk diagih-agihkan. Ratusan ribu salinan difaks dan diposkan merata negara sambil menyanggah permberitaan cetakan perdana.


Gan berkata bahawa internet telah mencabar monopoli kerajaan keatas 'kebenaran' dengan berkesan sekali sehinggakan akhbar yang dikuasai oleh kerajaan termasuk radio dan TV menyedari betapa pemberitaan dan citarasa propaganda kerajaan sudah semakin diperlekehkan.


Setelah memperlekehkan cabaran Net untuk satu ketika yang lama, tiba-tiba kerajaan mula bertindak secara tergopoh-gopoh, bulan yang lalu. Kerajaan telah memulakan satu kempen terhadap Malaysiakini dan Gan, menuduh mereka menerima dana asing yang berpunca daripada pelabur kayaraya, George Soros. Selama berminggu, rakyat marhaen dan juga beberapa laman web telah dihenyak dengan putarbelit itu, dengan menyogok bahan propaganda yang palsu sehinggakan pada penghujung kempen jijik itu 'Malaysiakini' menjadi perkataan manis di hujung bibir manusia. Jumlah capaian harian sebanyak 100,000 sebelum itu berlipat kali ganda peningkatannya sehingga mencetuskan sokongan baru untuk memulakan pengiklanan yang menarik.


Tan Sri Ghazali Shafie, bekas menteri luar negara, yang pernah memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan unggul kepada kerajaan termasuk satu ketika untuk menjinakkan wartawan, telah berpendapat bahawa kerajaan telah tersilap sasarannya: 'Kerajaan telah mengabaikan kuasa internet kerana menunggu lama-lama. Kini, kerajaan cuba memperbaiki kelemahannya dan sudah pasti kalah dalam usaha peperangannya.'


Internet sudah pun menjadi satu peralatan penting dalam perjalanan mencapai kebebasan persuratkhabaran. Kerajaan telah menjerut akhbar dan majalah dengan menekan para penerbit untuk mendapatkan lesen rasmi setiap tahun dan mempunyai kuasa dan selera untuk menggantung lesen itu seandainya muncul berita yang tidak menyenangkannya. Kerajan mahu berperanan besar dalam mengaturkan cara parti politik pembangkang menyibarkan maklumat mereka. Kerana itu, parti pembangkan hanya dibenarkan menjual penerbitan mereka kepada ahli-ahli sahaja. Tetapi PAS menyanggah kerajaan dan melanggari peraturan terhadap penerbitan akhbar dengan menerbitkan HARAKAH, sebanyak lima kali seminggu. Kerajaan bertindak mengurangkannya sebanyak dua kali seminggu dan kini menjadikan penjualan setakat dua kali setiap bulan.


Walaupun HARAKAH merupakan akhbar sebuah parti politik, ia kini sudah diberikan penghormatan yang besar kerana pemberitaannya. Terbitan dalaman yang menggunakan Bahasa Inggeris yang setakat 16 muka surat sahaja itu dimuatkan dengan pandangan dan nukilan mengenai suasana Malaysia dan menjadikannya satu akhbar yang paling diminati di Malaysia. Editor bahasa Inggeris, P.K. Mohamed Koya, berkata dia cuba menyediakan satu akhbar yang memberi tumpuan kepada isu-isu terutama sekali yang bersangkut-paut dengan Malaysia.


Itulah dia sebuah akhbar keIslaman yang baik suntingannya dan yang telah menjaminkan pengedaran semasa sebanyak 300,000; tiga kali ganda dalam masa tiga tahun. Di sebalik segala hambatan seperti pencetak yang mahukan pembayaran dulu sebelum mencetaknya dan kesukaran menukar pencetak selalu, yang juga memerlukan lessen khas untuk berbuat begitu, Harakah berjaya untuk terus maju. Pencetaknya telah diheret bersama penerbitnya setiap kali syarat penerbitan dilanggari dan inilah yang menjadi salah satu penghambat yang mengecilkan hati.


Oleh kerana sentiasa ditekan, PAS dan parti pembangkang yang lain telah pun mewujudkan laman Web masing-masing. Satu kelompongan dalam perundangan memberikan ruang kepada penerbitan akhbar internet dan laman-laman Web tanpa keperluan mendapatkan lessen. PAS mempunyai dua laman web yang amat diminati oleh para pembaca sehingga mencatatkan jengahan (hits) sebanyak 100,000 setiap hari. Di samping itu, ada beberapa lagi laman web yang aktif memberikan sokongan kepada Anwar yang masih terpenjara.


