Laman Webantu KM2A1: 4214 File Size: 19.1 Kb * |
FK TJ MT: ISA Yang Zalim By Dr Munawar A. Anees 14/4/2001 2:16 am Sat |
FK 0101 [Dr Munawar mencatat beberapa pengalaman ngeri ditahan
di bawah akta ISA tanpa fakta ataupun bukti. Bukan sahaja
beliau didera luar dan dalam, malah keluarganya sendiri
dizalimi. Sampai kini kes beliau senyap kerana Mahathir
MEMANG TIADA BUKTI. Usah diharap kepada Suhakam ataupun
Dollah Badawi kerana ia silap-mata terkini untuk mengabui.
Rakyat harus melakukan sesuatu yang lebih bermakna untuk
mendesak kerajaan agar segera membebaskan kesemua tahanan
ISA itu - jika tidak Mahathir akan bermaharaja gila sesuka
hati. Mahathir cuma seorang tetapi kita lebih ramai -
mengapa kita begitu takut sekali? Kita tidak pun ingin
mencuba patutlah kita gagal sebelum apa-apa. Kita semua
pengecut belaka agaknya? Padahal kita cuma perlu bersuara
bersama sahaja..... (ISA - Terror Incarnate) By Munawar Anees Penangkapan terbaru di bawah undang-undang zalim Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA: Internal Security Act) telah menjentik ingatan
terhadap penculikan yang kejam oleh polis Malaysia yang membawa
kesan kesiksaan yang terus ditanggung oleh keluarga kami.
Pada 14 September, 1998 yang lalu, seramai antara 10-12 anggota
polis telah menyerang rumah kediaman saya. Disaksikan oleh isteri
yang menangis dan meraung, kumpulan bajingan ini telah menculik saya
untuk diperusukkan sebagai orang tahanan, berpindah-randah di beberapa
tempat sorokan yang diketahui dan tidak diketahui selama 126 hari
berikutnya. Dunia luar mengetahui kehilangan saya itu yang merupakan
satu konspirasi yang didalangi oleh Mahathir, hanya setelah Amnesty
International mengisytiharkan saya sebagai seorang 'prisoner of
conscience' (banduan teraniaya). Kemudian itu, International PEN telah
mengiktiraf saya sebagai seorang penulis dalam penjara.
Media Malaysia yang perhambakan oleh Mahathir mengambil pendirian
diam membisu ataupun menyebarkan maklumat songsang mengenai
kehilangan saya itu. Isteri saya, Nadia telah sengaja diberikan
maklumat songsang dengan cara mengugut dan mendera beliau dan
sebarang usahanya untuk mendapatkan khidmat seorang peguam
melindungi hak asasi saya telah sengaja diperlekehkan oleh polis.
Mereka menyudikan seorang bernama Yaqub Karim (untuk menjadi peguam
saya) yang sanggup mengenepikan etika professional amalan guaman dengan
ganjaran haprak yang dberi oleh polis Malaysia.
Serangan yang dilakukan pada satu pagi Isnin itu adalah hasil
daripada satu arahan langsung daripada Mahathir sebagai Menteri
Halehwal Dalam Negeri. Kerana itu, saya berpendirian menuduhnya sebagai
bajingan yang bertanggungjawab atas segala jenayah kejam terhadap
diri saya dan keluarga. Tidak ada sebarang lindungan di bawah sebarang
perlembagaan, sama ada berbentuk perundangan ataupun kewartawanan,
yang boleh membebaskannya daripada bertanggungjawab mengakibatkan beban
trauma yang kami tanggungi sekeluarga. Inilah azab yang kami tanggungi
kesan perlakuan jenayah yang dicetuskan oleh penculikan ke atas saya
itu. Penahanan berpanjangan oleh samseng-samseng Mahathir telah mengajar
saya bagaimana rasanya seseorang itu dipisahkan secara paksa daripada
isteri dan anak-anaknya. Betapa tertekannya apabila digeledah dan
diculik, tidak dibenarkan membuat sebarang panggilan telefon, digari,
ditutup mata, dibogelkan, diangkut dalam satu sangkar haiwan, dibotakkan
kepala, disoal-selidik secara berterusan, diaibkan, disuntik dengan
dadah, tidak dibenarkan tidur ketika sampai waktunya, dan didera secara
fisikal. Bayangkan apa rasanya apabila diancam, diperas-ugut, didera
oleh para peguam polis, dikasari dengan kejamnya sehingga sanggup
membuat pengakuan palsu, dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit
jantung, dan diberi layanan sebagai seorang pesakit psikiatri yang
mempunyai simtom 'Stockholm syndrome'.
