Laman Webantu KM2A1: 4230 File Size: 18.1 Kb * |
TJ MT MGG: Kekayaan Menteri Kabinet Malaysia By M.G.G. Pillai 17/4/2001 4:25 am Tue |
MGG 8501 [Menteri BN dan anak-beranak mereka mempunyai terlalu banyak
harta - khususnya harta hasil bawah meja yang tidak perlu dibayar
cukai apa-apa. Jika tidak sudah lama mereka mengistiharkan
semua pendapatan mereka itu untuk ditatap rakyat jelata. Namun
begitu hidup mereka kini sudah tidak sesenang dulu kerana jika
Mahathir tumbang rakyat akan mengejarnya satu-persatu.
Beberapa peristiwa penting mutakhir ini sedang menuju kearah itu.
1) Perlantikan ketua BPR yang baru dan
2) Penggunaan akta ISA untuk menangkap 7 aktivis reformasi.
3) Lapuran polis Fauzi menghenyak Khalil dan pihak yang sewaktu.
Ada sesuatu yang menarik di sini. Jika pilihanraya DUN Beserah
terpaksa diadakan juga sebelum perhimpunan agung Umno, kesemua
aktivis yang ditahan ISA itu mungkin tidak akan dapat turun bersama
membantu..... (How Rich Are Malaysian Cabinet Ministers?)
Pada 13 April 2001, The New Straits Times telah menyiarkan di muka depan
akhbar kisah kekayaan menteri kabinet Thailand. Apa yang menarik saya
ialah kisah itu tersiar dulu dan dicedok daripada Bangkok Post. Di
akhbar asing itu ada cerita menyeluruh mengenai kisah kekayaan ini.
Seperti juga di Malaysia, menteri kabinet Thailand dan pegawai tinggi
perkhidmatan awam dimestikan mengisytiharkan harta mereka. Berbeza
dengan amalan di sini, pengisytiharaan itu mesti dumumkan secara
terbuka; membolehkan akhbar di sana membincangkannya.
Perdana Menteri Thai, Mr. Thaksin Shinawatra, memang kaya kerana dia
adalah seorang usahawan berwibawa selama ini, telah mengalihkan
kekayaannya kepada anaknya yang kini merupakan orang terkaya di
Thailand. Tetapi, harta yang diisytiharkan oleh menteri-menteri kabinet
Thailand berjumlah 24 bilion (sekitar RM2 bilion) merupakan hanya
secubit kekayaan seorang ahli kabinet Malaysia yang bersamaan dengan
anggaran kekayaan seorang menteri lain dan beberapa pasang menteri
yang lain pula. Pada dasarnya para menteri kabinet Malaysia menjadi kaya raya ketika
memegang tampuk kuasa; dan bagaimana semua itu mereka lakukan tanpa
dianggap korup adalah disebabkan mereka tidak pernah ditangkap dan
didakwa kerana korup. Tanyalah Badan Pencegah Rasuah. Hampir semua
menteri kabinet telah disiasat bagaimana mereka mempunyai harta
berbukit lebih daripada keupayaan mereka, tetapi kuasa mendakwa
kerakusan itu terletak kepada Jabatan Ketua Hakim Negara, yang
enggan menjalankan tugas pendakwaan yang sepatutnya. Ketua Hakim
Negara beranggapan bahawa yang korup adalah golongan pembantu rendah
am (ofis-boi), kerani, posmen dan anggota polis. Yang lain dianggap
tidak korup secara rasminya. Malahan, adalah dianggap satu penghormatan kalau sesaorang itu disiasat
oleh BPR. Para menteri kerap mendabik dada memberi kiasan betapa
bersihnya mereka semua. Semua itu tidak mempunyai sebarang makna.
Kerap sangat BPR menyatakan mereka bukannya bersih sangat dalam
menimbun harta, tetapi Jabatan Ketua Hakim Negara tidak pernah berminat
mendakwa mereka seperti tidak berminatnya mereka memberikan alasannya.
BPR sudah kehilangan wibawa untuk bebas menguatkuasakan peranannya
sambil penyakit rasuah dan korupsi di kalangan pegawai kerajaan terus
mencanak naiknya. BPR pernah menyiasat kerja-kerja menimbun harta di kalangan pegawai
tinggi kerajaan. Tentu sekali Perdana Menteri terkejut beruk
mengetahui betapa lebih 50 pegawai tinggi dalam perkhidmatan awam, polis
dan tentera memunyai asset terkumpul yang setara dengan asset
kepunyaan kabinet Thailand yang ada.
