Laman Webantu KM2A1: 4217 File Size: 16.7 Kb * |
TAG MT 74: Sedang Ditayang: Polis Membongkok Politikus Menyorok By Harun Rashid 14/4/2001 10:28 am Sat |
TAG 074 [Peranan pemimpin yang menerajui negara kita sudah pun
bertukar kerana merasa diri begitu besar. Ia menjadi kuasa
tawar dan menawar (give and take) yang berpusat kepada beberapa
kerat individu sehingga banyak institusi tercemar. Politik menjadi
alat untuk membina satu perniagaan mega yang terselindung disebalik
slogan dan cogankata. Semuanya bisa diatur termasuk melindungi
jenayah merompak atau membunuh sekalipun jika ia mampu memberi untung
atau undi untuk tuannya yang menolong.
Institusi polis juga sudah bertukar peranan kerana ia dilantik oleh
penyangak juga selama ini dan terpaksa mematuhi kata putus menteri
'demi keselamatan negara' - termasuk berbohong. Penyakit itu juga
sudah menular kepada tentera sehingga tercetus lakunan bersama mereka
di Bukit Jenalik dan di ibu kota sehingga terbang beberapa nyawa.
Kini perbicaraan yang sedang berjalan memainkan semula wayang aksi
mereka bersama tetapi banyak perkara yang tidak kena sudah menjelma
termasuk percanggahan fakta rasmi dan akhbar. Kita ditipu terang-terang
tetapi tidak juga sedar. Patutlah sandiwara terus dicipta dan diputar.
Akhirnya jadilah kita seorang budak tadika... walaupun dulunya pandai
belajar. Lain kali jangan dibuang surat khabar kerana itu bukti mudah
sandiwara tanpa perlu pergi jauh belajar.
- Editor ] (Now Playing: Crouching police, hidden politicians)
Satu sebab ditubuhkan kerajaan ialah untuk melindungi kebebasan
perusahaan. Dengan cara itu mereka yang bergiat dalam kegiatan
perniagaan boleh dilindungi daripada penyangak ataupun daripada
kalangan sesama mereka. Hukum perundangan yang baik-baik dan pemerintahan yang cekap mampu
menyelesaikan pertelingkahan dalam satu suasana yang tenteram.
Masyarakat awam menaruh kepercayaan kepada pemimpin kerajaan untuk
menentukan keadilan, dan tidak bertindak meraih kepentingan secara
berpuak-puak yang mungkin mencetuskan keperihatinan para pengguna.
Perkara yang sama amat bertepatan apabila puak yang berpolitik
bersinggit untuk mendapatkan sokongan awam. Kerajaan bertindak persis
seorang ibu yang bermurah hati untuk menjamin parti politik bersikap
baik antara satu dengan yang lainnya. Seharusnya sistem perundangan bersifat saksama bertindak bebas memberi
ruang pihak yang bertanding peluang serupa untuk kemudahan komunikasi
menerusi media dan kemudahan pertukaran maklumat secara bersemuka di
forum yang terbuka untuk mengemukakan analisa dan kritikan mereka.
Mereka mesti diberikan peluang untuk memberi penerangan sejelas jelasnya
setiap butiran yang menyumbang kepada kepimpinan yang lebih baik
lagi. Apabila merangkul kuasa, sesuatu parti politik mesti mengekalkan
mekanisma itu. Tidak ada satu pun yang diberi ruang untuk membunuh
'induk'nya. Tetapi inilah gelagat parti poltik yang menyekat suasana
plihanraya yang berkesan dan inilah yang menyanggah doktrin ketelusan
yang amat diperlukan dalam pengekalan demokrasi pada kerajaan..
Inilah sikap salahguna kuasa oleh kerajaan komunis setakat ini.
