Laman Webantu KM2A1: 4213 File Size: 12.5 Kb * |
TJ MT MGG: Menyorok Di sebalik Keselamatan Negara By M.G.G. Pillai 13/4/2001 3:52 pm Fri |
MGG 8401 [Heran dan anih Dollah Badawi menyatakan tidak tahu menahu
penangkapan aktivis reformasi di bawah akta ISA sedangkan senjata
yang digembar-gemburkan itu amat dahsyat dan amat perlu diberitahu
parlimen dan negara serta merta. Nampak sangat mereka menangkap dulu
tanpa berakta kerana memang tiada bukti ataupun fakta.
Kalaulah begini Dollah menerajui KDN, polis akan menjadi raja yang
dikawal oleh gerangan yang melantik mereka - iaitu Mahathir. Begini
jugalah keadaan di Kg Medan - di mana tindakan dilengahkan sehingga
huru-hara dan terbang nyawa dulu tanpa Dollah berbuat apa-apa yang
serius menanganinya. (Akibatnya 'pihak tertentu' yang telah
menggunakan kesempatan ini untuk mandi darah)
Ketokohan Dollah begitu kelam dalam dua peristiwa ini untuk melayakkan
beliau menjadi PM. Sekaligus Mahathir mempunyai alasan untuk terus
mengepalai negara. Kini Dollah terjerat dan terpaksa membuktikan
sesuatu yang tidak ada sebelum perhimpunan agung umno yang bakal tiba.
Jika gagal rakyat menganggap beliau dan Mahathir sama sahaja - kucing
kurap belaka. Kata orang: 'Mahathir rancang - BA kena - Dollah cover'
- Editor] Penterjemah: -MT-
(Hiding Under The Skirt Of National Security)
Pemimpin PRM (Parti Rakyat Malaysia) Dr. Syed Husin Ali, berkata,
Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad, telah mengeluarkan arahan
penangkapan itu. Tetapi semalam, timbalan menteri dalam negeri,
Zainal Abidin Zainal memberitahu betapa kementeriannya memang
menyedari perkara itu. Seandainya keselamatan negara telah tergugat, dan mencetuskan suasana
yang mencelaru, seperti yang terserlah kini, bererti kerajaan yang
wujud tidak lagi mampu menguasai kedaan. Ini memperakukan apa yang
kita memang sudah lama tahu. Ini menunjukkan pihak pentadbiran sedang
berkecamuk sesama sendiri, tanpa berupaya bertindak bila diperlukan
dan sengaja tuduh-menuduh dan menjadi takut untuk bertanggungjawab.
Kalaulah penangkapan itu berasas, tindakan kerajaan tidak pun
mengokohkan gelagat itu. Siapakah yang ditahan itu? Tujuh sudah pun diperakukan, sedangkan
lapan lagi masih merupakan satu berita angin sahaja. Ahli Keadilan
yang dianggap aktivis itu merupakan orang yang kerap dituduh dan
disyakki setiap kali kerajaan melanyak rakyat marhaen, kerana mereka
rapat dengan mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim. Mereka
itu semua memang menonjol dalam perkumpulan Keadilan, samada dalam
urusan organisasnya ataupun kehadiran dan pembabitan peribadi.
Longgokan Senjata Norian berkata mereka yang ditahan terbabit dalam satu perancangan untuk
menggulingkan kerajaan secara militan dan polis telah menjumpai satu
longgokan pelancar roket, bom Molotov dan beberapa jenis peralatan
revolusi yang lain. Lima puluh ribu manusia mungkin berkemampuan
menghadirkan diri mereka untuk mengingati ulangtahun 'Black 14' ataupun
GELITA 14 kerana pada 14 April 1999 pemimpin unggul Keadilan, Anwar,
telah dihukum kerana korupsi dan salah guna kuasa.
Satu kumpulan kecil di kalangan ini telah merancang untuk
mempergunakan himpunan rakyat itu untuk merampas kuasa, kata beliau.