Salah seorang daripada pegawai tinggi ini mempunyai asetnya yang ketika
disiasat bernilai RM22 juta telah naik meningkat RM27 juta setelah
BPR selesai berbual-bual mesra dengannya. Ini bukan kes perorangan
sahaja. Ramai kakitangan BPR percaya, ketua mereka tidak dilanjutkan
perkhidmatannya dan tempatnya digantikan oleh seorang pegawai tinggi
polis, untuk mengepalai institusi itu pertama kali sejak berdekad
lamanya. Perlantikan ini berlaku kerana ramai pegawai polis yang
tidak puashati apabila beberapa orang pegawai mereka telah dipanggil
untuk menjelaskan bagaimana mereka boleh jadi kaya raya menimbun harta.
Kata mereka, kekayaan pegawai polis adalah hasil pelaburan bijak bistari
di pasaran saham, urusan hartanah, dan kepintaran penasihat pelaburan.
Kerana itu ketua BPR tersebut terpaksa digantikan kerana dia terlalu
suka menghidu taman larangan. Satu ketika dulu Tun Sardon Jubir, seorang orang-kuat UMNO yang
menjadi gabenor Pulau Pinang telah menceritakan kepada saya kisah
kenapa dia bersara sebelum dia betul-betul mempunyai niat untuk
melakukannya. Beliau adalah seorang politikus yang pintar tetapi
merupakan seorang ahli kabinet yang bersahaja dan tidak berapa
bersungguh sebagai seorang pentadbir. Dialah orangnya yang mengangkat
Tan Sri Musa Hitam, yang kemudiannya menjadi timbalan perdana menteri
yang mencederakan kerjaya poltiknya sendiri, untuk menjadi
setiausaha politiknya. Selepas itu dia angkat pula Dato' Mohamed
Rahmat (Setiausaha Agong BN) sebagai pengganti Musa pada 1960-an dulu. Tun
Sardon telah bertahan apabila ada tekanan hebat daripada parti agar
dia melepaskan jawatannya. Tetapi apabila bahagiannya menyuruh beliau
bersara 'kerana anda sudah terlalu lama membalun harta, kini giliran
kami pula,' dia naik berang dan terus bersara.
Kini, menteri kabinet terus mahu berkuasa kerana kekayaan yang dapat
mereka bukitkan. Seorang menteri kabinet mempunyai harta bernilai US200
million dollar, yang kini sudah melonjak naik menjadi US250 million
selepas dua kali bertemubual dengan BPR. Seorang menteri lagi begitu
kaya melalui politik sehingga membolehkan anak lelakinya mendapatkan
pinjaman bank sekitar RM1.2 bilion untuk mengembangkan perniagaannya.
Seorang bekas menteri memiliki 17 buah kereta yang bernilai RM6 juta.
Dua menteri yang masih bertugas mempunyai Porsche bernilai hampir
RM2 juta. Selain itu ada dua orang menteri yang membuka
perniagaan makanan, satu di Brickfields dan satu lagi di Subang Jaya.
Kita perlu bincangkan pula kisah beberapa menteri besar dan ketua
menteri. Ada di kalangan mereka yang mempunyai harta yang lebih
tinggi nilainya dari asset terkumpul yang disytiharkan oleh para
menteri kabinet Thailand. Dua orang membalun sebanyak RM500 juta ketika
menjadi menteri besar dulu. Ada seorang lagi yang mempunyai lima kali
lebih besar daripada harta sebanyak itu. Kebanyakan menteri besar BN
dan ketua menteri tidak mampu menjelaskan bagaimana menjadi kaya raya
kalau dilakukan tekanan terhadap mereka. Tetapi itu semua
bukannya satu kerunsingan untuk mereka. Satu ketika dulu Anwar
Ibrahim telah membuat laporan mengenai kerja-kerja bajingan para
menteri ini kepada polis. Satu tindakan berkesan belum pun dilaksanakan.
Bagaimanakah semua bajingan ini mampu membalun harta untuk menjadi kaya
raya? Inilah bahananya apabila mereka memegang jawatan yang terlalu
lama, selalunya di kementerian yang sama. Apabila orang berpangkat
tidak ditukar-tukarkan selalu, korupsi pun naik menanah sehingga mudah
untuk disapu. Apabila pemimpin BN bertegas mahu terus berkuasa lebih
daripada sepuluh tahun, mereka adalah calon terbaik untuk korupsi.