Mereka membubarkan jentera multi-parti dan menubuhkan satu parti
(yang membabitkan diri mereka sahaja) sebagai pemilik perorangan
kepada semua harta awam (dan persendirian), dan melantik orang
perwakilan sebagai para diktator untuk menyekat pertandingan
seterusnya. Inilah sebabnya kita kerap mendengar betapa sebuah parti komunis itu
memerlukan kemenangan dalam satu pilihanraya sahaja.
Apabila berkuasa, parti-parti komunis mengadakan pilihanraya, tetapi
semua itu adalah berbentuk tipudaya. Parti yang memilih calon-calon
dan memang tidak ada pembangkangnya, dan pilihanraya itu diubahsuai
untuk menonjolkan betapa satu proses demokrasi memang diamalkan.
Para pemimpin pun melalak daripada tempat yang tinggi-tinggi
mengisytiharkan mandat rakyat yang diperolehi. Di waktu yang sama hak
asasi manusia pun menghilangkan diri. Apabila amalan demokrasi menjadi kecut kerana tidak dipakai lagi, korupsi
bertakhta memberanikan diri dan mengnyahkan kesaksamaan peluang kepada
semua parti yang bersaing. Sebarang ketidakpuasan sengaja tidak
digalakkan dengan penggunaan kuasa kepolisian oleh parti yang sedang
berkuasa. Apabila polis dan penghakiman sudah dapat dikongkong, memang tidak ada
lagi ruang untuk membetulkan segala perbuatan yang serong. Rakyat
marhaen pun hilang hak memilih pemimpin baru mereka dan perlu
mengamalkan satu tindakan berwaspada secara berterusan mengenai hal
ehwal negara. Induk kesaksamaan itu sudah pun dimangsakan.
Di Malaysia memang wujud satu pembabitan yang besar di segenap tahap
perniagaan di mana pemimpin yang sedang berkuasa sengaja membabitkan
dirinya, secara ussahasama dengan pihak yang sanggup membeli sokongannya.
Pembabitan pihak peniaga yang bersaing adalah bergantung kepada
kesetiaan politiknya dan janji-janji mengenai pengagihan saham.
Selama beberapa tahun, dana awam telah digunakan untuk merangsang
ekonomi negara. Aktibiti ini adalah berpandukan gelagat menteri-menteri BN
dan UMNO yang dipercayai. Kini, polis negara sedang digunakan oleh para menteri ini untuk
melindungi keuntungan yang dikatakan mereka raih bagi pihak awam.
Para pemimpin parti politik UMNO/BN merasakan mereka sedang tergugat
apabila pemimpin parti pembangkang ditangkap oleh polis yang
berpakaian preman tanpa sebarang waran tangkap yang dikeluarkan oleh
parti yang memegang kuasa. Tujuannya ialah untuk mengelakkan
kebertanggungjawaban dengan menangkap mereka yang sanggup mengeluarkan
cabaran. Ini merupakan salahguna kuasa pihak polis dan kemarahan rakyat marhaen
sedang marak terhadap pederhakaan kepada amanah yang diberikan oleh
rakyat kepada pepimpinan UMNO dan BN. Keresahan politik terus
membuak dan segala usaha untuk menyekat kemunculan demo jalanan akan
menyulitkan keadaan yang sudah tegang.
Kini sudah muncul desakan ramai agar UMNO-BN dikutuk sebagai musuh
kepada rakyat marhaen. Kerajaan bertindak dengan melatih lebih ramai
polis gerak gempur, membeli lebih banyak mariam pancutan air dan
membina lebih banyak penjara lagi. Semua ugutan ini adalah satu
bentuk acah-mengacah yang memang diminati, dan memang amat berkesan
apabila digunakan pada mereka yang takut dipenjarakan.
