Laman Webantu KM2A1: 4169 File Size: 2.9 Kb * |
AM: Izzah Dedah Kes Bedah Anwar ke PBB By AM 9/4/2001 1:15 am Mon |
[Jangan memandang ringan kebolehan seorang gadis, apatah lagi
puteri reformasi. Nurul Izzah pernah mendapat tepukkan bergemuruh
di PBB satu ketika dulu dan kali ini ia bakal mengirim malu yang
tidak berperi buat memanda perdana menteri. Dimana Mahathir mahu
melarikan mukanya kali ini? Jangan lupa layanan terhadap sakit Anwar bakal terpercik ke
perhimpunan agung Umno juga dan banyak pihak akan terkena......
- Editor] Kes Bedah Anwar Dibawa Ke PBB KUALA LUMPUR, Jumaat 6 April - Kes pembedahan Datuk Seri Anwar
Ibrahim akan dibawa ke persidangan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang kini sedang
bersidang di Geneva, demikian menurut berita muka hadapan organ rasmi
Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dalam edisi terbarunya.
Berita Keadilan edisi terbaru, 5 April 2001 yang kini telah mula dijual di
pasaran melaporkan, kes tersebut akan dibawa oleh puteri beliau, Nurul
Izzah yang berlepas ke Geneva, Isnin, 2 April lalu.
Menurut berita itu, Izzah dijadual memberikan ucapan (intervention
speech) di persidangan yang akan dihadiri oleh wakil-wakil NGO dan
kerajaan dari seluruh dunia. Nurul Izzah, yang digelar dengan jolokan Puteri Reformasi menghadiri
persidangan hak asasi manusia tersebut bersama-sama dengan
beberapa aktivis hak asasi manusia Malaysia. Antaranya ialah
Setiausaha Agung, Hak Asasi Manusia (HAKAM), Elizabeth Wong;
Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel dan seorang peguam hak asasi,
Sivarasa Rasiah. Jelas Berita Keadilan lagi, ini merupakan tahun kedua berturut-turut Nurul
Izzah menghadiri persidangan tersebut. Tahun lalu, beliau adalah
perwakilan termuda yang menghadiri persidangan itu dan ucapannya
mendapat tepukan gemuruh daripada semua perwakilan yang hadir.
Dalam ucapannya tahun lalu, Nurul Izzah telah membawa kes
penganiayaan politik terhadap bapanya oleh pemerintah melalui proses
undang-undang. Beliau juga telah menyentuh bagaimana bapanya telah menjadi mangsa
serangan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor dan harapan
adik beradiknya untuk menyaksikan bapa mereka bebas seperti orang
lain. Laporan itu turut menyebut bahawa Nurul Izzah dijangka mengadakan
pertemuan dengan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia, Mary Robinson
untuk menjelaskan keadaan kesihatan bapanya. Beliau juga dijadualkan
untuk bertemu ahli-ahli Parlimen Jerman di Berlin dan ahli-ahli Parlimen
Kesatuan Eropah di Brussel. |