Orang yang paling berprinsip pun mudah mengalah dan terliur seleranya
apabila dirasuk dengan dugaan tawaran dan pujuk rayu setiap hari dan
setiap waktu. Malahan, saya sanggup berdebat betapa korupsi itu dianggap
sesuatu yang biasa kalau ia dibalas dengan satu jentera pemerintahan
yang berwibawa. Tetapi bukan itu caranya. Rakyat marhaen tidak akan membuat aduan
mengenai korupsi dan salahguna kuasa kalau apa yang dijanji ditunaikan
secara cepat dan berkesan. Di sinilah masalahnya. Korupsi mendahului
setiap permintaan untuk perkhidmatan. Inilah yang mencetuskan
kemarahan yang mudah meluap dan sukar ditekap. Betapa pun kerajaan
berusaha menafikannya, pengaiban yang ditimpakan ke atas Dato' Seri
Anwar telah mencetuskan percikan bunga-api kepada kemarahan yang
semakin meluap itu. Inilah yang menonjolkan himpunan segala bentuk
korupsi yang bersifat kecil-kecilan, birokrasi yang sambil lewa,
keangkuhan politik mengada-ngada sehingga semua itu terhimpun
menggunung tingginya menjadi satu gelombang rintihan rakyat marhaen.
Secara tiba-tiba, kekayaan yang dibalun oleh wakil rakyat yang
sepatutnya menjadi hamba abdi rakyat menonjol laksana bisul dan
menjadi isu yang relevan kepada semua.
Di antara masyarakat politikus, yang paling terkaya mempunyai asset
bernilai RM50 bilion banyaknya. Ini adalah bersamaan dengan simpanan
matawang asing negara. Jelas, si karun ini adalah yang paling terkaya
di Malaysia. Dia menguasai 40 persen saham-saham di BSKL sehingga
membolehkan salah seorang balacinya mengambil alih semua saham Malaysia
yang tersimpan di pasaran Singapore CLOB. Dia juga menguasai sehingga 75
persen saham yang ada dalam agensi kerajaan. KLSE kini lengang longlai
kerana semakin ramai pelabur sudah sedar betapa mereka tidak lagi
mahu terbabit dengan tipuhelah si bajingan bersifat Al Karun dan Jin
Afrit.. Itu sebabnya harga saham terus turun menjunam laksana
airterjun. Laksana kilat dia pernah muncul menegakkan satu empayar perniagaan
yang dibantu oleh kerajaan dan kini sedang menggugat ekonomi negara
terus mencungap dan dihambat mudarat laksana ikan yang lama terkapai di
darat. MP PAS, Mohammed Sabu pernah secara sinis menggambarkan orang
ini laksana si pendek ala Napoleon yang berkumis tebal. Seperti
Perdana Menteri dia menjadi kaya raya setelah menjadi menteri
kabinet dengan meniru gelagat Al Qarun ketika masih bertugas rasmi.
Tetapi, dia pandai menggunakan banyak proksi. Tidak banyak yang
boleh digunakan untuk menekan hasil nafsu-nafsinya, seperti sukarnya
menekan penyamun yang lain. Kehadiran Al Karun dalam kebinet inilah yang merupakan salah satu
sebab kenapa Perdana Menteri dikecam hebat. Banyak kerja-kerja jijik
melibatkan kerajaan yang tidak dirujukkannya dulu kepada Perdana
Menteri. Untuk meredakan kemarahan rakyat yang semakin celupar
mengenai harta karun ini semuanya, adalah wajar didedahkan segala
asset dan harta yang ada pada semua menteri kabinet Malaysia
seperti yang dilaksanakan di Thailand. Tetapi, masalahnya takkan
Perdana Menteri sanggup membincangkan perkara itu semuanya.
Rencana Asal: How Rich Are Malaysian Cabinet Ministers?
The New Straits Times (New Straits Times, 13 April 01) had a
prominent story on its front page detailing the riches of
Thai cabinet ministers. What interested me is the Bangkok
Post report, from which this report was culled, said how
wealthy they were. Like in Malaysia, Thai cabinet ministers
and senior civil servants must declare their wealth; but
unlike here, they are made public. And newspapers discuss
it. The Thai Prime Minister, Mr Thaksin Shinawatra, who is
as rich as he is as a successful entrepreneur, transferred
most of his wealth to his son, who is now Thailand's richest
man. But the declared wealth of the cabinet of RM24 billion
(about RM2 billion) is a fraction of one Malaysian cabinet
minister's reputed wealth, another's estimated wealth, and
of several ministerial pairs. The average wealth of the Malaysian cabinet minister is
acquired in office; how that is done without being corrupt
is one reason why they cannot be caught. Ask the
Anti-Corruption Agency. Almost all cabinet ministers have
been investigated for acquiring wealth beyond their means,
but the Attorney-Geneal's Chambers, which must prosecute
would not. Besides the odd office boy, clerk, postman,
policeman, no one is officially corrupt, in the eyes of the
Attorney-General. In fact, it is a badge of honour to be investigated by
the ACA. Ministers crow about how honest they are. It
means nothing. Almost always it says the ACA has found them
to be less than honest in how they acquired their wealth,
but the A.-G.'s Chambers for reasons it does not reveal
refuses to prosecute. The ACA lost its independent powers
to prosecute as corruption in officialdom rose sharply.