Di masa lalu, ugutan seperti ini memang didapati berkesan untuk
menyekat dan mengawal tentangan politik. Dana awam digunakan untuk
terus menekan keadaan itu. Tetapi cara ini hanya mencetuskan satu
suasana laksana masakan kedap udara dimana tekanan jiwa memuncak ke
tahap yang berbahaya. Rakyat Malaysia merupakan satu bangsa yang pada dasarnya ramah-tamah
dan penyabar serta tidak mudah naik berang. Namun, ada satu perkataan
Inggeris yang dipinjam daripada khazanah bahasa Melayu.
'Mengamuk' bererti satu perbuatan yang tercetus disebabkan kemarahan
yang tidak disangka yang mencetuskan keganasan yang tidak didahului
oleh sebarang petanda. Inilah tindakan rakyat marhaen yang amat
ditakuti oleh kerajaan. Pajero Terbang Pada musim panas yang lalu, polis telah menaungi satu perkara pelik
yang menjentik keraguan awam betapa beberapa peristiwa yang
pelik-pelik sengaja dicetuskan untuk tujuan politik. Cerita yang
dirumuskan saban hari ternyata tidak boleh masuk akal lagi.
Memang tidak masuk akal. Pengadilan mahkamah yang berterusan terhadap
mereka yang ditangkap tidak pun mengambil kira segala lapuran akhbar
seperti yang pernah dituturkan oleh jurucakap rasmi kerajaan di waktu
terjadinya peristiwa itu. Ramai yang terkejut tidak pun menyimpan keratan akhbar harian
mengenai drama itu. Kini mereka merasa ceria kerana mempunyai peluang
lain lagi. Butit-butir sidang akhbar harian pada tahun yang lalu kini
diulang-ulang oleh tukang karut yang cuba menipu kita hari ini.
Kita disogokkan cerita lama mengenai konspirasi dan segala
muslihatnya, lengkap dengan senjata ketenteraan dan aktibiti yang
kelentongan, direncana terhadap para tuan-tuan yang merupakan para
pemimpin parti yang sedang berkuasa. Kisah Pajero terbang dan misteri lubang cetek yang digali memang
belum muncul lagi. Setakat ini belum ada lagi kambing sembelihan
yang akan ditonjolkan. Namun kisah dongeng itu pasti akan diperbetulkan.
Inilah peluang untuk menyimpan segala keratan akhbar itu. Ada pathos
dan perasaan kasihan. Ada komidi yang menggelikan hati. Ada juga tragedy
yang meruntun nurani. Semua itu adalah lambang sejarah zaman
kini. Semua itu akan menceriakan anda untuk ketawa. Mungkin juga anda akan
menangis mengeluarkan airmata. Cerita itu boleh membuatkan anda naik
berang ataupun lesu kerana duka nestapa. Laksana satu fiksyen yang
haprak apa lagi yang boleh diharapkan. Namun semua itu bersifat
mudah-alih kerana boleh digunakan sebagai bahan pilihanraya untuk
anda memilih. Simpanlah segala keratan itu sebagai khazanah anda ataupun untuk para
sahabat. Simpanlah untuk anak-anak. Inilah lambang masa anda, betapa
anihnya cerita itu semua. Di masa yang akan datang tidak ada
sesiapa yang akan mempercayai anda akan cerita itu. Tetapi itulah
hakikatnya. Simpanlah keratan itu setakat masih ada lagi. Potong dan lekatkan
mengikut sesuka hati. http://home.yqi.com/harunrashid1/56Save.htm
by Harun Rashid Apr 12, 2001 The same is true for political factions which compete for public
support. The government acts much as a benevolent mother to
ensure that political parties act decently toward each other. The legal
system must be impartial, acting independently to allow the
contenders equal access to communications media and facilities for
face-to-face information exchange forums to present fair analysis
and critique. They must be allowed the opportunity to describe in
detail any offer for improved leadership.
Once in power a political party must not dismantle this mechanism.
None are allowed to kill mother. A party which prevents further fair
elections in effect does this, and by so doing violates the doctrine of
fair play that democratic government demands. This is the primary
abuse of communist governments to date.
