Laman Webantu KM2A1: 4201 File Size: 4.3 Kb * |
AM: KPN Dakwa Perancang Cuba Guna Cara Militan By AM 12/4/2001 7:14 pm Thu |
[Aktivis reformasi tidak perlu bom atau pelancar roket untuk
menumbangkan kerajaan kerana suara sahaja sudah cukup berkesan.
Mengaibkan perjuangan reformasi dengan keganasan hanya akan
mengaibkan institusi polis sendiri kerana selama ini pesilat
seperti Pak Din pun tidak melawan apa-apa bila dibelasah dengan
teruknya. Menangkap melalui akta ISA adalah langkah terdesak seseorang yang
sudah mati aqal untuk berhujah. Sejarah membuktikan kelembutan akhirnya
akan menjatuhkan kekerasan kerana disitulah mata akan memandang -
bukannya bom ataupun senapang. Itulah yang berlaku di Serbia kerana
tiada sesiapa yang memanggil rakyat untuk turun padang melainkan sesuatu
yang hidup sendiri di dalam insan. Ia tidak akan musnah atau tercedera
walaupun tubuh berlumuran darah dibelasah dengan belantan.
- Editor] Agenda Malaysia KUALA LUMPUR, Rabu 11 April - Polis DiRaja Malaysia hari ini
mendakwa, tujuh pemimpin gerakan reformasi termasuk pemimpin
utama Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditahan di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka didapati cuba
menggunakan cara militan dan di luar batasan undang-undang untuk
melakukan huru-hara. Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai dalam sidang akhbar khas
untuk menjelaskan penangkapan tujuh pemimpin berkenaan berkata,
antara bukti-bukti yang menunjukkan bahawa kumpulan reformasi
cuba untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara-cara militan ialah
rancangan untuk mendapatkan bom dan pelancar roket selain
menggunakan bom api, bebola penabur (ball bearing) dan
senjata-senjata berbahaya sewaktu demontrasi.
Polis juga mendakwa, bahawa ketujuh-tujuh mereka merancang untuk
mengadakan demontrasi secara besar-besaran dalam usaha untuk
mengugat kerajaan. Tujuh yang ditahan itu ialah;
Norian berkata, usaha kumpulan itu telah diperhatikan sejak September
1998 dan peralatan-peralatan berbahaya yang disebut itu adalah
bertujuan untuk digunakan menyerang anggota keselamatan serta
menimbulkan huru-hara ketika demontrasi jalanan sepertimana yang
berlaku di ibu kota sebelum ini. Menurut lagi, adalah amat jelas sekali, aktiviti para pengerak reformasi
sanggup melakukan perkara-perkara di luar perlembagaan negara dan
undang-undang negara demi mencapai maksud mereka.
Kata Norian, mereka kini ditahan di bawah Seksyen 8, akta berkenaan.
Dalam pada itu, polis juga mendakwa, kumpulan reformasi beberapa
tahun kebelakangan ini cuba mendapatkan bantuan dan sokongan
guru-guru silat serta cuba mempengaruhi beberapa bekas anggota
keselamatan supaya menganggotai gerakan mereka.
Malah para aktivis reformasi ini juga didakwa telah menyebarkan
berita-berita palsu yang mengemparkan seperti percubaan untuk
mengkristiankan orang Melayu sewaktu kempen pilihan raya kecil
Lunas baru-baru ini. Pihak polis mendedahkan, seramai 20 anggota kumpulan reformasi
telah bertemu sebanyak 12 kali di sekitar ibu kota antara 6 Januari
hingga 4 April tahun ini bagi menjayakan perhimpunan bagi
memperingati hari penghukuman ke atas Anwar Ibrahim yang jatuh
pada 14 April setiap tahun. Menurut kenyataan rasmi polis, kumpulan ini merancang untuk
mengumpul kira-kira 50,000 orang di hadapan pejabat Suhakam Sabtu
ini dan menyifatkan perhimpunan serta perarakan itu berpotensi
bertukar menjadi satu rusuhan. Serentak dengan itu, Norian menyeru orang-ramai supaya tidak
menyertai perhimpunan itu kerana ia adalah satu perhimpunan haram.
|