Laman Webantu KM2A1: 4157 File Size: 17.6 Kb * |
Siri 4 G14: Mencari Geliga Dalam Gelita By Marhain Tua 7/4/2001 12:36 am Sat |
G14 B4/B7 [Siri ini diterbitkan kembali sempena detik bersejarah 14 April
yang bakal tiba nanti. Sila maklum tulisan ini ditulis setahun lepas.
Tidak ada sebab untuk rakyat merancang huru-hara kerana rakyat boleh
menang juga akhirnya tanpa mencetuskannya. Tetapi Mahathir amat memerlukan
huru-hara untuk mengaibkan rakyat, dan seterusnya menakutkan pengundi
Cina. Banyak negara luar mampu maju dan membangun dengan membiarkan rakyat
bebas berkumpul dan menyatakan perasaan mengikut saluran yang ada.
Mengapakah Mahathir yang bergelar 'Wira Dunia Ketiga' begitu takut
menghadapinya sedangkan polis dikatakan cekap menjaga keselamatan negara?
- Editor] Hari ini, akan bermula satu jalur baru dalam sejarah bangsa Malaysia.
Di waktu yang sama sejarah tamaddun Bangsa Melayu pun akan
terukir jua. Kali ini, ukiran sejarah bangsa dan negara itu akan diukir
secara berkumpulan oleh manusia daripada berbilang bangsa, agama,
fahaman politiknya. Jalur sejarah bangsa Malaysia dan jalur tamaddun
bangsa Melayu itu akan dianyam secara bertimbal mengikut rentak
juang dan getaran semangat manusia yang keluar bersatu. Akan
berpadulah nanti pengamal asas budaya yang pada asalnya
berbeza-besa tetapi kini semakin ketara akan sebatiannya. Ya.....hari
ini yang disebut sebagai 'The Black 14' akan mengukir sejarah.
Pengendali Laman Web 'Fitnah e-Umno telah melakarkan hari
bersejarah ini dengan menamakannya 'Gelita 14', secara tidak banyak
disedari umum GELITA dirujukkannya kepada akronim Gerakan
Liberalisasi Tanah Air. Satu cantuman kata-kata yang amat bermakna,
seperti amat bermaknanya gabungan semangat semua rakyat marhain
yang cintakan negaranya. Apa juga yang akan berlaku esok, samada hari itu akan bergegar
ataupun bergetar, samada gegaran itu datang dari langit ataupun dari
dada insan-insan yang cintakan kebenaran, esok akan membawa
seribu makna. Akan terbukalah nanti satu kotak pandora yang sekian
lama merupakan satu kotak keramat dalam kepimpinan seorang insan
bernama Mahathir bin Mohamad. Biarlah kita rakamkan peristiwa hari
ini dengan membawa seribu kenangan kepada masa silam yang
menyebabkan kenapa hari ini dianggap sebagai hari rakyat mengingati
kezaliman pemerintahan beliau. Hanya satu tahun yang lalu Anwar Ibrahim telah dimasukkan secara
rasminya sebagai banduan di atas tuduhan pelbagai yang buktinya
masih lagi samar dan masih dipertikaikan. Malahan kalau mengikut
hukum Islam yang merupakan agama rasmi negara ini, Anwar Ibrahim
tidak ada sebab mesti berada di penjara itu. Malangnya beliau
menerima 'hukuman' itu disebabkan sistem kehakiman negara yang
telah diperkosa oleh seorang pemimpin unggul satu parti politik Melayu
dari mana Anwar Ibrahim pernah menjadi pemimpin nombor dua.
Ketika Anwar dijatuhkan hukuman, seluruh dunia merasa terkejut
secara tafsiran akal biasa. Tetapi, kepada sesiapa yang sudah
mengikuti perjalanan pemerintahan negara Malaysia sejak dua puluh
tahun yang lalu, hukuman yang dikenakan ke atas Anwar (yang lebih
terkenal dengan panggilan DSAI - satu singaktaan kepada Datuk Seri
Anwar Ibrahim) adalah satu keputusan yang hanya menaikkan bulu
kening untuk seketika sahaja. Demikianlah perjalanan pemerintahan
Malaysia masakini yang banyak berpaksikan tindak-tanduk seorang
diktator tua yang sudah lali dengan suara gelombang manusia
bawahan yang mahukannya mengundurkan diri dan bersara.