They immediately dismantle the multi-party apparatus and install the
party (themselves) as sole owners of all public (and private)
property, installing party functionaries as dictators disallowing further
contest. For this reason it is often said that a communist party need
only win one election. Once in power, communist parties hold elections, but they are sham
elections. The party chooses the candidates, there is no opposition,
and the elections are rigged so that only the appearance of a
democratic process transpires. The leaders then crow from the
rooftops of their mandate from the people. But all human rights
disappear. When democratic processes wither from disuse, corruption inevitably
undermines the equal opportunity of opposing parties. Dissent is
discouraged by unfair use of the police power of the party-in-power.
Once the police and judiciary are corraled there is no avenue for
redress of wrongs. The people have lost their right to choose new
leaders and exercise continuous due diligence over the affairs of
state. Mother has been killed. In Malaysia there is significant participation at all levels of business
by the party-in-power, in partnership with those willing to buy
favour. Participation by competing businessmen is conditioned on
political loyalty and promise of a block of shares. Over a period of
years public money has been used to stimulate the economy. This
activity was guided by trusted Umno-BN ministers. The allegation
today is that they have betrayed the public trust by siphoning
significant portions for themselves. Naturally they do not wish to be
held to account. This incursion of government into the arena of private enterprise was
done in the name of the people, using the public treasury and the
natural resources of the country. Today it is a significant sum, and
the commingling of public, political and personal assets is so
confounded that none can accurately disentangle it. Any who attempt
to do so immediately come into conflict with the personal interests of
the Umno-BN politicians in power. Today the national police are being used by these ministers to protect
personal gains purportedly made in the public interest. The leaders of
the Umno-BN political party-in-power feel sufficiently threatened
that opposition party leaders are being taken from the streets by
plainclothes police body-snatchers acting without warrant under
orders of the party-in-power. The intent is to avoid accountability by
whisking away all who challenge. This is an unfair use of the police force, and the public anger at this
betrayal of public trust by the Umno-BN leadership is tangible.
Political unrest mounts, and attempts to forestall future
demonstrations will only exacerbate the discord. There is now a
demand that the Umno-BN party be condemned as an enemy of the
people. They react by training more riot police, buying more water
cannons, building more prisons. The arrests have just begun, so the government says. These threats
are a favorite form of intimidation, and are successful when used on
those who fear incarceration. In the past this threat has been
sufficient to curtail and control political dissent. Thus the public purse
is being used to keep the lid on the pot, but such measures only
create a pressure cooker in which the tension mounts to dangerous
levels. Malaysians are by nature a gentle and patient people, not prone to
anger. There is, however, an English word that has been borrowed
from the Malay language. To run amok refers to the appearance of
unpredictable anger and violence that erupts without warning. This is
the response that the government fears.
Last Summer the police presided over a strange matter which created
strong public suspicion that unusual events were being concocted for
political reasons. The daily stories just didn't match up. Nothing made
sense. The subsequent trial of those arrested does not describe the
media reports of events given out by the two official spokesmen at
the time. Most, taken by surprise, did not keep daily clippings of that drama.
Now, happily there is another chance. The daily press conferences of
yesteryear are repeated by the same Jabba-the-Hutt character who
appears before us today. We have the same story of conspiracy and
intrigue, complete with military weapons and surreptitious activity
directed against his bosses, the leaders of the party-in-power.
The flying Pajeros and mysterious self-digging holes have yet to
appear. There are no sacrificial goats to lend credibility. But the story
is certain to improve. So here is another chance to save the clippings.
There is pathos. There is comedy. There is tragedy. There is history.
They will make you laugh. They will make you cry. They will make
you angry. They will make you sad. As fictional literature, who could
want more. And they are portable. You can take them to the polls
with you. Keep the clippings for yourself; for your friends. Keep them for your
children. These are your times, incredible as they are. In the future
none will believe you. But here you are. Keep the clippings. Cut and
paste at will. |