Waktu makan ketika ditahan bererti satu ritual untuk terus hidup,
setakat menu yang berupa nasi basi dan lauk ayam dengan bekalan 12
jenis ubatan setiap hari. Saya telah didera selama empat bulan dengan
tangan yang digari sepenuh masa dan terpaut kepada katil saya di
hospital, sedangkan pergerakan saya sentiasa diawasi oleh warder
penjara. Sejak itu, keupayaan untuk bercakap, membaca, dan menulis masih
memerlukan masa untuk pulih seperti sediakala. Hilang-ingatan sering
melanda. Saya hidup hanya dalam bentuk cairan sahaja di mana
kecenderungan membunuh diri sering menghantui perasaan, tekanan dan
kekecewaan kerap melanda diselang-seli oleh perasaan marah, dan
kebencian yang tidak ada taranya. Walaupun dua tahun sudah berlalu
sejak saya mendapatkan semala kebebasan diri, saya masih menanggung
pelbagai tekanan jiwa. Apalagi kalau diambil kira keaiban yang
ditanggungi dua orang anak-anak saya yang tidak berdosa, gara-gara
kezaliman Mahathir. Saya dan juga Nadia merasa begitu tertekan apabila mengetahui
Mahathir sekali lagi menggunakan kekejaman ISA terhadap musuh
politiknya. Inilah bukti adanya kemuflisan moral di mana peralatan
negara yang sama digunakan untuk memajukan nafsu-nafsi satu
kumpulan politik yang sungguh korup. Pasukan polis Malaysia, institusi
penghakiman dan media massa sedang melakonkan gelagat menghalalkan
kezaliman dan penekanan terhadap pembangkang. Sedangkan Mahathir
sendiri terlalu kerap menunjukkan kelakuan yang sudah terkeluar
daripada gelagat orang yang siuman.
Di waktu yang sama dan sebagai mengekalkan perangainya yang tidak
bermoral dan tidak bertaqwa, Mahathir telah membuat beberapa tuduhan
tertentu terhadap orang tahanan ISA itu tanpa sebarang bukti. Inilah
yang menjentik ingatan lama betapa dia telah sengaja membuat
tohmahan dan kenyataan yang berunsur fitnah terhadap saya selepas
dia mengarahkan agar saya diculik. Seperti yang pernah saya alami,
bolehlah dirumuskan lebih awal lagi, betapa polis Malaysia dengan
sekongkolan pihak penghakiman, akan menyediakan segala bukti palsu
untuk mengenakan semua tahanan ISA terbaru itu. Walaupun demikian,
naungan ganas Mahathir akan terus menjadi penghalang untuk
menyerlahkan betapa sebarang kenyataan yang diperolehi ketika sesaorang
itu didera dan dipaksa adalah dikira tidak sah. Sebenarnya Mahathir
mempunyai tanggungjawab besar untuk mendedahkan segala 'bukti kukuh'
terhadap saya yang begitu kerap digembar-gemburkan dua tahun lalu.
Dia tidak mempunyai sebarang bukti itu. Tetapi apakah dia ambil
pusing kisah itu? Walaupun bebanan penderaan di Malaysia semakin diperhebatkan, semangat
rakyat mahaen nampaknya semakin berubah. Sudah semakin terserlah
ketahanan usaha untuk menegakkan hak asasi individu. Nadia pernah
menceritakan kepada saya pengalamannya satu ketika dulu ketika
kehabisan wang dan terpaksa menjaga dua orang anak yang masih kecil
di negara orang. Dia telah menanggung kesangsaraan selama 126 hari
sambil merasakan betapa pahitnya melihatkan orang-orang yang dianggap
sahabat dan kawan pada satu ketika dulu bertukar perangai menjadi
tukang tengok sahaja. Memang amat sukar untuk beliau hidup sambil
menjadi bahan penelitian pihak polis sedangkan di waktu yang sama
dia dihantui perasaan ketakutan kalau-kalau musibah melanda salah
seorang ahli keluarganya. Dia terpaksa memberanikan diri mengharungi
segala bahaya itu termasuk serangan fisikal oleh seorang bajingan
polis yang sentiasa mengekorinya. Dia merana kerana diserang sehingga
menerima luka di tangan dan kakinya. Dia telah menunjukkan keberanian
yang menakjubkan, kebijaksanaan dan keyakinan diri ketika mengharunig
suasana kelam itu yang mencengkamnya dalam satu episod penderaan diri
yang sungguh menyedihkan. Satu bulan sebelum saya dibebaskan, Nadia
telah menguruskan pemergian anak kami Aisha dan Omran ke Paris dengan
iringan abangnya yang datang daripada Paris menjenguk mereka. Selama
satu bulan pula dia hidup bersendirian, dinafikan hak ditemankan oleh
suaminya dan anak-anak yang masih kecil lagi.
