Laman Webantu KM2A1: 4231 File Size: 15.4 Kb * |
TJ MT MGG: Mata-mata Yang Lebam Mata By M.G.G. Pillai 17/4/2001 5:37 am Tue |
MGG 8601 [Semua yang hadir di Perhimpunan Gelita 14 tahun ini tahu mereka
boleh ditangkap kerana telah diberi amaran tegas oleh polis sebelum ini.
Tetapi polis tidak mampu melakukannya kerana sudah tertewas melihat
rakyat - walaupun sedikit bilangannya dan mudah diberkas kesemuanya -
lalu dihadapan mereka. Sekaligus ia menggambarkan siapakah yang telah
menang sebenarnya dan siapa yang telah tewas sehingga terkaku tidak
dapat berbuat apa-apa. Perhimpunan ini adalah perang saikologi. Kita tidak perlu bertempur
jasad untuk menang - tetapi sikap kita yang mulia itulah yang menjadi
penentu segala kemenangan. Kita sebenarnya bertempur di satu alam
yang tidak dapat dipandang tetapi ia memberi kesan yang lebih
mendalam dan sukar dilupakan. (A black eye for the police) Kerajaan meraung di bawah kolong. Polis yang bertegas menafikan sebarang
permit menggertak rakyat marhaen agar tidak turut serta. Mereka yang
berkumpul dihadapan pejabat Suhakam di Kuala Lumpur untuk mengiringi
para pemimpin pembangkang menyerahkan memorandum, mahu ditangkap
semuanya dan dikenakan hukuman melanggar undang-undang.
Namun, Keadilan bertegas mahukan 50,000 orang menghadirkan diri mereka
berhimpun secara aman. Inilah yang membuatkan kerajaan terpinga-pinga. Baru sangat enam orang
dari antara 20 pemimpin Keadilan, yang menaja perhimpunan itu,
telah ditangkap termasuk seorang aktivis dan dikenakan tindakan ISA.
Secara senyap-senyap kerajaan mendirikan pusat komunikasi untuk
pasukan tentera dan polis di beberapa tempat di Kuala Lumpur dan
Petaling Jaya. Semua itu telah ditanggalkan sebaik sahaja perhimpunan
aman itu bersurai secara aman juga.
Timbalan ketua polis Kuala Lumpur berkata sekitar 400 anggota polis
telah bersedia menguasai 1,500 rakyat marhaen yang berhimpun secara
aman; BBC dan CNN melapurkan jumlah rakyat mencecah 3,000 orang.
Dengan lain perkataan, terdapat seorang anggota polis mengawal setiap
empat peserta yang datang berhimpun kalau anda percaya dengan hitungan
rasmi; ataupun satu-setiap-lapan, mengikut hitungan orang lain. Jumlah
sebenar yang muncul mungkin merupakan purata antara dua angka itu.
Apakah pentingnya angka 1,500 ataupun 3,000 itu? Setiap adanya
himpunan rakyat seperti ini, kerajaan mahu mengaku menang dengan
menyatakan hanya 300 orang sahaja yang datang. Kalau angka itu
lebih lagi ia menandakan kerajaan memang menghadapi sedikit masalah.
Kalau jumlah berganda lima hingga sepuluh kali berarti gema politik
sedang melanda yang membuatkan kerajaan melutut tak tentu hala dan
semakin hampir kehilangan wibawa. Itu sebabnya akhbar perdana berbahasa Inggeris melenyapkan angka
taksiran timbalan ketua polis itu. Laporan yang mereka buat memberi
andaian bahawa pembangkang tidak berjaya menarik himpunan rakyat.
Tidak ada pemimpin kerajaan yang bercakap mengenai demonstrasi itu.
Polis berkata mereka hairan juga himpunan berjalan dengan aman. Kisah
perhimpunan tidak mendapatkan permit sudah pun dilupakan. Pihak
polis mesti memberikan penjelasan kenapakah selepas melihatkan kekuatan
tayangan kuasa rakyat ini, mereka tiba-tiba diam kematu?.