Sebagai perbandingan, semua akhbar perdana dipunyai oleh pihak yang memihak kepada Barrisan Nasional yang telah memerintah negara sejak 1955. Semua akhbar itu sedang tercungap kerana kekurangan pengedarannya. Pengedaran New Straits Times yang pada kemuncak keseronokannya dulu mencapai 200,000 setiap hari kini sudah menurun ke bawah 100,000 sahaja. The Star masih mampu meraih keuntungan dengan pengedaran yang dua kali ganda daripada NST. Akbar The Sun, yang kini dimiliki oleh tuanpunya yang baru dengan modal tambahan telah mempelajari pengalaman akhbar-akbar siber, dan mula merobah cara pemberitaannya sehinggakan mampu menjadi akhbar berbahasa Inggeris yang kedua paling diminati.


Tetapi, tuanpunya dan pemilik yang terbaru itu sedang merasakan tekanan pihak berkuasa dan bertindak untuk mengalah. Ada desas-desus betapa 'The Sun' mungkin akan dijual dan ada yang mengatakan bahawa bekas ketua pengarang NST dulu yang akan menjadi pemiliknya yang baru. Berita ini masih belum dapat diperakukan. Akhbar itu sudah mula kehilangan arahnya dan semakin cepat menuju ke kancah kemalapannya.


Yang lebih penting lagi, akhbar internet telah merangsang akhbar-akhbar perdana untuk memperbaharui hidangan berita mereka. Walaupun ini sedang diusahakan, nampaknya kejayaan yang diimpikan itu akan memakan masa juga. Namun, beberapa penulisan dalam ruangan khas yang diterbitkan kini mungkin sudah mampu dijadikan bahan untuk menyingkirkan para penulis artikel itu pada satu masa yang lalu.


Gan telah merumuskan fenomena ini dengan jelas sekali. 'Monopoli kerajaan terhadap kebenaran sudah pun tercabar. Kerajaan sudah berlagak laksana seekor anjing (miang) di musim mengawan, yang menggigit dan menyalak tanpa keruan kepada sesiapa yang menyalahkannya. Namun tidak ada sesiapa yang mempedulikannya kerana mereka menyedari bahawa tidak ada kebenaran di sebalik kenyataan kerajaan itu.' Cabaran internet di Malaysia sudah merupakan pendapat rasmi negara, dan telah berjaya mendesak kerajaan memperakukan bahawa memang banyak kepelbagaian dalam sesuatu kebenaran itu daripada yang termampu diputarbelitkan oleh kerajaan.


-MGG Pillai-
Khamis, 5 April,2001.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 6/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

from mediachannel.org

The Internet Tail Wags The Media Dog In Malaysia

By M.G.G. Pillai in Kuala Lumpur

The fax machine defined the Tienanmen Uprising, e-mail accelerated the overthrow of Indonesia's President Suharto, mobile-phone messaging systems brought the crowds into Manila to force President Estrada out of office. In Malaysia, it is the Internet.

What helped position the Net as a political force was support from Dr.. Mahathir Mohamed's government for the Multimedia Super Corridor (MSC), an Asian Silicon Valley of 650 square kilometers, an area larger than Singapore. The opposition parties, and those with a different view from the government, went into this new technology as ducks to water, adopted it and spread their messages across cyberspace.

Helping them, ironically, was the government's commitment to no censorship of cyberspace. It was about this time, in 1996, that I began a local political discussion group called Sang Kancil. I am a "banned" writer to government-controlled newspapers in Malaysia, my views heretical to those in power, and my writings appear regularly in usually Malay magazines on the fringes. There is no formal ban, of course, but it has been made clear to me my articles would not be accepted in the mainstream.

Shortly after I started Sang Kancil, a business man sued me for libel and demanded RM100 million (then $40 million, now about $25 million, sums still academic). Malaysia's Supreme Court (called here the Federal Court) hears my motion next week (April 9) to set aside its own judgment in another libel case, on the grounds of the Chief Justice's apparent bias.

Today Sang Kancil is the most popular discussion forum on Malaysian politics with 2,200 subscribers, and my articles from there appear in, at last count, 30 other Web sites on Malaysia. The articles in English are translated into Malay with the romanized Rumi and Arabic Jawi script and disseminated into the remotest corner of the country. Individuals translate and distribute them on their own volition, a communal effort.

But for its first two years, Sang Kancil drifted along with a few hundred subscribers. It was listless and dragged on, mainly with my daily political commentaries. Then in September, 1998, the whole scene changed. The Prime Minister, Dr. Mahathir Mohamed, sacked his deputy prime minister, Anwar Ibrahim, had him arrested for s###my and corruption, and the national police chief weighed in with a few karate chops of his own. The courts sentenced Anwar to 15 years in jail in trials that many people felt were based in vendetta.

Anwar's supporters went out into the streets in a political confrontation that turned Dr. Mahathir into a lame duck. What spurred them on was the Internet. Hundreds of Web sites came out in support of the detained politician, all pointing their guns at Dr. Mahathir and his government. The government did nothing: it had promised there would be no censorship, but it fatally delayed setting up its own Web sites to counter the flood.