Kerana itu, bolehlah dikatakan sesuatu yang melegakan juga apabila
isteri-isteri para tahanan ISA itu bertindak secara berpadu mendesak
agar orang kesayangan mereka dibebaskan. Sungguh menggalakkan sekali
melihatkan mereka berupaya melakar jaringan yang berkesan bukan
sahaja antara mereka yang terbabit tetapi dengan beberapa NGO
(kumpulan bukan kerajaan) yang aktif memperjuangkan hak asasi
manusia di Malaysia. Satu ketika dulu, Nadia tidak pun menerima
kemudahan seperti ini. Berbeza dengan apa yang sedang dialami oleh
tahanan terbaru ini saya tidak pun mempunyai sebarang maklumat
ataupun pengalaman terdahulu dalam berinteraksi dengan orang-orang yang
mendera saya. Rayuan saya dari segi perundangan terhadap apa yang
dikatakan 'kesalahan' dan 'hukuman' itu masih lagi sengaja
diperlekehkan oleh pihak polis dan penghakiman yang saling
bersekongkolan, di Kuala Lumpur. Media massa telah melaporkan betapa Suhakam telah mengutuk
penangkapan ISA terbaru itu dan mendesak agar mereka dibebaskan dengan
segera. Saya melihat ini semua sebagai satu lelucon yang zalim.
Suhakam pernah memaklumkan kepada peguam saya Mr. Manjeet Singh
Dhillon, penerimaan bantahan saya (bertarikh 28 Julai, 2000) terhadap
penculikan, penahanan, penyiksaan dan kekejaman yang berikutnya;
Suruhanjaya itu tidak pun pernah membuat sebarang pengumuman terbuka,
ataupun menasihatkan pendirian mereka mengenai beberapa isu yang
dibangkitkan itu. Bantahan saya kepada Suruhanjaya itu disokong oleh
satu salinan Akuan Berkanun yang pertama-kali dibuat di Malaysia yang
merakamkan satu dokumentasi peristiwa yang lengkap. Dengan itu saya
lebih cenderung mempercayai bahawa gelagat Suhakam dengan kenyataan
terbarunya itu tidak lebih daripada satu bentuk gimik untuk hubungan
raya sahaja bagi kepentingan kerajaan Mahathir. Abdullah Badawi
sebagai timbalan kepada Mahathir secara tanpa disedarinya telah
memperakukan mainan songlapan ini ketika mengumumkan betapa dia memang
menjangkakan munculnya satu kenyataan serupa itu daripada Suruhanjaya
berkenaan. Walaupun Malaysia sedang dimendungi penganiayaan terhadap hak asasi
manusia setiap hari, kami masih menaruh harapan akan berlakunya
perubahan. Satu perubahan mendapatkan kebebasan, kemudahan bersuara
dengan bebasnya, dan kebebasan untuk berhimpun secara aman. Kami
semakin yakin betapa masanya sudah semakin tiba untuk rakyat marhaen
di Malaysia menganggotai satu masyarakat sejagat di mana keadilan
bukan sahaja sesuatu yang dihormati tetapi sesuatu yang dipelihara
dengan semangat juang yang kental dan berani..
Rencana Asal: [sangkancil] From: Dr. Munawar A. Anees The recent arrest of several people under the draconian Internal Security
Act (ISA) of Malaysia has rekindled the memory of my own brutal kidnapping
by the Malaysian police and the ongoing suffering of our family.
It was September 14, 1998, when 10-12 plain-clothes policemen raided my
house. In front of my wailing, weeping, wife those savages kidnapped me to
keep me as a shackled hostage in their unknown and known dungeons for the
next 126 days. The world came to know of my disappearance, under the
conspiracy orchestrated by Mahathir, only after Amnesty International
declared me a prisoner of conscience. Later, International PEN adopted me
as a writer in prison. The subservient Malaysian media either stayed mum or they spread ingrained
disinformation on my whereabouts. My wife, Nadia, was constantly misled
with threats and harassment and her attempts to engage a lawyer on my
behalf were frustrated by the police. They had one Yaqub Karim ready to
forego professional legal ethics in exchange for some crumbs from the
Malaysian police. The assault that took place on that Monday morning was after direct orders
issued by Mahathir in his capacity as Home Minister. I, therefore, continue
to hold him personally responsible for that heinous crime against me and my
family. No camouflage under any constitutional, legal or journalistic
parlance will ever exonerate him of inflicting the trauma that my family
and I continue to endure consequent to his deliberate crime that led to my
abduction. My prolonged detention by Mahathir's hoodlums taught me how it feels to be
forcibly separated from one's wife and children. How it feels to be
searched and seized, disallowed to make phone calls, handcuffed,
blindfolded, stripped naked, driven in an animal cage, shaven bald,
endlessly interrogated, humiliated, drugged, deprived of sleep, physically
abused. What it's like to be threatened, blackmailed, tormented by police
lawyers, brutalized to make a totally false confession, hospitalized for a
consequent heart ailment, and treated as a
psychiatric patient with symptoms of Stockholm syndrome.