Dulu, semua orang kata bahaya perhimpunan itu sungguh serius. Kenapa
pula Perdana Menteri Dr. Mahathir dan timbalannya Abdullah Ahmad Badawi
menghilangkan diri daripada ibukota dan bercakap mengenai ugutan
keselamatan secara bersahaja. Di manakah perginya Ketua Polis Negara
Norian Mai ketika itu, sedangkan dia amat gemar menonjolkan muka selepas
berlakunya tembak-menembak oleh pihak polis kerana mahu menyerikan majlis
menumpang nama waima sehiris. Kalau gema kuat sonik menghunjam angkasa, pintu dan tingkap bergegar
sampai ke bingkai, jendela kaca pecah berderai, bangunan bergoncang,
penghuninya mula bimbang dan manusia terasakan getaran berulang.
Begitulah yang menghantui kerajaan Mahathir pada Sabtu yang lalu.
Tidak siapa percaya pihak pembangkang mampu menarik 50,000 manusia
berkumpul di ibukota walaupun para penaja sudah pun ditangkap untuk
dipenjara. Keberanian Yang Terserlah Perhimpunan Sabtu itu bukannya satu usaha meneguhkan kedegilan Anwar
Ibrahim dan tidak juga sebagai menyokong penghantaran memorandum
pembangkang. Ia sebetulnya merupakan penonjolan satu keberanian
rakyat marhaen untuk menggugat kerajaan. Inilah kejayaannya. Kerajaan
berkata ia sedang menghadapi satu krisis. Benarkah kelentongan itu?
Kalau itu dikatakan satu krisis, kenapa pula pihak polis merasa
lega dan ceria bahawa himpunan rakyat itu berlangsung dengan aman
sentosa? Kenapa pula pada tahap awal dulu polis mengatakan
perhimpunann itu akan menjadi huru-hara? Seperti yang telah berlangsung
nampak sangat betapa gelabahnya pihak yang berkuasa.
Apabila amaran diberikan agar rakyat tidak turut serta dan mengaitkan
kemungkinan tercetusnya peristiwa di Dataran Merdeka ketika Anwar
Ibrahim hampir ditangkap dan dituduh di bawah ISA pada 1998 dulu, para
penaja menang dengan anjuran mereka. Apatah lagi apabila lebih
50,000 manusia datang tertumpu entah dari mana datangnya semua itu,
untuk satu tujuan yang dianggap tidak begitu serius perjuangannya,
takkanlah mereka sengaja berkumpul bersantai melulu di dini Sabtu.
Mereka yang muncul itu telah menyerlahkan satu perkara genting, jumlah
yang berhimpun dan bukannya persepsi kenapa berhimpun sudah menjadi
isu yang penting. Keberanian pembangkang menunjukkan keberaniannya, bukannya kali pertama
yang membuatkan polis terpaksa bersiap sedia. Ia memperakukan satu
persepsi betapa polis tidak akan sudi bertindak apabila peraturan dan
undang-undang itu sudah ditolak. Dalam penentangan biji-biji mata
kedua pihak yang bersingkita, terkelip juga mereka akhirnya sehinggakan
ugutan polis itu terlonglai jua. Mereka sudah kehilangan bisa
setelah menangkap tujuh pemimpin di bawah undang-undang zalim ISA.
Apa yang telah terjadi memang menakutkan hati. Setiap tindakan
Keadilan memang mengundang pembabitan orang besar-besar. Inilah yang
sedang menggugat dunia politik Malaysia. UMNO yang menerajui
kerajaan memang amat takutkan pengaruh Keadilan, bukannya pengaruh PAS.
Kerana itu pemimpin Keadilan menjadi sasaran untuk direputkan.
