Laman Webantu KM2A1: 4165 File Size: 25.4 Kb * |
Siri 5 G14: Mencari Geliga Dalam Gelita By Marhain Tua 7/4/2001 11:39 pm Sat |
G14 B5/B7 [Tiada sebab kerajaan perlu takut dengan perhimpunan rakyat pada
April 14 melainkan jika kerajaan memang merasa bersalah. Rakyat tidak
perlu berhimpun jika semua saluran demokrasi yang lain berfungsi dan
tidak digari. Sebaliknya kerajaan membiarkan pemimpin negara mengaib
dan mencela sesiapa sesuka hati tetapi bila rakyat berhimpun bersuara
dituduh ingin mencetus hura-hara pula sedangkan negara akan lebih selamat
jika suara keramat rakyat bergema dan tuntutan rakyat terlaksana.
Kini Malaysia sedang dilanda pelbagai masalah kronik akibat kepincangan
kepimpinan negara. Ini semua boleh dielak jika seruan negarawan tanahair
yang terbilang seperti Prof. Harun Mahmud Hashim diambil kira. Malangnya
idea doktor dari Kerala yang berpenyakit pula yang diterima. Hasilnya bukan
sahaja bertambah penyakit yang ada malah ugama pun sudah rosak dan binasa.
Umno sendiri terbalik jadinya menjadi pusat mengaibkan kaum sendiri.
Nasib semua pencabar presiden Umno itulah buktinya dan kini seorang lagi
bakal teraib juga kerana anjing dan babi sudah diikat kepada tangannya.
Mereka sudah mengganas sehingga tercemar masjid negara dan meragut beberapa
nyawa sejak dilatih oleh kempen yang kununnya mesra. Dan kali ini binatang
ganas ini mungkin menggigit lagi sehingga berdarah di detik Gelita 14 yang
bakal tiba... tetapi ia tidak sedar ia sebenarnya mengiggit tuan yang
membelanya juga...... Bukan sahaja ibu negara semakin geger sekarang. Seluruh negara sudah
bergegar dengan gempita GELITA 14 ataupun BLACK 14. Pihak Kerajaan
sengaja memainkan perasaan manusia agar takut-takut dengan keadaan
yang sengaja dihitamkan. Bayangkan apa yang dikatakan oleh para
petugas TV semalam. Malahan di 'Malaysia Gemilang', apakah kata-kata
Rais Yatim dan Shahidan Kassim akan keadaan yang mereka bayangkan
boleh berlaku. Siapakah mereka yang mahu menyibuk sebagai jurucakap
kepada kumpulan rakyat yang akan berdemonstrasi secara aman itu? Inilah
yang dikatakan pemimpin politik yang tidak sedar diri.
Nampak angat kedua-dua balaci Mahathir ini terlalu takutkan kuasa yang
ada pada Mahathir sehingga sanggup memperkecilkan Anwar Ibrahim
yang pada satu ketika dulu memang mereka muliakan.
Anwar tumpas disebabkan keikhlasannya untuk mengikut perintah seorang
ketua yang tidak diketahuinya amat tamak dan haloba. Inilah bahana
terlalu lurus bendul dalam politik. Anwar telah digalakkan untuk
mempercayai bahawa jawatan Perdana menteri itu adalah miliknya
sebelum menjelangnya abad ke-21. Mungkin kerana keghairahan Anwar
terlalu mempercayai ketuanya itu ataupun mungkin juga kerana keikhlasan
berlebihan Anwar menjadi mangsa kepada kepercayaannya sendiri. Yang
nyata Mahathir bin Mohammad memang belum bersedia melepaskan
jawatannya kepada sesiapa pun lagi. Dia teralalu seronok dengan kuasa
sehinggakan dia lupa kuasa yang ada tidak dapat menutup pekong yang
mula melanda ekonomi negara. Saya ingin memetik secara ringkasnya satu tulisan Tan Sri Prof. Harun
Mahmud Hashim yang bertajuk "The Root Causes of Our Social Ills and
Challenges for Their Future Management" yang disiarkan oleh Majalah
Management tajaan MIM keluaran March 2000. Kerana kesempitan ruang,
izinkan saya menterjemahkan tulisan yang sungguh baik ini secara ringan
sahaja. Kalau ada salah silap harap maafkan. Sepatutnya saya dapatkan
keizinan beliau sebelum memetik tulisan ini. Tetapi, disebabkan
kesuntukan masa saya gagahi juga melanggar etika ini. Semoga yang
berbahagia Tan Sri akan memaafkan saya.