Keselamatan negara sedang terancam. Pegawai polis terpaksa menyiasat
perkara ini. Sesiapa yang berura-ura menumbangkan kerajaan akan
menerima padahnya. Tetapi, apabila kumpulan Al-Maunah merompak senjata daripada kem
tentera di Grik sembilan bulan yang lalu, para pemimpin kumpulan
itu dikenakan tuduhan menderhaka. Kalaulah tohmahan Norian terhadap
pemimpin Keadilan iitu berasas, mereka sepatutnya ditangkap di bawah
hukuman semasa dan bukannya di bawah ISA, dan dibawa ke mahkamah untuk
dikenakan tuduhan. ISA pernah digunakan terhadap Anwar kerana itu
rakyat marhaen menganggapnya dengan penuh kejijikan. Nampaknya ISA
itu digunakan terhadap musuh ketat politik Barisan Nasional dan
bukannya terhadap musuh negara.
Anggapan ini semakin menyerlah apabila Abdullah Badawi yang juga
merupakan timbalan perdana menteri adalah menteri yang mesti
diberitahu dulu setiap kali hukuman ISA itu mahu dipergunakan, tetapi
tidak pun mahu bertanggungjawab terhadap perkara itu. Seandainya
keselamatan negara terancam, seperti yang diwar-warkan sekarang,
Abdullah sepatutnya bertindak memberitahu parlimen akan ancaman ini
dan bertindak dengan tegas menanganinya. Sepatutnya dia menonjolkan
ketokohannya sebagai seorang pemimpin dan meyakinkan rakyat Malaysia,
walaupun dia pernah berjanji untuk tidak mempergunakan ISA itu dia
terpaksa juga menggunakannya kerana ancaman yang serius.
Sebaliknya dia berdalih, dan membiarkan timbalan menteri beliau
memberitahu dunia betapa dia mengetahui perkara itu semuanya. Inilah
yang menyerlahkan kerja mengelat itu. Sedikit sangat manusia yang
saya soal perkara ini sejak dua hari yang lalu mempercayai cerita
kerajaan. Kebanyakan mereka menganggapnya sebagai satu tindakan untuk
menghapuskan ketokohan pemimpin unggul Keadilan yang sedang
terpenjara itu daripada terus kekal di kalangan pengikutnya dalam
UMNO. Yang Pahit Ramai merasakan bahawa semua penangkapan itu tidak mempunyai
hubungkait dengan keselamatan negara, Cuma mempunyai kaitannya dengan
keselamatan UMNO. Ini tidak bererti segala tuduhan serius dalam ISA itu
boleh diperlekehkan. Cuma terdapat persepsi yang berbeza. Kalau
berasas, bererti kerajaan sudah kehilangan sokongan rakyat marhaen; jika
tidak, kerajaan layak menerima balingan telor tembelang sahaja.
Ahli-ahli Keadilan telah diajak berkumpul di pejabat Suhakam untuk
menyerahkan satu petisen. Memandangkan keadaan perpecahan orang Melayu,
satu himpunan manusia yang ramai memang boleh dijangkakan. Kerajaan
menganggap ini sebagai satu cabaran yang sebenarnya memang begitu dan
telah menggunakan ISA untuk menyekatnya. Malahan, Zainal Abidin yang
memecahkan tembelang kerajaan: tak payahlah berkumpul ramai-ramai untuk
menyerahkan petisen, 'seorang dua sudah memadai,' katanya.
Tetapi, masa terjadinya semua ini memang amat bertepatan sekali.