The ACA investigated the more blatant acquisition of
wealth of senior civil servants. The Prime Minister must
have been shocked to learn that the 50 most senior ones, in
the civil service, police and military, had combined assets
of what the Thai cabinet has. One had his assets of RM22 million raised to RM27
million after the ACA had a friendly chat with him. He is
not the only one. Those in the ACA belief their chief did
not have his contract extended, and a police man brought in
to head it for the first time in decades, because the police
were unhappy at how some of their law-and-order leaders were
asked to explain their wealth. They got it all from shrewd
investments in the stock market, property deals, brilliant
investment advice. But the man had to be replaced for he
pokes his nose where he should not. When the late Tun Sardon Jubir, the UMNO stalwart who
became governor of Penang, once told me why he resigned when
he did. He was a shrewd political animal, but an
indifferent cabinet minister and even worse administrator.
It was he who launched both Tan Sri Musa Hitam, later the
first deputy prime minister to self-destruct, and Dato'
Mohamed Rahmat, the National Front secretary-general, by
taking them on as his political secretary, in succession, in
the 1960s. He had withstood pressure from the party to step
down, but when his division members asked him to step aside
"because you have had enough time to make money, and it is
now our time", he got so disgusted and resigned.
Today, cabinet ministers hold on to office for the
wealth they can accumulate. One cabinet minister told the
ACA he is worth US$200 million, which he raises to US$250
million after two interviews with the ACA. Another earned
so much wealth in politics that his son could get a loan of
RM1.2 billion to further his business interests. One former
minister owned 17 cars worth RM6 million; two still in
office own Porsches worth nearly RM2 million. As if this is
not enough, two ministers have gone into the food business:
one in Brickfields and the other in Subang Jaya.
To this must be mentioned mentris besar and chief
minister. Several have more than the declared assets of
Thai cabinet ministers. Two reputedly made RM500 million in
office. One is worth five times that. Most National Front
mentris besar and chief ministers could not justify their
wealth if a serious official crackdown is ordered. But
there is no worry about that. When the jailed former deputy
prime minister, Anwar Ibrahim, lodged police reports with
evidence of ministerial corruption, no action is taken.
How do these people acquire so much wealth? Because
they hold office for too long, often in the same ministries.
People are not shifted around as often as they must to
reduce corruption. When the National Front party leaders
insist on staying on for ten years and more, they become
prime candidates for corruption. The most principled man
would succumb when temptation is put in their way day in and
day out. Indeed, I would argue that corruption is
acceptable if that is compensated by an efficient
government. That is not so. People will not complain of corruption
and misuse of office if what is promised is delivered
expeditiously and promptly. It is not. Corruption dictates
every request for service. So, all it needs is for an anger
that gets out of hand. However much the government might
deny it, Dato' Seri Anwar's humiliation provided the spark.
It galvanised the myriads of petty corruption, bureaucratic
indifference, political arrogance into one counterwailing
force. Suddenly how rich our elected representatives are is
relevant. The richest of all politicians has more more than RM50
billion, or as much as Malaysian foreign exchange reserves.
He is arguably Malaysia's richest man. He controls 40 per
cent of the stocks on the KLSE when one of his associates
acquired the Malaysian shares locked in the Singapore CLOB
market, and as much as 75 per cent through holdings in
government agencies he controls. The KLSE is in the
doldrums because many begin to see the manipulations and
unfair wealth building that they do not want to be party to
it anymore. The prices continue to decline.
Out of nowhere, he acquired a business empire, with
much official help, that now threatens the Malaysian
economy. The PAS MP, Mr Mohamed Sabu, mercilessly
caricatured him in parliament as a Napolean-with-moustache.
He was, like the Prime Minister, rich when he joined the
Cabinet, but acquired his Croessus-like wealth in office.
But he works through nominees. So little is pinned on to
him as can be of the others. But his presence in the cabinet is one more reason why
the Prime Minister is so severely criticised. He commits
the government without even the Prime Minister knowing about
it. To set wagging tongues at rest, the wealth list of
Malaysian cabinet ministers and senior cabinet ministers
must be released, like in Thailand. But it is one the Prime
Minister would rather not talk about. M.G.G. Pillai
|