Sebagai kenangan mungkin Tan Sri masih ingat seorang insan kerdil yang
selalu duduk bersila di sebelah Tan Sri di Masjid Seksyen 5, Petaling Jaya
sekitar akhir 60-an. Ketika itu Tan Sri masih menjadi Ketua Pengarah ACA
(Badan Pencegah Rasuah). Oleh kerana kuatnya pengaruh Tan Sri ketika
itu, tidak ramai manusia Islam yang berani duduk di sebelahnya di masjid
itu sebelum khatib naik berkhutbah. Tetapi kerana penulis selalu lambat
untuk datang ke masjid ruang kosong yang selalu ada di sebelah Tan Sri
(selalunya di saf terakhir dalam masjid) itu merupakan peluang yang selalu
diisi dengan hati yang lapang. Sebab Musabab Kelunturan Sosial dan Cabaran Kepada Pengurusan
Masa Silam: Di zaman penjajah, masyarakat telah ditakrifkan kepada tiga kumpulan
besar:
Ekonomi negara berpaksikan pertanian dan perlombongan. Kehidupan
adalah amat bersahaja dan menyeronokkan. Kurang perbalahan dan
kerajaan kurang mengganggu kerana undang-undang yang minima.
Pegawai kerajaan terutama sekali pegawai atasan adalah dianggap
masyarakat yang dimuliakan. Mereka menerima didikan terbaik dan
mempunyai kuasa politik. Tentunya mereka perlu bergaul rapat dengan
pegawai ekspatriat. Kumpulan elit mempunyai pertalian dengan masyarakat
istana dan mengamalkan cara hidup barat dari segi pakaian, keahlian
kelab, cara menjamu selera dan berdansa. Mereka amat rapat bersosial
dengan ekspatriat di sektor swasta. Selepas kemerdekaan satu kumpulan baru muncul pula. Mereka ini
adalah kumpulan politik. Kuasa di tangan ahli politik telah melunturkan
kuasa yang pernah dipegang oleh pegawai kerajaan melainkan segelintir
yang berada di puncak kuasa di tahap kementerian.
Kemudian proses industrialisasi mewujudkan sektor korporat pula.
Pengaruh kuasa telah berpindah kepada dunia korporat yang sebenarnya
menguasai kelas atasan yang telah berkembang ke tahap antarabangsa
dan kosmopolitan. Inilah kumpulan yang mengandungi peneraju industri,
ahli politik, diplomat, golongan istana dan segelintir pegawai tinggi
kerajaan. Cara hidup yang mewah dan glamor - mahligai dan bukannya banglo
lagi, kereta mewah, kapal-layar, malahan jet pribadi yang menyenangkan
para korporat ini berterbangan di sana sini dengan isteri mereka untuk
membeli belah di London, Paris, New York dan sebagainya merupakan
satu luksarian yang menjangkiti juga para tokoh politik, pegawai atasan
kerajaan, dan golongan istana yang sebenarnya memang tidak berupaya
bergaya sakan seperti itu. Sehingga awal 80-an, kecuali para Sultan yang bersemayam di istana
yang diongkosi oleh negara, cara hidup orang atasan adalah mengikut
taraf mereka di bahagian atas kelas menengah. Para sultan pula, kecuali
seorang sahaja di kalangan mereka yang menerima elaun bulanan
sebanyak RM25,000, menerima elaun kurang lagi daripada itu. Malahan
para jutawan di era itu hidup secara bersahaja.
