Laman Webantu KM2A1: 4190 File Size: 9.5 Kb * |
TAG MT 72: Menggenggam Angin Menangkap Asap By Harun Rashid 11/4/2001 4:45 pm Wed |
TAG 072 [Mahathir dan pemimpin Umno sudah tidak mampu berseronok
lagi setelah tewas ngeri di Lunas tempoh hari. Rakyat sudah
jemu dengan taburan janji dan semua rencana keji tidak menjadi.
Terbayang kekalahan lagi jika musim mengundi muncul kembali.
Kini Mahathir semakin gelisah lagi jika wakil rakyat Umno
sendiri menggertak untuk meletak jawatan jika terpinggir dalam
parti (seperti kes Fauzi) dengan bukti kukuh berlaku korupsi.
Malah mendesak disiasat teliti jika tidak akan menyerlah banyak
lagi lapuran polis dan bukti terhadap pemimpin atasan Umno sendiri.
Khalil Yaakub sudah tidak ceria sejak lapuran polis Fauzi.
Ramai lagi yang sedang menanti bahana akibat penyakit sendiri.
Terpaksalah Umno menebang pokok sendiri atau menghulur wang
yang banyaknya pasti. Pendeknya semua penyelesaian berakhir
dengan rugi dan malu yang tidak terperi...
-Editor] (The Turning Of The Tables) Oleh: Harun Rashid - April 5, 2001 Tetapi kini, perdana menteri tidak mudah melihat wajah-wajah
biasa yang mudah mengampu dan memuji-muja serta menjulang
namanya seperti zaman dulu kala. Satu haruman pewangi terbaru
sudah lama di udara untuk dihidu. Lunas sudah mengejutkan
golongan yang lama tertidur kaku, dan kini seorang jaguh dari
Pahang sudahpun berani menyegarkan pihak pembangkang dengan
caranya menghentak meja untuk menuntut bicara.
Lunas sudah mengejutkan betapa kemenangan yang dijanjikan
hanyalah satu impian kosong dan betapa kemenangan pertandingan
pilihanraya yang dijamin oleh panji-banji BN hanya akan
tinggal janji-janji sahaja. Inilah yang menumpulkan segala
bisa yang ada kepada segala ugutan lama. Kalaupun perdana
menteri mengulanginya sekali lagi sebagai mencuba, ia hanya
menjadi bahan ketawa yang akan menyindirnya sahaja.
Kini, jagoh Pahang sudahpun menyingkap penjuru khemah untuk
membolehkan orang luar mendapat ilham dengan menjengah. Inilah
yang menyentap haruman baru hasil keringat yang dicetuskan
oleh reaksi gelabah yang menakutkan. Penangan ugutan untuk
meletakkan jawatan kini mempunyai nilai yang lebih lumayan dan
berharga berbanding janji kosong untuk dicalonkan semula. BN
memang takut berulangnya lagi kemelut Lunas. Apalagi dengan
kemunculan plilihanraya Sarawak yang semakin menyerlahkan
tentangan yang ganas. Inilah yang mendesak satu formula
membayar imbuhan agar pihak yang tidak senang disogokkan wang.
Sedangkan si penerima sedar itulah imbuhan untuk kekal
bertenang agar kerusi yang ada tidak ditendang.
Perdana Menteri sedang dihantui oleh sekumpulan wajah-wajah
manusia yang bakal kalah pertandingan pilihanraya, kecuali
mereka melompat keluar memasuki parti lawannya. Tetapi sebelum
melaksanakan aksi itu, mereka mahu memerah sekitar beberapa
juta ringgit dulu dengan membuat ugutan meletakkan jawatan.
Inilah yang memungkinkan berlakunya pilihanraya kecil yang
sudah pasti menyenakkan keadaan. Kini, semakin diulang-ulang
keputusan ramai untuk memilih kembali pemimpin haprak yang
lama agar terus berkuasa. Namun, pendedahan betapa dahsyatnya
tipu muslihat ketika pemilu dulu membuatkan luntur usaha itu.
Selama ini mereka sudah mabuk dengan keangkuhan bahawa
kemewahan yang mereka nikmati hanya mampu terhakis dengan
tindakan rusuhan jalanan. Kini, anggapan itu sudah menjadi
satu jangkaan semata-mata. Jebat Moden daripada Pahang telah
menyebabkan Majlis Tertinggi bersidang secara kecemasan.