Barely surviving on a meager diet of rancid rice and chicken along with 12
medicines a day, I spent nearly four months handcuffed around the clock to
my hospital bed, under the watchful eyes of the prison guards.
Thereafter, my ability to speak, read, and write took a considerable time
to show signs of recovery. Short-term memory lapses were frequent. I
existed in a fluid state in which suicidal tendencies, depression and
despair were punctuated by fits of rage and indignation. In spite of more
than two years since I regained my freedom, I continue to suffer from
psychiatric difficulties. Not of to speak of my two young children whose
innocence was so brutally robbed by Mahathir.
Nadia and I are deeply distressed to know that Mahathir has once again
unleashed the terror of ISA against his political foes. That is yet another
evidence of moral bankruptcy where the state apparatus is made to serve the
cause of a corrupt political clan. That the Malaysian police, the judiciary
and the media are touching new heights in legitimizing injustice and
suppression of dissent is a given. More so when Mahathir himself has made a
declaration defying norms of civilized behavior.
At the same time, and in keeping with his immoral and un-Islamic behavior,
he has made specific allegations against the current ISA detainees without
an iota of evidence. This reminds me of the totally false and slanderous
statements he made about me after ordering my kidnapping. Just like in my
case, it is a foregone conclusion that the Malaysian police, in cohort with
the judiciary, will shamelessly fabricate "evidence" to implicate these new
ISA detainees. However, Mahathir's dotage remains an obstacle in realizing
that any statement extracted under torture and coercion is patently
invalid. Mahathir is under moral and legal obligations to make public the
"incontrovertible evidence" against me that he boasted of two years ago. He
has none. But does he care? In spite of the crushing weight of oppression in Malaysia, the public mood
appears to be changing. There seems to be a greater resolve for the
assertion of individual rights. Nadia narrated to me how, as a devastated
and penniless woman with two small children in a foreign
land, she spent those 126 days where erstwhile "friends" had overnight
turned into impassive onlookers. It was not easy for her to live with
constant police surveillance and the dreadful thought of an impending
disaster to any member of our small family. She braved many a danger to her
person including a physical assault by a police culprit who used to trail
her. She suffered several cuts and bruises on her arms and legs. She
displayed incredible courage, wisdom, and self-affirmation in that totally
hostile environment that gripped her in a sudden misfortune. A month before
my return to the real world, she sent Aisha and Omran to Paris with her
elder brother, who came from France to see us. For one month she lived all
alone, forcibly deprived of the company of her husband and young children.
It is, therefore, some comfort to know that the wives of the new ISA
detainees are acting in unison to secure the release of their loved ones.
It is encouraging to see that they have established an effective network
not only among themselves but with the several NGOs active for the cause of
human rights in Malaysia. Nadia, unfortunately, had none of these
advantages. And unlike these new detainees, I had no prior knowledge of or
experience with my tormentors. My legal appeal against the so-called
"conviction" and "sentence" continues to be ignored by the symbiotic police
and judiciary in Kuala Lumpur. The media reports that the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam)
has condemned the latest ISA arrests and demanded for an immediate release
of the detainees come to me as a cruel joke. Having duly acknowledged to my
legal counsel, Mr Manjeet Singh Dhillon, the receipt of my complaint (dated
July 28, 2000) against my abduction, detention, torture and the ensuing
brutality, the Commission has neither made any public statement nor advised
of their stand on the issues raised. My complaint to the Commission was
accompnied by a copy of my Statutory Declaration, the first of its kind in
Malaysian history, fully documenting the sequence of events. I am,
therefore, inclined to believe that Suhakam's recent statement is nothing
more than a PR gimmick for the benefit of the Mahathir government. Mr
Abdallah Badawi, Mahathir's deputy, unwittingly confirmed that marriage of
convenience when he stated that he was expecting this sort of statement
from the Commission. In the face of dark clouds over Malaysia where violation of human rights is
a daily occurrence, we are still hoping for a change. A change towards
individual liberty, freedom of speech, and freedom of peaceful assembly. We
are more than ever convinced that people of Malaysia will soon join the
community of nations where justice is not only respected but jealously
guarded. Dr Munawar A. Anees Former Prisoner of Conscience - Malaysia (Amnesty International)
Former Writer in Prison - Malaysia (PEN International)
I have sworn upon the altar of God eternal hostility against every form of tyranny upon the mind of man. Thomas Jefferson |