Memang kita berbangga kerana berjaya mewujudkan satu kelas
menengah yang egalitarian kerana asal usul kelas ini berasal daripada
masyarakat luar bandar yang menjangkau status sosial hasil pelajaran di
menara gading. Begitulah, seorang anak petani ataupun penoreh getah
naik ke status kelas menengah setelah menggenggam ijazah dan
mendapat pekerjaan yang memungkinkannya membeli sebuah kereta
secara ansuran. Jurang di antara yang kaya dengan yang miskin bukannya lebar sangat.
Namun sejak itu, jurang di antara yang miskin dan golongan atasan yang
baru itu telah semakin melebar laksana apa yang berlaku di Fillipina,
Indonesia, India dan Pakistan sejak beberapa tempoh yang lama.
Impaknya si miskin menjadi papa kedana. Usaha pihak pemerintah
membasmikan kemiskinan, masih tidak berupaya mengurangkan jumlah
yang di bawah garis kemiskinan walaupun dari segi peratusan angkanya
sudah berkurangan. Masyarakat seperti ini tidak dapat menjamin stabiliti.
Ketika peperangan Vietnam, Vietcong telah melemahkan tentera Amerika
Syarikat dengan cara memperkenalkan dadah, terutama sekali kepada
anggota tentera yang berkhidmat mengikut kerahan tenaga. Ini
menyebabkan penggunaan dadah secara meluas di Amerika Syarikat
selepas tamatnya perang itu dan masih lagi menular kini.
Saya pernah menerima jemputan Pengerusi Suruhanjaya Presiden yang
datang ke Kuala Lumpur untuk mengkaji punca pengedaran dadah di
rantau ini. Saya cadangkan kepadanya masalah yang dia hadapi itu dapat
diselesaikan jika disekat bekalan dadah daripada punca bekalannya.
Candu adalah tanaman utama di Segitiga Emas yang terletak dalam
wilayah Thailand, Myanmar dan Laos. Candu adalah tanaman annual,
memang diperlukan untuk tujuan perubatan. Apa yang perlu dilakukan
ialah membeli semua hasiltani itu dan hantarkan ke Amerika Syarikat.
Kuantiti yang diperlukan oleh bidang perubatan dibawa ke Amerika. Yang
lainnya dihumbankan saja ke Lautan Pasifik. Usaha ini tentunya
menggunakan belanja yang lebih rendah daripada membiayai DEA (Drugs
Enforcement Agency of America). Pengerusi yang ketika itu memegang
jawatan governor sebuah wilayah di Amerika menjawab bahawa
cadangan itu akan membuatkan para petugas DEA kehilangan pekerjaan.
Dalam laporannya itu dia hanya mengsyorkan agar DEA lebih berwibawa.
Pada tahun 1968, ketika saya bersama ACA (BPR) saya membuat laporan
kepada kerajaan betapa Parti Komunis Malaya sedang menyerang
anak-anak Melayu di Sekolah Menengah Atas, dan Maktab kerana
menganggap inilah bakal pemimpin negara yang patut diruntuhkan
moralnya dengan mengedarkan dadah kepada mereka. Di waktu yang
sama mereka juga diberi modal untuk memerangi kerajaan yang
memerintah. Saya telah mencadangkan agar perkara ini disekat sebelum
merebak. Tetapi, kerajaan ketika itu berpendapat bahawa kes berkenaan
belum menular lagi dan tidak perlu dibimbangkan. Yang sebaliknya telah
berlaku, walaupun hukuman mati dikenakan masalah dadah semakin teruk
menyebabkan pembayar cukai kerugian berjuta ringgit dan bilangan yang
merana semakin bertambah. Pihak kerajaan mengambil masa 10 tahun
untuk mengakui punca dan sebab masalah dadah itu di Parlimen seperti
yang tertulis dalam laporan saya. Ketika saya dilantik mengetuai ACA (Badan Pencegah Rasuah) perdana
menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra, telah memberikan saya
kebebasan mencegah korupsi daripada merebak di seluruh negara. Saya
diberikan kebebasan memilih pegawai daripada perkhidmatan awam dan
pasukan polis dan diberikan juga peruntukan yang tidak ada hadnya oleh
pihak perbendaharaan. Pihak kerajaan tidak pernah camputangan dalam
agensi itu. Malahan Attorney-General tidak dibenarkan mencampuri tugas
pendakwaraya. Saya membuat semua pertimbangan perundangan
mengikut kuasa saya sebagai seorang Timbalan Pendakwaraya dan
pengurusan agensi itu sebagai seorang Ketua Pengarah. Ketika saya
dilantik Hakim Mahkamah Tinggi pada March 1971, masalah yang telah
timbul dapat dikawal. Korupsi hanya boleh dicegah malahan dibasmikan
dengan kuasa politik. Tetapi, mengikut perundangan yang baru, seorang
Ketua Pengarah tidak pun mempunyai kuasa undang-undang. Semua kes
korupsi mesti dirujukkan dulu kepada Attorney-General dan sebarang
pendakwaan memerlukan kelulusannya yang bertulis.