Satu tahun yang lalu majalah DETIK keluaran 1 April 1999, boleh
dijadikan sebagai bahan rujukan untuk merasakan getaran jiwa rakyat
marhain akan keadaan orang Melayu ketika itu dalam menghadapi
dilemma Anwar Ibrahim. Esok, rakyat marhain akan bergerak daripada
ceruk rantau negara untuk menuju ibukota Kuala Lumpur. Mungkin
mereka boleh diingatkan sedikit ungkapan kata-kata Anwar yang
pernah dirakamkan di majallah DETIK di muka surat 62:
..... "Pengalaman saya ketika berada di kem tahanan pada tahun 1974 telah mengajar saya bahawa adalah tidak dapat diterima sama sekali untuk terus hidup sebagai seorang pengikut yang tunduk dan pada masa yang sama terpaksa pula memerangi rasuah dan penindasan. Alternatifnya, untuk meneruskan agenda reformasi sebagai seorang pengkritik yang berwibawa sudah tentulah cukup mencabar dan dipenuhi dengan pelbagai onak dan ranjau berduri. Demikianlah gambaran paling ringkas pembabitan Anwar Ibrahim dalam
sinario sosio-politik negara. Itulah petikan daripada satu warkah yang
ditulis di penjara Sungai Buluh pada Januari 11, 1999 dan ditujukan
kepada Dr. Abdul Hamid Abu Sulaiman Rektor UIA yang telah
meninggalkan universiti tersebut ekoran pemecatan Anwar.
Alangkah cepatnya masa berlalu. Namun, impak tulisan itu masih
dikenang lagi. Kes mahkamah yang membicarakan Anwar masih
berjalan lagi, walaupun bukti-bukti sahih yang akan menghimpitnya ke
kancah penderitaan masih lagi dalam keadaan dicari-cari dan kalau
boleh masih lagi di-ada-adakan. Kalau April 14 itu masih segar dalam kenangan kita tentunya
keputusan yang diambil untuk menghukum Anwar pada tarikh itu
merupakan satu peristiwa yang membingungkan. Bagaimanakah Anwar
boleh terjebak dengan hukuman itu sedangakan bukti tuduhan masih
boleh lagi dipertikaikan. Malahan, kita telah digegarkan dengan berita
bagaimana tertekannya segelintir manusia yang terbabit dengan
mencari dan mereka-reka akan beberapa bukti yang di 'gunakan' di
mahkamah itu. Saya teringat akan satu emel yang telah dipanjangkan kepada saya
satu ketika dulu. Emel itu ditulis oleh seorang insan yang menulisnya
dengan nama samaran 'Aku Peguam'. Kandungan surat itu
menyerlahkan betapa tertekannya beliau untuk menyediakan
barang-barang bukti mengikut rentak dan cara Anwar mesti dikenakan
tuduhannya. Penulis itu telah merasa begitu tertekan untuk meneruskan
hidupnya. Dia amat merasa terhina untuk meneruskan kerja-kerjanya
itu kerana dia percaya Anwar adalah mangsa satu konspirasi yang
amat jahat sekali. Saya telah menghubungi penulis surat itu di alam
siber dan menyatakan kepadanya betapa seorang Pengendali Web
sudah bersedia membuka satu kolum khas menangani masalah yang
dihadapi oleh peguam itu. Malangnya surat itu tidak dijawabnya
kerana kita yakin ada orang lain yang sudah menyambar peguam itu
untuk menjalani proses doktrinasi sekali lagi. Namun, saya masih yakin
'Akupeguam' akan menghubungi kita sekali lagi kerana getaran
jiwanya dan keimanan dalam dadanya akan mengatasi segala bentuk
doktrinasi yang akan diasak bertubi-tubi dalam jiwanya.
Esok adalah hari memperingati kezaliman pemerintahan Mahathir.
