Laman Webantu KM2A1: 4199 File Size: 13.0 Kb * |
ISA Yang Mengundang Celaka Buat Mahathir! By CDB 12/4/2001 4:27 pm Thu |
[Mahathir kini agak tertekan kerana menghadapi tusukkan dari
pelbagai penjuru menjelang perhimpunan agung Umno. Dollah Badawi
semakin mendapat sokongan (diam?) walaupun lincah beliau sedikit
kurang. Lapuran polis Fauzi terhadap orang kuat beliau, Khalil
Yaakub mengena dirinya juga. Keadaan sakit Anwar pula dijangka
akan menyelubungi suasana di perhimpunan agung nanti. Lagipun
kematian Mak Yan baru-baru ini telah memercik rasa kesian.
Mahathir semakin dilanda masalah akibat perbuatan dirinya sendiri.
Mengirim polis untuk menangkap pembangkang di bawah akta ISA tidak
akan menyelesaikan apa-apa - sebaliknya ia akan mengundang lebih
tentangan dan kebencian dari luar dan dalam.
Sikap Norain Mai amat dikesali kerana menuduh bukan-bukan kununnya
reformis mahu menumbangkan kerajaan melalui senjata ala tentera.
Padahal senjata suara sahaja sudah memadai untuk menumbangkan
kezaliman sebagaimana yang berlaku di Serbia. Mahathir dan polisnya
harus sedar 'senjata' Fauzi lebih dahsyat dari reformasi jalanan kerana
sukar membuat tangkapan. Lagipun 'bom' dan 'insuran' Fauzi akan membuat
ramai panglimanya terkorban.
- Editor] Tangkapan yang dibuat oleh regim Firaun Mahathir ke atas 8 orang pemimpin
dan aktivis Reformasi kelmarin benar-benar membuatkan saya merasa sedih,
terharu dan kesal. Saya menyesali diri sendiri kerana gagal memberikan
amaran awal kepada mereka berdasarkan 'ilmu firasat' yang Allah s.w.t
berikan kepada saya untuk sekurang-kurangnya membantu mengelak mereka
daripada ditangkap oleh anjing-anjing setia Mahafiraun itu. 'Kegagalan' saya
kali ini mungkin disebabkan kelalaian dan kealpaan saya dalam 'ibadah dan
amalan tertentu' menyebabkan saya tidak mendapat 'petunjuk' untuk membantu
perjuangan ini. Mungkin ini kelemahan diri saya sendiri. Saya rasa amat
bersalah kali ini. Sebelum ini telah beberapa kali saya memberikan amaran awal kepada pimpinan
BA akan kemungkinan tindakan yang bakal diambil oleh regim Firaun tersebut.
Misalnya, dalam kes keracunan arsenik DSAI, saya telah memberikan 'petunjuk'
3 bulan sebelum kes tersebut terbongkar. Dalam kes cadangan pengharaman nama
Islam terhadap PAS, saya telah memberikan amaran awal kepada pimpinan PAS
agar mengambil langkah-langkah drastik untuk mematahkan cubaan jahat regim
Firaun itu. Begitu juga dalam kes percubaan untuk memusnahkan DSAI
menggunakan ilmu hitam di dalam penjara, saya juga telah memberikan amaran
awal supaya kita mengambil langkah-langkah tertentu untuk menyelamatkan
DSAI. Pembaca boleh merujuk kembali tulisan-tulisan saya tersebut di
ruangan arkib laman-laman reformasi. Namun begitu, saya percaya tangkapan di bawah undang-undang jahilliyah ISA
yang digunakan oleh regim Firaun Mahathir - Badawi itu sama sekali tidak akan
mematah atau melemahkan semangat perjuangan pendokong dan penyokong
kebenaran dan keadilan di bumi Malaysia ini. Benarlah seperti kata pemimpin
agong Gerakan Reformasi kita, Sdr Anwar Ibrahim bahawa 'satu Anwar tumbang,
akan muncul beribu-ribu lagi "Anwar" yang lain'. Saya percaya kita yang
telah diasuh dengan semangat kental Anwar tidak akan sekali-kali mudah patah
hati atau luntur semangat untuk meneruskan perjuangan menumbangkan regim
diktator Mahafiraun itu. Tangkapan di bawah ISA yang dibuat itu hanyalah
membayangkan betapa cemas dan terdesaknya Mahathir dalam menghitung
hari-hari akhir kekuasaannya. Setelah gagal dan berputus asa untuk menyaksikan lenyapnya pengaruh gerakan
reformasi yang dicetuskan oleh DSAI lebih dua tahun lalu, regim Firaun
Mahathir akhirnya terpaksa menongkah arus dan memekakkan telinga daripada