Adalah satu hakikat sejarah di masa yang terdekat ini, betapa korupsi
menyebabkan kejatuhan kerajaan, cetusan tindakan 'coup d'etat' tentera
malahan juga revolusi rakyat. Pengaruh hidup ala barat melalui media massa, filem, lagu dan carahidup
bebas yang dijerut pula oleh kekurangan amalan beragama di kalangan
penduduk bandar dan kota besar telah menjangkiti para belia negara ini.
Untuk sekian lama, hampir setengah populasi luar bandar telah berhijrah
ke kawasan urban mencarai pekerjaaan dan kerana tarikan hidup bandar.
Bukan semuanya mendapatkan pekerjaan tetapi enggan balik ke kampung
halaman. Mereka menjadi penagih dadah dan terjebak ke kancah maksiat
untuk mengongkosi dadah itu. Mereka merempat di merata tempat.
Anak kelahiran kota pula menjadi punca kejahatan juvena. Walaupun ada
yang datang daripada keluarga yang kaya raya, kesepian telah memaksa
mereka mencari teman di luar rumah. Ini adalah disebabkan kebanyakan
ibubapa yang bekerja dan tidak ada di rumah sehingga lewat petang.
Anak-anak yang ditinggalkan bersendirian bukan sahaja mengabaikan
pelajaran bahkan kelakuan mereka pun terjejas.
Masalah setinggan sudah menghantui kita untuk satu tempoh yang lama.
Banyak telah dilakukan tetapi kia terlalu bergantung kepada sektor awak
untuk pembinaan rumah yang tidak termampu dibeli. Perkampungan
setinggan adalah punca maksiat dan ketidakpuasan sosial.
Satu ketika dulu kita mempunyai sistem penyeliaan kesihatan yang baik
dan mampu diongkosi oleh semua lapisan masyarakat. Kini semuanya
sudah berubah. Yang kaya kena pergi ke hospital swasta yang
diwujudkan untuk menghambat keuntungan bagi para pemegang saham.
Walaupun ini bererti memberikan kemudahan perubatan yang semakin
kurang mutunya semata-mata untuk memdapatkan leibh ramai lagi
pelanggannya. Yang miskin pula pergi ke hospital kerajaan. Tetapi disebabkan
penswastaan telah juga melanda hospital kerajaan dari aspek
perkhidmatan sokongan, kos urus-selia telah meningkat kerana pihak
swasta yang memberikan perkhidmatan ini mahukan keuntungan juga. Di
waktu yang sama cadangan untuk mengkorporatkan hospital merupakan
ancaman yang mengganggu ketua-ketua hospital kerajaan.