People, desperate for clear information on the political crisis, turned to the Web. Sang Kancil provided a semblance of balance on what was happening, but it was not until an Internet newspaper called Malaysiakini came on the scene last year that changes really began. Insufficiently funded with seed money from international press freedom groups, its Web site made the Web pages of the main English and Malay newspapers seem weak and tired. This was followed by AgendaMalaysia, another shoestring operation which quickly ran out of funds, shut down and is now restarted. There are others, like saksi.com. They provided an alternative to the news.

Steven Gan, the editor-in-chief of Malaysiakini, says of his pioneering effort: "We are still very much a cowboy outfit. We have seven or eight journalists as against hundreds in the main newspapers. But people judged us for our Web site, which provided news the main newspapers did not." Ironically, often the Malaysiakini "exclusives" were press releases the main newspapers automatically consigned to the wastepaper basket.

The launch of online independent news had one immediate effect. The circulation of the main newspapers declined. Part of this is due to an effective boycott by Anwar's supporters. But the Internet reports also gained wide readership: readers printed them and passed them along. Hundreds of thousands of copies were faxed and posted around the country, quickly countering the worldview of the mainstream press.

Gan says the Internet challenged the government's monopoly of truth so effectively that the mainstream newspapers and the government- controlled radio and television stations found their reassertion of government views were ignored.

The government, after ignoring the Net challenge for so long, reacted in haste last month: it started a campaign against Malaysiakini and Gan, accusing them of being foreign-funded by the billionaire investor, George Soros. For weeks, the public and the Web sites were subjected to such a tirade, often on facts patently wrong, that at the end of it all Malaysiakini became a household word. Its daily hits of 100,000 more than doubled in a fortnight, and now support is high enough to begin to attract advertisers.

Tan Sri Ghazali Shafie, the former foreign minister whose long and distinguished career in government included a stint to rein in the press, says the government has lost its way: "It missed out on the Internet. It waited too long. And now when it tries to catch up, it has all but lost the battle."

The Internet has become an important vehicle in this march to press freedom. The government holds a tight control on newspapers and magazines by requiring publishers to have an official license renewed annually, which it can suspend if the contents displease the authorities. It severely circumscribes how opposition political parties may spread their gospel. So, opposition parties could only sell their publications to their members. But the theocratically inclined Islamic Party of Malaysia (or PAS, to use its Arabic acronym) defied the government and broke the law by publishing its paper, Harakah, five times a week. Then this was reduced by the authorities to first twice a week and now to twice a month.

Harakah, though a political party organ, is considered a newspaper whose views are listened to with respect. Its 16-page English insert, with trenchant views and comments on the Malaysian scene, makes it the best-read newspaper in Malaysia. Its English section editor, P.K. Mohamed Koya, says he tries to provide a newspaper which concentrates on issues, especially on Malaysia.

It is an Islamic paper, well edited, and this ensures its current circulation of 300,000; its circulation had quintupled in three years. It does well despite such restrictions as its printers insisting upon payment before publication and its having had to change printers, which also requires a license. Its printers are charged in court along with the publishers when the conditions of the license are breached, and this is another disincentive.

PAS and the other opposition parties pushed the limits and set up their own Web sites. A lacunae in the law allowed Internet newspapers and Web pages without the need for a licence, and they took full advantage. PAS has two widely read Web pages =97 http://www.harakahdaily.com and http://www.harakah.com =97 and it still gets hits in excess of 100,000 a day. There are in addition other opposition-based Web sites; the most active are in support of the jailed Anwar. http://www.freeanwar.com is one of the most active.

In contrast, the mainstream newspapers, all owned by interests linked to the National Front coalition which has governed the country since 1955, have seen their circulations decline sharply. The New Straits Times saw its circulation decline from 200,000 at its peak to under 100,000. The Star makes money hand over fist with a circulation twice that of the NST. The Sun, also from the mainstream, with fresh capital and ownership, taking a cue from the Internet newspapers, reoriented itself from a paper that did not matter to one which presented the news more neutrally than the other mainstream newspapers did. It did so well that it is now the second most widely read English language newspaper.

But the new owner, under pressure from regulatory authorities, has pulled out, and the Sun is rumored to be for sale =97 to a former editor-in-chief of the New Straits Times. This could not be confirmed, but the newspaper has lost it verve and quickly descends into mediocrity.

More important, the Internet newspapers forced the mainstream newspapers to improve beyond recognition. They still have a long way to go. But commentaries and articles that now appear in them would have caused those who wrote it the sack not so long ago.

Gan puts its more succinctly: "The government's monopoly to truth is challenged. It reacts like a dog in heat, and bites and barks at anyone who says it is wrong. And found that no one cared what it had to say. They already knew the truth is not what it says it is." The Internet challenges, in Malaysia, the official worldview, and forces the government to admit that there are more variations of the truth than its own.


-- M.G.G. Pillai, a freelance foreign correspondent for 30 years, resides in Kuala Lumpur and runs the Internet political discussion group Sang Kancil. He is a Nieman Fellow in Journalism (NF '77) from Harvard University.