Terpinggirlah helah persidangan perpaduan. Tindakan Si Jebat
dianggap lebih bermuslihat dan lebih membahayakan.
Kumpulan yang berkonspirasi kini sedar perlunya dana yang
banyak lagi, sedangkan dana yang banyak memang amat culas
untuk dicari. Tembok yang keras semakin rapuh disebabkan
peparit yang runtuh. Inilah masanya yang memerlukan kepimpinan
yang menyerlah, sedangkan kepimpinan yang ada sudah semakin
parah. Pelakon tua di persada mengarahkan telunjuknya di atas pentas.
Dengan suara yang ketara dibuat-buat dia berkata: 'Lihatlah,
nun di sana! Sudah sedia menanti apanamaaa?. Syurga dunia masa
depan kita?' Inilah rangkapan suara lakonan yang diulang-ulang
menyerang kotak pemikiran sesiapa yang kunjung bertandang.
Inilah harapan impian yang tidak ada penghujungnya. Kini
mereka sedar semua itu adalah omongan belaka dan kini mahu
meraih sedikit keuntungan daripada pohon tua yang semakin
condong untuk melata. Semua mata sedang tertumpu melihatkan gelagat Jebat yang cuba
mencetuskan bunga silat dari tepian gelanggang. Harapan mewah
masih samar lagi, namun potensi pertaruhan untuk imbuhan
memang serba mungkin; di situ, di sana dan di mana jua. Kini,
seorang bekas Menteri Besar sedang hidup gusar, Esok lusa
siapa pula yang akan terkena penyakit yang serupa. Semakin
ramai yang mempunyai tanggapan yang sama. Semakin ramai yang
sedar betapa semua ini adalah gara-gara kebajingan seorang
diktator tua. -Harun Rashid- Rencana Asal: http://home.yqi.com/harunrashid1/54Turning.html
The Turning Of The Tables by Harun Rashid But today the prime minister finds few familiar faces
fawning and flattering as in the high-faluting days
of flavored flatulence just past. There is a new scent
in the air. Lunas has awakened the sleepers, and now the
man from Pahang has delighted the opposition with his
teasing taste at turned tables. Lunas showed that the guarantee of electoral success
is now hollow, and the perks of office are not assured
when running under the old BN banner. That deflates the
temper of the threat. If the prime minister makes the
mention again the mirth will melt him in his mules.
Now the man from Pahang has lifted a corner of the tent,
and all see the new situation. Alarm creates the new scent,
as the perspiration of fear humidifies the hallowed
halls. The threat of resignation is now worth more than
the worthless promise of being re-chosen. The BN wants
no more Lunas's for now, especially with Sarawak state
elections souring, and will pay pretty pennies to keep
the boys in their seats. Seeing the discomfort, the boys
squirm with smiles that widen and wink.
The prime minister is faced with a house
packed with his party's potential losers,
who can probably win only by joining the
opposition. But before doing that then, they
can squeeze a million or two today by threatening
a by-election that ripens when they resign
in protest at the obvious corruption that they,
as newly minted men, turn toes to tolerate.
There is constant mention of the majority's
decision that put the present rogues back in
power. But the revelations of massive electoral
fraud make this argument moot. They have enjoyed
with arrogance the thought that only street
violence might wrest from them their sinecure.
Now it is not so certain. The man from Pahang
has sent the supreme council into emergency
session. Unity talks take a tumble. This
new twist is at the core of things. The conspirators now face increased costs, at a time when
less ready cash is available. There are drains caused by
the necessity to shore up the caving bulkheads. The times
call for enlightened leadership. The times they go a-begging.
Instead, the actor onstage directs a frail finger to
the mezzanine. In a leafy voice he leavens, "Look there!
Out to the far horizon ... look for the visions of
fullsome phantom future." The audience has heard this
same line delivered interminably before. It is stale
with false hope dashed. They look down, finding the
present unpalatable, and consider instead prospects for
deriving gain from a falling tree. All watch to see how the man from Pahang fares in his lonely
quest for improvement from within. None offer much hope,
but the potential for trading is definitely there, and
there and there ... everywhere. Now it is the ex-MB whose
nose is in the noose. Tomorrow who knows whose nose?
And all think the same thought. All these antics are
about one warped old man. |