Kita harus bangga walaupun kita tidak ada hukum memastikan
pembelajaran, 99 peratus anak-anak yang layak bersekolah sedang
menerima pendidikannya. Sistem persekolahan di mana seorang anak
belajar enam tahun di sekolah rendah, 3 tahun di menengah rendah, 2
tahun di menengah atas dan 2 tahun di pra-universiti. Kursus ijazah
memakan masa antara 3 hingga 5 tahun. Sistem pelajaran ini tidak
menghasilkan anak-anak Malaysian yang boleh berfikir. Setakat lulus
peperiksaan sahaja. Masalah sosial adalah disebabkan beberapa faktor. Terdapat pelbagai
cara untuk mengatasinya. Kita perlu menganalisa struktur 'political establishment' untuk
menyelesaikan banyak masalah. Tanpa komitmen politik tidak banyak yang
boleh dilakukan sehinggalah tercetusnya revolusi rakyat yang memang
kita cuba elakkan. Yang pertamanya adalah mengenai ahli politik itu
sendiri. Semua mereka itu sepatutnya memilikki pelajaran minima
setidak-tidaknhya ijazah pertama daripada universiti. Politik seharusnya
merupakan satu kerjaya yang bermula di tahap majlis bandaran,
kemudiannya di tahap negeri dan akhirnya di tahap nasional. Ahli politik
sepatutnya diberi gaji yang memuaskan untuk meyakinkan mereka
berkarya sebagai orang politik. Mereka sepatutnya sudah pun membuat
pekerjaan lain sebelum menceburkan diri dalam politik untuk mendapatkan
pengalaman bekerja dan mendapatkan pendapatan.
Kita boleh membincangkan samada menerima pakai model Westminster.
Mungkin pilihanraya diadakan di Majlis tempatan kerana sistem yang ada
sudah tidak boleh dipakai lagi. Malahan mesti ada kajian cara sistem pilihan
ke Dewan Rakyat dan Dewan Senat. Ketiga-tiga bidang ini harus menjadi tanggungjawab kerajaan dan tidak
diserahkan kepada sektor swasta.
Untuk sembilan tahun yang pertama, pendidikan tempatan harus
dimestikan. Ini memudahkan seorang anak itu pergi ke sekolah yang sama
sehingga dia mencapai umur 15 tahaun. Ini membolehkannya
menyesuaikan diri dengan keadaan sekitanya dengan pengawasan
ibubapa dan mampu menyerap budaya masyarakatnya dan mengamalkan
agamanya. Pendidikan di tahap menengah atas dan pra-universiti harus
disatukan di maktab di mana anak-anak disaring untuk keperluan pasaran
tenagakerja ataupun untuk pelajaran lanjutan di universiti. Penekanan
diberikan kepada kualiti. Hospital kerajaan sepatutnya dikekalkan. Oleh kerana majoriti pesakit
adalah orang yang makan gaji, kos perubatan boleh disumbang oleh
SOCSO di bawah satu sistem yang dimestikan.
Kemudahan perumahan untuk disewakan kepada orang awam dengan
kadar yang disubsidi patut dibina di kawasan bandar. Tujuannya ialah
untuk menampung kemasukan orang luar bandar dan untuk menempatkan
penghuni perkampungan setinggan yang dimusnahkan.
Anggota majlis patutlah dipilih oleh rakyat. Mereka diberikan tugas
mentadbir sekolah, hospital, dan perumahan mengikut undang-undang
dan dasar Persekutuan. Satu perkhidmatan awam yang professional dan berkecuali harus
dikekalkan. Mesti ada satu penentuan agar kuasa politk tidak
dicampur-adukkan dengan kuasa perkhidmatan awam itu.
Pengurusan syarikat korporat dan bank hendaklah diserahkan kepada
para professional hingga ke tahap atasannya. Para politik tidak dilantik ke
jawatan pengerusi dan presiden syarikat ini. Semua kontrak kerajaan
hendaklah diberikan melalui tender terbuka. Biarlah setiap organisasi
swasta maju dengan usahanya sendiri. Penglibatan kerajaan hendaklah
terhad kepada menyediakan infrastruktur yang diperlukan seperti tapak
industri, jalanraya, perkhidmatan keretapi, pelabuhan, bekalan tenaga, air
dan telekomunikasi. Reformasi tanah ke arah pengeluaran makanan yang maksimum hendaklah
dirancang. Contohnya, tanah sawah boleh disatukan menjadi satu program
usahasama di mana tuanpunya tanah diberikan saham. Mereka yang
menyumbang tenaga diberikan gaji selain daripada dividen saham.