kecaman dan kutukan masyarakat antarabangsa dengan menggunakan ISA sebagai
senjata pemusnah besar-besaran untuk membendung gelombang reformasi. Firaun
itu telah pun membayangkan niat jahatnya itu semasa perbahasan di Dewan
Rakyat dua minggu lepas sepertimana yang boleh kita baca di akhbar
Malaysiakini baru-baru ini. BILA KPN JADI ANJING ORANG POLITIK
Seolah-olah telah menjadi suatu budaya baru di bawah pemerintahan regim
Firaun ini, selepas akhbar-akhbar arus perdana menjadi 'sundal', kini Ketua
Polis Negara yang lembap dan bengap bernama Norian Mai juga terpaksa menjadi
'sundal' seperti Utusan Meloya. Kalau baru-baru ini akhbar pembohong nombor
wahid negara itu menyiarkan fitnah dan pembohongan meganya ke atas Ezam dan
bekas Duta Amerika ke Malaysia, kini Norian Mai terpaksa melacurkan diri dan
uniformnya dengan menuduh 8 orang yang ditangkap tersebut merancang memiliki
bom dan pelancar roket untuk menggulingkan kerajaan Mahafiraun itu. Rasa nak
tergelak pun ada saya dibuatnya. Rasa nak termuntah pun ada juga. Apa punya
sial punya Ketua Polis Negara sebegini. Masih tak cukup lagikah pembohongan
Utusan Meloya maka disuruhnya pulak si Norian jadi tukang bohong. Dia ingat
ini di Pakistan atau Afghanistan ke maka mudah sangat dapat bom dan pelancar
roket tu? Atau ada pulak ke Kem Askar Wataniah yang dicerobohi oleh
puak-puak reformasi ni untuk mencuri bom dan pelancar roket ? Apalah
malangnya negara ini mempunyai Ketua Polis yang terlalu rendah kredibiliti
dan maruahnya sehingga sanggup jadi tukang dan alat melemparkan fitnah oleh
orang-orang politik yang korup dan sedang ketakutan itu. Kalau betul
orang-orang reformasi itu memiliki bom dan pelancar roket, kenapa tak
ditunjukkan saja gambarnya (meskipun polis sendiri boleh meletakkannya di
rumah Ezam dan lain-lain seperti kes Dato Nalla dulu). Kalau benar ada
pelancar roket, dari mana ianya diperolehi dan siapa pembekalnya ? Kenapa
tidak didedahkan dalam sidang akhbar sumber perolehannya ? Kalau setakat
membuat cerita di depan wartawan dan kamera tv mengatakan budak-budak
reformasi mahu memiliki bom dan pelancar roket, siapa pun boleh mendakwa
sedemikian. Ini bukannya kerja KPN tapi kerja perebet cabuk pun boleh dakwa
begitu. Inilah bahananya bila KPN sudah terlalu 'excited' dengan soal-soal politik
sehingga tak disedari sanggup menjadi anjing buruk kepala sekalipun.
Sudahlah si Bapak Anjing Rahim Noor jahannam dulu berlagak mengalahkan ahli
politik, kini nampaknya Norian pun tak mahu kurang daripada Rahim si Bapak
Anjing dulu. Benarlah kata bebudak reformasi yang polis sememangnya layak
dipanggil anjing sahaja kerana tingkahlaku mereka bukan lagi sebagai seorang
profesional, tetapi lebih kepada menjadi alat dan pelacur kepada
pemimpin-pemimpin politik regim Firaun jahannam tersebut. Tidak hairanlah
apabila Norian sendiri meminta maaf kepada Firaun Mahathir apabila BN kalah
di Lunas baru-baru ini. BADAWI YANG BEBAL DARI UNTA PADANG PASIR
Si bengap Badawi yang bercita-cita besar menjadi Perdana Menteri ini mungkin
diuji sekali lagi oleh tuannya, si Mahafiraun itu untuk membalas dendam
akibat percaturannya mahu memalukan Mahathir di Kubang Pasu baru-baru ini.
Ketika di Kubang Pasu baru-baru ini si Badawi itu mencuba untuk menjatuhkan
reputasi Mahathir dengan mengarahkan polis bertindak ganas ke atas rakyat
yang menghadiri ceramah BA. Seperti biasa, polis yang setianya seratus
persen seperti anjing itu terus menggempur rakyat yang tidak bersalah itu.
Akibatnya, lebih 400 orang pengundi Mahathir selama ini keluar dari BN dan
menyertai Keadilan dan PAS. Pukulan si Badawi ini dirasakan amat berbisa
oleh si Mahafiraun lantas beliau merencanakan strategi berikutnya untuk
menghentam kembali si Badawi tersebut.
