Laman Webantu KM2A1: 4218 File Size: 5.0 Kb * |
SOH33 - PERAHU BOCOR DAYUNG PATAH By La Domeng3 14/4/2001 10:38 pm Sat |
SOH33 - PBDP PERAHU BOCOR DAYUNG PATAH Perahu sudah bocor. Dayung pula sudah patah. Inilah gambaran yang dapat saya berikan terhadap UMNO/BN pimpinan Mahathir. Lautan politik dalaman UMNO/BN dan ekonomi negara bergolak sakan. Ini belum lagi ditambah dengan kecewa hati rakyat marhain terhadap pemimpin negara yang telah menggadaikan maruah diri dan negara demi memelihara kepentingan dirinya, sanak-saudara dan para kroni. Gelombang keresahan dan kekecewaan rakyat sudah semakin tidak dapat dibendung. Hak mereka bersuara telah lama dinafikan. Kerajaan Pusat khususnya Mahathir bertambah tertekan. Segala rahsia penyelewengan dan rasuah pemimpin UMNO/BN sudah banyak yang bocor. Tampalan demi tampalan cuba dilakukan untuk melindunginya dari pengetahuan rakyat, tetapi tindakan buruk dan busuk itu gagal. Semakin ditampal semakin bocor. Tindakan menahan Ezam dan rakan-rakan dibawah ISA dilihat sebagai cubaan untuk menampal kebocoran rahsia penyelewengan kerajaan Pusat dari dulu kini dan selamanya. Ezam telah tidak dibenarkan hadir ke mahkamah walaupun kesnya disebut. Jelas sekarang Mahathir semakin gerun dan kecut perut dengan Ezam dan perjuangan yang dibawanya. Perjuangan yang benar akan tetap menyerlah sinarannya biarpun tekanan demi tekanan dikenakan untuk menutupnya. Cahaya kebenaran tetap akan bersinar. Doa setiap rakyat yang dizalimi tetap akan dimakbulkan Allah. Itu janji Allah bukan janji bohong Mahathir. Sebagai umat Islam kita mesti yakin akan segala janji Allah. Segala perintah Allah ada ganjarannya baik dipatuhi atau dibantahi. Syurga dan neraka janji Allah yang pasti benar. Yang penting setiap Muslim mesti melaksanakan perintah Allah SWT. Menegakkan kebenaran dan keadilan adalah perintah Allah yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu Muslim. Namun begitu kesedaran dan kewaspadaan perlu sentiasa ditingkatkan supaya kita sentiasa berpegang teguh kepada Islam dan mengharap supaya mendapat petunjuk daripada Allah melalui hidayahNya. Para pejuang Islam tidak mudah dipengaruhi oleh keadaan, tidak mudah dipaksa menerima penyelewengan yang tidak sejajar dengan akidah dan akhlak mereka. Allah telah mengingatkan semua manusia melalui firmanNya dalam Surah Al-Maidah : Ayat 49 yang bermaksud, "Dan hendaklah kamu menghukum antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu (dari hukumyang telah diturunkan Allah) maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan dosa-dosa dan sesungguhnya kebanyakkan manusia adalah orang-orang fasik." Berperahu bocor yang penuh dengan rahsia penyelewengan sambil berdayung dengan dayung pemimpin korup dan sudah tidak berfungsi sebagai pemimpin tetapi sebagai diktator yang telah patah dalam gelombang lautan kebangkitan kesedaran rakyat dilihat sebagai tindakan bunuh diri. Inilah Mahathir. Kalau dihayati sehalus-halusnya, tindakan Mahathir sehari-dua ini dilihat sebagai tindakan berlawan dengan dirinya sendiri. Kesilapan, kesalahan dan kelangsungan Mahathir dalam memimpin misi penyelewengan, penganiayaan, kezaliman dan apa sahaja yang boleh diertikan sebagai tindakan jahat dan kejamnya selama ini telah memakan dirinya sendiri. Dosa-dosa yang dilakukannya selama ini telah membuatkannya semakin tersepit dan terhimpit. Lihatlah betapa sedihnya kita melihat seorang PM yang terkenal dengan kelicikannya terus membohongi dan menzalimi rakyat melalui barua-barua tahi lembunya yang diupah dengan hasil titik peluh rakyat jelata sendiri. Kesabaran rakyat ada hadnya. Tindakan kerajaan menahan Ezam dan rakan-rakan di bawah ISA sebenarnya akan meningkatkan lagi amarah rakyat terhadap Mahathir. Samada Pak Lah mendapat keuntungan percuma dalam perkara ini tidak timbul. Yang jelas kesabaran rakyat semakin dicabar. Sudah berulangkali dinyatakan sebelum ini bahawa rakyat sudah tidak boleh dibohongi lagi. Mereka sudah celik. Mereka kini terlalu peka dengan apa sahaja yang berlaku di dalam dan luar negara. Kempen BA melalui ceramah dan penjualan kaset serta VCD reformasi secara luas benar-benar telah memeningkan Mahathir. Kalau tidak takkanlah barua-barua tahi lembunya sentiasa bersiap sedia untuk menghalang ceramah dan merampas kaset dan VCD berkenaan. Ini di tambah lagi dengan pembelian Water-Cannon yang baru. Untuk apa semuanya ini? Kepada mereka yang masih lagi setia dan rela disogokkan tahi lembu kering goreng tepung janji manis wang Ihsan dan Tekun, saya ingin menasihatkan supaya rakan-rakan yang telah terperangkap itu berusahalah mencari jalan untuk menyelamatkan diri mulai sekarang. Yakinlah segala rezeki itu datangnya dari Allah bukannya dari UMNO atau Mahathir. LA DOMENG - Kebenaran mesti dipertahankan dengan kekuatan |