Gelagat kotor ini sengaja dilakukan secara bersahaja dan kejam sekali
supaya semua orang faham akan tujuannya. UMNO mahu menumpaskan secara
pukulan maut ataupun secara menggunakan hukum perundangan sebanyak
mungkin pemimpin Keadilan supaya mereka ini tersingkir daripada menjadi
calon pada pemilu yang akan mendatang. Ini merupakan satu tindakan yang
amat berbahaya yang meningkatkan suhu politik semasa. Terlalu banyak
tujuan yang terselindung sebalik tuduhan yang dihimpunkan keatas
pemimpin Keadilan itu daripada tuduhan mereka melanggari undang-undang
negara. UMNO sudah pun kehilangan martabat kepimpinan bangsanya selepas presiden
parti Mahathir, mengaibkan Anwar yang membuatkan orang Melayu
mengalihkan sokongan mereka. Anjakan sokongan Melayu berpolitik tidak
diengsotkan secara otomatis kepada Pas tetapi ia lebih cenderung memihak
kepada Keadilan. Itu sebabnya persidangan perpaduan Melayu tidak boleh dilangsungkan
mengikut selera asal UMNO. Apabila Keadilan menolak perbincangan
perpaduan itu, ia menjadi satu perkara kecil sahaja. Inilah yang
disedari oleh PAS sehingga meletakkan pelbagai syarat yang UMNO tidak
mampu tunaikan. PAS mengambil sikap bertahan yang bijaksana. Kini,
Kuala Lumpur sedar betapa dua negeri yang majoritinya 90 persen
penduduk Melayu tidak pun ambil pusing terhadap perpaduan Melayu.
Cuma menumpukan perhatian kepada ketuanan politik Melayu UMNO dan PAS
memandang perpaduan Melayu dengan kacamata politik sahaja. Kedua-dua
parti ini tidak ingin melihatkan Keadilan bangkit dengan segala
kekuatannya. Apabila kuasa politik dilepaskan untuk mencengkam Keadilan, yang
dimandatkan mengambil alih budaya sokongan Melayu yang terlepas oleh
UMNO, kerakusan UMNO itu kini sudah pun mengaibkannya lebih teruk
lagi. Wajah martabat UMNO adalah layak untuk dijadikan sasaran telur
tembelang sahaja. Keadilan sudah pun berjaya kini mempamirkan betapa ia
berjaya menarik sokongan muda-mudi Melayu (tanpa kelibat Erra Fazira-
penterjemah) menjulang satu perjuangan yang masih samar lakarannya
tetapi mampu meraih sokongan yang hebat-hebat belaka. Inilah kumpulan
yang tidak dapat dijinakkan oleh pasukan polis pada Sabtu yang
berlalu. Sehinggakan polis sendiri secara kiasannya sudah diberikan
pukulan ghaib yang melebamkan matanya. Tunggulah, lebih banyak lebam
melebam yang akan datang lagi. -MGG Pillai- Rencana Asal: CHIAROSCURO MGG Pillai 2:22pm, Mon: The government roared in high dudgeon. The police said
no permits are issued, called on Malaysians to stay away. Those who
gather outside the Human Rights Commission (Suhakam) office in Kuala
Lumpur when opposition leaders presented a memorandum to the
commissioners break the law and will be severely dealt with.