Penggunaan jentera dan teknik penaman terkini diperkenalkan. Para
petani hendaklah merasakan nikmat carahidup terkini serta dengan apa
yang dinikmati oleh orang bandar. Dalam penentuan pengagihan kekayaan, sistem pencukaian hendaklah
memberi ruang kepada perbelanjaan ke arah pelajaran, kesihatan,
perumahan dan pembasmian kemiskinan. Setiap rakyat harus mendapat
kemudahan percuma di hospital bila diperlukannya tanpa perlunya si
miskin itu meraung mencari bantuan untuk mengongkosi beban
pembedahan. Penagih dadah tidak seharusnya dihukum dan dihantar ke penjara.
Mereka akan menjangkiti banduan lain dan juga para petugas penjara
yang mungkin tertarik untuk menjadi pembekal dadah kepada mereka.
Penagih dadah adalah orang sakit jua dan mesti diasingkan dengan
menggunakan 'Fort" ataupun stesen ataupun kubu lama kepunyaan polis
di dalam hutan dan diberikan rawatan di situ. Menyimpan ganja
seharusnya tidak menjadi satu kesalahan seandainya si pemegang
bukan seorang penagih. Hukuman 10 tahun seabagai hukuman maksimum
sudah mencukupi. Namun, bagi pengedar dadah yang berbahaya mereka
tidak patut diberi layanan yang ringan.
Semua pihak harus terlibat dalam pembasmian korupsi. Yang korup harus
dianggap sebagai musuh negara kerana kita tidak mahu korupsi menjadi
satu carahidup. ACA (BPR harus diletakkan dibawah kuasa parlimen).
Islam bangkit di abad ke-15. Kini Islam berada di ambang hijrah ke-15.
Kebangkitan Islam yang melanda seluruh dunia harus diambil kira. Di
negara ini ia sudah menghayun momentum selama 30 tahun. Professional
Melayu semakin rapat dengan ajarannya ataupun mereka menerima
pendidikan barat. Kerajaan telah terbabit secara terus membina masjid di seluruh negara.
Begitu juga dengan perbankan Islam dan insuran, penyebaran ajaran
Islam di seluruh dunia dan juga kepada penubuhan Universiti Islam
Antarabangsa di Malaysia. Penyibaran Islamiah bukan lagi menjadi
kerjaya ulama kampung. Sekarang ini golongan ulama adalah lebih
berpendidikan. Mereka berkelulusan tinggi di universiti; fasih bertutur
bahasa Inggeris, Arab dan Bahasa Melayu. Ramai juga yang fasih dalam
bahasa yang lain. Dasar kerajaan mengevolusikan kebangkitan Islam telah
melahirkan satu kuasa yang kini mampu bergerak dengan kekuatannya
sendiri yang tidak mungkin berpatah balik. Kini kita harus menyedari
hakikat ini dan berdepan dengannya sama ada sebagai orang Islam ataupun
bukan Islam. Perhatikan sahaja jumlah wanita Islam yang bertudung, tanda 'HALAL' di
kedai , di supermarket, dan di hotel lima-bintang. Begitu juga dengan
tanda menunjukkan arah kiblat di bilik-bilik hotel. Dalam satu masa yang
singkat masjid mudah dipenuhi oleh para jemaah yang
berbondong-bondong. Fenomena ini amat berbezaa dengan keadaan
pada tahun 70-an dulu di mana pengunjung masjid adalah terdiri daripada
golongan tua dan yang menghabiskan usia pencen mereka. Pernah satu
ketika dulu Shah Iran ditanya apakah beliau mempunyai seorang ulama
sebagai ahli parlimennya. 'Ya' jawabnya. "Itu pun dah lebih..."