Insiden terbaru tangkapan ISA ke atas ramai pemimpin BA merupakan 'pukulan'
berbisa untuk menjatuhkan semula kredibiliti Badawi selepas program
perjumpaan dengan bekas-bekas komando di Sungai Udang beberapa hari sebelum
itu tidak mendapat sambutan yang memuaskan. Mahathir sedar yang dirinya
semakin tidak popular dan dipencilkan. Tambahan pula pemilihan peringkat
bahagian Umno kian hangat kini dan maklum balas yang diterima menunjukkan
sokongan kepada Badawi begitu ketara manakala orang-orang Mahathir sendiri
sudah kurang diterima dalam pemilihan. Percaturan politik antara kedua
manusia zalim ini nampaknya telah menjadikan pembangkang sebagai kambing
hitam yang amat lazat untuk dijadikan santapan.
Saya cukup geram bila si Badawi yang bebal seperti unta padang pasir ini
memberikan jawapan berhubung penahanan ISA tersebut dengan mengatakan beliau
tidak mengetahui akan penahanan oleh anjing-anjingnya itu, walhal beliau
sendirilah yang mengeluarkan perintah penahanan tersebut selaku Menteri
Dalam Negeri. Jawapan yang diberi sememangnya menjelaskan kebebalan beliau
sendiri seolah-olah beliau tidak tahu menahu dengan tindakan polis. Inilah
susahnya bila orang bodoh diangkat jadi pemimpin. Buat kerja pun tak tahu
atau sengaja buat-buat tak tahu ? MIMPI NGERI YANG MENGHANTUI Semenjak memecat DSAI dari jawatan TPM dan Menteri Kewangan lebih 2 tahun
lalu, diikuti dengan pendakwaan di mahkamah yang menjijikkan, Mahathir
nampaknya masih tidak berpuas hati dengan hukuman penjara 15 tahun ke atas
Anwar. Inilah barangkali pertama kali dalam sejarah, seorang 'banduan'
begitu digeruni oleh pemerintah yang sedang berkuasa walhal 'banduan'
tersebut kini sudah setengah mati menderita kesakitan. Sebenarnya inilah
mimpi paling ngeri yang menghantui Mahathir sepanjang 20 tahun beliau
menjadi Perdana Menteri. Adalah suatu kesilapan yang amat besar jika Mahathir menyangka tindakan
keras dan buasnya ke atas Anwar akan menyebabkan rakyat meminggirkan Anwar
dari ingatan mereka. Jika betul Anwar seorang yang bersalah seperti mana
tuduhan ke atasnya, sudah lama Anwar mati beragan kerana disingkirkan
rakyat. Namun sokongan ke atasnya bukannya semakin berkurang, malah kian
bertambah dan merebak dari hari ke sehari. Semakin keras dan zalim tindakan
yang dilakukan oleh Mahathir untuk menindas dan menekan rakyat yang
menyokong Anwar, sebenarnya semakin menjauhkan sokongan dan simpati rakyat
ke atas kerajaannya. Jika benarlah beliau semakin mendapat sokongan, sudah
tentu Umno tidak kalah di banyak tempat dalam pilihanraya lepas.
Sebenarnya Mahathir kini berada dalam situasi yang amat tertekan kerana
beliau mendapat maklumat yang ahli-ahli Umno mahu sepakat menyingkirkannya
secara diam-diam. Sokongan yang semakin kukuh yang diterima oleh Badawi
membuatkan Mahathir tidak nyenyak tidur. Sementelah pula Badawi sendiri kini
sedang rancak secara sulit mengatur strategi untuk menjatuhkan Mahathir
menjelang 2004 nanti. Perkiraan Badawi ialah, Mahathir tidak harus sama
sekali dibiarkan terus menerajui negara selepas pilihanraya 2004 nanti
kerana kerosakan yang bakal diterima akan menjadi semakin buruk selagi
Mahathir terus dibiarkan menjadi PM. Tindakan Dato Fauzi yang 'menyerang'
Khalil Yaakob orang kepercayaan Mahathir membuatkan beliau (Mahathir)
terkejut beruk dan tidak dapat tidur siang dan malam. Percaturan kali ini
adalah antara ketakutan dan mimpi ngeri seorang yang berada di penghujung
kekuasaannya tetapi dalam masa yang sama ingin terus mempertahankannya,
dengan seorang yang terlalu 'ambitious' untuk menjejaki tangga kerusi PM.
Saya telah menjelaskan hal ini dalam tulisan saya yang bertajuk 'Sampai
Bila Mahathir Mampu Bertahan' yang telah disiarkan beberapa bulan lalu.
Cucu Datuk Bahaman |