Tempoh tahanan selama 60 hari di bawah ISA akan berakhir sebelum
Perhimpunan Tahunan UMNO pada bulan Jun nanti. Kerajaan sedang diasak
satu dilemma di mana UMNO akan tersungkur tidak kiralah kalau mereka
itu semua dibebaskan ataupun ditahan selama dua tahun mengikut
peraturan Akta itu. -MGG Pillai- Rencana Asal: malaysiakini 12 April 01 CHIAROSCURO Hiding Under The Skirt Of National Security
The home minister, Abdullah Ahmad Badawi, did not know, so
he said, if opposition Parti Keadilan Negara (National
Justice Party) leaders, had been arrested under the
draconian Internal Security Act. Hours later, the
Inpector-General of Police, Norian Mai, confirms it.
The Parti Rakyat Malaysia leader, Dr Syed Husin Ali,
says the Prime Minister, Dr Mahathir Mohamed, ordered the
arrests. And yesterday, the deputy home minister, Zainal
Abidin Zin, says his minister was aware of it all the time.
If national security had been breached, and it reacts
in confusion, as now, it shows a government not in control
of itself. It confirms what we already know. It shows an
administration at odds with itself, unable to act when it
has to, passes the buck, and frightened of responsibility.
If the arrests were justified, the government's actions do
not suggest it. Who were those arrested? Seven is confirmed, although
eight more is rumoured. The activisit Keadilan members
include the usual suspects in any government crackdown, are
linked to the jailed former deputy prime minister, Anwar
Ibrahim. And all are at the forefront at any Keadilan
gathering, either in organisation or physical presence.
Cache of weapons Norian says those detained are implicated in a plot to
overthrow the government by force, and the police uncovered
a cache of grenade launchers, molotov c##ktails and other
paraphernalia of revolution. Fiftythousand people would
have gathered to mark "Black 14", April 14, 1999, when the
Keadilan eminence grise, Anwar, was sentenced to fail for
corruption and abuse of power. A small group within plotted to use this gathering to
seize power, he said. The security of the nation is at
stake. His men must get to the bottom of it. Anyone who
threatens to take the government into his own hands must be
severely dealt with. But when the Al-Mauna group stole weapons from an army
cantonment in Grik nine months ago, its leaders are charged
in court for treason. If all Norian says of the Keadilan
leaders is true, they should be arrested under extant laws,
not under the ISA, and charged in court. After its
inglorious use on Anwar, it is discredited. It would appear
to be used against the National Front's political enemies
than of the state. Especially when Abdullah, who is also deputy prime
minister and who must be told before the ISA is invoked, did
not take immediate responsibility for it. If the nation's
security is at stake, as is now claimed, he should have
informed parliament of this threat to the nation, and act
forcefully and firmly against it. He should have shown
leadership, and convince Malaysians that despite his promise
not to, he had to invoke the ISA because the threat was
serious. Instead, he ducked, and left it to his deputy minister
to tell the world he knew about it. That gave the game
away. Few I asked in the last two days believe the
government's version. Most saw it as yet another move to
destroy the growing influence of the Keadilan eminence
grise, now ensconced in Sungei Buloh prison, in UMNO.
Biter Bit One gets the distinct feeling that these arrests are
not linked to national security but to UMNO's security. By
this, one does not dismiss the serious charges for which the
ISA is invoked. But the perception is different: If true,
the government lost ground; if not, it deserves the egg on
its face. Keadilan members were called to gather at the National
Human Rights Commission, Suhakam, headquarters to present
its petition. Given the deep divide within the Malay
community, a larger crowd could have been expected. The
government saw it as a challenge, which it was, and used the
ISA to prevent it. Indeed, Zainal Abidin gave the game
away: you do not need a crowd to present a petition, "one
or two would do," he said. But the timing could not be worse. The 60-day
detention the ISA allows would expire before the UMNO
General Assembly in June. The government is forced into a
dilemma in which UMNO would lose no matter if they are
released or detained for two years, as the Act demands.
It is therefore essential, to maintain the peace as it
were, that Abdullah inform Parliament, and reassure the
people that the perceptions raised by the arrests are not
true. If he does not, he should not be surprised if the
Malay turns his back to the government and UMNO even more
firmly. M.G.G. Pillai |