Demikian salah satu sebab utama kenapa rakyat berkumpul. Di waktu
yang sama, pada hari ini, adalah ulangtahun Anwar dipenjarakan
sebagai seorang banduan yang dijatuhkan hukuman. Anwar Ibrahim
telah dikenakan hukuman berdasarkan bukti yang sengaja
diada-adakan. Segala bukti yang diusung ke mahkamah sebenarnya
telah ditentang oleh pihak pembela sehinggakan semua bukti itu telah
dipertikaikan. Inilah yang menarik minat seluruh dunia mengikuti
prosiding mahkamah itu. Tetapi, yang palin menarik sekali ialah apa
yang telah berlaku di luar mahkamah ketika prosiding itu masih lagi
berjalan. Ketika Anwar diadili, seorang pemimpin terulung UMNO telah berlegar
di luar negara mencanang simpati bagi dirinya seolah dia juga turut
dibicarakan. Dia kerap mengadakan pertemuan dengan rakyat
Malaysia di luar negara menceritakan kenapa dia menyingkirkan
Anwar daripada kabinetnya. Jawapannya adalah lebih kurang sama di
setiap sessi pertemuan yang memang didokumentari dan dilapurkan di
media massa seluruh dunia. "Saya mempunyai cukup bukti kenapa
Anwar harus digugurkan daripada kabinet saya. Dia memang sudah
melakukan semua kerja-kerja aib yang dituduh oleh mahkamah. Saya
telah berjumpa dengan beberapa saksi penting yang menyakinkan
saya memang Anwar membuat semua kerja-kerja jijik itu"
Inilah puncanya Anwar dihukum dan terhukum. Inilah kata-kata 'bukti
sahih' yang mendorong para hakim menghukum Anwar. Tetapi, apabila
si Raja Kelentong ini disapina oleh mahkamah untuk membenarkan
peguambela Anwar menyoalnya akan segala bukti itu apakah yang
dikatakannya kini? Dia enggan menghadirkan dirinya kerana dia tidak
terbabit dengan bukti-bukti yang digunakan oleh mahkamah untuk
menghukum Anwar, dulu. Demikianlah dayusnya seroang pemimpin politik Melayu yang
terunggul di negara ini. Inilah kedayusan yang ditunjukkan oleh
seorang Adijagat Melayu seperti yang dicanangkan oleh pengampu
tgerulungnya satu keika dulu, sebelum beliau sendiri tersungkur
menyembah bumi. Demikianlah petikan kata-kata raja pembohong
Melayu yang satu ketika dulu bersuara lantang bagaimana beliau
sudah bersedia untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar dan bersara
daripada bidang politik. Tetapi, disebabkan keadaan ekonomi negara
meleset dia terpaksa meneruskan tugasnya untuk memulihkan keadaan.
Walaupun keadaan ekonomi pada Januari 1999 sudah menampakkan
unsur-unsur pemuliahan, dia masih tidak berupaya melepaskan
jawatannya kerana tingkahlaku Anwar yang terpaksa disingkirkan.
Ketika menyiapkan artikel ini beberapa saluran TV menunjukkan
rakaman perbualan orang TV dengan para penghuni ibukota. Soalanya
dalah sama. Semuanya meminta pendapat orang ramai akan GELLITA
14. Semuanya disaol pendapat mengenai 'Huru-hara' Malahan di TV
1 Rencana Malaysia Gemilang telah menunjukkan forum yang
dianggotai Rais yatim dan Shahidan Kassim. Alangkah malangnya
negara ini apabila rakyat disogokkan dengan program seperti itu?
Huruhara adalah perilaku manusia yang tidak dirancang. Yang
dirancang bukannya huru-hara. Ia dinamakan rusuhan. Kalau lebih
berat lagi keadaannya ia disebut REVOLUSI. Saya pernah menulis
lima siri di bawah tajuk Akan Bermulakah Revolusi Rakyat pada
31.12.1999. Saya menulis itu di atas kesedaran betapa negara ini akan
hancur lebur disebabkan gelagatt seorang diktator yang gilakan kuasa
dan segelintir pemimpin UMNO yang rakus, haloba dan tamakkan
kuasa, di satu pihak. Sedangkan di satu pihak pula terdapat satu
kumpulan majoriti pemimpin Melayu dalam UMNO yang menjadi
kebingungan. Saya tidak mahu menulis panjang kali ini di atas tajuk
huruhara kerana saya sudah tulis lama akan hal ini di alaf yang lalu.
Itu sebagai ingatan sahaja. Cuma kini saya mahu beri ingatan lagi. Kalau huru-hara timbul yang
patut ditangkap ialah Mahathir bin Mohammad. Beliaulah pencetus
huru-hara. Dialah yang mula menyebut molotov bom, parang panjang,
kayu belantan dan sebagainya. Sejarah demonstrasi rakyat tidak
pernah diperalatkan dengan bom molotov, parang panjang dan
belantan. Itu adalah hasutan Mahathir bin Mohammad yang sepatutnya
di tahan di bawah ISA atas dasar menghasut. Dia bukan lagi dikenal
sebagai Raja Kelentong malahan dikenal sebagai Raja Penghasut.
Sekarang kita disogokkan dengan ketakutan kerana demonstrasi rakyat tidak diberikan lesen. Siapa mahu beri lesen sedangkan program bersukan oleh parti Keadilan menyambut ulangtahun pun disuruh berpindah randah? Sekarang saya minta para pemimpin pemuda UMNO bersama bijakpandai UMNO menjawab soalan ini:
A) Sepatutnya Mahathir Mohammad membatalkan perjalananya ke Cuba
kalau dia pandang GELITA 14 satu fenomena yang serius. Dia harus
memandang serius akan apa yang berlaku kepada General Musharraf
di Pakistan. Ketika Musharraf pulang daripada Colombo pesawat
udara kommersial yang ditumpangi General itu telah tidak dibenarkan
mendarat di Karachi sehinggakan dia hampir mati kerana kekurangan
minyak. Allah menyebelahinya. Bayangkan kalau perkara yang sama berlaku kepada Mahathir,
siapakah yang boleh dipersalahkan. Bukankah Mahathir terbang
dengan Global Express yang dianggap sebagai harta pusakanya?