Ketika kepercayaan kepada Allah dan kesetiaan kepada nilai murni hidup
merupakan akidah kita, unsu-unsur ketaksuban yang melampau harus
dibendung melalui dakwah, pengetahuan dan persefahaman jua.
Tan Sri Harun Hashim adalah orang lama dalam dunia perundangan.
Lebih lama lagi daripada Rais Yatim. Malahan, Rais Yatim patut belajar
lagi daripada beliau semasa beliau masih gagah lagi. Saya
menterjemahkan ucapan beliau ini agar kita mengambil iktibar darinya.
Dari keseluruhan ucapannya itu kita dapat menyingkap bagaimana
merosotnya nilai hidup dan martabat bangsa Melayu itu sejak Mahathir
Mohammad memerintah negara ini. Kalaulah sistem perundangan tidak
diputar belit seperti yang berlaku ke atas Tun Salleh Abas, kita mungkin
tidak terjumpa kes yang jijik-jijik seperti yang sedang kita hadapi
sekarang. Kes salahguna kuasa oleh Rafidah Aziz, kes Rahim Nor,
malahan kes menuduh dan memfitnah Anwar, Dr. Anis, Azmin, dan banyak
lagi. Semua ini adalah mainan politik seorang diktator tua yang gilakan
kuasa. Bayangkan siapakah yang rugi dengan segala kos berbangkit di
mahkamah sekarang ini. Adakah Mahathir pernah menyumbang kepada
cukai pendapatan negara? Adakah anak-anak Mahathir yang menerima
begitu banyak bantuan kewangan untuk menyelamatkan syarikat mereka
mengeluarkan zakat dan di mana kalau boleh kita tahu.
Kini GELITA 14 dipertikaikan sedangkan ia hanya merupakan satu
manifestasi rakyat betapa cara-hidup rakyat itu perlu berubah. Kita sudah
lama menantikan perubahan daripada para pemimpin UMNO yang kita
sokong selama ini sejak negara merdeka. Pernahkah Mahathir, Paklah,
Rais Yatim, Shahidan Kassim memikirkan betapa banyakkah janji-janji
manis UMNO yang tertunai sudah yang dapat diterima rakyat dengan
senang hati? Menyedari hakikat ini kalau saya menjadi pemimpin UMNO saya akan
biarkan rakyat berkumpul untuk sembahyang hajat ataupun berjemaaah
untuk mendapatkan berkat usaha mereka. Biarlah mereka berkumpul sambil
bernyanyi tanpa sebarang gangguan. Bukankah ini yang dijanjikan oleh
mereka? Bukankah mereka mahukan satu ruang untuk bersuara sambil
ketua mereka menyampaikan satu memorandum rakyat secara aman?
Apa gunanya mengugut rakyat setiap kali mereka mahu berkumpul dengan
aman? Esok lusa bukankah rakyat yang sama yang akan dihadapi untuk
dirayu undi mereka menyokong kerajaan yang pasti akan ditentang oleh
Barisan Alternatif di pilihanraya semula? Sepatutnya era alaf baru sudah
mampu memberi pengajaran kepada Mahathir dan para juaknya. Alaf baru
ini sepatutnya memberikan dia ruang yang luas untuk memahami hati
rakyat. Dia patut sudah lama sedar bahawa rakyat di alaf baru ini tidak
akan sanggup terus hidup dalam kegelitaan disebabkan seorang diktator
yang sentiasa mahu terus bergayut kepada kuasa yang sudah tidak
dihalalkan oleh rakyatnya. Yang semakin dipersoalkan oleh rakyat sekarang ini; kita tahu Mahathir
sudah semakin nyanyok, kenapakah para juak dalam majlis tertinggi
UMNO masih mempercayainya? Apakah mereka juga sudah semakin
nyanyok juga? Apakah para pemimpin UMNO yang lain mahu turut serta
Mahathir mencabar kebesaran Allah swt............????.
|