But the National Justice Party, Keadilan, persisted with its call for 50,000
to be present. The government blinked. It arrested six of the 20 from Keadilan, who
organised it, and one reformasi activist, under the Internal Security Act. It
quietly set up temporary army and police ?communication centres? in key
areas in Kuala Lumpur and Petaling Jaya, all of which dismantled within
hours of the gathering. The Kuala Lumpur deputy police chief said 400 police personnel were on
hand to contain the 1,500 who gathered; BBC and CNN reported 3,000. In
other words, there was one police personnel for every four demonstrators,
if you believe the official version; or one-in-eight. How many turned up is
somewhere between the two figures. Political sonic boom Does it matter if it is 1,500 or 3,000? In any gathering of this kind,
especially one so politically motivated, for the government to claim
victory, only about 300 should turn up. Anything more than that and it has
a problem on its hands. When it is five or 10 times that, a political sonic
boom brought the government metaphorically to its teetering knees, and
cost it self-respect. Which is why the mainstream English-language newspapers censored the
deputy police chief's estimate of how many attended. The reports they
carried suggested the opposition could not bring in the crowds. No
government leader talks of the demonstration. The police said it was
unexpectedly peaceful. That it did not have a police permit is forgotten.
But the police should explain why, after this massive show of force, they
kept quiet. If it was as serious, as is claimed, why were Prime Minister Dr Mahathir
Mohamad and Deputy Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi out of the
capital, and talk about the security threats in total unconcern? Where was
Inspector-General of Police Norian Mai, who would turn up at a police
shootout, if not to take credit but to tell the world he is assiduous in
carrying out his duties? When a sonic boom hits the skies, doors rattle, windows splinter, buildings
shake, the noise frighten, people are petrified. The government was on
Saturday. No one seriously believed the opposition could bring 50,000 in
the city centre even if the organisers had not been arrested.
Naked show of force Saturday?s rally was not to strengthen Anwar Ibrahim's defiance, nor to
support the opposition memorandum; but a naked show of force to
unnerve the government. In that it succeeded. The government said it
faced a crisis. Did it? If it was a crisis, why is the police so happy that the
gathering was peaceful? Why did the police insist it would not be
peaceful? As it happened, the official nervousness was all too evident.
So, when it warned people to stay away and equated it with the tens of
thousands who gathered in Dataran Merdeka just before the former deputy
prime minister was arrested under the ISA in 1998, the organisers won.
Especially when crowds of 50,000 would not appear from nowhere for
causes not serious enough, certainly not for a Saturday afternoon lark.
But those who did was enough to prove a point. Numbers, not perception,
mattered. It got that. This opposition show of force is not the first which put the police on full
alert. It confirms a perception of a police unwilling to act when the law is
broken. In an eyeball-to-eyeball confrontation, they blinked, could not
sustain their threats. Not after arresting the seven under ISA.
But what it showed, frightens. Any Keadilan action brings out the big
guns. More than any other force in Malaysian politics. Umno, which runs
the government, is fearful of Keadilan's, not PAS', reach. So, it targets
Keadilan leaders for political destruction. It does so deliberately and
artlessly that what it does is easily discerned. It wants to knock out,
legally, as many Keadilan leaders it can, to bar them from the next
general election. It is a dangerous and needless rising of the political
temperature. There is more to the legal charges against Keadilan officials
than the mere breaking of the law. Two against one When Umno lost its cultural leadership, after how its president, Mahathir,
humiliated Anwar, and the Malays deserted the party, the Malay cultural
mantle did not automatically go to PAS but leans to Keadilan.
Therefore, the Malay unity talks cannot take place the way Umno
envisages it. When Keadilan declined, the talks became moot. PAS
realises this, put in the conditions Umno could not possibly meet. PAS is
defensive, and rightly so. How Kuala Lumpur regards the two Malay
states, more than 90 percent of its residents Malay, shows no commitment
to Malay unity but to naked political power. Umno and PAS view Malay
unity politically. But both would not like to see Keadilan prosper.
So, when that political power is unleashed on Keadilan, whose raison
d'etre is to seize the cultural mantle Umno has lost, it is Umno which has
egg on its face. The first flush of anti-Umno and pro-Anwar reaction within Umno was to
switch to PAS. Tens of thousands, perhaps more, did. But Keadilan now
attracts the younger Malay committed to a cause still undefined but
prepared to fight for it. It is this group that the police could not overcome
on Saturday and returned with a metaphorical black eye. More of that
would come from where that came from.
|