B) Mahathir berlagak seolah-olah suaranya adalah suara keramat.
Tidak lagi. Rakyat sudah celek seceliknya. Berkumpul di ibukota
daripada pelusuk negara tanpa permit bukannya satu 'big deal'. Inilah
manifestasi perasaan rakyat. Inilah gambaran luahan hati rakyat yang
rimas, jelak dan jijik kepada pemerintahan yang zalim dan tidak berhati
perut. C) Semua orang tahu, Mahathir memperkudakan sistem perundangan
dan dia mengharapkan Ariffin Jaka menghenyak Anwar sekali lagi. Dia
lupa Allah sentiasa mengawasi keadaan. Lambat laun dia akan berada
di kandang orang salah dan Anwar akan menjadi saksinya. Kalau
undang-undang negara tidak melakukannya, rakyat marhain secara
kollektif akan melakukannya. D) Dia fikir pihak polis adalah anjing suruhannya. Dia belum tahu lagi
apa akan jadi. Lupakah dia apa jadi kepada Rajiv Ghandi ketika
berjalan menerima tabik hormat perbarisan askar Sri Lanka satu ketika
dulu. Sejak semalam lori kecil FRU sudah mula bergerak dengan
beberapa anggota di dalamnya untuk tayang muka. Ini dianggap
sebagai proses mengertak. Siapakah yang digertak? Apakah semua
anggota FRU itu tidak mempunyai suadara yang akan terlibat dalam
demonstrasi rakyat nanti? E) Siapakah sebenarnya Pemerintah 'Teragung' PDRM kalau bukan
raja-raja. Apakah Mahathir lupa perkara ini. Apakah Mahathir mahu
pembabitan askar Melayu dan semua anggota tentera menyebelahi
rakyat? Apakah Mahathir mahukan semua rakyat marhain terutama
sekali mahasiswa universiti dan pekrja kilang bersatu semata-mata
untuk memaksanya undur? GELITA 14 adalah manifestasi rakyat yang cintakan keharmonian.
Gerakan liberasi rakyat kali ini adalah untuk memperingatkan Mahathir
bahawa masanya sudah tiba. Tempoh luput kepimpinannya sudah lama
berlalu. Eloklah dia bersiap sedia menghadapi rakyat dengan segala
rendah diri. Rakyat adalah tuannya. Rakyat akan menentukan tempoh
luputnya. Mahathir harus sedar akan hakikat ini. Rakyat yang akan
berkumpul nanti bukannya wakil Barisan Alternatif ataupun Barisan
Nasional. Setiap insan yang akan berkumpul nanti adalah rakyat
Malaysia yang cintakan negaranya.
Huru-hara tidak timbul kerana itu bukan agenda rakyat. Agenda rakyat
adalah memperingati kezaliman pemerintahan Mahathir. Inilah agenda
yang akan dikongsi bersama oleh sebilangan besar ahli UMNO di
seluruh negara. Inilah perhimpunan yang akan dianggotai oleh para
askar, polis, bomba, immigresen, doktor, jururawat, para pesara dan
sesiapa sahaja dengan pakaian yang berwarna warni tanpa sebarang
lencana kepartian mereka. Mereka akan berdiri megah menunjukkan
semangat juang kepada dunia dan berkata: 'Hai Mahathir eloklah buat
keputusan secepat mungkin kerana tempoh luput kamu sudah lama
berakhir....! Kepada pemimpin UMNO yang lain adalah lebih baik kalau anda
menasihatikan presiden anda itu agar bertaubat sebelum terlambat.
Ingat-mengingati adalah ajaran Allah kepada kita sesama seagama.
Lakukanlah semasa masih ada masanya. Laksanakan tugas ini kalau
anda sayangkan kuasa yang masih ada itu. GELITA 14 adalah Gerak
Liberalisasi Tanah Air yang digerakkan oleh rakyat yang cintakan
negaranya. Kami akan teruskan perjuangan kami dan anda lakukanlah
peranan anda untuk menentukan manifestasi rakyat ini tidak
dihuru-harakan oleh seorang diktator tua yang sudah kehilangan
pegangan hidupnya. -Marhaintua- |